nak pergi court hearing kali ini
adalah yang paling banyak shenanigan (rasa 'ala Green Day tak?)
yang kita kena hadap.
sebelum pergi lagi
macam² cabaran.
nak kena bawak anak la
(terima kasih untuk daddy Alice yang memahami,
yang izinkan mommy pergi court hearing.
daddy boleh sorang² jaga Alice malam
dan esoknya daddy siapkan, hantar Alice pergi sekolah.
kurang sikit pressure mommy!).
nak kena gerak pagi² 5.30am dari KL la.
punya la banyak kita punya contingency plan.
ini tak boleh.
itu tak ngam.
macam² arahan pelik² semua keluar
lebih² lagi daripada orang yang TAK terlibat
dengan perbicaraan ni.
truth be told
memang rasa nak give up pun ada.
niat nak hantar surat sumpah
tak hadir mahkamah pun ada.
fungsi mahkamah
perkara baru yang kita belajar
bila hadir perbicaraan ni
ialah keputusan semua dibuat di rumah.
bila ke mahkamah
cuma nak seal the deal saja.
bukan di mahkamah yang baru buat pembahagian.
bukan baru nak bincang.
kalau tak setuju?
panggil bicara semula!
apa yang tak ada?
perbicaraan ini
cuma menetapkan
siapa dapat berapa bahagian.
exactly di mana tu tidak ada hitam putihnya.
cuma geran tukar nama ke pemilik baru.
untuk rumah yang dah dibina
kalau berhak
memang tak disuruh alih
atau dikecilkan
tapi tertakluk kepada keluasan tanah yang ditetapkan saja.
jangan la dah siap ada rumah
kau nak kata lagi depan, belakang, kiri, kanan semua kau punya/kau dah ada plan nak buat apa kat tanah tu
tak pek tu do.
jangan sibuk.
orang lain punyo hak tu.
alhamdulillah
Dato' Lembaga dan buapak kita sangat² banyak membantu.
banyak bagi nasihat,
banyak bagi nasihat,
bersedia dengar pandangan
dan pertimbangkan cadangan kita.
apa berlaku pada hari bicara?
- semua waris,
buapak,
Dato' Lembaga
masuk bilik perbincangan
untuk dapat kata sepakat berkenaan pembahagian
- dokumen yang diperlukan
* MyKad semua waris, semua yang masuk bicara, termasuk buapak dan Dato' Lembaga
* Resit pembayaran cukai tanah terbaru
- masuk ke mahkamah
sahkan pembahagian
- selepas bicara
bayar RM4 di kaunter
mana lokasi?
sila klik -> official website Pebabat Daerah & Tanah Kuala Pilah
court hearing 9.30am.
kita 8.30 pagi dah tunggu kat lobi
sama dengan Dato' Lembaga
sebab tu Dato' Lembaga perasan kita
:D
mula² masuk bilik perbincangan.
budak² kecik yang tak boleh duduk diam tak boleh masuk sini.
sediakan MyKad.
bilik ini seating capacity 11 orang termasuk buapak dan Dato' Lembaga.
untuk yang berkenaan sahaja.
selesai perbicaraan.
banyak perkara yang kita tak arif.
alhamdulillah Dato' Lembaga sedia bagi tunjuk ajar :)
kita bersyukur juga
yang Dato' Lembaga sedia mendengar dan beri kita peluang bersuara,
bukan cuma dengar cakap orang yang suka dominate/
orang yang suka potong cakap orang lain & cakap kuat² saja.
terima kasih banyak², Dato' Lembaga!
kalau tengok kat pekeliling
bayaran untuk Pejabat Tanah sangat minimal.
jadi bila kita diminta untuk bayar kos perbicaraan
pada harga yang berbeza
rasa macam pelik sikit la
sebagai seorang yang memproses reimbursement tiap² bulan
sampai berpuluh² ribu sekali claim kat office,
bila orang beritahu ada reimbursement yang kena dibayar
naturally, aku akan minta resit
(lagi senang nak proses bila nampak figure atas kertas berbanding cakap mulut saja).
