damdiduuu

Monday, February 10, 2014

gig: The Spirit of Malaysian Rebelling Troops 2014

tak sempat!
kali ini first time
kita tinggal Alice dengan bibik.
budget nak jemput sebelum pukul 12 malam
(takkan nak ambik anak pukul 1 pagi?!)
jadi tak kesampaian.
tak sempat tengok Bloody Boots
dan Brown Attack perform
kat gig kali ini.

mungkin sebab gig start dekat nak pukul 6 petang
sebab tu makan masa
untuk slot in 11 band.
yeah, sayang betul!


Water Place
Jalan Doraisamy, KL

fotografi
aku ni jenis orang yang tak suka alasan.
kalau nak
tak ada jalan lain
apa cara sekali pun mesti peruntukan masa,
adakan kesempatan
dan gunakan peluang.
kemudian baru aku teringat
yang aku tak pernah shoot kat venue ni.
last time datang gig pun balik awal.

tiba² boleh jadi lost.
back to zero.
tiba² boleh blank pulak.
tak tau angle mana
shot apa nak ambik.
yang aku nampak cuma pentas kecik
(nak naik pun tak ada space)
dan tempat yang paling strategik untuk shoot
ialah kat pogo pit!
... tak ada la tu jawabnya!

kali ini fully guna P mode,
white balance custom set,
ada cuba fish eye
dan cross filter
(one of these days 
aku mesti nak try swastika filter!)
tapi tu la,
tiba² boleh jadi blank dan hilang arah tuju
(tanpa sebarang pengaruh bahan terlarang!) :p

sound system
bukan alasan juga
tapi disebabkan sound system
tengah² gig ada problem
bila berdiri dekat dengan speaker
rasa macam otak bergegar.
paling serious
dekat kiri kanan pentas.
setakat satu dua band ok lagi.
lebih²?
memang tak larat.
there goes my best angle!


 opening
pembakar semangat
Jugra!


suka hati dapat cd Jugra free!
:D

 showmanship tu penting
(bak kata abang A)

 Voiceterous Oi

pinjam boots boleh?
:p

lepas tampal² tangan orang yang tengah perform
boleh pulak dia tanya
"tangan tu kenapa?!"
-________-

beza
hmmm ... sebenarnya gig kali ni
buatkan aku rasa macam dah tua (sikit!)
sebab venue, band dan crowd
jauh beza dengan gig Rebelling tahun 2009 dulu.
beza Paul Place dengan Water Place.
band ada tambah metal head
dan walau pun band yang pernah main dulu
dah nampak ada line up baru
(tetapi boot putihmu tetap menjadi pojaan hatiku!).

tah kenapa
aku rasa macam panjang je slot Scruffy malam tu.
mungkin sebab crowd dia layan kot.
memang energetic performance dia!
:)

selain daripada mc
dan stage crew yang berbeza
tak macam dulu,
crowd pun ramai yang aku tak pernah tengok.
(ye, saya budak kampung, bukan kenal semua otai² pun!).

yang paling ketara
macam zaman dah mula nak berlalu.
yang dulu pakai DM 20 lubang, tali merah menyala
kali ni pakai adidas.
yang dulu mohawk 3 warna
sekarang elok je sikat belah tepi.
(belum masuk bab orang tanya "Awek mana tu?"
bila tengok Baja dari belakang.
ingat lagi tak mohawk Baja dulu²?!)
yang dulu huha huhahaha
(eh! bahasa apa tu?!)
sekarang bawa family.
selalunya line up band
ada seorang atau dua yang aku ingat
(epitome of that band)
sekarang bila perform, diorang tak ada
aku tiba² confused
"band mana pulak ni?"
(mintak maaf boleh tertanya band otai la pulak!)

walau muka² wajib
macam tak berapa nak nampak kali ini
tapi memang ketara sekarang ada gelombang crowd baru.
kecik² comel² semua.
mungkin agaknya sebab tu
(spekulasi semata²)
bila tanya Pak Yong pasal t-shirt gig
dia kata tinggal yang saiz besar² saja.
eh ... bukan inflasi patut harga makin naik ke?
t-shirt gig kali ni RM25 sahaja!
terima kasih tuan tanah!


apa merchandise nak?

Rebelling Troops of Tomorrow
sebagai emak yang ada anak kecik,
sebagai pekerja yang paling lama bertahan
kat tempat kerja aku sekarang,
sebagai kakak yang ada adik-beradik perempuan semuanya
(walau pun sekarang adik² semua lebih berjaya daripada aku)
aku rasa terkesan jugak
bila tengok crowd baru ni
muda sangat lagi.
sangat²!
aku seorang tak dapat nak ubah dunia.
jauh di sudut hati cuma aku harap
abang² besar (badang²?!),
orang berkarisma yang dipandang tinggi oleh budak² ni,
idola,
orang yang dekat,
youngsters,
troopers,
5 atau 10 tahun lalu mungkin senarionya agak sama
tapi sekarang (bangsa) kita cabaranya lagi besar.
tak salah minat muzik, fesyen pelik dan hang out dengan kawan²
(tak salah ni pada perkara yang tak salah saja, yang lain², perkara yang salah tetap salah!)
memang orang muda selalu nak cuba perkara baru,
tapi kita takkan selamanya senang/selamat/mak bapak jaga
hidup ni perlu diperjuangkan.
perut kena isi (sendiri!),
baju kena beli,
masuk gig tak boleh main langgar,
kau ingat DM murah?!

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya"
13:11

Tuhan tidak akan mengubah nasib sesatu kaum
selagi mereka sendiri tidak merubahnya.
Rebels!
ubah la nasib tu!

1 comment:

  1. Salam cik zaza...aku nk tegur skit la kt cni tentang kenyataan awk tentang vox scruffy's tu,yg tu bkn omputih dik oi..melayu tulen ok!..harap cik zaza dpt perbetulkn semula ye...harap selidik dulu sblom buat statement pd mase hadapan ok..tq;-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...