damdiduuu

Thursday, April 30, 2015

antenatal 36 minggu kandungan ke-2

awalnya kita ok saja nak pergi antenatal minggu ke-36 ni
sebab kalau ikut kata² nurse yang buat antenatal check up sebelum ni
bila dah masuk 37 minggu yang baru akan buat ultrasound sekali lagi
(kemungkinan besar ultra sound terakhir)
dan kalau baby belum engage
akan terus refer ke hospital dan² tu jugak.
minggu yang 37 tu baru suspense kan!
suspense sikit je la kot
sebab dari minggu 30 kalau tak salah
memang baby dah turun kepala ke bawah.

selalunya pergi sendiri
sebab kalau antenatal check up kat klinik kesihatan kerajaan ni
suami macam tak ada fungsi sangat pun
(selain buat semak kerusi) :p
kecuali kalau bawak nak check up/ cucuk baby sekali.
suami tak boleh masuk bilik konsultasi
tak boleh tengok ultrasound sama²
cuma boleh teman sampai pintu depan
(sebab tak nak kasik semak dalam klinik)
dan tolong drive
serta belikan sarapan/snack waktu menunggu saja.

kali ni tak sangka pula abang nak teman.
dia sendiri yang minta cuti
(abang ni jenis kalau demam, dapat MC pun dia tak cuti
sebab nak jaga prestasi kerja)
dan dia sendiri yang nak sama² pergi.
alolo sweetnya ... walau pun aku rasa nanti buat penat badan je tunggu lama² kat klinik tu.

MGTT, again!
oh ya!
ada kemungkinan abang teman
sebab bini dia bising
risau macam mana nak keluar pagi² redah jem
sebab kali ni kena buat sekali lagi ujian MGTT
rujuk sini untuk baca pasal ujian MGTT yang lepas.
jadi kena ada kat klinik kesihatan sebelum 8 pagi.
lagi lambat sampai
lagi lambat ambil sampel darah lepas minum air gula
lagi lama kena berlapar tak boleh makan, tak boleh minum.

jadi untuk antenatal minggu ke-36 ni
selain dari check up biasa
kena buat ujian minum air gula juga.

prosedur MGTT & antenatal check up
- makanan terakhir pada jam 10 malam sebelum ujian, kemudian cuma boleh minum air kosong saja
- datang ke klinik sebelum 8 pagi
- ambil nombor giliran ikut zon
- terus ke bilik spesimen untuk ambil sampel darah
- minum air gula (tak boleh makan/minum lagi dah lepas ni)
- hantar buku pink ke kaunter depan semula
- tunggu giliran untuk ambil berat
- tunggu giliran untuk urine test
- tunggu giliran untuk hemoglobin count test
- tunggu giliran untuk jumpa nurse (antenatal check up)
- lepas 2 jam minum air gula, ambil sampel darah sekali lagi (lepas ni baru boleh makan minum)

antenatal result minggu 36:
urine
- normal

hemoglobin
- naik sikit 12 dari bulan 11.9, tak la jauh beza pun

berat
- naik 1.5kg jadi 64kg dari minggu lepas 62.5

blood pressure 
- 98/89: ada nurse kata rendah, ada nurse kata normal untuk ibu mengandung

nadi 
- 77

bengkak
- tak ada, alhamdulillah kali ni memang rasa lagi fit dari 1st time mengandung dulu lagi sembab & water retention lagi teruk

usia kandungan
- 36 minggu yay! :D

tinggi rahim
- 30 cm ... aik, minggu lepas 32cm! :p

kedudukan
- kepala baby dah turun

jantung baby
- 146

baby gerak
- normal

nasihat
i) nasihat biasa
- rehat cukup
- kira kick count baby

ii) tanda² nak bersalin - terus pergi hospital
1) pecah air kutuban
2) contraction
3) keluar lendir + darah

result MGTT trimester ke-3
- nak tahu sekarang ke nak surprise? :p
- lebih kurang sama je dengan yang lepas dalam 4 - 6 macam tu, normal sihat tak ada diabetis, alhamdulillah! :)
(result tampal kat buku yang simpan kat klinik kesihatan, tak ada catat dalam buku simpanan sendiri)
maybe next time boleh tempek result.




