damdiduuu

Tuesday, November 26, 2013

bila orang mintak hutang, nak cakap apa?!

not bad.
dah lama tak mengarang (eh?)
tipsnya senang saja: buat karangan pada awal pagi!

kepada mereka yang kerja kat company besar:
alhamdulillah.
kepada mereka yang kerja kat company kecik
tapi tak payah penat² fikir pasal company punya cash flow :
tahniah!
kepada yang lain²
yang terjebak sama
walau pun bukan pemegang saham:
all the best!

dalam soal kerja
sama jugak dalam kehidupan seharian
macam pergi pasar beli ikan.
kena buat pilihan terbaik
dengan sumber yang ada
dan tawar menawar untuk dapatkan hasil optima (atau maksima?).

biasa kalau orang berniaga
dalam banyak² syarikat
dalam banyak² transaksi
kadang² ada 1 atau 2 yang 'sangkut'.
kat sini la perlunya negotiation.
kena tegas dan berhemah.
bekerja ni ajar aku satu skill penting:
macam mana nak dodge cabaran
dalam nak score goal.
macam main basketball pulak.
basketball of life la kot.

selamat bekerja!

ada orang nak mintak hutang lagi?
:p

Wednesday, November 13, 2013

lalala kerja

aku ni
on paper
kerja admin/HR
tapi director² kat sini
bila kenalkan aku kat guest
kata aku PA to Regional Director.
masa pejabat kena pecah masuk pun
ada director tu bagitahu polis
"pencuri tu ambil kunci dari drawer budak seketeri"
nama aku jugak yang naik.

kerja pun aku rasa lagi banyak kerja PA
sebab company ni kecik saja.
setakat kerja admin
selalunya orang cum kat account
jadi Admin/Account.
lagi value added.
bila nak buat payment
admin side
akan confirm betul ke dah settled/delivered.

bab HR pulak
sama juga sebab company ni kecik
boleh buat dalam beberapa minit je
dah siap salary
EPF
Socso
PCB
yang lambatnya bila kena tunggu staff submit claim
tunggu orang account kira approved commission
dan yang paling² lambat sekali
tunggu boss sign salary cheque
:p



bila boss suruh tanya directory
kat mana booth
aku register siap²
sebab takut nanti ramai boss² nak register 
jadi lambat pulak
tapi rupa²nya boss² tu semua diorang main masuk je siap escort
tak register pun.
hampagas!
#nakbuatperangaimacamboss

kesimpulanya
gaji yang aku dapat sekarang
memang setara kerja PA
sebab tu aku terpaksa redha
bila boss minta aku hadir meeting luar.
walau pun pakai baju koyak
(anak sapa la yang pergi kerja pakai baju koyak tu!)
walau pun pakai sandal
tak bawak kasut
(kasut simpan dalam kereta
tapi sekarang abang yang bawak kereta!).
boss bukan kira semua tu.
dia selamba kapal kata "This is okay what"
walau pun dia sendiri pakai kemeja siap cuff link
yang dia cuma pakai untuk majlis rasmi besar²
*sigh*

meeting luar ni
bagus bila nak bina portfolio
bukan kecik anak
tapi dengan ASEAN player.
bila meeting dengan datuk²
baru kita tengok macam mana meeting yang produktif.
bila orang kata "definitely no vacancy, fully booked"
tapi dengan big player
ada je yang jawab "it IS possible".
kos kat 5 star cafe
boleh dapat harga RM1.5k per table.
bila bagi situasi mencabar sikit
ada macam² input berguna daripada orang yang berpengalaman.
nak kira budget
darab²  itu ini
dah dapat gross profit.

walau pun tak dapat buat plan yang kemas
dalam masa sejam lebih
tapi 1 sesi mesyuarat ni dah bagi aku banyak info.


datuk sana
datuk sini
tak tau nama, panggil datuk je senang!
:p

cuma masalahnya meeting kat luar.
4pm.
pukul berapa nak balik?
start 6.00pm dah mula kena bayar OT nursery Alice.
yang paling aku berat
aku tau mesti abang tak senang

kebetulan meeting kali ni
salah seorang big boss tu
tengah organize event kat KLCC
hall 1-3
(dia kata kos venue je dah makan RM1.2mil
tapi pasal profit dia tak sebut pulak!) :p
jadi kali ini meeting dibuat kat KLCC.
aku ni bab direction memang masuk air
(sebab tu aku suka park kereta kat tempat open air yang senang cari
kalau kat basement yang ada banyak² tingkat mesti aku fail!)
jadi bila abang kata nak datang jemput
keluar dari dewan
kalau ke kiri aku rasa ada Aquaria, KLCC mall semua tu
maka aku pun pusing ke kanan
rasanya lagi dekat ke jalan besar.
aku beritahu abang
supaya tunggu di Traders Hotel
sebelah Exxon Mobile.
itu la direction paling senang yang aku boleh bagi.

