damdiduuu

Saturday, April 27, 2013

LegoLand: souvenir photo






muka takut yang betul² real punya
sebab kena paksa naik roller coaster yang sangat dasyat bahayanya!



Friday, April 26, 2013

Alice 2nd birthday

birthday Alice
tahun ni jatuh hari Sabtu.
awalnya kita tak plan nak sambut di sekolah
sebab tarihknya tu bukan hari sekolah.

kebetulan minggu depannya hari mengundi
dan birthday Alice dengan birthday mommy jarak seminggu saja
jadi kita ingat nak celebrate sekali di Seremban
alang² dah nak berkumpul untuk mengundi.
kek pun mommy tempah di Seremban.

tak dijangka²
bila dah dekat sangat dengan birthday
Alice boleh pulak belek² katalog kek.
Alice kata nak kek Sponge Bob, Hello Kitty atau princess.
masalanya semua tu kek fondant.
kita lagi suka kek yang topping dia cream.
dah tarikh dekat sangat
mana nak sempat tempah.

last minute
mommy
belikan Alice kek off shelve saja.
dalam 3 buah kedai kek
antara pilihan Upin Ipin, Boboiboy, Hello Kitty, Thomas, Barbie
cuma Angry Bird saja yang ada jual.
alhamdulillah ada juga rezeki Alice :)
boleh la happy² nyanyi², blow candle, potong dan makan kek sama kawan²


cantiknya!
terima kasih kat cikgu² dan staff tadika
mommy ingatkan nak potong kek saja
rupanya birthday deco pun ada
:)


ini dia birthday girl
:)


birthday girl dengan kek 'agi bek'


ambik gambar ramai²


aik topi senget pulak


mari teacher betulkan.
ni favorite teacher Alice.
sebut je nama teacher ni bercahaya gembira muka Alice
:)


cheese sambil pegang party hat!
:p


happy birthday to you!


aik sapa yang blow candle ni?
:p


mari potong kek


kakak pengasuh yang tiap² petang
layan Alice tengok Upin Ipin kat tab dia
:D


mari bagi kek kat kawan²
:)




belum dapat kek lagi?
nanti Alice bagi ya


thank you teacher
tolong potongkan kek


nyum² 'agi bek'


mommy kerja.
mommy drop by sekejap saja
bagi kek kat teacher Dhiya
dan bagi kamera, pesan tolong ambilkan gambar.
balik rumah mommy tanya Alice - siapa belikan kek?
Alice jawab teacher Dhiya
:p

Wednesday, April 17, 2013

perkembagan bayi: Alice 23 bulan 3 minggu

tak tahu nak mula kat mana.
lama sangat dah tinggalkan blog.
penat.
kerap sangat travel.
belum puas rehat lagi.
cuma sempat upload gambar kat fb.
itu pun cuma sebahagian.
belum semua.


alhamdulillah
Alice bercuti naik airplane, cable car dan boat.
mommy yang tak hilang penat lagi
:p

fizikal
Alice dah nak masuk 2 tahun bulan ni.
dan tinggi sikit daripada baby cot,
tapi belum boleh panjat masuk cot sendiri :p
berat masih 10.4 kg.
tak banyak perubahan berat sekarang ni
berbanding waktu baby dulu setiap bulan berat bertambah.
gigi dah lengkap - gigi taring dah keluar semua tapi belum tumbuh habis.
gigi geraham ada sepasang bawah dan sepasang atas.
memang sakit rasanya tumbuh gigi banyak² ni.
Alice makin kerap masukkan jari dalam mulut
dan kita beri teether untuk dia kurangkan sakit gusi.


mommy selalu ajar Alice untuk jadi berani, yakin dan ceria.
tengok iklan kat tv
saya hebat!
saya dah besar!

cakap apa?!
bab linguistik sangat menarik.
bila cari mommy
Alice panggil 'Ooooo mommy' :D
bila cari baju
Alice tanya 'Mana baju ni?'
bila daddy tak ada
Alice kata 'Daddy werk'
bila nak apa²
walau pun pelat, Alice boleh beritahu
'Nak olet' (coklat, kadang² bunyi cokit)
'Nak puyap' (sirap!)
'Nak ae' (air, nak tuang, tak mahu dalam botol!)
'Nak ae otak' (air kotak)
'Nak poon' (spoon)
'Nak pork' (bukan daging khinzir, tapi garfu!)
'Nak ti' (teether untuk kurangkan sakit tumbuh gigi taring)
'Nak agi bek' (Angry Bird)
'Nak maji' (mandi)
'Nak ocen' (losyen)
'Nak daddy' - yang ni tak pelat :D


