damdiduuu

Tuesday, February 28, 2012

filem: Bunohan


Sinopsis

Bunohan merupakan kisah tragik antara 3 adik beradik dengan bapa mereka.
usaha susah payah setiap daripada mereka untuk mendapatkan kemaafan membawa kepada kehilangan, pembelotan, rasuah dan pembunuhan.

tiga adik beradik
Ilham,
Bakar dan
Adil
pulang ke kampung halaman
berdekatan hutan paya bakau terpencil

Bunga Lalang atau Adil (Zahiril Adzim)
anak bongsu
sedang melarikan diri daripada pertandingan kickboxing haram

Ilham (Faizal Hussein)
anak sulung
menjadi pembunuh upahan
sedang mencari mangsa terbaru

Bakar (Pekin Ibrahim)
anak kedua
yang kononnya pulang untuk menjaga ayah
sebenarnya adalah seorang oportunis.

drama-aksi penuh penipuan, kekecewaan dan pembunuhan.



Lokasi
filem ini berlatar belakang Bunohan,
iaitu sebuah kampung di Kelantan
berhampiran dengan sempadan, Narathiwat,
dikaitkan dengan keganasan
kononnya sejak
pertumpahan darah sewaktu zaman Jepun
dan pergolakan antara penduduk tempatan dengan warga Thailand.
Kampung Bunohan turut merupakan tempat
yang mengamalkan Main Puteri
untuk membuang semangat jahat yang mengakibatkan gangguan.


Pengalaman mistik:

budak kecil misteri

"Tasik tu memang banyak mistik. Masa tiga orang krew membina pondok untuk tujuan shooting scene saya, Zahiril dan Nam Ron, ada budak kecil yang datang entah dari mana dan berbual dengan mereka tentang hal-hal ghaib di kawasan tu.

Katanya, dah banyak orang yang mati dekat situ. Kemudian bila hampir Maghrib,budak tu masuk ke dalam tasik dan hilang"


makhluk ghaib

"Tapi yang paling cemas, masa hari shooting. Masa tu seorang sahabat saya yang juga bertugas sebagai koreografer bagi aksi Lawi Ayam, nampak banyak makhluk ghaib mengelilingi penjaga konti dan ingin membawanya ke dalam tasik. Setelah berbincang secara ghaib, rupanya masa tu penjaga konti tu dalam keadaan tidak suci. Pada hal, dari awal sudah dimaklumkan oleh sahabat saya syarat-syarat dari ‘penjaga’ tempat tu untuk shooting di situ. Masa tu semua orang rasa lain macam, suasana pun jadi seram sangat-sangat. Tambah pula masa dah hampir Maghrib. Tapi alhamdulillah, setelah sahabat saya terus berbincang dengan makhluk di situ, semua kembali aman dan kami beredar tanpa hal yang buruk berlaku."

muntah darah
"Kecoh juga tempat penginapan kami senja tu. Sampai production terpaksa minta Amerul telefon sahabat yang tahu tentang hal ghaib tu untuk datang. Kebetulan masa tu, sahabat kami tu baru pulang ke KL malam sebelum kejadian. Jadi dia terpaksa datang balik ke Terengganu untuk selesaikan masalah tu. Rupanya krew tu ada mengambil satu cawan purba di kawasan tasik semasa penggambaran"


telah ditayangkan di:
Festival Filem Antarabangsa Toronto, September 2011
Festival Filem Taipei Golden Horse, Oktober 2011
Festival Filem Antarabangsa Palm Springs
Eropah di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam, Januari 2012.

di pawagam
8 Mac 2012

website: www.bunohan.com

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...