damdiduuu

Monday, March 26, 2012

kad Touch 'n Go gambar baby Alice :)


kad Touch N Go
guna foto baby Alice.
terima kasih Farah SaraKids!
:)

photocard Touch 'n Go
boleh dibuat di hub Touch N Go
di Bangsar South, KL Sentral dan Nufri Johor Bahru
dengan harga RM25.

cuma bawa foto dalam kad memori kad
atau flash drive.
kad ada warranty untuk 1 tahun.
kalau rosak boleh tukar percuma
dalam masa tu.

kad ini boleh ditambah nilai
tanpa sebarang bayaran tambahan
di lebuh raya, stesyen LRT/KTM tertentu dan di Touch 'n Go SPOT di stesyen minyak.
di tempat² lain, bayaran tambahan dikenakan
seperti di stesyen minyak, bank, ATM dan agen.

maklumat lanjut: Touch 'n Go photocard

p/s: terima kasih untuk Farah SaraKids
yang berbaik budi buatkan kad untuk Alice.
duit pun belum bayar lagi ni
hehehehe
:p

p/p/s: Farah kata dia buatkan free saja
sebab bagi idea untuk tv show dia.
Thank you, Farah.
dah macam² dah Farah bagi :)
setakat nak sumbang idea apa sangat,
meh kasik idea lagi seguni :p

Sunday, March 25, 2012

Hilmiey belajar mainan baru

awalnya mama Mia berat juga nak beri Hilmiey cuba barang² kat baby department
sebab Hilmiey belum boleh duduk sendiri
masih nak kena pegang,
tapi mommy kata bagi la peluang dia nak cuba
tengok macam mana dulu.

mula² duduk di baby activity station
kaki Hilmiey macam tak sampai
walau pun kita rasa Hilmiey dan Alicea sama tinggi.
disebabkan kita pun tak tahu
macam mana nak adjust ketinggian activity station tu
Hilmiey pun diletak pada walker yang ada alas kaki.

kita yang tengok yang terlebih excited daripada Hilmiey!
:p


umie bagi penerangan & kata² perangsang untuk Hilmiey


Hilmiey tengah proses
data² yang ada di depan dia


Hilmiey masih belum yakin.
dia simpan tangan dia!


mama Su pulak ajar Hilmiey


akhirnya Hilmiey mula cuba explore mainan kat walker ni
bila dah pandai Hilmiey punya la seronok main
siap berdiri lagi sambil main!
:)

moga² baby kita bijak, sihat dah dilindungi selalu
:)

my baby is so vain! :p

baru² ni
mama Su ajak kita jalan²
sama Hilmiey dan family juga.
masa yang lain tengah syok main game token
dan masuk tempat permainan kanak²,
mommy bawa Alice ke tempat barang baby.
saja nak cuba apa yang ada
nak memenuhi masa lapang.

Alice tak perlu walker atau activity station pada peringkat ni
sebab dia dah boleh mula berjalan.

bila saja suka² letak Alice di baby activity station
baru perasan satu perkara -
dalam banyak² toys yang ada kat station tu
tau apa yang Alice paling suka?
cemin!

hahaha
bukan sebab Alice vain suka tengok muka dia
tapi sebab cermin yang paling interaktif
boleh buat macam² aksi

baby mommy ni la!
:)


suka bila tengok cermin!


pusing pusing pusing


imej yang berubah² pada cermin

p/s: baby activity station untuk bayi belatih berdiri. boleh gerak kaki (ada plat yang boleh pusing² kat bawah) tapi tak boleh bergerak ke sana ke mari macam walker. yang ni harga RM189 kat Jusco AU2 Keramat

belajar memandu, ambil lesen kereta


TTDI
dekat dengan 1 Utama
bila dah ada lesen motor
ada 2 pilihan
untuk belajar memandu dan ambil lesen kereta

Pakej Biasa
RM650
tak perlu hadir kelas ceramah
8 jam belajar memandu
Ujian JPJ pada hari Isnin/ Jumaat
kalau gagal ujian JPJ perlu tambah RM150 untuk ulangan

Pakej Sampai Lulus
RM850
tak perlu hadir kelas ceramah
12 jam belajar memandu
Ujian JPJ pada hari Isnin/ Jumaat
kalau gagal ujian JPJ tak perlu bayar apa² hingga 3 kali gagal

bawa:
RM300 deposit waktu pendaftaran
lesen motor, IC
2 keping gambar
baki bayaran perlu dijelaskan pada kelas ke 2 atau ke 3 belajar memandu

ada lagi tempat lain lagi best?

p/s: teringat waktu test JPJ dulu - pegawai² JPJ asyik tanya dah kahwin ke belom. tu soalan favorite diorang ke uh?! :p

Saturday, March 24, 2012

Alim's wedding

kalau dulu tak ada rezeki
tak dapat kita hantar rombongan meminang untuk Alim
alhamdulillah
kali ni dah selamat majlis sambut menantu
di Jalan Peel, KL.


teringat waktu majlis kenduri dulu
udang yang berdiri ni punya la banyak tulang!


si gadis misteri yang sungguh vogue
kalah pengantin!


baby Alice jalan² dalam dewan
budak kecik yang sungguh aktif!


mama Pi & family dari Kampung Pandan


Hilmiey and the girls
:)


Hilmiey Firdaus sama pak long Firdaus.
Hilmiey dah mengantuk!


selamat pengantin baru!
:)


ambil gambar kakak
hujung tahun ni majlis saya pulak!
:D


pertama kali Alice tengok orang main kompang!


pengapit bila nak langsung?


agaknya pak long budget anak perempuan dia pulak yang dukung baby lepas ni
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...