damdiduuu

Sunday, November 25, 2012

kenduri Jelebu

tak dirancang.
memang ada niat nak pergi
tapi agak berat bila memikirkan
jalan jauh berbengkang bengkok kat Bukit Katil
dalam perjalanan dari Seremban ke Kuala Klawang, Jelebu.
tempatnya spesifik tak tahu kat mana
cuma masa kecik² dulu pernah pergi.
masa tu arwah atuknya masih ada.
ingat lagi atuk tu kata
dia berniaga di kedai
isteri yang membantu turut diberikan gaji.
tak banyak, tapi tetap ada :)

ingat juga item wajib yang dikaitkan dengan keluarga sini
ialah durian!
apa lagi kita di kampung tak ada pokok durian
cuma hantu durian saja yang ramai bersusun²
(ke atau hantu durian ada 1 saja, tapi dia boleh makan banyak termasuk orang lain punya portion juga!)
:p

selamat pengantin baru kepada mempelai
dan semoga cepat dapat cucu bersusun² kepada emak pengantin.
dapat menantu semua boleh kata rapat² jarak tarikhnya
agaknya cucu pun lebih kurang sama serentak keluar nanti.
alhamdulillah!
:)


daddy bagi Alice makan rambutan.
dah tak geli dengan kulit rambutan dah kan?
baby mommy dah besar
:)


fuuuu terbaik!
kat meja tetamu siap ada sepinggan rambutan
dah habis boleh refill
:D


thank you daddy jaga Alice, layankan Alice
dan beri Alice makan buah rambutan.
daddy ni memang bapa mithali!
:D


kita antara tetamu yang awal sampai
dan juga antara yang terawal terjah khemah
:D


mommy orang pertama yang ambil nasi minyak.
siap pilih kismis banyak²! :p
ikut piramid makanan ni separuh sayur (dalca & pajeri nenas)
1/3 nasi minyak yang ada banyak kismis :D
1/6 protein (ayam goreng dan rendang daging yang sungguh empuk!)
hasilnya: licin!
termasuk kuah dua titis tepi pinggan
:p


Hilmiey dan ayah tunggu pengantin


Hilmiey main ulat yang boleh bounce
boing boing boing
:D


nenek dan keluarga pengantin
:)


abang pengantin
:)


budak kecik sempat jadi aksesori kat pelamin kejap
:D

Saturday, November 24, 2012

review: Pureen Warehouse Sale November 2012

awalnya tujuan kita nak ke Pureen Warehouse Sale
ialah cari baju tidur Alice
set yang saiz L,
target yang RM3 sehelai
dan set RM10 atau kurang.
nak juga sandal saiz 4 untuk Alice pakai hari².
malangnya bila daddy cari
katanya sale kali ini tak ada jual kasut langsung.

kita juga nak cuba baby bath baru.
sekarang guna Drypers Head to Toe
tapi tak ada jual refill pack pun di Tesco.
bila baca review, Pureen baby head to toe
wangi, tak pedihkan mata dan halal.
sama juga dengan Head to Toe Yogurt Peach and Cherry.
cuma kena tengok betul²
sebab toiletries Pureen ada baby range dan toddler range.
untuk Alice mommy rasa lebih selamat beli baby range
:)

macam biasa orang ramai bersesak².
kat jalan raya lagi dah sesak.
kita parking tempat biasa.
sampai dalam pukul 10.10pagi
(lebih kurang 10 minit selepas buka)
orang dah ramai
siap yang ada dah balik bawa beg plastik berbondong² lagi.
orang ramai terutama kat bahagian baju.
tak banyak pilihan.
corak yang sama cuma warna dan saiz saja yang berbeza.
Alice pulak sekarang cuma boleh muat saiz L atau 2-3 years.
agak terhad juga
berbanding majoriti baju yang cantik²
kita tengok saiz M.