dah abang tanya
kenapa meeting kat hotel?
-_______-

Tuesday, November 12, 2013

tunjuk bagus

tak sangka
ada orang marah².
katanya "kalau kau tak suka
kau tulis la kat mana² kau nak.
tunjuk betapa bagusnya kau tu!"

sebenarnya blog ni dibuat dengan 3 tujuan:

1) merakam perkembangan Alice
untuk rujukan akan datang

2) berkongsi harga
- tiket masuk
- barang murah
sebab ini selalunya perkara yang aku google 
bila baca blog orang

3) merakam penghargaan
bila orang buat baik
atau panduan
yang kalau cakap mulut je belum tentu boleh cover semua basic points



aku sendiri bila google
mesti nak tau pasal harga
dan do & don't.
kena tunggu Alice dah 3 tahun
baru boleh masuk Snowalk!


style penulisan aku pulak
simple.
straight to the point.
ayat pendek.
sebaris ayat sebaris maksud.
tak menjela².

ada gambar
(nama pun foto zaza)
bosan kalau tulisan saja
lagi pun aku ada banyak koleksi gambar!
photography style aku pulak
semuanya berlawanan dengan personaliti aku.
gambar² aku bold
loud
alive
hot
super vivid
highly saturated.
pada aku photography satu outlet
untuk lari dari kehidupan hari²
sebab tu aku suka ambik gambar kat punk/skinhead gig.
aku suka energy dia.

gambar lembut²
(selain daripada Alice)
kalau aku ada kat tempat tu
tak de hal
aku boleh shoot FOC
cuma aku tak nak bagi komitment
(post shoot editing memang aku makan masa)
sebab buat masa sekarang ni
cuma photography yang aku boleh buat ikut suka.
blogging sebab duit.
facebooking sebab duit.
bila ada perkara yang kita boleh buat ikut suka
lebih bermakna daripada duit
:)

dan yeah
aku ni jauh daripada alim
tapi aku pun ada tanggungjawab
ke atas gambar² aku
sebab tu aku berat sangat nak ambik gambar perempuan
(dewasa la, gambar Alice tu hari² tak missed!)
banyak pantang larang aku.
buat² faham sudah!

suka hati lu la nak ambik gambar sapa
ada mak jemah kisah?!

bab "tunjuk bagus" tu
mungkin merujuk kepada
aku yang lebih suka fokus pada perkara yang positif.
blog ini bukan untuk emo
bukan untuk kutuk orang
bukan utuk merungut
bukan untuk mengadu nasib malang.
itu bukan aku.

aku rasa kalau aku "bagus"
bila aku ada gear yang puluh² riban
siap telephoto
(macam kelakar pulak sana sini usung bazooka ... kata² orang yang tak mampu) :p
guna prime lens bila low light
(bila tengok National Geographic yang shoot underwater
aku pun konon² kalau guna prime lens
nak ada 1 body untuk setiap prime lens
sebab dalam air tak boleh tukar lens
kena bawak banyak kamera
- pada hal memang tak ada kena mengena pun!) :p
ultra angle lens lak wajib ada fish eye
sebab nak tangkap gambar orang bulat²
dan gambar 1 dunia!


dapat pakai kimono pun dan excited.
nak buat baju raya macam ni boleh tak?
:D

aku rasa kalau aku "bagus"
bila aku pergi holiday panjang dan shopping sakan di Japan, Europe, States
(bukan 3rd world country ya! cewah berlagak!)
dengan Alice, abang, mak, adik beradik dan saudara mara.
kalau pergi sorang² tak nak la aku
macam pergi kerja pulak.
perkara yang baik mestilah dikongsi bersama.
(pada hal kalau keluar dengan family
pergi PD balik hari pun aku dah bersyukur happy sangat²!
dapat jalan² gelak² pergi tesco sama² pun dah bermakna dah hidup ni)
:)

so how?
bila nak tunjuk bagus?!

