damdiduuu

Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

balik JB: sekejap sangat!

esoknya kita gerak balik.
nak duduk lama² pun tak ada cuti.
tak sempat pun jumpa abah dan adik².
mak tak payah cakap
macam² bekal dah siap pack awal² :)
aunty Aisyah siap belikan kek coklat kukus.
selalu kita kat rumah tak makan sangat
tapi bila rasa
pergh! punya la nikmat kek tu! :p
tq aunty Aisyah!
:)


bukan main suka budak kecik ni!
:)

oh ya
aunty Aisya bercadang nak beli rumah
dan juga bertunang tahun ni.
semoga semuanya dipermudahkan :)

kisah kita
tersentuh juga bila balik JB ni
mak dari dulu kerja kuat
katanya masuk Ogos ni
dah 20 tahun mak kerja di tempat yang sama.
teringat pada arwah mak
yang juga sama² gigih cari rezeki untuk anak².
situasi berbeza
kecekalan, kasih sayangnya tetap sama :(

waktu membesar
agak mendukacitakan juga
bila arwah mak hari² keluar bekerja
dan hujung minggu menjaga (arwah) nenek di kampung.
sunyi dan rasa kurang
yang sama juga agaknya yang dikongsi
oleh adik beradik aku
dan adik beradik abang
yang dah biasa ditinggal²kan.

betapa besarnya sumbangan Aisyah
bila adik² masih sekolah
dan mak yang bekerja kuat.
moga diberi kekuatan, keberkatan, kesenangan dan kegembiraan untuk kita semua.

*Al-Fatihah untuk arwah mak & nenek :(


Menara Taming Sari


Alice suka jalan pegang payung

dari JB kita singgah di Melaka.
macam biasa bila kita ke Melaka budak² Melaka entah ke mana.
macam lahanat tak? :p
kita jalan² saja
sempat juga makan asam pedas
(yeah, asam pedas mak masak lagi best!)
dan belikan baju batik untuk Alice
dekat² dengan Menara Taming Sari.


Hilmiey masuk wad
tapi aktif main sana sini!
:)

tak lama.
kita dapat berita Hilmiey masuk wad.
syukur abang drive dengan selamat
jalan pun alhamdulillah lancar
tak ada traffic jammed.
terima kasih untuk abang
walaupun penat
masih digagahkan lawat Hilmiey di Puteri Ampang.
tq tq tq!
ni yang buat bertambah sayang ni :)

Wednesday, March 7, 2012

Muzium Kastam Melaka


tak sangka katak ni katak betul!
katak awet ni

antara muzium yang paling best kat Melaka
ialah Muzium Kastam.
betul best!
kenapa?
tak percaya?
best sebab apa?

sebab jalan² tengah² panas
bila masuk muzium ni
fuh!
sejuk nyaman!
:D

lagi satu sebab
ialah muzium ni masuk percuma
:D

juga tak ketinggalan
artifak dalam muzium ni
ada yang amat mengkagumkan!

Muzium Kastam ni terletak di laluan strategik
antara Dutch Square dengan Muzium Samudera.
antara barang yang dipamerkan termasuklah
peralatan yang pernah digunakan oleh pihak kastam
sebelum ini macam mesin kira yang bapak besar
dan penimbang manual.
yang paling menarik
mestilah barang² rampasan.

macam² ada!


daddy & Alice dah masuk dulu
dalam Muzium Kastam


bersatu ialah kekuatan!


Wahab nak salam!


alat penimbang zaman dulu²
kat bawah tu dia punya pemberat


bapak besar punya cash register!


arak rampasan


macam² jenis keris ada


siapa ada tulisan khat halus!


nampak je gempak
tipu punya semua ni!


mercun gred KLCC
:D


harimau bintang?
kau ada?!
kalau ada, kau kejam!


bahan lucah



erotika, lagi


macam² cara nak seludup bahan larangan
dalam vest, kasut, terompah kayu


siap dalam kertas sembahyang pun ada candu!


tak ada permit
kena rampas


sebelum balik tulis nama
hari raya nanti hantar kad raya, eh!
:D

Tuesday, March 6, 2012

Muzium Samudera, Melaka


tiket dewasa: RM3
waktu operasi: 9 pagi - 5.30 petang

muzium kapal
atau Muzium Samudera Melaka
merupakan bangunan yang dibina
berdasarkan replika kapal Portugis, Flor de La Mar
telah dirasmikan oleh Tun Mahathir
pada 13 Jun 1994.

muzium ni bertujuan untuk menggambarkan
sejarah kegemilangan Melaka sebagai pusat pedagangan yang masyur
dengan mepamerkan lukisan,
peta lama,
model kapal
dan artifak berkaitan maritim
daripada zaman zaman kesultanan Melayu Melaka
zaman Kolonial Portugis,
Belanda,
Inggeris
dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu.

Muzium Samudera Fasa 2
terletak bersebelahan replika Kapal Flor De La Mar
mempamerkan penerokaan samudera,
kehidupan di laut,
khazanah dari laut
dan pameran WWF

website:
Muzium Maritim
Perbadanan Muzium Melaka: Muzium Samudera
Perbadanan Muzium Melaka: Muzium Samudera Fasa 2


nanti dah pandai jalan
Alice naik tangga muzium ni ya
:)

disebabkan nak masuk muzium ni kena naik banyak anak tangga
tak sampai hati pulak
nak minta daddy usung stroller dengan Alice² sekali panjat tangga.
tunggu la Alice dah besar sikit
nanti kita datang lagi ya
:)

dengan keunikan seni bina muzium ni
memang jadi tarikan untuk orang datang dekat.
kapal tersadai?
kapal dibawa naik ke darat?

bila tahu yang binaan ni cuma replika
malah kapal asal bukan binaan anak tempatan
hati aku tertanya²
kenapa Flor de La Mar?
bila diselidik, rupanya dasyat sungguh sejarah kapal ini
sampai kini masih belum tersimpul lagi cerita penuh Flor de La Mar.
bacakan kisah Flor de La Mar
versi olahan Zaza Si Photographer
:)

Monday, March 5, 2012

Dutch Square Melaka

masa kat Melaka itu hari
dari Kota A Famosa
abang bawa kita jalan² keliling bandar.
dari dataran Pahlawan
destinasi kita
ialah ambil gambar di bangunan merah
:D

bangunan² merah ni ada di Dataran Belanda
atau Dutch Square
atau Red Square di Melaka
yang terdiri daripada menara jam merah Tan Beng Swee,
Christ Church
dan bangunan Stadthuys.


nak ke Dutch Square

Christ Church
merupakan gereja Protestant kurun ke-18.
ia dibina dengan senibina Kolonial Belanda
dalam bentuk segi empat: 25 meter x 13 meter.

asalnya gereja ini dibina
untuk menggantikan Gereja St Paul
atas bukit
yang dah tua.

silingnya setinggi 12 meter
dihubungkan dengan alang kayu.
atapnya ditutup dengan kepingan tiles Belanda
dan dindingnya diperbuat daripada batu bata Belanda
dibina atas blok laterit
kemudian dilitupi dengan plaster China.
lantai gereja diperbuat daripada blok granit
yang asalnya merupakan penstabil kapal dagang.
tingkap Belanda pada gereja
telah diubahsuai oleh British
apabila mengambil alih Melaka,
serta menambah beranda & vestry pada pertengahan kurun ke-19.

antara artifak di Christ Church:
- batu nisan dan plak memorial pada lantai gereja
- loceng gereja yang bertarikh 1698 dipercayai digunakan untuk tujuan lain sebelum terbinanya gereja tersebut
- rekod admin gereja yang kini dipamerkan di Arkib Negara. Kerk Boek (Buku Gereja), Resolutie Boek (Buku Resolusi), Rapporten (Laporan), Doop Boek (Senarai Baptism) sejak awal kedatangan Belanda ke Melaka lagi
- cawan atau altar vessels perak yang masih dalam simpanan gereja tapi jarang dipamerkan
- bible diperbuat daripada tembaga yeng menunjukkan ayat John 1:1 dalam bahasa Belanda


Christ Church

Stadthuys
dalam bahasa Belanda bermaksud town hall
disebut sebagai stat-highs
dibina oleh Belanda pada tahun 1650
sebagai pejabat Gabenor dan Timbalan Gabenor Belanda
merupakan pusat admin Melaka ketika itu.