mama Mi ada pesan baju untuk Hilmiey.
sementara dah ada kat sini kita beli juga baby bath extra
kalau² mama Mi nak,
kalau tidak kita buat stok untuk Alice saja la
:)


tak pernah guna
tapi baca review
baby bath ni wangi, tak pedihkan mata dan halal.
kat Tesco jual RM13 - 14.
RM11


sama juga tak pernah guna
tapi nak cuba cari alternatif baby bath
sekarang guna Drypers Top To Toe
tak ada jual refill pack kat Tesco.
sama juga baca review
baby bath
ni wangi, tak pedihkan mata dan halal.
kat Tesco hari yang kita buat price survey tak jumpa.
RM10.


untuk Hilmiey
sleeveless and short pants set
RM10 each set


untuk Hilmiey lagi
short sleeve t-shirt and short pants set
RM10 each set


jeans lembut, nipis - daddy pilih untuk Alice
RM15


agaknya dah besar nanti mesti Alice complaint
gambar sepentot pun nak post kat blog?! :p
RM3 each


set ini saja saiz L yang kita jumpa
sleeveles and short pants set
RM10 each set


jumpa kat orang punya rejected pile :D
RM4


mix and match
RM3 each


mix and match
RM3 each


mix and match
RM3 each


jumpa baju saja
kat orang lain punya rejected pile juga
RM3 each

tak ada dalam gambar: Pureen Wet Wipe
RM9

p/s: bila tengok review yang lepas
baru perasan sebelum ini sleeveless set cuma RM8
sekarang semua RM10 per set.
alhamdulillah
ada juga rezeki Alice & Hilmiey
:)

Friday, November 23, 2012

happy birthday Clement!

kebetulan beberapa jam sebelum pizza delivered
Farah Farhan tiba² muncul kat opis
dengan sebakul drinks dan coklat.
belum sarapan, katanya.
sedang elok sangat, hari ini birthday Clement
kita baru nak celebrate.
langkah kanan kakak kerani.
kalau nak buat appointment maunya 3 months in advance.
mana tak nya, Korea la (katanya dah bosan asyik berulang alik ke Korea!), China la,
tv3 la (Isnin lepas di Wanita Hari Ini), ntv7 la (minggu depan di Bella)
sempat la lepas rindu dengar² cerita penuh inspirasi daripada Farah
:)


happy birthday Clement!


kakak kerani Sarakids tolong susun² lilin
:D


boss Maxim: ha! Farah ni tau je bila orang buat makan²!
:p


birthday boy yang lagi 2 hari nak fly ke Korea, kerja


om nom nom!

Thursday, November 22, 2012

perkembangan bayi: Alice 18 bulan 4 minggu


baby mommy dah makin besar
:)

cakap
dari hari ke hari
makin jelas buah butir perkataan yang Alice sebut
dan yang nak buat orang gelaknya
bila Alice makin dramatik bila bercerita.

ada satu hari tu Alice menangis
lapar agaknya.
mommy beri Alice air oren.
kemudian Alice nangis lagi.
tiba² muntah.
keluar air oren campur susu.
mommy pujuk Alice,
bersihkan muntahnya,
mandikan Alice,
dan beri nasihat sambil pakaikan baju bersih.

bila daddy balik
dan mama Su ada di rumah
mommy minta Alice cerita yang Alice muntah.
terus dia pergi kat tempat kejadian
cerita dengan muka berkerut penuh dramatik
tunjuk² dengan jari
cakap macam² perkataan
tapi yang paling ketara
hujung ayat ditekankan perkataan 'mtaaaaaaa!'
... sian dia!
:)


Alice paling suka berdiri atas escalator dan dalam lif.
jadi bila di escalator tak boleh dukung
atau letak Alice dalam stroller.
Alice just loves to enjoy the ride!
:)


hujung minggu kita bawa Alice pergi groceries shopping.
memang mencabar!
ada masanya Alice ok duduk atas trolley
ada masanya nak berdiri dalam trolley
ada masanya nak jalan sambil tolak trolley
ada masanya nak berdukung
ada masanya apa pun tak nak, nak nangis saja (dah lapar & penat la tu!)

mami
waktu tunjuk² gambar di ruang tamu
mommy perasan yang Alice dah lama boleh sebut 'mami'
tapi bila dah masuk 18 bulan
baru Alice nak panggil mommy dengan panggilan 'ami' atau 'mami'.
alahai cairnya hati!
bila sampai saja di pintu pagar nursery
Alice yang berdiri di grill
terus excited jerit 'Ami! Ami!' :)
sekarang ni keluar saja dari pintu
mommy terus hug Alice sambil nyanyi²
'How are you? I miss you' :)