lepas saja antenatal check up
(dah mood nak pergi berpoya²)
dengan tak disangka²
rupanya nurse tu terus saja bagi appointment untuk jumpa doktor
dan buat ultrasound.
tu la, lain nurse lain je pendapat dia.
last check up nurse dulu tu kata minggu 37 baru ultrasound
tapi nurse ni ok je nak proceed hari ni je buat lagi satu appointment
petang ni juga
jumpa doktor
buat ultrasound.

ok la.
on je la.
lagi pun apa ada hal
baby memang dah lama kepala dah turun.

memandangkan mak Forrest Gump kata
life is like a box of chocolate,
you'll never know what you gonna get,
dengan tak disangka²
lepas ultrasound
doktor tu kata
baby kepala dah turun
tapi kedudukan tak tepat
senget² lagi.
memang pun.
selalu je rasa baby pergi ke tepi ke tengah lagi.

lagi pun macam awal giler lagi kan
baru minggu 36
kalau baby normal nak lahir pun minggu 37.
bila cakap kat doktor macam tu
doktor tu jawab
(terjemahan) "Saya suruh pergi check up saja
bukan suruh pergi bersalin."
(doktornya baik, lemah lembut, graceful macam stewardess!)

maunya tak panik bila doktor tu bagitau
dia akan tulis referral letter
untuk bawa ke Klinik O&G HKL
(sebab bagitau dia nak bersalin kat HKL)
jadi orang HKL
boleh plan untuk baby delivery.
panik tak?
dah elok² semua ok tiba² hari ni jugak kena pergi HKL!
kalau aku drive sorang pagi ni
memang confirm telefon abang mintak hantar jugak la :p
(memang tak pass nak drive pergi HKL sendiri!)


oblique lie
baby kepala ke bawah tapi tak ngam² dalam laluan
macam nak tangan keluar dulu
jadi please do the necessary
:p


dua beranak perangai sama.
masing² suka dapat pergi mana² sama².
tq abang, tq Alice yang selalu buat saya happy :)
abang parked kereta kat public car park depan wad bersalin HKL
kalau tak salah 3 jam pertama RM2
(lupa pulak nak tanya abang berapa parking rate).
yang leceh sikit parking tingkat atas² yang ada kosong
tapi lif tak berfungsi.
penat kita bawak Alice turun tangga dan tak tau mana arah nak tuju.


HKL
hari lain, lain aktiviti
nak kena call buat appointment
baru boleh datang untuk antenatal check up.
nak walk in boleh
tapi nanti akan dapat appointment hari lain untuk check up
tengok system
ada kosong baru boleh masuk system.


kat klinik kesihatan boleh datang berlenggang lagi.
kat sini ada kaunter bayaran pulak
tapi masa kita pergi tu tak ada pun kena bayar apa².
sorry gambar tak jelas.


usya doktor
ada3 orang je pakar kat sini?
cukup ke?
yang lain semua nurse yang check eh?


apa² hal pergi bilik 20 ni
itu pun tak jumpa doktor,
nurse saja beritahu apa nak kena buat



bilik 16 untuk ultrasound.
kalau kat klinik kesihatan doktor yang buat ultrasound
tapi kat Klinik O&G HKL ni sonographer yang buat ultrasound
maknanya ada langkah² tambahan yang lebih² lagi
baru akhirnya dapat jumpa doktor!




HKL ultrasound
hey ho lets go!
apa lagi
mari la kita ke HKL hari ni jugak
esok dah kebetulan public holiday - cuti panjang.

abang macam biasa
his first concern
mestilah Alice.
jadi abang putuskan kita jemput Alice dulu
sebab abang risau dari HKL nanti kita gerak lambat
nanti lambat pulak nak jemput anak kesayangan dia :D




wow!
tempat baru, suasana baru
confirm la kita rasa banyak benda pelik².

dipendekkan cerita
prosedurnya
- ambil nombor giliran pada pukul 2 petang untuk sesi petang
- urine test
- timbang berat
- ambil blood pressure reading
- tunggu giliran kat depan bilik 20
- pergi ultrasound
- tunggu giliran kat depan bilik 20 semula

dulu ada ustazah masa belajar dulu pernah cakap
anak orang baik² mesti la baik :p
jadi ultrasound ok je
petang tu elok je baby duduk kat posisi dia
tak senget pun.
jadi kita diberi next appointment untuk antenatal check up pada 5/5/2015
fuuu ... lepas cuti
langsung abang tak ada masa nak apply cuti!

