damdiduuu

Friday, January 23, 2015

pengalaman buku pink 2015

sejak baru beli lagi, Alice dah tak sabar 
nak pakai baju ni
pergi selamat pengantin baru.
mak Alice je pakai baju pelik
:p


organ lagu pelik
11 Januari 2015
nak pergi kenduri kahwin.
pakai baju kurung 
yang memang satu tu saja selalu pakai pergi kenduri kahwin :p
tiba² rasa semacam.
kenapa baju sempit.
sempit di tempat yang pelik.

bukan pinggang, perut, peha atau pinggul yang tak boleh masuk.
tapi mid section.
atas daripada pusat.
bahagian ulu hati.
pelik kenapa organ² dalaman dah ternaik ke atas
sampaikan baju dah sendat.
sebelum tu tak cuba pun baju
dah nak pergi kenduri baru sarung.
memang baju tu satu saja yang bawa dari rumah.
pakai saja lah!

kalau orang mengandung
perut besar kat bahagian bawah pusat.
ni apa hal pulak atas pusat yang gemuk
-_____-

kalau tak gas, apa?!
sehari dua lepas tu rasa macam perut banyak gas.
bukan sakit.
bukan tak selesa.
tapi ada banyak movement.
saya ni mengandung ke?
pelik pulak. 
orang kalau mengandung mesti rasa tak selesa.
morning sickness.
mana ada pulak orang mengandung tiba² rasa bayi gerak² dalam perut.
kandungan dah besar dah 6 bulan baru rasa lutut/siku bayi terbonjol
kalau tak silap la 
ikut pengalaman mengandungkan Alice 4 tahun lalu. 

bila google,
rupanya pergerakan kandungan boleh rasa seawal 7 minggu.
lagi banyak kali mengandung
lagi awal boleh rasa.

untuk bagi clarify
tak payah teka²
senang buat saja UPT, urine pregnancy test di rumah.

14 Januari 2015
7:28:12
oh. 
tak tau nak cakap macam mana.
tahniah.
tak sangka pulak.
alhamdulillah.

memangnya aku berat juga nak cerita pasal mengandung lagi
ironinya 
kalau tak salah dalam 2 minggu lepas
baru je reminiscence 
bagitau abang
... kalau yang dulu tu ada lagi
time² sekarang ni la dia lahir
:)

bukan mengeluh.
bukan sedih.
bukan tak terima taqdir.
bukan tak bersyukur
tapi sekadar terfikir
... kalaulah!
:)

tiba² dapat pulak "berita" baru ni.
blur kejap ...

kalau hamil kali ke-2 dulu kita memang tak bersedia
kali ini,
kita lenjankan je lah. 
sedia ke tak, dah pun kita terima.
belum plan lagi 1,000,001 persiapan
(nursery? bersalin? berpantang? baju? pampers?)
tapi kita take 1 day at a time la.
pelan² kayuh.


menyambut Alice ialah salah satu major event dalam hidup kita.
memang kaw² punya planning, execution, contingency plan yang kita dah buat untuk Alice
:p


nak ke mana?!
dari segi ekonomi
jauh betul beza waktu nak menyambut anak pertama
dengan kali ini.
banyak adjustment & justification yang kita kena buat.
perkara yang kena fikir pertamanya
bersalin.
kat mana?
antenatal?
macam mana?

naturally mestilah pilihan pertama kita
sama macam dulu
bersalinkan Alice di PPUM.
bila diselidik
sekarang ada polisi baru
PPUM cuma terima kelahiran anak pertama & ke-5 SAHAJA
:-o

Alice dulu sebelum lahir lagi dah masuk U.
adik Alice kena apply UPU la kot
:p


next best thing
bukak buku pink!
belum decide lagi nak bersalin di mana
tapi kali ini kita cuba nak buat pemeriksaan antenatal di klinik kerajaan.

you're so 2,000 and late!
bila google
cuma jumpa blog entry pasal buka buku pink di Klinik Kesihatan Kelana Jaya
yang 2 atau 3 tahun yang lalu punya.
kenapa mak² Kelana Jaya tak blogging pasal antenatal check up eh?
:p

berkali² juga dalam seminggu
kita cuba telefon untuk tanya
prosedur bukak buku pink
di Klinik Kesihatan Kelana Jaya.
haram sekali pun bila dah sambung ke Klinik Ibu & Anak
yang panggilan berjawab.
habis² pun jawab "Hello? ... "
lepas tu terus talian terputus.
setiap kali pulak tu!
kalau tak engage la!

jadi untuk semua yang masih tertanya²
dirakamkan maklumat yang berikut ni
moga dapat beri manfaat
kepada yang berkenaan
:)

Bismillah ...

Entry 1: Prosedur buku pink
Entry 2: Kandungan buku pink
Entry 3: Antenatal pertama baby 2.1

prosedur buku pink - Klinik Kesihatan Kelana Jaya 2015

waktu operasi
untuk buka buku pink
sila datang 9pagi atau 1.30ptg
Isnin - Khamis.





dokumen
- myKad
kalau tak salah dokumen yang perlu diberi waktu pendaftran
ialah MyKad sahaja
tapi waktu merekod sejarah perkahwinan/mengandung/kelahiran terdahulu
ada banyak maklumat yang kita kena tau
antaranya
- tarikh pernikahan
- nombor ic, telefon, alamat pejabat suami
- tarikh akhir period & kitaran period
- sejarah kelahiran anak terdahulu (tarikh, masa, tempat, normal/bantuan/bedah, berat, jaundis, etc) 
jadi kalau ada lagi banyak dokumen
tak la tergaru² kepala nak cerita.
bawa semua dokumen yang ada 
lagi tepat lagi bagus
(terutama kalendar period!)

kos
parking
- seberang jalan klinik: sekali masuk RM3

pendaftaran, konsultasi, ujian makmal, prosedur perubatan, ubat
- percuma
(setakat yang pergi bukak buku pink ni tak ada kena bayar apa² lagi)

Masa
- kita sampai 11.15 pagi
terus nurse suruh datang 1.30petang untuk ambil nombor
bila datang petang
sempat jumpa nurse saja
buat appointment lain untuk jumpa doktor dan buat ultrasound


datang petang.
lagi 47 orang?!


