kat huruf 'G' tu ada orang besar semut
:p
awal² dulu ada jumpa free ticket Fire Fly
(tiket saja free, tapi masih kena bayar airport tax & fuel surcharge)
malangnya tak ada budget waktu promo tu.
kebetulan pula
sebulan sebelum tarikh vacation
bila check ada pulak promo Air Asia
KL - Langkawi return
all in adult RM49 pergi
dan RM46 balik.
bila tambah check in bag
dan insurance
dapat la dalam RM170 seorang return.
macam lebih murah
(dan kurang penat!)
berbanding drive dan naik feri.
alhamdulillah!
alhamdulillah dapat tiket murah Air Asia
:)
dari KL drive ke Seremban
untuk sama² ke LCCT dengan mama Su.
airport transfer
Seremban - LCCT, budget taxi: RM60
LCCT - Seremban, premium taxi: RM100.90 (lebih ruang barang. barang banyak! interior lebih selesa)
budak kecik 1st time naik teksi
:p
Air Asia Flight:
booked: 20/2/2013
flight: Saturday 9/3/2013
return: Tuesday 12/3/2013
(off peak season, bukan cuti sekolah/ cuti umum)
Mommy
Ticket KUL-CGK: RM23
Tax: RM6
Fuel Surcharge : RM20
Ticket LGK-KUL : RM20
Tax : RM 9
Fuel Surcharge : RM20
Insurance: RM18
Total: RM116
Daddy
Ticket KUL-CGK: RM23
Bag (1 beg untuk baju daddy, mommy, Alice) 15kg: RM25
Tax: RM6
Fuel Surcharge : RM20
Ticket LGK-KUL : RM20
Bag (untuk baju daddy, mommy, Alice & souvenir) 20kg: RM30
Tax : RM 9
Fuel Surcharge : RM20
Insurance: RM18
Total: RM171
mama Su
Ticket KUL-CGK: RM23
Bag 15kg: RM25
Tax: RM6
Fuel Surcharge : RM20
Ticket LGK-KUL : RM20
Bag 15kg: RM25
Tax : RM 9
Fuel Surcharge : RM20
Insurance: RM18
Total: RM166
Alice (umur 22 bulan, belum cukup 2 tahun lagi)
Ticket KUL-CGK: RM50
Ticket LGK-KUL : RM50
Total: RM100
untuk baby bawah umur 2 tahun
tak ada seat sendiri
kena duduk pangku kat adult,
tapi kalau flight tak penuh
boleh duduk kat mana² kerusi biasa
tapi bukan premium seat
yang ada cover merah tu
:)
Beg
check in bag
dalam 1 itinerary
3 orang + 1 baby
pergi: boleh check in 30 kg
iaitu 2 orang x 15kg.
paling kurang check in bag ialah 15kg pada harga on-line RM25.
kalau tak order on line kena charge RM75 setiap 15kg.
yang kita bawa
mama Su check in bag: 7 kg
(daddy, mommy & Alice) check in bag: 15.9kg.
kalau ikutkan, mama Su boleh bawa beg ke kabin
sebab cuma 7kg
tapi berat la nak angkut jalan jauh² dari gate sampai naik atas airplane.
beg yang isi baju mommy, daddy dan Alice pulak dah terlebih 0.9kg.
bayar cuma 15kg saja.
tapi disebabkan dalam 1 itinerary ada 2 check in bag x 15kg
jadi total kita masih kurang 30kg iaitu 22.9kg saja.
hand carry bag
sebenarnya kalau ikut peraturan
masuk dalam cabin
cuma boleh bawa 2 beg
iaitu cabin bag 21" yang beratnya tak lebih 7kg
dan satu lagi beg
sama ada handbag, beg komputer atau beg kamera.
tapi kita perhatikan
mungkin sebab penerbangan domestik
Air Asia tak ketat sangat.
ada saja yang bawa beg plastik
(bukan cabin bag)
dan lebih daripada 2 beg.
tak ada pun timbang berat.
kesimpulannya
kalau naik penerbangan domestik Air Asia
untuk perjalanan pergi
1 beg isi baju 2 orang
bayar untuk check in 15kg dengan harga RM25
(harga pada Mac 2013).
barang² lain boleh hand carry bawa masuk cabin.
kalau tak book on-line harga lebih mahal!
RM75 untuk setiap blok 15kg!
stroller keluar awal
baru beg keluar
lipat stroller
letak tepi tangga
:)
baby stroller
boleh bawa stroller.
free.
boleh guna dan bawa ke tarmac.
tak perlu check in.
sampai kat tangga kapal terbang baru lipat dan letak tepi tangga.
bila dah sampai ke destinasi
ada 2 pilihan
boleh tunggu kat tangga
atau ambil sama dengan beg kat tempat sushi yang pusing² tu :p
di LCCT baik ambil stroller di tangga saja
sebab jauh nak kena jalan kaki baru sampai arrival hall!
web check in
14 hari sebelum flight balik
print boarding pass siap²
:D
Air Asia kalau check in kat kaunter kena charge RM10.
nak jimat, 14 hari sebelum penerbangan pulang
check in kat website
print boarding pass pergi balik.
sampai kat bag check in counter
cuma bagi tengok boarding pass, IC dan kemudian check in beg
ikut berat yang dah booked secara online
(kalau tak book on-line mahal!).
boarding
selepas check in,
di boarding gate
LCCT siap ada toilet dan jual makanan
(LCCT international tak ada toilet, tak ada jual makanan).
tapi di airport Langkawi
selepas check in dah tak ada tempat jual makanan atau minuman lagi
(Mac 2013 - tengah renovate)
cuma ada toilet dan kerusi urut.
scan beg
super strap
1 beg RM10
baru terjamin sikit
:D
Super Wrap
selepas scan bag
dan abang Polis lekat sticker kat beg
boleh wrap beg.
kita rasa lagi selamat
sebab sebelum ni beg mama Su rosak
kena baling² dengan ground control crew.
wrapping charge
1 beg: RM10.
ingat, scan dulu baru wrap!
sis...kalau bawak baby boleh web check-in jugak ker? sebab nak web check-in tgk dia tulis not available fot guest travelling with infants... huhuhu
ReplyDelete