damdiduuu

Thursday, February 6, 2014

daddy ni asyik nak balik je, boring la!

Desaru - Kulai - Seremban.
peak season.
traffic jammed.
bila kita dah sedia nak gerak dari Seremban
nak balik KL
itu la yang Alice kata
"Daddy ni asyik nak balik je,
boring la!"
tapi bila ditanya boring tu apa?
Alice jawab "Tak tawu!"
:p

kenangan kat Desaru
bbq malam² angin kuat kat Tanjung Balau.
sebelum ni Alice tak makan pun frankfurter 
:D

banyak betul perkara yang Alice belajar sekarang.
paling mencabar
bila semua tempat dah tak "selamat".
kalau dulu bila nak sembunyikan barang berbahaya
boleh simpan dalam bilik, tutup pintu
atau simpan kat tempat tinggi.

sekarang
pintu bilik Alice dah boleh bukak,
peti sejuk dah boleh bukak,
barang tinggi siap ambik kerusi dia panjat!
coklat yang letak kat tempat telur dalam peti ais
pun dia boleh jumpa!
dia main jengket kaki & raba je
macam² khazanah dia dapat!

hand phone mommy pun Alice dah pandai unlock.
siap pernah mommy dengar Alice mengadu
cakap kat telefon dengan daddy,
bila mommy tengok
rupanya Alice dail office daddy
dan pergi ke automated answering system.
2 kali pulak tu dia dail!
hai la anak!

bayar sendiri.
Alice mesti berani.
interpersonal & communication skill
are the most important survival skills out there
:)


2 tahun 10 bulan: mind-boggling
"Kakak sedih.
Adik kakak tak ada.
Polis ambik adik kakak."
Alice bagitau sambil tunjuk perut dia.
Polis ambik adik dia yang ada dalam perut dia?!
mana nak cari tu?!
sampai sekarang mommy tak tau apa cerita sebenarnya!

tak tau mana datang idea
yang polis akan tangkap (sembarang) orang.
aunty Aisyah & uncle Fendi, mohon pencerahan pada Alice ya!
:p

jangankan nak ajar Alice
mommy tulis pun tah jadi apa!

mind-boglingII: slang
dulu mommy pelik.
selama ni Alice cakap ok je.
Jump.
Sekayang (sekarang).
dengan tak semena²
tiba²
boleh jadi
"Shump! Shump! Shum!"
"Kakak nak syekayang!"

mana datang sindrom "sye" ni?
dulu elok je?

rupanya kat sekolah
Alice sama² belajar Mandrin
dengan budak tadika
(Alice kumpulan 3 tahun:play school, belum masuk kumpulan tadika lagi).
pengasuh mengadu yang Alice ni bising
banyak mulut
macam² dia tanya laoshe.

ooooo rupanya tu Alice punya Mandrin slang.
ada "sye sye" banyak².
masuk bab Mandrin je mommy fail la.
apa Alice cakap sepatah haram mommy tak faham.
bawak balik latihan pun mommy tak tau nak ajar macam mana.
bunyi sepatah tapi tulisan complicated giler.
any tips, people?
:p

hari² Alice usya kasut cantik kat sekolah.
kalau ada yang bekenan
cepat je dia cakap
"kakak nak kasut princess macam ni!"


princess galore
aunty Aisyah ada bagi Alice satu t-shirt
cantik sangat!
t-shirt super girl
warna merah
lambang S tu diperbuat daripada labuchi.
mommy suka sangat!
(tq aunty Aisyah!)

Alice?
Alice tak nak pakai baju tu.
sakit.
pada hal labuchi kat luar
bukan kat dalam baju.
dah habis akal daddy suruh Alice pakai
dia tetap tak nak.
pujuk tak jalan.
marah tak jalan.
paksa tak jalan.
ugut tak jalan.
rugi betol!

last² mommy slow talk dengan Alice.
mommy bagitau dia
yang labuchi² tu sebenarnya tiara.
selalu tiara pakai kat head.
yang ini tiara kat baju.
terus jadi tak sakit!
suka je Alice pakai baju merah tu.
hai la anak!
:p

Alice memang obsess dengan princess
sama macam budak² perempuan lain agaknya.
bila dia sayang mommy
pakaikan mommy tiara,
necklace,
baju princess,
shoes princess
dan solek muka :)
ni kita punya stuff budak perempuan²
:)

girls will be girls.
nak pergi Jusco
boleh pulak tersangkut kat depan Poh Kong.
ehem! daddy, mommy pun nak ya
:D

short attention span
bab solat Alice tak ada hal.
bila cakap nak solat
cepat Alice tolong ambilkan sejadah
dan bentangkan.
masalahnya
lepas iqamat
baca doa
dia dah hilang fokus dah.
nak pergi main dah
bila baca doa selepas iqamat
terus la mommy baca doa tambahan
"Ya Allah, bagilah daddy duit banyak²
supaya daddy boleh belikan Alice
baju princess,
shoes princess ..."
cepat la Alice tadah tangan masa tu!
:p

oh ya, mommy ingat lagi
masa 1st time nak ajar Alice solat.
lepas mandi
mommy tunjuk kat paip
"Kakak pergi sana ambil wudhu."
Alice pergi
dan dia tengok²
tercari² kat keliling baldi
sambil tanya
"Mana?! Mana?!"
:p

tak sempat habis lagi
Alice dah pergi main play doh
(mental note : sentiasa simpan beg play doh di tempat "extra-selamat").
telekung dia elok dia letak kat tempat nak sujud pulak tu!



vulgarity
macam mak bapak lain
mommy pun terkesima
bila Alice dah cakap bad word.

Alice main baju mommy
kemudian biar sepah² kat lantai.
bila mommy marah
Alice keluar bilik
berdiri dekat pintu
kemudian marah mommy dengan suara perlahan
"Bodoh!"

pergh!
masa dengar tu
terus la mommy menyirap!
bila dah sejuk sikit
baru mommy bagitau Alice
"Princess tak cakap bodoh.
Orang jahat je cakap bodoh."
nak tau macam mana Alice responded?
Alice tanya
"Polis je cakap bodoh?"
uh?!
apa nak jawab tu?!
:p

I love you always forever
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...