ultrasound result
kalau ikut dua² ultrasound
satu pagi satu petang
1) baby dalam 35 minggu 5 hari
maknanya Sabtu/Ahad cukup 36 minggu.
adakah hari lahirnya pun Sabtu/Ahad jugak?! :-O
2) berat baby dalam 2.7-2.8kg dah
3) yang lain semua insyaAllah ok :)

fuuu ... panjangnya cerita.
jom pergi cuti!
:D

Thursday, April 23, 2015

week 35 kandungan ke-2

wow! 
banyaknya entry dalam draft.
semuanya compose separuh² 
lepas tu perap 
:p

35 minggu milestone besar.
besar dari segi perubahan.
sakit belakang sampai susah nak jalan.
duduk lama tak boleh.
bila bangun dah tak boleh nak berjalan.


umie hantar bantal untuk adik baby
Alice yang bawak tidur dulu
:p


no walking
bila sakit pinggang
terasa mencabar betul hidup.
Alice minta tolong pasangkan lampu bilik/dapur pun macam permintaan besar.
sampai kena pesan
"awak jangan mintak apa² yang mommy kena jalan sana sini ya"
:p

nasib baik Alice jenis yang reasonable.
bila permintaan dia ditolak
tentu la dia frustrated
tapi bila dipesan
"kalau nak apa²
smile
cakap baik² ya"
dia boleh buat muka manis 
dan tak terus marah² grumpy saja
(kalau la orang dewasa pun macam ni!).
kita yang dengar pun jadi sejuk hati.
digagahkan juga.

daddy baik sangat.
daddy jaga mommy, Alice & Leroy baik sangat²
tak ada apa lagi yang nak dimintak lebih.
Tuhan dah bagi yang terbaik
:)


dari langit
abang pulak heaven sent.
abang baik.
baik sangat².
tak terbalas jasa dia.
selalu tension jugak
bila tidur awal sebab nak tidurkan Alice
pesan pada abang
malam nanti kejut.
haram!
tau² bangun dah subuh.
kadang² botol Alice semalam pun tak cuci lagi.
elok saja duduk dalam beg sekolah Alice.
(sebenarnya pengasuh kat sekolah dah cuci
tapi biasa la mak Alice 
semua dia nak cuci semula sendiri!).

atau malam yang abang masukkan baju dalam washing machine
(comel sangat kan 
kalau orang lelaki ni 
kita tak pesan apa²
tiba² dia sendiri tolong buat kerja² rumah!)
sampai ke subuh duduk dalam laundry basket saja tak bersidai
sebab malam syok tidur
terlupa langsung nak bangun sidai baju.
dah subuh baru terkocoh kacah nak siapkan itu ini.

hahaha pada hal abang tolong semua - 
bila dah gantung baju di hanger
abang akan tolong pergi sidaikan.
abang kejut Alice sampai bangun.
ikat rambut Alice kalau Alice tak nak mandi hair
(kalau mommy, by default mandi cuci rambut 
biar segar pagi²
tapi bila dengan daddy
tiap² pagi daddy tanya
nak mandi hair ke tak nak mandi hair.
sebab tu Alice suka daddy mandikan agaknya!).
mandikan Alice kalau Alice nak daddy mandikan.
(Alice hari² ada mood dia nak sapa kejut dia bagun, mandikan dia, memang real princess!)
abang lapkan badan Alice 
pakaikan baju Alice
sikat rambut Alice
siap ikat rambut macam Elsa kalau Alice ada permintaan
pakaikan kasut Alice.

awal² lagi abang siapkan tapau bekal untuk lunch.
abang baik sangat!

tak karat sangat
kadang² menyirap jugak
bila kita dah plan malam nanti nak buat itu ini
abang boleh pulak tak kejut
lepas tu dia selamba kata
"kesian nak kejut."
sampai la bila tengok rancangan ibu²
yang cerita bila anak sulung menangis 
suami yang bangun 
sambil kata
"you go to sleep, you're pregnant".
awww so sweet.
abang tak cakap macam tu
tapi niat dia sama kot.
i'm so blessed!
:)

nak cepat balik bekal tertinggal kat office.
esoknya abang tapau bekal guna bekas bekal Alice.
comel je.
patut la dua beranak tu gelak² pagi tadi :p
(kat office budak Melayu baca surat khabar online
budak Cina je beli surat khabar, tu je yang ada nak buat alas)



pelik²
tiba² boleh terasa pulak perubahan
antara tidur tilam foam
dengan pocketed spring.
tilam foam lembut sangat.
sakit belakang dibuatnya.
tilam pocketed spring ada support sikit.
alhamdulillah esok bangun ok sikit pinggang.
boleh jalan elok² sikit
sampai la pergi office duduk lama kejap
bila bangun memang terus sakit belakang.
kejap² nak kena ingat mesti bangun stretch pinggang sikit.