sekali bila mintak resit kena marah pulak.
aku tak tau pulak yang transaksi ni jenis yang tak ada resit.
boleh terangkan baik² je.
tak payah naik angin
(mental note: bagus kita dah sarapan kenyang² pagi tu, tak la merengus nak marah², nak makan orang)
untuk sesiapa yang selalu berurusan dengan kakak
memang dah faham sangat.
kalau kerja bagus (mekanik, electrician, apa² servis yang dia minta buat)
kakak akan bagi lebih lagi sebagai tanda penghargaan.
tak payah risau
(aku je jenis yang suka mintak diskaun!)
jadi bila minta duit, kakak akan terus bagi.
tapi bila dah bagi terang² depan²
malu la pulak nak ambik.
lama la orang tu hulur duit tak diambik² lagi duitnya.
camno tu? ...
memandangkan transaksi ni jenis yang tak ada resit
jadi ambik gambar sebagai rekod.
bila dikira betul² tak sebanyak (yang awal tadi) pun yang nak dibayar.
ini pun tak tolak duit yang kakak/adik baru bayar lepas perbicaraan tadi
(dia suka sedekah. aku je yang suka mintak baki balik walau syiling² pun!)
dan bak kata adik
tak kan 1 party je yang nak share costing.
kos tol, minyak dari KL, mintak cuti kita hari ni
tak nak bahagi sama rata dengan semua waris ke?
(nasib baik la arwah mak didik kita dengan baik!)
Dato' Lembaga memang jenis yang senang dibawa berunding.
dari dalam ke luar senang kita nak bertanya apa².
balik dari bicara jumpa lagi atas jalan raya.
maaf ya Dato'
adik saya memang bawak kereta macam hooligan sikit.
senyum je Dato' tengok
:p
sebenarnya kita tak ada apa² pun yang boleh nak celebrate.
pembahagian tanah dah finalized
tapi cuma pada bahagian.
per berapa per berapa tu memang dapat
tapi specifically yang mana kawasanya tu
belum ada hitam putih lagi.
apa boleh buat?
makan je la!
lagi sekali, macam biasa - kakak belanja!
p/s: pagi tadi kemeja putih, pakai blazer rupa macam peguam
bila datang makan kat sini dah rupa macam pekerja sini dah
:p
TRIVIA
*yup, aku memang sengaja awal² ingatkan adik²
untuk pakai formal.
kita professionals.
if you want to be taken seriously
dress the part
and talk the talk.
Siapa yang baca How to Win Friends & Influence People
mesti tau macam mana nak address/show due respect to decision maker(s).
ada caranya untuk state your case.
bukan potong cakap orang lain
dan cakap dengan suara tinggi.
be factual
be rational
be emphatic (jangan fikir diri sendiri je nak menang!).
mahkamah untuk laksanakan undang²
bukan untuk emo².
*black hand bag
beli kat Charles & Keith, JPO
muat iPad mini.
exact price tak ingat tapi kalau tak salah bawah RM200.
JPO jom!
*details pembahagian tu P&C
bukan untuk pengetahuan umum
jadi tak ada dinyatakan di sini.
(sila jangan prejudis tuduh² pulak lepas ni!)
lawak tu ada la sikit² - kita diberi pilihan 2 kawasan oleh 2 pihak
satu pihak tu kata kawasan ni tak stategik
bising, kotor sebab depan jalan besar.
satu pihak pulak kata kawasan satu lagi tu bekas kubur dukun
laluan makhluk halus
tak sesuai untuk didiami
nak buat jalan selebar 10 kaki supaya lori boleh masuk
(rumah kau ada lori masuk? mana nak cari!)
TAPI ni semua cadangan je
kalau nak terima, boleh la terima.
kalau korang, pilih yang mana?
kubur dukun ke kotor & bising?
paling senang kalau tak payah pilih mana²
BAGI FREE je kat siapa yang nak kan.
aman dukun, lori dan makhluk halus nak lalu lalang
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment