selalu budak² bila nak ambik gambar
tunjuk 1 jari.
itu dia punya peace.
Alice kita tak paksa ajar buat peace.
satu petang kita pergi pasar malam kat TTDI
Alice cakap kat daddy
"itu macam ni daddy"
sambil tunjuk signboard Alliance Bank
dan buat 2 jari
upside down
jadi macam huruf A.
kemudian terus pandai buat peace sign
:)
Alice 2 tahun 11 bulan
masih lagi belajar Mandarin kat sekolah.
siap ada nyanyi² lagu
dengan gaya² sekali.
apa sebiji sebutir perkataan yang dia nyanyi tu wallahu a'lam!
lagu tu secara umum boleh la mommy faham
sebab mommy pun kat office Chinese-dialect speaking environment.
awal² dengar Alice nyanyi
mommy pelik jugak
sebab perkataan macam "kong"
Alice sebut "ka".
"bu shi"
Alice sebut "pusher".
dah apa pulak lagu budak tadika
yang cerita pasal mak dia pusher ni
(eh ke mak dia die hard fan band Pusher?!)
:p
cumanya pasal belajar Mandarin ni
(atau pun mommy rasa subjek lain mungkin sama)
Alice kecik hati.
sedih je dia mengadu kat mommy
Alice tak ada buku.
budak² tadika ada buku masing².
mommy tanya buku Alice?
dia jawab "Laoshe dah bagi oyang lain."
sedih.
mommy pulak yang kena explain
yang budak² lain tu memang belajar
sebab diorang tadika
tapi Alice play school.
Alice main² happy² saja,
tak mau sedih² :)
(tapi dengar gaya dia cerita tu memang sedih!)
bukan setakat nyanyi je
tapi mommy suka kalau Alice buat semua perkara
dengan sepenuh perasaan!
:D
thriller comedy
mommy rasa bagus bila Alice boleh cerita perasaan dia.
bila Alice cerita
mommy boleh guide.
mommy tak boleh lindungi Alice daripada semua heart-break dalam dunia ni
tapi mommy boleh beritahu Alice
yang Alice pandai,
Alice princess
dan mommy sayang Alice
(and nothings else matter bak kata Metallica!)
perkara yang agak "kelakar seram"
bila daddy marah
Alice mengadu "Daddy garang"
sampaikan bila mommy tanya Alice
"daddy sayang siapa?"
Alice boleh jawab "Daddy sayang Alya."
pergh!
Alya tu budak kat sekolah Alice.
mommy rasa daddy pun tak ingat mana satu Alya!
mungkin sebab bila Alice tak nak makan
atau sepah² barang
kita ugut nanti nak bagi kat (sebut nama budak kat sekolah)
dan terus register dalam kepala dia
yang kita sayang (budak kat sekolah).
bahaya!
bahaya!
daddy pun slow talk dengan Alice
yang daddy marah sebab apa (isunya)
bukan sebab daddy sayang (budak lain).
buah hati pengarang jantung daddy.
macam mana la daddy nak sayang budak lain, nak oi!
:)
loquacious gabby
mommy suka bila Alice tersilap
tersalah cakap
tersalah maksud
tersalah item
dia akan cepat cakap
"I'm sorry, I'm sorry" sambil senyum².
salah yang besar²
sampai mommy marah
nanti Alice sedih.
Alice cakap "I'm sorry, mommy."
tak payah suruh.
Alice faham.
kemudian Alice akan pesan
"Mommy tak mayah ya"
(mommy jangan marah).
kata² yang paling ecstasy
bila tengah main²
nanti Alice cakap
"mommy ni baik la"
:)
mommy rasa sama je isunya tiap² kali.
Alice tak mahu duduk diam setempat waktu makan
dan Alice suka main satu rumah
sepah² buku dan barang mainan.
pening mommy tengok!
apa boleh buat
mommy yang nak anak extrovert suka meneroka
jadi mommy kena la sabar lebih
dah siap Alice main
mari kemas sama² ...
(yeah right, budget rajn je 24 jam!)
:p
Alice dah pandai buka peti ais
boleh pulak dia ambik telur buat main.
mommy tegur nanti telur pecah
Alice kata "... tak pecah!"
tak sampai 5 saat lepas tu ....
mommy tanya "siapa nak bersihkan ni?"
"mommy"
"mommy tak pecahkan telur pun"
"kakak"
in retrospect kesian pulak.
kelakar pun ada.
mental note: apa² jadi pun mesti extra sabar
benda kecik je tu ...
weekend playground
memandangkan kita duduk bertiga saja
jadi sejak kecik
kita tak tinggalkan Alice.
tiap² minggu daddy beli barang dapur
(tq daddy!)
tiap² bulan beli barang keperluan
mesti bawa Alice.
sama saja ceritanya
dari kecik Alice suka meneroka.
tak suka duduk di stroller.
tak suka duduk dalam trolley.
tak suka berdukung saja.
nak walk.
nak tengok semua barang yang ada.