kalau boleh nak baby lahir cepat
tak sabar.
dan tak fikir the after math :p
paling bangsat lagi 2 minggu
kalau ikut Alice lagi 3 minggu.
wake me up till then, boleh?
:p

p/s: dulu masa minggu 30 nurse suruh rehat
tapi masa tu ok tak sakit²
elok je jalan laju² 
gaya hidup aktif.
nurse pesan dah minggu36  nanti baru kena aktif.
sekarang 35 minggu pulak yang dah rasa nak rehat.
abih camno?!

p/p/s: ha'ah baru perasan tak ada gambar gemuk
eh ... gambar mengandung.
nanti masa pergi holiday awal bulan 5 baru nak ambik gambar mengandung & family shots
... kalau sempat la
kalau Leroy boleh sabar
(mak Leroy macam fail je!)
:p

Wednesday, April 15, 2015

Filem Ophilia encore



walau pun makcik suami isteri bukan skinhead
tapi gambar kahwin
duduk atas vespa merah
ada featured dalam teaser Ophilia encore.

layan lagu latar:
pegangan hidup melayu jangan kita lupa ...

marilah bersama kita bangunkan bangsa
oh Melayu di pandangan dunia

tak puas tengok filem Ophilia?
nak layan band² skinhead?
beli tiket screening & gig secara online



p/s: tarikh tayangan & gig
2/5/2015 di Bentley Mutiara Damansara
(belakang rumah makcik)
macam tak berapa cantik.
adik makcik yang kerja kat Dubai akan balik sekejap
jadi kemungkinan besar kita sekeluarga pergi bercuti waktu tu ...

Monday, April 13, 2015

antenatal minggu 33 kandungan ke-2


minggu 33

urine 
- normal

hemoglobin
- turun balik 11.9

berat
- buat pertama kali naik 2kg dalam masa 2 minggu.
- terus kena buat ujian glukos lagi sekali :p

tekanan darah
- 91/72 ... rendah ke?

nadi
- 101

bengkak
- tak ada

tinggi rahim
32cm

baby
- dah turun kepala ke bawah :)

jantung baby
- 132 normal

baby gerak
- aktif macam biasa

kadang² sakit masa nak ambil bacaan hemoglobin
walau pun cucuk hujung jari sikit je
nasib baik kena buat sebulan sekali je
(sekarang dah kena datang check up setiap 2 minggu sekali)


p/s: entry tertangguh. lupa dah perasaan dia
yang ingat - lepas ni appointment buat on the dot
maksudnya hari yang cukup minggu
maknanya hari Khamis
dah tak boleh datang Isnin/Selasa dah

p/p/s: ada pernah terbaca ujian MGTT memang kena buat 3 kali
kira setiap trimester
lecehnya!
bukan ujian yang leceh
tapi leceh kena sampai klinik 8am
lepas tu berlapar sampai dekat 11am
:(

Monday, March 16, 2015

Antenatal 29 minggu kandungan ke-2

wow!
minggu ke-29!
daunting and exciting at the very same time.
exciting sebab tak sabar nak jumpa Leroy :)
daunting sebab tak tau mana nak dihalakan dia selepas pantang.
lagi² sejak tahun lepas dah berkobar² nak pencen day job.
nak duduk rumah jaga anak.

berdebar pasal nak lahirkan anak pun ada sikit²
tapi kalau ikut pengalaman sebelum ini
bersalin memang mencabar
tapi bila ada bantuan perubatan insyaAllah semuanya dipermudahkan
cuma yang makan masa ialah selepas tu
waktu nak sembuh semula tu yang kena banyak sabar.

eh tu paling bangsat lagi 7 minggu
advance sangat :p
we'll cross the bridge when we get there.
hari ini antenatal ke 4
minggu ke 29
rasanya tak ada apa sangat
rutin biasa.