pernah dijadikan Malacca Free School pada 7 Disember 1826
untuk kerajaan British memberi pendidikan percuma
kemudiannya dinamakan Malacca High School pada 1871.

kini Stadthuys menempatkan
Muzium Sejarah dan Etnografi,
Galeri Laksamana Cheng Ho,
Muzium Sastera,
Muzium Pemerintahan Demokrasi
dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri
dikatakan bangunan bersejarah Belanda yang tertua
yang masih kukuh di Melaka.


beca cantik lalu sebelah Alice

Menara Jam Tan Beng Swee
dibina oleh generasi ke-3 jutawan Cina yang suka menderma.
ia dibina oleh Tan Jiak Kim
bagi memenuhi hasrat bapanya, Tan Beng Swee.
bapa kepada Tan Beng Swee, iaitu Tan Kim Seng
merupakan penderma
untuk jambatan yang menghubungkan menara jam
dan tanah untuk perkuburan Cina.

jam yang asal diimport dari England.
apabila jam ditukar dengan Seiko pada tahun 1982
mendapat tentangan di kalangan warga emas Melaka
yang masih terasa layanan buruk
sewaktu pemerntahan tentera Jepun dahulu.


Macam² ada.
daddy nak belikan topi
tapi Alice tak suka pakai topi!
dah daddy kena payungkan Alice ke sana ke mari!
:p


banyak barang murah².
kat sini kita dapat fridge magnet 3 RM10
:D


kat gerai yang awal sekali ni
abang usya samurai!
tu la barang favorite dia
:D

selamat mebeli belah sambil menambah pengetahuan!
:D

Sunday, March 4, 2012

sejarah Kota A Famosa, Melaka


daddy bawa kita jalan² ke Kota A Famosa

kalau mengikut sejarahnya
A Famosa merupakan sebuah kota
yang dibina di bawah pemerintahan Alfonso de Albequerque
yang berjaya mengalahkan askar² Sultan Melaka
pada tahun 1511.

kota A Famosa
bermaksud 'Yang Terkenal' dalam bahasa Portugis
dibina sekeliling bukit berhampiran laut.
pada ketika itu Portugis sedang giat membina jajahan luar
di Macau, China dan Goa, India
bagi mewujudkan pelabuhan²
bagi kapal yang berlayar ke China
dan kembali ke Portugal.

asalnya kota tersebut terdiri daripada
dinding penghadang yang panjang
berserta 4 menara utama
yang memuatkan bangunan 4 tingkat,
bilik simpanan peluru,
kediaman kepten dan pegawai².

pada tahun 1641
Belanda berjaya mengusir Portugis daripada Melaka.
pintu laluan masuk
telah diubahsuai oleh Belanda pada tahun 1670
serta melakar 'ANNO 1670' pada pintu laluan tersebut.



thank you, daddy!
daddy
dukung Alice
dan panjat anak² tangga satu².
mommy mengah dah!
:p


kita berehat dulu
:)


yang ada kat atas ni
gereja dan kubur Belanda


mommy sama Alice
dan sign love love love


pemandangan dari atas bukit
yang tinggi tu Menara Taming Sari


seni bina yang masih berdiri kukuh di Melaka


berlatar belakang Melaka negeri maju!


foto wajib: meriam depan Porta de Santiago

bagi mengelakkan Melaka jatuh ke tangan Perancis
pada kurun ke-19
Belanda menyerahkan kota tersebut kepada British.
British yang tahu
selepas perang dengan Perancis
kota tersebut akan diserah semula kepada Belanda
telah memusnahkan kota tersebut
supaya tidak dapat memberi sebarang manfaat kepada Belanda.
asalnya penduduk² mahu dipindahkan
dan kota tersebut dimusnahkan.