Sunday, November 3, 2013

Brown Attack @Konsert 2 Lagenda 2013

Konsert 2 Lagenda
(Malam Glam Rock)
3 November 2013, Ahad
8.30 malam
Stadium Chin Woo, KL
Sofea
Rockers
Opening band: Brown Attack




sama macam ramai crowd kat konsert ni
aku turun dengan niat nak tengok band Brown Attack.
dah 3 tahun tunggu.
aku dah berehat kejap dari turun gig sejak mengandung
dan sekarang Alice dah 2 tahun setengah.

Brown Attack
15 years and still standing
:)

setiap kali ditanya
bila gig Brown Attack 
jawapanya sama " ... tengah tulis lagu baru".
sampai la ulang tahun ke-15
terus  Brown Attack muncul kat konsert.
akhirnya!


daddy Alice,
besar maknanya dapat shoot Brown Attack kat konsert ni.
I'm so happy!
terima kasih banyak²!
:)

rockstar yang paling legend kat konsert ni
ialah Ali JB.
bukan sebab dia yang paling otai
tapi kalau tanpa izin, sokongan dan kesabaran abang ni
tak ada la gambar² dengan sentuhan Zaza Si Photographer
untuk konsert kali ni.
alhamdulillah.
terima kasih!
gua caya sama lu!
:p

dah 3 tahun tunggu
baru dapat tengok Brown Attack perform semula!

bercerita pasal konsert
tak banyak gambar yang boleh diambil masa band tengah perform.
banyak sangat hadnya
(restricted area, tak boleh shoot video)
memandangkan konsert ni dirakam oleh RTM.
agak hampa jugak la ...
tapi gambar² dari depan stage
boleh sama² google 
(yeah, sila upload gambar² anda & tag kat fb ya!)

Yuu Indra
lead guitarist


Amin Arawi
tukang pukul


jom beli cd untuk tengok top boy Brown Attack goreng gitar!


dah habis perform pun crowd mintak
"play 1 more!"
"play 1 more!"
"play 1 more!"
eh ... ke sebenarnya mintak lagu "Malay Power"?
;)


kenapa organizer perlu panggil Brown Attack
untuk konsert ni sahaja
Brown Attack berjaya jual tiket
yang bukan kecik nilainya
tapi dah sampai 5 angka (maklumat tidak rasmi).
fuuu banyak tu sampai puluhan ribu RM
kaya jugak budak² skinhead dengan punk ni rupanya!

itu pun kebetulan konsert jatuh hari Ahad
dan esoknya tak cuti.
(dan ada final bola Piala Malaysia?)
kalau tidak, lagi ramai penyokong Brown Attack akan turun dari luar KL.

memang tak hairan
sebab Brown Attack memang ramai pengikut tersendiri
:)

terima kasih Rock Stone Entertainment
selaku penganjur!

apa next concert?
:D

otai²!


rock babe!!!


budak² stage crew asyik bercam whore je bila ada peluang!
kantoi!
:p

trivia
Brown Attack ditubuhkan 15 tahun yang lalu.
Single terbaru, Suara Anak Malaysia
telah dirakam pada September 2013.
\m/

Brown Attack dengan abang emcee

dengan guitarist Sofea
:)

ganas ni drummer Sofea!

rock on!!!


band, crew dan crowd yang awal² lagi dah beli tiket!


abang besar


yang dah lama tak jumpa
mengeratkan silaturrahim
:)

layan!

p/s: terima kasih Brown Attack atas kesempatan ni.
kepuasan yang tak boleh digambarkan dengan kata²!

p/p/s: semoga konsert ini jadi pembuka
untuk lebih banyak gig dan konsert akan datang.
Brown Attack is back!!!


sekarang Pak Yong jadi photographer
gua jadi vocalist Brown Attack!
amacam?
macam cantik je?
macam comel je?
macam haram je ...
:p

pre-concert promo : Harian Metro 10/11/2013
hard copy version: view here

Saturday, October 26, 2013

susu ibu: apa yang bapa perlu tau - untuk Abu Wajdi

selamat jadi bapa, Abu Wajdi
:)

tahnik
orang alim (yang tidak merokok!)
kunyah kurma
(dengan doa)
ambil sedikit kurma yang telah dikunyah
calit pada lelangit bayi baru lahir.
sunnah.

makanan bayi
selain daripada tahnik
keperluan nutrisi
bayi baru lahir hingga 6 bulan
ialah 100% susu ibu.