*mommy terfikir bila agaknya Alice tak mahu mommy hug atau kiss dia depan orang ramai! :p

zirafah Alice sebut 'jipapa'.
mommy kagum tengok Alice
sama macam waktu sebut 'kasut' dulu
Alice berlatih sebut banyak² kali
baru dia dapat sebut dengan sebutan yang betul.
Alice dah boleh sebut 3 suku kata
macam corak wallpaper di ruang tamu 'sakura'
walaupun pelat tapi ada bunyi
dan Alice cuba sebut dengan betul.

aunty Farah Farhan ada beri kita fridge magnet Hong Kong.
mommy pun ajar Alice sebut 'Hong Kong'
biasa la mak Alice
mesti sebut dengan penuh nahu dengung semua
sampai tension daddy Alice dengar asyik ulang² itu saja :p
hasilnya?
Alice sebut 'hok ko'.
tiap² kali lalu depan peti ais je mommy mesti tanya Alice
'Where's Hong Kong?'
Alice tunjuk fridge magnet sambil sebut 'hok ko'
hmmm bila agaknya ada rezeki nak bawa Alice pergi Disneyland Hong Kong
:)


mungkin orang lain tak kisah
tapi mommy suka kalau Alice belajar berdikari.
mommy suka bila sampai ke rumah atau nursery
Alice sendiri yang buka dan simpan kasut


sit down,
take off shoes
take shoes


put shoes at the rack
(waktu ni nursery tengah kemas², jadi kasut letak kat meja saja)

aji song
lagi dramatik bila Alice menyanyi.
kalau sebelum ini lirik lagu Alice cuma 'Aaaaaa'
sekarang dah ada lirik baru.
liriknya: 'Aji'
mommy ada juga tanya kawan Alice di nursery
'Aji' tu apa?
tak ada siapa tahu.

boleh masa iklan Smash di Diva
bila orang menyanyi dengan penuh perasaan
Alice pun sama² menyanyi
tapi lagu Alice sendiri
dengan liriknya dari awal sampai habis cuma 'Ajiiii ...'
kalau nak menyanyi mesti dengan sepenuh penghayatan.
kening mesti berkerut,
mulut muncung sikit,
siap dengan gaya²
memang tak boleh blah!
:p

selain menyanyi, Alice boleh menari dan juga main gitar.
menari kena buka kaki luas² untuk kestabilan
(belajar kat nursery la agaknya ni)
dan main gitar ada cara dia tersendiri.
tengok asyik nak gelak je
:p


di luar kita beri Alice duduk atas baby high chair
dan beri sauce plate yang kecik cinonet tu jadi pinggan Alice.
kita ketak nasi dan ayam sikit² untuk Alice makan.
dah nak habis refill lagi.
suka la dia boleh main²
:D


kusyuk makan


tak cukup, kena tambah lagi ni!


beri straw dia boleh cucuk² nasi
kemudian guna straw untuk suap makanan masuk mulut!
kreatif tak kreatif baby mommy!
:p

makan
perubahan terbesar bila masuk umur 18 bulan
ialah Alice dah boleh mula makan makanan orang dewasa
yang bergaram dan bergula.
setakat ini yang kita tengok
makanan kegemaran Alice ialah ayam dan roti canai.

jajan semua dia suka
termasuk yang perisa pedas yang kita tak jangka dia boleh tahan.
coklat tak payah sebut la.
kita bagi coklat sikit²
sebab makan coklat kena menghayati nikmat coklat tu
Alice laju je sebut 'Lagi!'
kuat pulak tu!
baru makan coklat sikit dah buat perangai macam budak terlebih gula
:p

selain daripada jajan
(jajan semua dia bedal!)
kalau waktu makan
makanan yang baru rasa
selalunya suapan pertama Alice akan luah balik.
sebab tu kena cuba lagi bagi makanan yang sama kali ke2.
ada yang ok boleh makan banyak² lagi
ada yang Alice tak nak.

makanan yang panas pun kadang² boleh buat Alice give up.
sayur macam carrot, ok Alice suka.
sayur lain kalau pertama kali capai terasa panas
mungkin Alice tak nak sentuh langsung.

kalau pedas
Alice usik lidah dia dengan jari
dan merengek².
pedas la tu.
tak boleh makan.
kena lumur dulu makanan dengan nasi kasi habis rasa lada atau rempah.
kalau makanan budak²
kita tak boleh masukkan dalam mulut kita dahulu sebelum bagi pada baby
sebab mulut orang dewasa banyak bakteria.
mungkin kanak² tak tahan.
lebih² lagi orang dewasa yang merokok.
back tu nature
kalau makanan pedas
cuma lumurkan pada nasi
atau bilas dengan kuah sup.

sama juga dengan puting baby (pacifier)
tak boleh masukkan dalam mulut kita untuk dibersihkan
kalau dah terjatuh kat lantai.
dalam mulut kita lagi banyak bakteria daripada atas lantai!


mommy wants to take photo?
lets spoil it!


what else can I do?


take nose photo!
:p

yak
bila dah makan makanan orang dewasa
yak pun sama macam orang dewasa.
sebab tu penting untuk Alice makan sayur
tak nak yak terlalu keras.

sekarang memang dah boleh agak bila Alice nak yak
dan dah boleh dibelikan tempat potty.
cuma kita tak nak paksa Alice untuk potty train dulu
sebab Alice masih belum fasih bercakap.
jadi susah nak tanya bila Alice nak yak atau wee wee.
yang kita tau bila dia dah start nak meneran
:)

biasanya selepas yak atau wee wee
Alice akan tarik tangan mommy
nak wash butt
atau wash wee wee di toilet.
ada kalanya dah siap² buka pampers ajak masuk ke bathroom
tengok kat pampers tak ada yak pun
rupanya belum yak lagi.
Alice tak nak yak dalam pampers
baby mommy dah besar!
:)


bengkak dah surut
tapi ada calar kat dahi
:(

jatuh
yang paling tragis di usia 18 bulan ni rasanya
ialah Alice mula jatuh.

pertama kali di hospital mata
di cafe Alice duduk di kerusi
dia nak turun
tiba² terjatuh sampai bercalar dahi.
Alice menangis kuat
cakap 'Akit!'
tapi sekejap saja.
tuam dahi dengan ais
jadi tak la benjol dahinya.

kali kedua di pasar malam Putrajaya
Alice pakai capri pants
jatuh atas jalan berbatu.
sama juga nangis sekejap sambil cakap 'Akit!'.
Alice tunjuk lutut
tak luka pun
kejap dah ok.

paling mengesankan kali ketiga
jatuh di depan pagar nursery.
sebelum ini ada juga tersalah langkah dan jatuh di rumah
tapi kat rumah lantai licin.
kat depan nursery simen kasar berbatu².
jatuhnya sikit saja
tapi kaki tercalar
sampai terbit darah.
hari tu mommy sedih sangat² :(
Alice tak nangis langsung.
tanya 'sakit tak?'
dia buat selamba je.
tapi calar balar tu, berdarah!
(mommy yang terlebih emo!)


betis kiri bercalar balar
:(


skinned right knee
:(

empathy
ada kalanya bila Alice menyusu lama sangat
atau nakal² gigit²
atau masa menyusu tapi tak mahu duduk ontok², nak bergerak ke sana sini
atau saja mommy nak mengusik Alice
mommy nangis tipu².
nak tengok apa reaksi Alice.
Alice cepat² usap² pipi mommy
tandanya 'Sayang sayang sayang'.
mommy ajar kalau sayang tak boleh puk
kalau sayang kena usap² sambil kata 'Sayang sayang sayang'.

*bila mommy nangis Alice pujuk, maknanya kalau Alice nangis mesti la mommy kena pujuk kan! :p

Alice suka gadgets
cuma masalahnya
gadget tu mesti interaktif
Alice suka cucuk² :p
sebab itu kalau tengok mama Pi mula ambil iPhone
cepat saja Alice terkam
sampaikan Alice pernah ketuk mama Pi dengan buku.
bukan sebab marah
tapi sebab nak berinteraksi.
mommy pesan pada Alice
'Sayang sayang sayang'
Alice pun usap pipi mama Pi
maknanya dia sayang
bukan dia puk untuk sakitkan mama Pi.

sekarang ni dunia tengah hangat dengan isu keganasan Israel ke atas Palestine
waktu menonton berita
mommy sedih juga bila tengok apa yang dipaparkan.
bila scene di hospital
ibu bapa bercerita tentang ancaman yang dihadapi
tak sangka Alice pula dengan teruja tunjuk skrin sambil kata 'Baby!'
Alice nampak baby yang terbaring di katil hospital.
mommy kata pada Alice
'Baby akit, baby kena bom'
terus bertukar ekspresi muka Alice
berkerut kening dia
terus dia bercerita dengan sedih
dan bertanya lagi pasal berita yang ditanyangkan di tv.

bila daddy balik
mommy suruh Alice cerita
pasal baby sakit, baby kena bom.
Alice pun tunjuk pada tv dan cerita dengan sedih pada daddy.
ceritanya panjang
tapi dalam bahasa Alice sendiri :p
daddy pun tanya 'Alice tengok kat tv ya?'


Air! Air!
teruja tapi takut nak pergi dekat²
:p

syukur sangat² kita di bumi bertuah.
walau pun banyak cabaran mendatang hari ke hari
tapi kita jauh lebih bertuah daripada mereka di luar sana.
semoga Tuhan berikan kekuatan, kebahagiaan dan kesenangan untuk kita semua.
mudah²an.


antara rutin kita sebelum tidur
ialah tengok gambar dan video di hand phone.
boleh nampak bila Alice tengok gambar di play ground
mesti dia tersenyum lebar.
mommy rasa main sama daddy di play ground
adalah saat² gembira yang sangat dihargai oleh Alice
:)

thank you, daddy!
alhamdulillah!

Wednesday, November 21, 2012

bayi lelaki tertukar di Hospital Kandang Kerbau Singapura

Pasangan A
- bayi baru ini adalah anak pertama mereka
- apabila sampai di rumah
tanggalkan tag pada kaki bayi
tanpa memeriksanya terlebih dahulu
- tengah malam Ahad
selepas 10 jam bersama bayi
baru diberitahu
tersilap bawa balik bayi

Pasangan B
- bayi baru ini adalah anak ke-3 mereka
- telah beri susu ibu kepada bayi selepas keluar daripada hospital
- sejam selepas balik rumah
tengok tag kat pergelangan kaki baby
nama ibu lain daripada yang sepatutnya
- buat ujian darah
keputusan: darah anak tak sepadan dengan darah ibu bapa

ujian DNA telah dibuat
akan dapat keputusan akhir minggu ini.

wakil Hospital Kandang Kerbau (KKH) Singapura
CEO dan pengerusi lembaga perubatan
minta maaf dan berjanji kesilapan tidak akan berlaku lagi
serta memberi sokongan kepada keluarga terlibat
termasuk kaunseling

kejadian turut dapat bantuan Kementerian Kesihatan

identiti keluarga terlibat tidak didedahkan



sekadar gambar hiasan

kemungkinan
tag pengenalan pada 1 bayi tercabut
dan kemudiannya 1 lagi tag yang salah telah diletakkan.
tag yang dipercayai tertanggal daripada kaki bayi
telah dijumpai di atas sebuah baby cot yang kosong.

lazimnya bayi ditandakan dengan 2 tag
yang mempunyai nama ibu.
tag pertama pada pergelangan kaki kanan
yang diletakkan ketika di bilik bersalin
dan tag kedua pada pergelangan kaki kiri bayi
ketika bayi dibawa ke nursery.

apabila mahu keluar daripada hospital
jururawat sepatutnya memeriksa kedua² tag.
ada kalanya
apabila bayi tidur
sesetengah jururawat dan ibu bapa berat untuk melakukan pemeriksaan tag
kerana perlu membuka bedung
dan mungkin mengganggu tidur bayi.

hingga kini, penyiasatan masih lagi dijalankan.

untuk bacaan lengkap: sumber berita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...