siap kena sign 
bila nurse dah terangkan
macam mana nak kira kick count
:p


sampai klinik ambil nombor 'jururawat'
time stamp kat slip nombor tu ialah 9:28.
tak tepat sangat rasanya, tapi boleh kata awal jugak la
walau pun tak (pernah niat nak) sampai klinik pukul 8.00 pagi :p
kalau nak dibandingkan dengan antenatal ke-3 dulu
datang je kat klinik duk tonggong tak buat apa² sampai dekat 11am.
kali ni dalam 10.45am dah siap:

1) berat
60kg
fuuu naik 2kg je dari 4 minggu lepas
maknanya seminggu naik setengah kg
(kuota: seminggu naik 1kg)
maknanya boleh makan banyak² lagi :p

2) urine test
tah hapa tak faham
sama je result tiap² kali
Urin Alb: N
Urin Sugar: B

3) blood test
cucuk kat jari
hb: 12.4
fuuu setakat ni yang paling tinggi
berbanding sebelum ni 11.4, 11.8
eh ... bukan patutnya makin lama makin kurang ke?
(ada je yang dirisaukan!)

dan lepas tu bila dah jumpa nurse untuk check up
dapat result:

blood pressure
- 109/66

Nadi
- 98

Edema/Bengkak
- tak ada
memang mengandung kali ni badan rasa lagi ringan
tak macam 1st time dulu
memang terasa berat sangat.
dulu masuk kereta pun nak angkat kaki kena support guna tangan.
water retention yang ketara.
kali ni rasa badan slim sikit :p
boleh jalan laju² dan kurang sakit².


tempoh hamil
- 29/52 + 4/7
fuuu dekat nak 30 minggu!

tinggi rahim
- 30cm
fuuu naik 4cm!

kedudukan prestensi (apa benda ni?)
- rasanya belum engage (tak faham kod yang nurse tulis)

jantung
- 156
aik naik sikit dari sebelum ni yang konsisten 151/bpm
tapi masih dalam julat normal

gerak
- aktif macam biasa

count ANC
- perkara baru yang kita belajar ialah kira pergerakan kandungan
kalau ikutkan
doktor dah suruh buat sejak last check up lagi
waktu ultrasound ke-2 yang lepas
tapi macam dia tak ada sebut pun
cuma balik rumah
perasan ada doktor tulis kat buku pink: Count ANC.
hari ni baru nurse ajar macam mana nak kira

kat page 16 buku pink
ada 5.17 Carta Pergerakan Janin
senang sangat
tulis tarikh
masa mula 9am
setiap kali kandungan bergerak, tick kat kotak.
dah cukup 10 tanda tick, tulis masa pergerakan yang ke 10.
kalau dalam satu masa kandungan gerak 2-3 kali
(kadang² Leroy hiccups!)
itu kira sekali je.

ooooo patut la bila download baby kick count app kat app store
dia catat masa habis 10 count je
tak banyak apps yang buat time stamp untuk setiap kick.
ha'ah
biasa la tu
sebelum belajar malas nak catit
jadi download je apps 
senang waktu kick boleh record kat hp je
:p

lain² nasihat
- rehat yang cukup
ni tak payah tulis pun tak pe kot :p
selalu je mengelat nak buat chores bila kandungan dah besar ni
nasib baik la dapat abang yang memahami
:)

- bila bleeding terus pergi hospital

suppliment
- zincofer
macam biasa dapat 1 bulan punya supply
sebab dah tinggal 1 papan lebih saja

next appointment 
- dah kena datang setiap 2 minggu


ada sticker baru warna biru tua kat sisi buku
tu maknanya Zon C kata nurse
dan sticker pun dah tukar putih balik.
last time hijau sebab belum confirm due date.


next test/check up

1) week 31+
kena injection! =E
i'm not afraid
tapi kadang² saja nak rasa manja² :p
heleh, orang lain beranak sampai 4,5 kali elok je hidup lagi
inikah pulak setakat kena jarum sikit
(nak bagi senang hati sendiri).

2) week 36
ultrasound
untuk tengok kandungan dah engaged ke belum

bila tanya balik kat nurse
paling awal boleh bersalin 37 minggu kan?
nurse tu jawab 36 minggu pulak
maknanya on the dot of my bday
4/5/2015
takut tak? :p

moga dipermudahkan
:)

p/s: selepas bersalin
hospital kerajaan akan bagi slip
satu salinan kena bagi ke Klinik Kesihatan semula
jadi dalam masa 20 hari selepas bersalin
nurse akan datang ke rumah
tengok ibu & baby
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...