keistimewaan susu ibu
Tuhan jadikan paling sempurna
dalam bentuk mudah dihadam perut bayi
tanpa alahan.
ngam² ikut keperluan bayi
berdasarkan masa
baru lahir: kolostrum penuh antibodi
beberapa hari selepas lahir: susu lengkap untuk makanan bayi
selepas 6 bulan: perlu mula tambah makanan pejal
selepas 2 tahun: susu tidak lagi membekal nutrisi yang cukup untuk kanak² 2 tahun

kandungan susu ibu mengikut masa

waktu bayi baru lahir
susu ibu pekat
kuantiti sedikit
warna kekuningan
yang dinamakan kolostrum.
kaya antibodi
penting untuk daya ketahanan bayi baru lahir
melawan penyakit.

selepas fasa kolostrum
susu berwarna putih
lebih cair pada waktu awal menyusu
(menghilangkan dahaga bayi)
menjadi pekat selepas beberapa ketika
(mengenyangkan bayi)

selepas 6 bulan
bayi mula memerlukan makanan tambahan
bukan untuk mengenyangkan
tetapi sebagai pengenalan kepada bayi
(waktu ni bayi tidak akan makan habis sepinggan,
main dengan makanan
dan cuba rasa tekstur makanan yang berbeza)

selepas 2 tahun
kanak² perlu makan makanan seimbang
yang sama seperti orang dewasa
cuma berbeza dari segi sukatan.
susu sebagai nutrisi tambahan
boleh diambil 1 atau 2 kali sehari
sama macam orang dewasa.


bayi baru lahir hingga 6 bulan cuma perlu susu ibu.

bahaya air masak kepada bayi
untuk bayi baru lahir hingga 6 bulan
apabila memberi bekal susu ibu
(kepada pengasuh / waktu di taska / waktu bonding dengan bapa)
bekas susu
(puting susu, botol susu)
perlu nyah kuman
(rebus/ sterilized)
kerana sistem imunisasi bayi amat sensetif
terhadap gangguan persekitaran.
air masak bahaya
sekiranya tidak menggunakan penapis (water filter)
- karat besi dalam paip
- kandungan klorin dalam air
- kandungan kimia bendasing yang tidak dilihat oleh mata kasar
boleh memberi risiko kepada bayi
sekiranya menggunakan penapis air
- bahan penapis fizikal (batu²an, cengkerang, etc)
penapis kimia (bahan kimia pada penapis)
penapis biologi (sebarang mikroorganisma yang terlibat)
boleh memberi risiko kepada bayi

bahaya madu kepada bayi
madu boleh mengdungi
spora clostridium botulinum
yang boleh menyebabkan keracunan makanan
dan botulisma yang boleh membuat bayi menjadi lumpuh.
baca lanjut : bahaya madu kepada bayi

* risiko bermaksud ada peluang
boleh jadi kena
boleh jadi tidak bahaya.
terpulang kepada bapa
untuk dedahkan anak kepada peluang untuk sakit
atau berikan pilihan yang lebih baik kepada anak
(anak dinasabkan kepada bapa!)

rahsia kejayaan
menyusukan anak dengan susu ibu sehingga 2 tahun BUKAN SENANG
tapi ada caranya.
faktor terbesar untuk berjaya
menyusukan anak sekurang²nya 2 tahun
terletak kepada pengurusan simpanan susu ibu yang telah diperah.


mula latih bayi minum susu dalam botol setelah berumur 1 bulan.
kalau terlalu awal boleh jadi keliru puting.
kalau terlalu lewat nanti bila tinggal dengan pengasuh bayi tak mahu menyusu botol.

jadual persediaan
baru lahir - 1 bulan
- susukan bayi (direct feed) setiap kali bayi ingin menyusu
1 bulan
- mula perah dan simpan susu bayi
- bapa mula beri susu ibu dalam botol kepada bayi  (sebaiknya pada waktu yang sama macam waktu yang bayi nak dihantar ke pengasuh)
6 bulan
- mula beri makanan pejal sebagai pengenalan kepada bayi
1 tahun
- apabila waktu makan makanan pejal, beri air masak. tidak perlu susu ibu pada waktu makan ini.
- kurangkan pemberian susu ibu secara berperingkat
2 tahun
- berhenti beri bekal susu ibu untuk pengasuh atau taska
- makan makanan seimbang

senarai kelengkapan untuk menyusu rujuk: maklumat tambahan 

1) puting botol
- Piegon
- untuk botol saiz standard (bukan wide neck)
- untuk bayi saiz S
- 3pcs RM12
- ada jual kat Tesco
- lembut, air tak menitis kalau dituang (bayi hisap baru keluar)
- paling mudah untuk bayi 1 bulan
- baca lanjut: puting botol Pigeon

2) botol
- Bumble Bee
- RM40 untuk 10 botol
- atau apa² botol BPA free yang murah
- boleh beli banyak² untuk buat stok susu ibu
- saiz standard (bukan wide neck) supaya sesuai dengan puting Piegon standard size


* tak perlu botol mahal sebab yang penting untuk bayi
ialah puting susu yang lembut!
puting orthodontic yang mahal pun kalau keras baby tak nak!

3) sterilizer
- Little Bean sterilizer & warmer RM159.90
- rebus saja puting & botol dalam periuk pun boleh tapi leceh banyak kerja

4) pemanas susu
- kalau baby boleh minum susu dari peti sejuk, tak perlu panaskan
- JANGAN panaskan susu macam air nescafe berasap² mendidih
- panaskan suam sahaja
- lebih daripada suam, antibodi dalam susu ibu dah tak berfungsi, jadi bayi cuma minum air & lemak sahaja
- boleh panaskan dengan rendam dalam air panas sahaja dengan nisbah setengah cawan air panas: setengah cawan air paip, rendam 2 minit

5) pam susu
- pam susu double pumping yang boleh charge sesuai untuk jangka panjang terutama waktu bekerja
- cadangan: Stylo Mama Digi Double Breastpump RM499 (sila minta diskaun!)
- untuk permulaan selepas 1 bulan bayi lahir, boleh mula dengan pam manual RM60

6) pastik penyimpan
- bila dah mula menyimpan susu ibu, gunakan plastik untuk jimat kos dan jimat ruang

simpan susu beku dalam plastik penyimpan 3oz setiap plastik.
baringkan dalam freezer sampai beku.
bila dah beku boleh simpan tegak² dan susun macam buku untuk jimat ruang tempat beku

keliru puting
- jangan beri botol sebelum bayi cukup 1 bulan untuk mengelakkan keliru puting
- bayi tak nak direct feed bila dah biasa menyusu botol sebelum umur 1 bulan
- apabila baby tidak direct feed, pengeluaran susu ibu jadi kurang
- perlu direct feed pada 1 bulan pertama supaya badan ibu dapat isyarat daripada bayi untuk hasilkan susu yang cukup

pengasuh
- selepas 2 bulan, beri bekal kepada bayi 3oz susu setiap 3 jam
- kalau bayi masih 'lapar' dalam masa 3 jam, jangan beri susu tapi dukung/ bawa berjalan²/ main permainan

kebaikan penyusuan susu ibu untuk ibu
- menggembirakan ibu :)
- saiz rahim cepat menjadi saiz sebelum mengandung (bayangkan belon yang ditiup sampai besar boleh masuk bayi di dalamnya, itulah besar rahim ibu. perlukan masa untuk kembali ke saiz asal. menyusukan anak dengan susu ibu dapat membantu!)
- cepat kurus. sekali menyusukan anak boleh bakar kalori sampai 600kcal. baca lanjut di sini

tugas bapa
- urut belakang ibu selepas ibu menyusukan bayi
- sediakan segelas air masak untuk ibu
- pastikan anak cuma minum susu ibu SAHAJA dalam 6 bulan pertama - Tuhan dah jadikan yang terbaik untuk bayi!
- sokong isteri anda. ambil kira pendapat, keperluan dan permintaan dia. sayang dia :)
selepas 1 bulan
- bapa mula beri susu ibu dalam botol kepada bayi! yay! :D
- isi susu 1oz dalam botol
- pastikan ibu tak ada dalam bilik atau ruang yang sama
- beri bayi susu dengan sabar
- menyusu botol perkara baru untuk bayi & bapa, sama² belajar
- mulakan dengan 1 kali sehari dan lama² latih supaya boleh menyusu botol dalam waktu jagaan pengasuh
bayi sakit
- bawa anak jumpa pediatrician atau doktor kanak², bukan doktor biasa
- minta nasihat  pediatrician dari sekecil² hal sampai ke perkara yang serius (ruam, demam kuning, pemakanan, selsema, batuk, nafas berbunyi, warna najis, kekerapan buang air besar, kekerapan tukar lampin)
tak tahu? nak tahu?

