damdiduuu

Saturday, March 1, 2014

My Dear Warehouse Sale: 27 February - 9 March 2014


Alice dah nak masuk umur 3 tahun 
sampai la kita ke satu kesimpulan
selain daripada Pureen Warehouse Sale
Alice dah out-grown My Dear Warehouse Sale jugak,
alhamdulillah!
:p

mommy pun teringat
yang ada pun kalau nak beli di sini
ialah bantal dan set comforter.
lepas beli baru tau
boleh dapat bantal kanak² RM9.90 kat hypermarket :p
(bantal kanak² saiz sederhana, bukan bantal baby yang kecik cinonet)
kat sini home brand dalam belas² ringgit.
comforter kanak² (ke saiz baby eh?) bawah RM30.
rezeki Alice
:)

selain daripada tu
kawan mommy ada nak beli basikal untuk anak dia.
kat sini tak ada jual basikal.
tricycle ada.

lain² item
kita tengok untuk persediaan 
mana tau akan datang
nak dapat baby baru
... eh?
:p


sterilizer lama nak kena tukar plug kot.
sini ada jual RM65


baju tak banyak pilihan.
romper new born boleh dapat RM8 each kalau angkat 5 pcs sekali

socks yang mak² wajib geram :p
RM15 sepasang

fuu pre-walker
RM20
ni yang buat tak sabar nak baby baru ni, kan?
:p

ni kasut kanak²
boleh geng sama ma Su
Converse 
RM38

geram² jugak!
play gym bawah RM80


tricycle comel²
yang ini kat dalam kedai.
yang kat luar (display unit)
boleh dapat lagi murah.

budak² selalu suka
tapi yang umur besar sikit.
ni macam untuk saiz baby je.

Alice pergi mana² pun mesti nak try swing.
yang ini bawah RM200
tapi macam tahan untuk toddlers yang kecik lagi daripada Alice.

kalau beli barang baby saja
nanti abang dia rasa dipinggirkan.
sila beli jugak!
:p

nak main pondok² 
ke atau main car?
:D

antara barang yang kita pernah beli kat My Dear Warehouse Sale
sepanjang Alice 3 tahun ni:
- baby car seat (new born - 1 year old)
- baby stroller (new born dan kemudian dah besar sikit beli yang ringan)
- baby walker
- baby fan
- baby push car
- baju ada kot, tak ingat dah
- botol Avent
- bantal & comforter
nak tengok lain² barang yang lepas² boleh klik kat bawah tu yang tag "My Dear Warehouse Sale"

happy saving!
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...