damdiduuu

Showing posts with label Valentine's Day. Show all posts
Showing posts with label Valentine's Day. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

untuk kekasih

aku bertuah ada abang.
abang handsome.
sebenarnya abang kacukan 2 bangsa lain selain Melayu
(hahaha kantoi!)
sebab itu handsome kot.
adik² abang pun cantik :)
mungkin sebab itu Alice pun comel
alhamdulillah

aku ingat lagi waktu kita mula kenal
abang memang bersungguh².
aku pun tak sangka
kita akan bertunang dan nikah dalam masa yang singkat.
aku tak pernah tetapkan bila kena berumahtangga
dan tak ada plan
tapi dengan kesungguhan abang
membuatkan aku terbuka hati untuk terima lamarannya
:)

abang memang baik.
aku dan Alice dijaga baik.
setiap keperluan aku
setiap permintaan aku
semua dijaga sebaiknya.
terima kasih banyak²! :)

abang kaki buli.
aku dah puas kena buli
sekarang Alice dah ada
boleh kata kat abang
" ... buli Alice la"
supaya abang tak buli aku
:p

hobi baru abang
beli barang Alice.
cukup² la tu.
jimat² k.
3 bulan sekali tak apa
:D

aku memang jarang pegang duit.
bila abang beri duit belanja
rasa mewah sangat!
selalu abang bekal nasi untuk makan tengah hari di pejabat.
satu hari tu abang beri duit, tak beri bekal.
aku makan kat mamak
dan kemudian sakit perut selama 2 hari :p
perut terkejut kot!

abang jaga Alice baik.
aku harap sangat abang ajar Alice
macam mana nak jadi cool
macam mana tak kena buli
macam mana nak jadi kuat
dan macam mana sentiasa happy² selalu
:)

tiap² bulan abang belikan kelengkapan rumah dan barang dapur.
terima kasih, sayang.
sikit sama sikit
banyak sama banyak.
tak terbalas segala budi dan pengorbanan.


hari² aku nak jadi kekasih abang.
hari² aku nak senangkan abang
tak mau bebankan dia
tak mau dia risau
tak mau dia kerja berat sampai lewat²
tak mau dia tak cukup rehat
tak mau dia susah.

alhamdulillah
terima kasih atas kurniaanNya yang tak ternilai.
aku akan jaga sebaiknya
segala daya
selagi hayat.

alhamdulillah!

p/s: sayang sayang sayang, sangat²! :)

Monday, February 13, 2012

selamat hari bunga mahal!

bunga dah naik harga
bunga rose segar
dah naik 167%
kalau dulu sekuntum cuma RM3
sekarang dah jadi RM8 sekuntum.

untuk stall yang tak ada stok baru
ada bunga rose dah kembang saja
tak ada yang kudup
naik harga sikit saja
RM4.

selamat hari bunga mahal!

Friday, February 10, 2012

Khutbah Jumaat: Valentine's Day

Antara intipati khutbah Jumaat hari ini
10 Februari 2012

Jakim: "Awas Jerat Valentine"

Hari Kekasih atau Valentine’s Day
bertentangan dengan ajaran Islam.

bercanggah dengan akidah umat Islam
boleh membawa kepada budaya pemujaan berhala
melalui istilah-istilah yang digunakan.

bercampur dengan perbuatan maksiat
bertentangan dengan ajaran Islam sebenar
boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam


Jawi: "Butakah Cinta?"

14 Februari dinamakan Hari Valentine
bersempena kejayaan kerajaan Kristian
menumbangkan kerajaan Islam

di Cordova, Sepanyol

Pada pandangan Kristian, agama Islam adalah agama yang zalim.
Semenjak itu, tarikh 14 Februari disambut oleh umat Kristian
bagi meraikan kemenangan itu
dengan menamakannya Hari Valentine.

wajarkah umat Islam
- meraikan hari kejatuhan Umat Islam di tangan Kristian?
- memuja dan meraikan pengisytiharan angkuh seorang paderi Kristian?

Kedua-dua teks khutbah
meminta umat Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Valentine
selain tidak terpengaruh dengan budaya barat.

Wednesday, February 8, 2012

bunga segar: sekuntum RM3

pasar TTDI.
bunga segar masih lagi sekuntum RM3.
ada macam² jenis.
macam mana bila dah jadi bouquet boleh sampai harga ratus² eh?
nak² lagi waktu peak season.

berapa lama bunga segar boleh tahan?
ramai ke yang awetkan bunga?
nak mengekalkan nostalgia?
berapa pulak kos awetkan bunga?
boleh DIY?

indahnya ciptaan Tuhan
:)

carnation, rose ...
yang lain tak tau nama
:p

agak² kalau kata 'Akak ni cantik macam bunga la'
boleh dapat diskaun tak?
:D

kali terakhir aku beli bunga rasanya 2 Julai 2010
1 tahun 7 bulan yang lalu.
beli gubahan mawar merah
sireh junjung untuk hantaran abang :)

rasanya kalau beri bunga lagi
abang sayang aku lebih tak?
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...