- sebarang pertanyaan rujuk kepada pakar bertauliah (bukan pakar ikut pengalaman semata²), jangan ikut orang tu kata macam ni, orang ini kata macam tu. orang tu jaga anak dia. anak anda tanggungjawab anda!
- walau pun orang tu ada 12 orang anak, dia BUKAN pakar dalam penjagaan baby sebab masa dia dah berlalu. apa yang dia buat untuk anak dia mungkin elok pada masa itu. masa sekarang kita jaga anak kita ikut perkembangan nutrisi, informasi dan kesihatan pada masa ini. kawan baik dengan  pediatrician, pakar laktasi dan cari banyak maklumat pasal penjagaan bayi terkini.


selamat jadi bapa!
:)

info susu ibu: blog SaraKids

kaunselor laktasi: Puan Farah Farhan
whatsApp untuk kaunseling : +6012-644 8091
bekas pensyarah dalam bidang perubatan
beralih menjadi usahawan
bukan sahaja mahir dalam bidang susu ibu
tapi juga parenting, makanan untuk anak², kesihatan dan kecantikan.
orangnya peramah, cantik dan senang dibuat kawan :)

selamat menyusu!
:)

Thursday, October 24, 2013

berhenti main iPad! : Alice 2 tahun 6 bulan

yay!
berjaya juga!
ada lagi satu kejayaan!
no iPad!
:D

kalau pada orang lain
mungkin perkara kecil
tapi pada kita
satu pencapaian besar
bila Alice dah tak main iPad lagi!


 tengok mood.
bila Alice macam dah bosan²
mommy minta Alice keluarkan fail, pensel warna dan buku,
cepat saja Alice pergi ambil.
bercahaya muka dia!
:)

pros
ok. iPad bagus.
Alice belajar banyak nursery rhyme,
kenal banyak cartoon character (daya ingatan budak² ni memang menakjubkan!),
boleh main games yang simple²
macam puzzle
matchingkan warna,
matchingkan bentuk,
kepantasan,
memori
dan lain² lagi.

ya. ada iPad hidup jadi aman.
boleh shopping dengan aman
makan kat luar dengan aman.
tak ada nangis² bila bosan.
tak ada chaos!


alhamdulillah!
tak ada iPad pun boleh makan kat luar dengan aman
:D

cons
masalahnya
bila asyik mengadap saja
dari celik mata
sampai la nak tidur
tak ada benda lain yang dia mintak.
iPad!
iPad!
iPad!

kalau tak dapat?
tantrum!
kalau bateri habis?
tantrum!
kalau kita nak guna?
tantrum!
haish!

 baca buku 
ada input
ada output
ada sharing
dan ada excitement juga!

action
jadi kita ambil keputusan untuk simpan iPad.
yeah.
simpan je.
bila mintak
cakap tak ada.
maSu pinjam
(hahaha nama maSu pulak naik!) :p
tak ada.
habis cerita.

kadang² baca buku,
kadang² main action figure,
kadang² belai soft toys,
kadang² petik ukulele,
selalu share main sama²,
puji sama²,
galakan sama²
:)

pengisian
jadi bila dah tak ada iPad nak buat apa?
- main toys
- read book
- color book
- beli buku baru
- role play (Alice suka pakai topi, pakai tag, kemudian salam mommy macam daddy nak pergi kerja!)
- tak ada toy pun boleh duduk hug, tickle, kiss dan borak²

ni semua kita buat sama².
bukan bagi toys selambak
kemudian expect Alice main sendiri
(kalau bagi iPad boleh buat macam tu!) :p

back to basic.
ada mainan mahal²,
atau video education yang pakar buat pun
pendidikan awal yang kanak² perlukan
ialah sentuhan,
kata² yang membina
dan tauladan yang boleh dicontohi.
win - win!
anak suka
kita pun jadi care free kids balik
:)

jom main!

budak² crave for attention kata Ustaz Don.
kita puji sikit
tepuk tangan sikit
senyum sikit
sabar sikit -
itulah kasih sayang
:)

p/s: menjelang umur 3 tahun
mommy target nak latih Alice
supaya boleh buat self restriction
ada masa main iPad
ada masa simpan iPad.
next target!
:)