RM3 sekali naik ride ni
pada Alice nilainya tak terkata!
nak ride horse!

salah
Alice ni ada isu juga
kalau dia cakap pelat
kemudian kita tak faham
nanti dia marah².
pada hal kita betul² tak faham.
kena banyak² kali ingatkan dia baik² supaya sabar dan cakap baik²
(kita kena sabar dulu!)
dan juga kena lebih prihatin
supaya dapat baca body language
bukan bahasa percakapan saja
untuk faham apa yang Alice cuba sampaikan.

kadang² saja mommy usik Alice
bila Alice minta
'Nak ae juk'
mommy buat² tak faham.
'kakak nak air busuk?!'
mula la dia marah cubit²
:p


tengah mommy sibuk kat dapur
Alice keluarkan sekotak tisu yang baru saja guna beberapa helai.
mulanya mommy nak marah
tapi bila tengok dia suka
mommy support la pembelajaran Alice.
kebetulan daddy balik, mommy pesan siap²
jangan marah, Alice tengah main tisu :p


sabar² mommy lipat balik satu² tisu
(rasa macam nak hadiahkan diri sendiri dengan iPhone5!) :p
Alice buat apa?
tengok tv!
dah tak minat nak main tisu lagi

duduk
kita perhatikan
Alice makin pandai zahirkankan permintaan dia.
kalau dulu Alice cuma mintak 'mimik! mimik!'
sebab bila mintak menyusu, confirm ada seorang yang akan jaga dia tak berbelah bahagi.
pada hal sebenarnya Alice nak perhatian.
jadi bila Alice minta nak menyusu
kalau rasa² dia macam kenyang lagi
mommy ajak Alice write book, read book atau play toy.

sekarang bila Alice nak kita luangkan masa untuk dia,
dia akan tarik tangan,
beritahu nak toy yang mana
dan suruh kita 'duduk!'
kalau dengan daddy manjanya bukan main
asyik nak suruh daddy dukung.
tak kira masa!
daddy tengah masak
daddy bersiap nak pergi kerja
daddy nak buang sampah
Alice bukan kisah.
yang Alice tahu
nanti daddy dukung dan buat aksi² gagah berani.
tu yang Alice suka :)


kadang² bila mood tak elok
nak pujuk Alice
kita bagi Alice duduk kat kerusi urut sekejap.
relax babe!


orang sibuk nak pilih jeans
dia sibuk pole dancing :p
*bila dah ada anak ni mencabar betul bila nak pilih barang waktu shopping!

kenangan terindah
bila kita kata kat Alice
'lets go see nenek?'
spontan Alice akan tanya 'eyo iti?'
hahahahaha
selepas lama tak balik jumpa nenek
bila kita balik
alhamdulillah ada rezeki ke Hello Kitty Town.
Alice suka :)
dapat pengalaman baru.
yang paling Alice ingat
ialah Hello Kitty
ada dancing² jump jump jump
dan Melody usik pipi dia :)


'eyo iti' Alice
:)

next visit bila pergi Little Big Club
Alice suka nyanyi² lagu Thomas
:)


My Melody usik pipi Alice
waktu parade
:)


susah betul nak ambil gambar yang ada daddy ni!


paling lama kita kat ballet studio ni
bukan main seronok Alice dancing²
dengan tutu, telinga tikus dan magic wand
:)


kalau tak salah ini masa Fat Controller Song
:D


bila balik rumah
masa mandi pun Alice main
'put puut ...'
Alice kata 'omes'
:)


Alhamdulillah
mommy
paling bersyukur
dapat bawa Alice main dan belajar perkara baru kat sini.
lagi² bila kenangan tu Alice ingat dan sebut² sampai sekarang :)
tq daddy! :)

makan
pasal diet
Alice masih lagi minum susu ibu.
kat rumah tengah makan nasi pun mesti pekena susu ibu seround.
kemudian sambung lagi makan nasi.
malam² nak tidur mesti minum susu ibu.
tengah malam terjaga mesti minum susu ibu.
pagi² kalau penat, mood tak baik mesti minum susu ibu.

