damdiduuu

Monday, February 20, 2012

baby Alice: 9 bulan 3 minggu


semua Alice nak tahu

aktif sangat!
mommy bergurau dengan Alice
" ... nanti mommy ada baby,
mommy
bagi nama 'Tenang'!"
:p

Alice memang sangat² aktif.
tak boleh duduk diam sekejap pun.
change pampers?
put on pants?

potong kuku?
comb hair?
semua pun tak nak.
daddy kata dalam kepala Alice ada 1 perkara saja
asyik fikir nak main saja :p
sana sini dia nak pergi.
tak boleh tunggu apa².

faham?
dulu mommy ingat Alice tak faham.
bila Alice tengah jalan sana sini
bila dah sampai kat tempat bahaya
floor fan,
buju meja tajam,
power socket & electrical wire,
bila kita panggil
Alice buat tak tahu.
dia teruskan juga penerokaan dia.
bila kata 'sit down' kadang² Alice berhenti dan duduk sekejap,
tapi selalunya tidak :p
lagi² bila dah jumpa benda² menarik
tangkai cili
helaian rambut
cebisan plastik.
bila kata 'no!'
kadang² Alice buat tak tahu.


sibuk berjalan ke sana ke mari
tak tau duduk diam!

sampai satu hari mommy tegur Alice
masa tu dia tengah best baring² kat bilik
'Alice, where's your socks?'
mommy
tunjuk kaki Alice
'Why this foot got socks,
this foot no socks?'
'No socks you will get cold'.

Alice dengan selamba
ambil stoken yang ada kat situ
tunjuk kat mommy
sambil kata 'Tatatatata ...'

tak tahu la apa yang Alice kata :p
yang nyata dia faham apa itu 'socks'
dah dia tahu dia kena pakai socks.

rupanya banyak benda yang Alice faham
tinggal lagi dia tengah sibuk nak belajar
atau nak dengar apa mommy cakap.
Alice ... Alice ...!
:)

cabaran
sebenarnya semakin Alice membesar
semakin banyak cabarannya
makin menguji kesabaran.
aktif
nak ke sana sini
tengok itu ini
pegang semua yang tercapai
menjerit
menangis
berbual tak tau buah butir

mommy selalu ingatkan diri sendiri.
Alice sama.
Alice tetap Alice yang real.
Alice yang manis senyumnya.
Alice yang meredakan hati ketawanya.
Alice comel yang teramat disayang².
Alice akan refleks mood dan perlakuan orang dipersekitarannya.
Alice akan layan mommy macam mana mommy layan Alice.
Alice akan mood baik kalau mommy senang hati
Alice akan mengamuk kalau mommy moody, tension tak layan Alice baik².

satu ketika Alice dah bad mood
penat dan bosan agaknya
dah mula terjerit² meronta².
mommy baringkan Alice dan ambil stuffed toy Tigger.
mulanya memang Alice meronta²
bila dengan suara kecik mommy kata 'Tigger wants ....'
Alice dah mula ketawa terkekek²
sebab Alice tau
permainan ni ialah 'Tigger wants (to) play!'
bila Tigger plays, Tigger tickle Alice sampai Alice ketawa suka hati :)
... tu la, Alice cuma bosan.
mommy kena panjang akal
kena selalu ingat orang dewasa lebih bijak daripada baby!


apa saja benda yang budak kecik tak explore

lagi perkembangan Alice 9 bulan:

clap hand
bila tepuk tangan dah ada bunyi
yay! :D

sepah!
Alice suka buat sepah
bila waktu yang sesuai nak ajar baby kemas balik eh?

mobiliti
suka cruising jalan sambil pegang perabot
dari sofa ke meja ke tv ke sana sini

separation anxiety

tak suka ditinggalkan sendirian
dia akan keluar cari mommy atau daddy.
bila diletak dalam cot tempat yang dia tak boleh keluar
dia terus protes!

tv
kalau nak buat kerja
mommy selalu curi masa
waktu Alice tengok tv.
Alice boleh leka bila tengok kartun sebab banyak warna²
atau iklan yang ada muzik menarik.
itu pun kalau tinggal lama sikit
Alice akan datang cari mommy -______-

linguistik
makin banyak cakap
bila sebut 'daddy' Alice kata 'daddaddy'
Alice akan ulang apa yang kita sebut kat dia
ada bunyi walaupun pelat

makan
kat nursery kakak pengasuh kata Alice makan banyak
bubur nasi, sayur, ikan kemudian blended.
kat rumah Alice cuma nak makan apa yang kita makan
tu pun 2 - 3 suap saja

play along
Alice manja selalu nak diteman
selalu nak main sama².
paling bahagia bila Alice panjat kaki mommy
dan dongak kepala
senyum tengok mommy :)
geramnya tengok budak kecik!

tidur & jaga
kadang² Alice bangun pukul 3 pagi
dah feed
dah change pampers
tapi masih tak mahu tidur.
siap tepuk² daddy suruh bangun.
daddy ingat dah pukul 6 :p


Alice di nursery
apa la yang dia nak selidik tu!

i miss you so much!
menjaga Alice buat mommy teringatkan mak.
mak dah lama tak jumpa abang.
macam mana agaknya keadaan mak.
sedangkan mommy selalu rindu pada Alice.
rindu sangat²!
walau pun kat urmah
baru tengok Alice tidur tadi
bila Alice terjaga
merangkak sambil menangis cari mommy
alahai rindunya!
terasa macam lama sangat Alice tidur!

tiap kali mommy jemput Alice di nursery
mukanya bercahaya bila nampak mommy
tersenyum lebar genuinely happy
dan tak mau lagi teruskan main.
padanlah Alice kena timang 3 kali
dan kiss kiss kiss sama mommy, rindu sangat² :)

bila ada rezeki kita balik JB ya
Alice mesti kawan² sama datuk, nenek dan semua orang yang kita jumpa tau
:)


bukan senang nak tinggalkan Alice di nursery.
tak sampai hati :(
hanya selawat dan doa mommy bacakan, moga² Alice dilindungi

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...