Wednesday, October 23, 2013

berhenti menyusu susu ibu: Alice 2 tahun 6 bulan

BERJAYA!!!
yay!
success!
syabas!
menjelang Alice masuk 2 tahun setengah
ada pencapaian yang sangat memberansangkan!
(biasa la mak² over excited!)
:p

kalau sebelum ni
kita cuba nak mansuhkan penggunaan susu ibu dan iPad
sekarang dah nampak hasilnya
:)

weaning
sekarang Alice dah berhenti minum susu ibu sepenuhnya.
mommy rasa ini pencapaian yang besar
daripada usaha yang gigih.
tak kurang manja Alice
dan tak kurang perhatian yang mommy beri pada Alice
bila dah berhenti menyusu.

mana² pergi bawa bekal air kosong siap²
:)


usaha untuk weaning:

1) beritahu dah sampai masa untuk berhenti menyusu
(ni satu proses yang panjang!)

2) isi masa menyusu
dengan beri susu lain (mommy pilih susu HL plain, pasteurized  dalam bentuk cecair),
jus buah,
air kosong
dan kemudian berhenti sama sekali
(sama juga, take 1 step at a time!)

3) beri lebih banyak air masak.
ini bukan untuk budak² saja
orang tua pun penting minum air kosong secukupnya!

4) tunjukkan kasih sayang dalam bentuk pelukan,
beri perhatian,
beri galakan dalam perkara yang anak minati
dan berbual
:)

5) makan makanan seimbang

6) snacking dalam portion yang kecil
tetapi kerap.
mommy masih cuba untuk sediakan pilihan yang sihat
untuk snacking ni!

7) bersedia
sediakan barang² yang diperlukan pada masa yang tepat,
sedia untuk bercakap dengan berhikmah
be mentally ready
dan banyak bersabar.
yang paling penting, kena dapatkan bantuan
daripada semua orang!
:)


peak time Alice lapar biasanya
waktu bangun tidur
dan waktu balik dari sekolah.
waktu² genting sebab selalunya kita belum masak lagi 
jadi kena bagi snack dalam kuantiti yang kecil
(masih cuba nak bagi buah²!)

perubahan:

1) lebih banyak stok susu HL
biasa cuma bekal 5mL x 2 botol
untuk ke sekolah
Isnin - Jumaat.
bila dah berhenti menyusu
mommy beri tambahan lagi susu HL
3mL bangun tidur pagi
(ya, Alice selalu bangun tidur memang lapar sangat²
dan kena beri light breakfast
macam cereal & susu
sebaik sahaja bangun tidur).
lagi 3mL sebelum tidur malam
(ni mommy slowly nak berhentikan!)

kalau weekend
mommy beri Alice 3mL susu HL
waktu nap sama ada pukul 11 pagi
atau 2 petang.
Alice ni jenis yang memang banyak tenaga.
selalunya dia cuma nap kalau sebelum tu bawa jalan²
atau main outdoor.
kalau tak keluar
memang Alice tidur malam saja.
satu hari sekali saja nap.
kalau pagi dah nap
jangan harap petang tu dia ngantuk
(mommy je yang suka nap sebenarnya)
:p

2) ambil masa lebih panjang untuk lelap
bila dah tak menyusu
memang mencabar sikit bila masuk bab tidur ni.
bilik nak kena gelap betul²,
senyap
dan Alice minta "mommy tepuk la!"
bila dah penat tepuk
pegang tangan sampai lena.

untuk berhentikan tepuk
mommy suruh Alice pegang Tigger's tail,
nak jadikan Tigger sebagai comfort item -
bila nak tidur je cari Tigger terus lelap!
buat masa sekarang masih kena pegang tangan sampai lena lagi,
Alice belum boleh tidur sendiri.

3) psychological hunger
selalunya sebelum lena
Alice akan cakap " ... kakak hungry"
dan nangis² nak keluar pergi makan.
jangan layankan!
kan dah beri susu
tak kan lapar lagi.

kalau kita tengok Nanny 911
cara nak suruh budak² tidur sendiri:
cut off verbal contact.
bila dia bangun
mula² beritahu dia "Pergi tidur"
selepas² tu cuma angkat dan letak dia di tempat tidur.
jangan cakap apa²
jangan layan apa yang dia tanya atau nak,
lama² dia akan tidur
selagi kita tak layan dia berbual
:D

biasanya lepas nangis² sebab tak kena layan
kemudian Alice akan tidur.

mommy tengok lama² Alice kurang terjaga tengah malam.
kalau terjaga pun tepuk² belakang sikit
dia akan tidur semula.
berbanding waktu awal² weaning dulu
bila terjaga malam
Alice nak cereal, nak air Ribena sejuk, nangis² sebelum tidur semula.

alhamdulillah!
syukur yang amat sangat!