Alice suka makan ayam goreng.
apa² yang daddy masak pun Alice kata ayam.
Alice suka sup.
suka carrot.
masa makan kena siap² semua air sejuk, air sirap dan tisu kat sebelah.
boss besar suka hati minta itu ini waktu tengah makan :p
daddy kata Alice boss besar
sebab Alice suka hati minta itu ini daripada kita :p


sampai rumah nenek dah lewat malam.
Alice naik atas katil
tarik selimut ....
dan makan coklat!
o_0

pasal gula² dan coklat memang mommy risau sangat².
Alice kerap sangat minta coklat.
dalam peti ais pula ada banyak jajan, coklat, gula².
yang beli di Langkawi
yang orang bagi
yang dapat masa kenduri kahwin.
azam mommy?
nak simpan semua jajan, coklat, gula² dalam satu bekas
letak kat tempat tinggi
supaya daddy saja boleh tengok dan makan.
kalau dalam peti ais nanti cepat saja Alice minta.

kalau boleh memang nak elakkan langsung
Alice kecik lagi.
makan makanan bergula banyak²
nanti sugar high
sebab banyak sangat tenaga.
nanti tak nak tidur
nak panjat sana sini
nak main tak sudah²
nanti kita balik yang marah dia.

gantikan gula dengan buah²an!

itu azam mommy!
(sila sokong!)


daddy tanya 'kakak buat apa?'
Alice jawab 'kakak makan donut'
pada hal dia pilih chocolate chip je
donut dia tak makan sangat!


pantang keluar mesti nak 'akim! akim!'.
kedai sini nak aiskrim
kejap lagi nak aiskrim.
sampai kena buat peraturan
'1 day 1 ice cream only!'


muka puas hati dapat makan Hero
sampai comot²
:p

sekolah
memang tak dinafikan
Alice ada love-hate relationship dengan sekolah.
ada masanya ok.
ada masanya dia nak pengasuh yang dia suka.
ada kalanya berat nak masuk tak kira siapa yang ada.
sedih juga bila mommy tengok Alice macam tu
tapi inilah cabaran untuk Alice.
semoga makin kuat fizikal dan mental
makin positif
dan makin bijak :)

oh ya
Alice dah pandai mengira.
kira macam mana tak pasti sangat.
yang nyata Alice tau
one, two
dan bila tiba part eight, nine, ten.
yang lepas daripada tu mommy tak tahu Alice boleh kira lagi ke tidak
sebab dah sampai ten je mommy dah excited Alice pandai mengira
:p


ada harinya Alice payah nak masuk sekolah.
ada pengasuh yang dia suka
baru dia nak.
kita pernah nampak peha Alice bercalar
bila ditanya banyak² kali
baru Alice kata (nama baby 1 tahun) buat dengan toy.
sampai bercalar terbit darah.
kita selalu ingatkan Alice
pergi sekolah belajar rajin² pandai²
main sama² dengan kawan²
kalau ada budak naughty, warn dia
'no! no! no! don't be naughty, mommy marah!'
:p


kat sekolah Alice buat cup cake hujung bulan Mac lepas.
balik rumah bukan main suka dia makan cup cake ni.
sibuk minta 'nak poon. nak poon'
asal makan cup cake je kena guna spoon :p


yang biru cup cake Alice decorate kat sekolah
yang ada strawberry cup cake Aunty Aisyah bertunang
dua² pun Alice suka!
rasanya Alice la yang paling banyak rembat cup cake strawberry tu
:p

fesyen
waktu berkemas baju
atau sidai baju
atau ambil baju yang dah kering dari penyidai
memang waktu yang mencabar
sebab tiba² Alice nak tukar baju lain yang dia suka.

lepas mandi pula
mesti minta kat mommy
'nak baju cantik!'


perangai macam daddy
suka dress up smart²
:)

rutin
paling mommy suka
Alice dah faham banyak perkara sekarang.
bila nak tidur
selalunya Alice tak sabar² nak menyusu.
mommy ingatkan Alice
tolong mommy turn on mosquito repellant
(tak ada la tolong apa sangat pun, cuma mommy nak Alice libatkan diri saja).
kemudian Alice simpan semua buku dan pensel warna dalam drawer
(semua! termasuk novel mommy pun Alice simpankan!) o_0
turn off light.
(sebelum turn off light agah² dulu sampai Alice ketawa terkekek²) :)
baca doa.
mimik.
:)

kalau dulu dalam doa makan
Alice cuma boleh sebut '...api'
sekarang dah boleh baca terjemahan doa dalam Bahasa Melayu :)
doa yang bahasa Arab pun boleh
tapi Alice pelat lagi mommy tak mahu dia sebut yang bukan²
lari pulak makna ayat tu nanti :p

pernah juga sebelum Alice tidur
mommy bacakan Al-Fatihah
habis saja
terus Alice tepuk tangan sambil kata 'pandai!' :p


tengah syok² main sepah²
tiba² azan pulak.
solat guna telekung pink :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...