damdiduuu

Tuesday, April 3, 2012

Alice si acrobat



tak sangka rupanya ada iklan lampin untuk akrobat.
foto di bawah ini baby Alice waktu minum susu malam².
dah nak lena
rasanya dia pun tak sedar dia buat aksi akrobatik
:p


Alice minum susu waktu malam
sambil buat akrobatik
:D

p/s: abaikan stoken, seluar dan baju yang pelbagai corak!

bila anak dara berkemas


mommy, I don't like all these junk here ...

Alice nak tahu,
semua benda dia nak belajar.
bila dah pandai jalan
dah nampak banyak tempat
macam² dia nak buat.
foto ni Alice keluarkan barang² dari drawer dia.
tau² dah habis bersepah semua.
nak marah pun tak sampai hati.
budak² apa la yang dia tau.
tak tersepit jari dah nasib baik.

dah main kemas balik ya
:)

akak si penjual nasi lemak

bulan ni nampaknya ekonomi agak meruncing.
ditambah lagi boleh pulak kereta kena clamp.
RM100.
abang pulak hilang duit.
RM200.
dramatik tak?

kereta nak diservis.
barang Alice - pampers, krim Ezerra, bedak, minyak telon.
hal² lain lagi.

duit oh duit!

macam mana kita yang tak layak untuk BR1M
tapi masih kesempitan?


kuih untuk sarapan dan makan petang

berborak dengan akak penjual nasi lemak
katanya mula memasak pukul 1 pagi.
tak tidur malam.
pagi goreng donuts dan mee, meehoon, kuew teow.
sampai mengatuk² waktu masak, katanya.

akak ada 3 cawangan.
kat condo,
kat flat
dan kat bus stop.

siapa ahli koperat yang sebenar?
siapa yang berpendapatan tinggi?
siapa yang menyumbang kepada kemajuan negara sebenarnya?
-_______-

Monday, April 2, 2012

laptop docking station

dah ramai orang Korea datang ke pejabat ni
memandangkan kita bekerja dengan kerajaan Korea Selatan.
sama ada pekerja, businessman, manufacturer
malah graduan Malaysia lulusan universiti Korea.
baru kali ni nampak seorang yang guna laptop docking station.
laptop yang dibekal oleh pejabat
jadi lebih egronomik.

... tiba² rasa macam primitif ketinggalan zaman
yang teruja tak sudah bila ternampak benda baru
(nak guna perkataan 'jakun' sebenarnya, tapi Jakun tu nama satu suku kaum)





kau ada?
:p

Sunday, April 1, 2012

Taman Rekreasi Lembah Kiara


tiba² hari ni daddy bawa kita jalan² dan bagi makan ikan
di park TTDI
thank you, daddy
:)

Taman Rekreasi Lembah Kiara
di TTDI KL.
dekat dengan rumah.
dekat dengan pasar TTDI.
port bercinta baru :)
tak payah jauh² drive ke Taman Tasik Titiwangsa
atau bayar toll dan parking ke Desa Park City.

walau pun tak banyak tarikan
ada play ground,
ada tasik,
air tasik keruh -
bila bagi makanan cuma nampak bayang² ikan curi makanan daripada kura²,
tapi cukup lengkap park ni
sekadar untuk jalan²
ambil angin
keluar peluh
sama family
:)

yang bestnya park ni
tak ada orang bawak pets macam kat Desa Park City.
ramai juga yang datang untuk downhill bike.
yang paling² nikmat?!
tentu la taufu fah yang ada dijual
kat pagar masuk taman rekreasi ni :p
termasuk juga lokasi pilihan abang ni
dekat dengan rumah,
tenang, nyaman dan menyegarkan.
alhamdulillah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...