Sir Stanford Raffles
yang merupakan pengasas Singapura
berjaya meyakinkan pihak British
untuk membiarkan penduduk terus menetap di situ
dan tidak memusnahkan pintu masuk kota.

sehingga kini
pintu masuk kecil
yang bernama Porta de Santiago
masih kukuh berdiri
sebagai tinggalan sejarah di Melaka


daddy & Alice depan Porta de Santiago

Saturday, March 3, 2012

Restoran Naiman, Ayer Keroh Melaka


lokasi: Ayer Keroh

balik daripada Zoo Melaka
abang bawa kita makan kat Restoran Naiman
berhampiran dengan MITC.
dekat dengan Malim Ikan Bakar
dekat dengan tempat gig tu
:)

lama dah tak makan kat sini
rupanya ada mural cantik yang dah dilukis pada dinding restoran.
mercu tanda Melaka.
antaranya bagunan jam
dan kapal besar.


tengah hari tak makan
ni perut dah masuk angin
:p

servis kat sini bagus
tak lah sampai berzaman kita tunggu nak order dan nak makan.

makan?
ok best boleh tahan
kita order macam biasa
sup, kailan ikan masin, paprik udang yang manis.
semua habis licin!

berapa harganya
tak tanya pulak :p
tapi abang tak komplen pun
rasanya berpatutan la kot
:)

waktu kita datang rasanya masih awal lagi.
nampak macam ramai student yang duduk makan kat situ.
next time boleh la datang lagi
especially kalau ada gig best² kat sana
:)

Puteri Resort Ayer Keroh: swimming pool yeah!

satu tempat yang kita tengok Alice betul² enjoy
ialah di swimming pool.
rasanya ini kali pertama kita bawa Alice ke swimming pool.
sebelum ni sudah mandi sungai dan laut.
kali ni baru berpeluang bawa Alice berendam air klorin
:p

balik dari Zoo Melaka
dan selepas kenyang makan di luar
kita sampai hotel dalam pukul 6.20 petang.
masih ada beberapa minit sebelum pool ditutup pukul 7 petang.
cepat² kita bersiap dan bergegas ke swimming pool!
sempat la main air lebih kurang
seronok tengok Alice yang keriangan!
:D


turun² saja Alice dah suka sangat²!


nak ajar swimming pun tak boleh terus² hard core
main² air saja dulu la ya sayang
:)


wheee main slide!


apa yang kita suka sangat tengok mommy pun dah lupa!
:p


hai seronoknya dia!


daddy bawa Alice naik ke bilik


thank you, daddy jaga kita
bawa kita jalan²
dapat spend time sama²
buat kita happy²
:)

Zoo Melaka

pilihan abang
destinasi utama kita kali ini
Zoo Melaka.

tiket dewasa: RM10
tiket tram: RM3
masa: 9 pagi - 6 petang
(8 malam mula untuk zoo malam)
parking: RM2

dulu kita pernah masuk zoo ni malam
Night Zoo Melaka.
seronok!
bayaran sama rasanya
tapi dah termasuk sekali dengan harga naik tram.
informatif - selain daripada suluh²,
'pramugara' dia ada cerita² juga pasal haiwan kat situ.

bila masuk siang lain macam pulak suasananya.
tak ada penerangan.
naik tram syok sendiri saja tengok sana sini pandai² masing²
:p


masuk² je kita kagum
ada banyak burung dibiar lepas
kat stesyen masing².
cantik² pulak tu burungnya!
:D


Alice happy naik tram sama daddy :)
tapi masa Night Zoo saja ada penerangan masa dalam perjalanan


whee turtle ride!
:D


rasanya ni kali ke-3 Alice tengok gajah


Alice patting miniature horse.
sudah pat kena cuci tangan!
:D


lepas best² usik kuda
baru tau rupanya kuda tu menggigit!
bahaya betol la!
:p


rare
zebra
kawan dengan badak sumbu!


abang tanya
'... mana ungka, tak ada pun?!'
terus muncul dia ni dari semak samun!
lintang pukang kita lari
... ye la, cetek je air tu!


are we enjoying ourselves, baby?
:)

yang menarik kat zoo ni
selain daripada macam² haiwan
ada juga Galeri Zoologi
:)

dan yang buat terkejut
(lawak seram)
ialah bila ternampak papan tanda
Hantu Carik Kafan
di sebuah sangkar
:p

ok la tu
penat² pun berbaloi.
agaknya Zoo Negara saja kot yang kena bayar mahal? ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...