damdiduuu

Tuesday, May 21, 2013

perkembangan Alice: 2 tahun 3 minggu



cita² pertama Alice
ialah nak jadi ahli DASH
yang dalam cerita Ultraman Max.
bila keluar gambar ahli DASH beratur segak
cepat Alice tunjuk
'tu kakak!'

Defense Action Squad Heroes, DASH
yang kerja tembak² raksasa.

mommy ingat budak lelaki saja yang tengok cerita Ultraman.
macam mana pulak Alice boleh minat ni
:p

selain daripada cerita Ultraman Max
Alice suka tengok
Upin Ipin
Oh My English
Thomas

dan banyak cerita animasi.
Alice cepat pick up skrip yang dia dengar

iklan Arale: 'Baju koyak dah!'
Upin Ipin : 'Kalau korang ambik Apin, kesiaaaaaaan mak dia'
Dragon Ball : (tangan kat telinga) 'Bulmaaaaaaaaa!'
Oh My English: (genggam tangan kat pipi) 'Oh My English!'

bila nampak raksasa ganas
Alice baring kat riba mommy
'takut!'
mommy tepuk² belakang Alice
:)


setiap masa belajar dari persekitaran.
semoga jadi cerdik pandai
:)

merajuk
makin ketara bila Alice merajuk
bila sama mommy
terus Alice kata
'nak diddy la'
kemudian mengadu dengan daddy
'diddy, mommy mayah'


pantang nada tukar sikit
atau tegur tegas sikit
cepat saja Alice cakap kita marah dia.
selalu nak kena explain
'mommy
bukan marah. can not put eraser into mouth!'
'mommy
bukan marah. keep color pencil please!'
'mommy
bukan marah. no feet on ipad please!'


waktu makan di luar
Upin Ipin jadi penyelamat keadaan!

wabak
pada masa cuaca panas
Alice makin banyak minum air waktu malam.
boleh sampai habis sebotol 12 oz.
mommy terfikir juga
kalau dah toilet trained nanti
dah tak pakai pampers
dah tak boleh minum air malam²
hmmm ...

dengan sistem imunisasi yang kuat
terkena juga Alice demam.
demam sekejap².
pukul 11 malam sampai 6 pagi.
siang sihat.
beberapa malam demam.
kemudian siang demam
malam sihat
dan kemudian terus baik demam.

demam baik
datang pula batuk dan selsema.


busy bee.
Alice tak boleh duduk diam.
bila Alice sakit mommy riasu sangat²!

nose blocked
waktu Alice selsema
ada kalanya Alice akan datang pada mommy
mengadu
tunjuk hidung
'nose'
minta mommy lap hidung.
Alice boleh blow nose.
mommy
lap apa patut.

lepas lap hidung
Alice angkat dua² tangan.
mommy ingat Alice nak dukung atau menyusu
rupanya Alice nak hug lama² kuat²
sambil kata 'aaaaaaaayang mommy'
:)

pada masa tu la mommy rasa nikmat yang tak terhingga
alhamdulillah!
sejak dari itu selalu Alice hug mommy sambil kata
'aaaaaaaayang mommy'
mommy
pun jawab
'aaaaaaaayang kakak'
(ya Allah, peliharakanlah anakku!)

note: kalau nak mak kita rasa bahagia, peluklah dia sambil kata 'aaaaaaaayang mommy'!


bukan mommy saja rindu daddy.
Alice selalu manja minta daddy dukung
minta itu ini
dan nak main sana sini
sama daddy!

mommy sad
kadang² bila daddy kerja hari Sabtu
atau waktu mommy cuti
mommy tanya Alice
'where's daddy?'
'diddy werk'
'mommy
nak daddy' (sedih)
'diddy ada'
'nak daddy' (cry)
Alice hug dan pujuk mommy :)

ni mesti budak kat sekolah selalu nangis
sebab tu Alice pandai pujuk.
terima kasih cikgu & pengasuh yang ajar Alice!
:)


nak pujuk Alice paling senang.
nampak lollipop, coklat atau aiskrim
lebar la senyuman dia!

makan
daddy balik
tanya 'Alice dah makan?'
'Daaaaah!'
'Alice makan apa?'
'uti anai'
pada hal mommy letak roti canai dalam pinggan cantik Alice
tapi dia tak makan pun.
mommy suap Alice makan
cereal dengan susu.

Alice suka sup.
sup kosong dengan nasi pun jalan.
paling Alice suka masih lagi ayam.
sekarang kita serve dalam
bekas makan princess cantik
yang maSu bagi.
tq maSu!

air sejuk letak dalam botol Lego.
pun maSu yang belikan
masa pergi Legoland dulu.
rupanya budak kat sekolah Alice pun kenal botol Lego.
mommy je orang kampung yang oblivious dengan barang mahal² ni
:p


kita punya special sebab tutup warna merah.
siap² tukar tutup dengan tutup botol lain lagi!
:p

oh ya
kat rumah Alice masih minum susu ibu
sebab dia budak manja mommy :p
kat sekolah mommy bekalkan Alice dengan susu berpastur
HL putih (bukan strawberi atau coklat).
4ml x 2 botol.
Alice minum tengah hari dan pukul 5 petang.
mommy tak plan nak beri susu tepung.
susu berpastur lagi segar
:)

masih dalam proses nak berhenti menyusu badan
setiap kali Alice nak 'mimilk'
mommy cuba tanya Alice nak cereal, air sirap atau grapes?
(Alice sebut grapes 'keps') :p
drink water?
harap² satu hari nanti akan berjaya
:D


selalu berlagak macam orang dewasa!

saya dah besar!
sekarang lebih senang faham
apa perasaan Alice.
kalau sakit
kita boleh minta Alice tunjuk
mana yang sakit.
Alice sendiri akan bersungguh² minta
sapu cream
atau tuam dengan ais
bila sakit.

semakin vokal
Alice makin suka
pilih baju sendiri.
malah kalau selalu lambat² nak mandi
(nak mimilk dulu!)
tapi kalau ada baju cantik yang dia nak pakai
cepat saja dia bersiap pergi mandi.

kadang² mommy umpan
dengan baju yang biasa Alice suka
baju cat
baju zirafah (baju zirafah ada lagu 'Siapa nak pakai baju zirafah?')
pun tak jalan.
Alice nak 'baju cantik'
yang dia sendiri pilih
o_0


asyik nak bergaya
perangai macam daddy
:D

role play
mommy
perhatikan
ada 2 perkara yang Alice suka
iaitu baby dan kitten.
agaknya bila ada baby atau kitten
kita layan dengan baik.


sejak tengok banyak kitten kat rumah nenek
Alice makin suka kucing!

natijahnya
Alice suka berlakon.
datang kat mommy
'nyau nyau'
'hi baby, baby'
Alice tunjuk diri sendiri sambil kata
'cat la'
mommy pun layan Alice macam cat
'nyau nyau nyau nyau'
:p

bila datang mood baby
Alice kata
'tatatatatata'
sebijik macam baby.
mesti sebab dia suka layan baby Lulu kat sekolah ni :p
kita pun dukung Alice macam baby
dodoi²kan dia macam baby
suka la dia
:)


belajar. main. happy.
i love you

:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...