4) my baby
walau pun tak menyusu lagi
mommy cari kesempatan
untuk selalu kendong Alice
sama macam posisi menyusu.
mommy nak
walau pun dah tak menyusu
Alice tahu mommy sayang dia
malah lebih lagi
sebab dia dah berjaya belajar banyak perkara baru!
:)

5) makanan
memandangkan susu ibu pada peringkat ini
dah tak berpadanan dengan keperluan nutrisi Alice,
memang mommy risau juga
terutama dari segi sistem imunisasi dia.
alhamdulillah
walau dah bercerai susu
ketahanan badan Alice masih kuat.
mommy dan daddy demam pun
(ramai orang kata memang musim viral infection)
tapi alhamdulillah Alice masih sihat.

kalau kita rujuk semula
bila bercakap bab imunisasi ni
yang paling penting untuk bayi
ialah kolustrum waktu baru lahir
dan susu ibu 6 bulan pertama.
itulah yang membentuk daya tahan bayi melawan penyakit.

6) supplement 
buat masa ini Alice belum diberi makanan tambahan.
akan datang mungkin mommy akan pertimbangkan.
mommy ni jenis back to basic.
(macam nenek² kita dulu - tengok sekarang barang organik sikit punya mahal!)
mommy percaya kalau nak sihat kena makan makanan seimbang,
jalan² outdoor
dan hubungan yang sihat dengan parents & extended family.

yeah, mommy punya majoring masa belajar dulu ialah industrial chemistry.
kalau nak cakap dengan mommy pasal nutrisi
tak ada masalah,
cuma ramai orang (terutama yang nak jual produk)
terlupa bab 'industrial' tu.
contohnya bila orang berniaga kata "Epal lebih baik daripada nenas"
dia tak ambil kira satu faktor penting
iaitu epal diimport (faktor masa, wax coating, handling)
sedangkan nenas kita cantas kat belakang rumah (organik tu!).

sama juga dengan nutrisi
kalau tak nak belajar industrial chemistry, boleh google saja
untuk nak tahu dengan terperinci
macam mana jus buah berkhasiat (!) dibuat,
atau pil
atau serbuk
atau sebarang makanan berproses dibuat.

eh ... terlebih sudah!
:p

rare.
santai abes!
daddy kerja.
Alice tengok tv sambil baring
peluk ukulele
dengan snack fish ball kat sebelah
:p

next step
susu ibu ni cuma satu fasa.
selain daripada makanan
ada juga faktor kasih sayang, imunisasi dan didikan.
cabaran akan datang

1) makanan seimbang 

2) makanan sesuai dengan keperluan
ikut tahap perkembangan

3) kurangkan gula
dalam minuman dan snack

4) snack sihat

5) didikan untuk pilih makanan sihat

6) perhatian dari segi emosi dah self esteem

7) bersyukur (perkataan yang ringkas tapi makna mendalam!) 
dan enjoy life! :)

Tuesday, October 22, 2013

buli: nak buat apa?

 


Monday, October 21, 2013

khir apa pulak ni?!





Sunday, October 20, 2013

swimming toddler

kali ni memang kita tak plan nak keluar jalan²
nak relax saja
duduk kat resort.
bila dapat tau resort ni ada swimming pool
itu yang 2nd mommy cari dalam site map
selepas playground.

daddy suruh bawa semua
dalam bungkusan pelampung.
maknanya ada pelampung duduk untuk baby,
alligator besar yang boleh muat beberapa orang,
baby life jacket,
training float
termasuk dengan pam sekali.
swimming suit yang tertinggal
sebab masa kita tengah siap² nak keluar
Alice beriya² nak pakai swimming suit tu siap²
:p








kita plan nak pergi swimming petang²
sebab pagi sejuk giler
takut beku pulak bila masuk dalam pool :p
Alice bukan kira semua tu
hujan sekejap
hujan panas
bukan dia tau nak berhenti.
tiap² kali tanya "Sudah?!"
jawapan dia mesti "Beyum!"
dah kecut²
gigil²
tak puas² je lagi
-________-





macam mana 1.45m
boleh jadi 45m ni!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...