Alice ok.
syaratnya senang saja.
apa² barang, bagi dia masa 2 minit untuk belek.
dah puas hati nanti dia letak balik.
kalau halang nanti dia meragam.
itu la kerja orang dewasa
kena banyak sabar layan kerenah budak²
:)
yeah, satu perkara yang mommy nampak
Alice ni jenis yang berani.
tak takut.
dia cuba semua barang yang boleh dicuba.
kalau barang baru, cuba ikut suka.
bila mommy dah tunjuk cara yang betul
baru dia cuba ikut cara yang betul
:)
naik buai ni siap nyanyi² layan feeling lagi tu!
anak sapa la tu
:p
satu hari kita pergi ziarah baby baru lahir.
2 baby dalam satu hari.
petang tu bila kita nak keluar lagi
Alice tanya "Kita nak pergi tengok baby mana ni?"
rasanya budak² memang suka minta apa² daripada daddy
(mommy banyak soal, boleh dapat perkara yang sihat² saja)
jadi tiap² kali keluar
mesti Alice minta aiskrim kat daddy.
yang tak bestnya daddy tak makan aiskrim
Alice pulak makan sikit saja
jadi nanti mommy kena habiskan aiskrim Alice.
leceh rupanya famili yang tak kuat makan ni
:p
menu
menjelang masuk umur 3 bulan
Alice dah makan satu full meal.
sama juga yang dia suka
nasi letak kicap sama ayam goreng,
nasi putih sama sup,
ikan goreng.
kuih Alice suka karipap
(buang inti pedas, makan kulit saja).
buah mango dan orange.
jajan tak payah cerita la
kalau keluar mesti mintak doughnut, aiskrim, coklat, lollipop, kek
dan macam² lagi.
Alice boleh makan makanan yang out of her comfort zone.
boleh makan kalau digalakan,
tapi kena beritahu awal².
sebelum suap masuk mulut
kena tunjuk kat dia
ada daging (sebelum ni semua protein pun kita panggil ayam),
ada telur,
ada nasi,
ada bawang.
kemudian bila Alice makan, dia excitedly cakap
"mmmmm, sedapnya bawang! siapa masak ni?"
:D
kalau senyap² suap saja tak bagi tau apa isi (selain yang dia selalu/suka makan)
nanti dia luahkan.
nak lagi drastik
dia sembur² keluar.
lagi drastik
siap guna jari masukan dalam mulut nak keluarkan makanan tu.
jadi seperkara yang mommy belajar pasal Alice
ialah mesti bagitau dia
dan bagi dia hadapi cabaran.
kalau ok, maka ok
kalau tidak,
cuba lagi.
tak boleh paksa atau senyap² tipu dia dengan benda (yang dia anggap) pelik².
sarapan sambil main pusing² piring bunga :p
mak² kena pantau
sebab mommy tengok
rata² budak² bila dah sampai sekolah terus main
tak sarapan pun.
mommy perasan juga bila mommy ada
baru Alice makan sampai kenyang
kalau tidak, dia macam malu/takut nak tambah lagi.
takut
oh ya, kebetulan pagi tadi
selalunya budak² tak ramai yang sarapan
hari ini ada seorang kawan Alice
yang nak sarapan sama².
dia tak nak makan pun
(puas pengasuh tanya nak makan itu ke, ini ke, tapi semua dia geleng).
mommy tanya nak air Milo?
baru dia angguk,
tapi tak minum pun.
duduk saja diam tak cakap apa²
tiba² tumpahkan air.
eh?! mommy pun tak tahu nak buat apa
(sebab mommy takut kena marah sebab tumpahkan air! :p ).
budak tu pun diam saja tak gerak².
Alice yang cepat² jerit panggil kakak pengasuh
dan kakak pengasuh bersihkan air yang tumpah.
hehehe kakak pengasuh tak marah pun :p
ok. good.
maknanya Alice tak takut dengan kakak pengasuh ni
dan Alice boleh back up (mommy!) kalau ada apa² jadi :p
alhamdulillah!
tanda budak pandai.
buku² kat rak semua dia ambil
susun² atas meja buat birthday cake!
yang pink tu terendak atas kepala patung lampu,
dia letak atas kepala dia pulak
-_______-
p/s: bulan depan birthday Alice
dia nak kek Tinkerbell.
adakah tragedi kek birthday pertama akan berulang? :p
kat mana nak tempah kek yang sedap, cantik dan harga mampu milik? :D
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment