damdiduuu

Friday, March 23, 2012

J Card tukar kepada AEON Member Card

bersempena dengan penukaran nama Jusco
kepada AEON
J Card juga ditukar kepada AEON Member
bermula 15 Mac 2012.

kad boleh ditukar secara percuma
di kaunter AEON Member di AEON berdekatan.
kalau nak renew selepas tamat tempoh
berbandin dengan kadar sebelum ni, RM12 setahun
AEON Member sekarang ada diskaun
RM24 untuk 3 tahun
(berganda juga jadinya la kan?)


pilihan kad yang ada.
yang mana 1 pilihan hati?
saya suka Community!
:)

untuk tahu nilai point terkini
boleh check di website AEON Member

p/s: dalam majalah Pearl terbaru March/April 2012
boleh redeem free kupon 3D Screening untuk 2 orang:
Filem: Titanic 3D
Tarikh: 7 April 2012, Sabtu
Masa: bermula 7.00 petang untuk penebusan kupon, waktu tayangan 8.30 malam
Lokasi: GSC Maxx, Tingkat 10, Berjaya Times Square

jom tengok wayang 3D!
:D

Thursday, March 22, 2012

perkembangan bayi: Alice 10 bulan 3 minggu


waktu favorite mommy berbual dengan Alice
waktu balik dari nursery
sebelum sampai rumah.
rindu Alice sangat²!

Alice hampir nak masuk 11 bulan.
alhamdulillah syukur atas kurniaanNya
:)

yang paling ketara pada peringkat ini
ialah proses nak tumbuh gigi.
selain daripada macam sebelum ni -
Alice suka main bibir atau lidah atau masuk jari dalam mulut
sebab tak selesa,
sekarang bila dah nak tumbuh dengan gigi atas pulak
lebih mencabar.
malam² Alice tak dapat tidur lena.
bila nak tidur pun sama.
merengek² dulu separuh sedar
tak selesa.
tengah menyusu,
Alice boleh menangis bangun
merangkak, memanjat, tercari²
pada hal yang nak dicarinya
ialah dia nak menyusu.

teething
kesian juga.
malam² kerap terjaga.
nak pujuknya dengan susu.
bila beri air kosong dalam botol
hampir 3oz juga Alice habiskan sekali minum.
cuma sekali saja la
bukan berkali² dalam 1 malam.

ingatkan bila malam asyik terjaga
nanti di nursery Alice cepat tidur.
tak juga!
di nursery pagi²
bila nampak saja baby lain
Alice dah mula nak bersosial.
tak mahu tidur.
parah!
selalunya pagi² tidurkan Alice di nursery
baru senang nak (berpisah sementara!) pergi kerja.

bersosial
sekarang pagi² Alice tak mahu tidur.
sibuk nak main sama baby lain.
di internet pun ada tulis
pada tahap ni baby nak main sama baby lain.

mommy pun perasan perkara yang sama.
cumanya dengan Alice
bila ada budak²
memang cepat dia nak tegur,
nak pegang,
nak main sama².
tapi bila mak budak tu tegur
atau hulur tangan
terus Alice berpaling :p

rasanya setakat ini
yang paling tragis
ialah di nursery.
bila mak² baby datang ok lagi.
Alice happy² lagi.
tapi bila pengasuh yang seorang ni masuk
terus Alice nangis.
peluk mommy tak lepas².
mommy suruh Alice sit down
duduk atas mat pun tak nak.
nak dengan mommy saja.

ada sekali tu Alice tengah best² main²
bila pengasuh tu masuk
terus Alice naik & baring atas bouncer diam²
walau pun dia tak mahu tidur.

... sedih tak?


Alice suka hulur barang
tapi nak beri tu tengok mood dia
:p

beri - buang - lontar - picit - goncang
antara kemahiran motor yang dah nampak meningkat
ialah Alice dah pandai beri barang dan campak bola.
sebelum ni cuma tengok Alice kutip atau ambil barang.
yang paling dia suka
waktu cruising dari satu perabot ke perabot yang lain
bila nampak apa² yang dia suka
tunduk kejap kutip barang tu.
sekarang dah 10 bulan baru pandai beri dan lontar.

rattle dan bath duck pun Alice dah pandai bunyikan.
cuma baby duck kecik yang keras saja belum berjaya picit sampai bunyi.

Alice makin suka wave hand.
bila kata bye² terus dia wave hand.
kadang² baru jumpa pun dia wave hand juga.
agaknya tu dia kata hai, bukan bye² :D

laughter is the best medicine

macam biasa
Alice memang senang nak ketawa.
bila buat saja perkara yang di luar kebiasaan
terus dia terkekek² ketawa.
kalau dulu kita up pakai bantal, bukan pakai tangan,
kali ni mommy buat macam² gaya bye².
bye² ke atas la
bye² ke bawah la
bye² ke sisi la
bye² ke belakang la
bye² dua² tangan la
bye² macam menari lagu aislehe Las Ketchup la
sampai tersedu² Alice ketawa
pada hal sebelum tu dia sedih sangat² menangis
:p

lagi satu lawak antarabangsa yang Alice suka
bila buat aksi nak berlari siap hentak kaki.
bila berlari dengan aksi yang sungguh dramatik
sama juga Alice ketawa sampai tersedu²!

yang spoil sikit
mommy mengah lari jauh²
walau pun keliling bilik je sebenarnya
:p

vokal
satu perkara yang baik
tentang peringkat nak tumbuh gigi
selain daripada Alice dapat gigi baru
ialah dalam menangis separuh sedar malam² tu
baru la Alice sebut nama mommy :p
selalu tu asyik 'ayah', 'dah', 'tak de', 'de tak' sama 'tetie' saja.

sekarang pun lebih ketara yang Alice boleh sebut bunyi 'u' dan 'o'
kadang² terdengar dia buat bunyi yang terkulum,
macam tak keluar dari mulut,
bunyi yang ada 'o'.
punya la comel
bila dengar je mesti kita pun nak sebut balik! :p
ada sekali daddy kata 'Sekejap lagi daddy up'
boleh pulak Alice jawab 'Aloo'
ketawa kita dengar.
terus daddy tanya 'Aloo dah penat duduk lama² ya'
:)

lasaknya
bila didukung Alice tak duduk statik.
Alice panjat² sampai atas
tak tahu nak pergi mana.
atau Alice bongkok badan dia ke bawah sampai kaki
sebab nak tengok apa yag kita jinjing sambil dukung dia.
bila nampak subjek yang menarik
Alice akan bersungguh² perhatikan
sampai hilang dari pandangan.
kita panggil pun dia buat derk je
:p

macam biasa Alice tetap nak ditemain main sama²
atau dia akan menjelajah satu dunia.
setakat hari ni rasanya Alice boleh jalan 5 langkah
:)


mommy beri Alice chance keluarkan pampers dari jumbo pack.
sebelum mommy susun dalam drawer
Alice main² sepahkan dulu
nak tengok kreativiti dia
:)

tak sabar nak tunggu Alice masuk umur 1 tahun
sebab ada alasan untuk makan kek :D
tapi Alice belum boleh lagi
makanan bergaram dan bergula 18 bulan baru boleh, ok baby!
Alice punya bahagian tahun ni mommy tolong makankan ya
:D

sedar tak sedar Alice dah nak jadi kanak²
bukan baby lagi.
syukur dapat tengok perkembangan Alice dari hari ke hari.
syukur jadi mommy Alice yang Alice sayang :)
terima kasih untuk daddy yang selalu jaga kita baik²
dan kerja kuat tiap² hari.
alhamdulillah
syukur padaMu ya Allah!
:)

Wednesday, March 21, 2012

'There Will Never Be Another You' contest 2012


baby Alice terpilih antara calon dalam
'There Will Never Be Another You' contest
anjuran Great Eastern Life

foto baby Alice yang dah overused tu
akan digunakan dalam advertising campaign
untuk meningkatkan kesedaran berkenaan pentingnya
untuk hidup lebih sihat dan lebih baik
terutama demi mereka yang tersayang

iklan akan diterbitkan dalam
Straits Times,
LianHe ZaBao dan
TODAY
di Singapura
bermula esok - Khamis, 22 March 2012

pemenang untuk peraduan ini masih belum dipilih lagi.
proses pemilihan akan bermula lewat minggu ini
dan pemenang akan diumumkan dalam fb Great Eastern Life

agaknya macam mana peluang baby Alice eh?
:)


kolaj yang digunakan untuk iklan.
kalau terer cuba cari mana foto baby Alice?

video: Proton P3-21A



kereta terbaru Proton
harga dalam RM75K
amacam?!
:D

portfolio Alicea Zara

memandangkan Alice dah mula nak ambil job
macam dah kena mula buat portfolio dia.
sampai sekarang belum ambil gambar
casting lagi.
macam mustahil pun ada jugak :p
mustahil nak suruh Alice berdiri tegak lama²!
nak tengok sangat siapa la
photographer bertuah
yang berjaya ambil gambar
casting Alice nanti :p

Talent: Alicea Zara
Sex: Female
Age: 11 months
Date of Birth: 27/4/2011
Location: Kuala Lumpur
Skill: Sitting, crawling, walking with support, babbling
Attribute: 2 visible bottom teeth, luscious black hair, chubby, fair skin
Hobby: tearing magazine, playing piano, munching on EVERYthing, exploring
Diet: Mommy's milk, plain water, blended porridge, soft/meshed fruit



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...