Prosedur

kaunter 32
ada meja & kaunter.
nombor giliran & pertanyaan kat meja.

bagitahu nurse yang duduk kat meja
nak buat buku pink.
nurse akan tanya rumah kat mana
klinik cuma cover kawasan tertentu saja.
nurse akan beri 2 buah buku pink.
isi.
serah semula.
beri IC.


Bilik Pemeriksaan 33
Ambil bacaan berat
dan sejarah 
pernikahan
period
kelahiran terdahulu
sejarah kesihatan


Kaunter 20
Ambil bekas urine.
Tandas Makmal 22
letak sampel urine pada tingkap sebelum keluar dari tandas.

Bilik Spesimen 23
Ambil spesimen darah.
Sampel darah beri pada Kaunter 20.
Datang semula ke Bilik Spesimen 23 untuk ambil keputusan ujian HIV.
Tunggu nombor giliran dipanggil untuk jumpa jururawat

Bilik Jururawat
(kalau tak salah Bilik 24)
Cerita² sejarah, kesihatan, pemakanan, keputusan ujian
Ambil tekanan darah
Periksa payudara
Periksa perut dan ukuran
Ambil bacaan denyut jantung baby :)
Nasihat ketika mengandung
Ambil tarikh appointment akan datang.

Farmasi
Ambil ubat
:)



hemoglobin paras² nak bahaya
dapat ubat besi :D
nurse pesan makan sayur bayam.
keluar dari bilik konsultasi
Alice beritahu daddy suruh makan ayam!

Selesai urusan
lebih kurang 5.05petang.

tips:
- masa menunggu lama. bawa bekalan (untuk hilang lapar dahaga & hilang bosan) apa patut
- sabar
- boleh tanya apa² soalan/lepas ni nak buat apa kat nurse
nanti nurse akan terangkan
sebab memang tak ada panduan tulis kat mana²
apa nak buat, nak pergi mana
- ada kaunter² yang panggil nama
tak guna microphone pun
mesti selalu alert
- orang memang ramai
masa menunggu memang lama
tapi customer service insyaAllah tak ada masalah
tanya je baik²
senyum
ucap terima kasih.
ini baik untuk kandungan
:)

Thursday, January 22, 2015

Check up kanak-kanak, Klinik Kesihatan Kelana Jaya 2015

Dokumen perlu dibawa
- MyKid

waktu operasi


Prosedur


1) Kaunter 32
Ambil nombor - Doktor
Tunggu giliran



2) Bilik Pemeriksaan 33
Timbang berat
Pemeriksaan awal oleh jururawat




3) Bilik 23
Beri specimen darah
Nurse hantar sampel ke makmal


4) Bilik 26
Masuk ubat
Tunggu nombor giliran



5) Bilik 26
Jumpa doktor
Pemeriksaan
Diberi preskripsi



6) Farmasi
Ambil ubat

Kos
Parking
- private parking seberang jalan klinik: sekali masuk RM3

Pendaftaran, konsultasi, ujian, ubat
- percuma :)

pengalaman pertama
take specimen pada peringkat umur kanak².
alhamdulillah tak ada trauma
:)


Ceritanya
Klinik Kesihatan Kelana Jaya
22 Januari 2015
11.15 pagi.

(Wah lama senyap, tiba² update pasal sakit!) :p
Minggu lepas Alice demam.
Dah ambil ubat di Klinik 1 Malaysia TTDI (entry tertangguh!)
pagi ini 5am
tiba² Alice terjaga tidur
menangis².
Bila ditanya nak apa
Alice tak jawab.
Tiba² muntah.
Selepas muntah Alice jawab "Saya nak muntah" -______-

Sesudah dibersihkan muntah, baju dan badan,
tidurkan semula.
Sebelum tidur Alice mengadu bahagian dalam pipinya sakit.
Tak nampak apa² yang luar biasa pada mulut.
Ditepuk, lelap semula.

Telinga
Alice bangun lewat dari biasa.
Bila terjaga
mengadu sakit telinga.
Awalnya kita nak bawa follow up semula di Klinik 1 Malaysia juga
tapi bila dengar sakitnya macam bertambah²
maka kita bawa ke Klinik Kesihatan supaya boleh berjumpa doktor.

Kita beri Alice rehat,
sarapan ikut mood
maka agak lewat sampai ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya
dalam 11.15pagi.

Pengalaman pertama.
Nampak beza berbanding klinik swasta - dalam satu bilik/ruang
ada lebih dari 1 meja
lebih dari 1 jururawat/doktor
lebih dari 1 pesakit
lebih daripada 1 konsultasi pada 1 masa.

Alice 3 tahun 8 bulan
Berat 13 kg (makin lama makin kurang?).
Demam.
Batuk.
Selsema.
Selera makan kurang.
Mengadu sakit telinga & bahagian dalam pipi.
Disangka demam dari 6 hari lalu
(sebenarnya yang dulu dah baik,
tapi hari ni demam semula)
maka jururawat cadangkan buat ujian darah.

Alhamdulillah jururawat yang ambil darah
(kita ajar Alice bukan ambil darah/cucuk
tapi kita beritahu dia "take specimen"
big words yang nampak macam penting je kan!) :p
ambil dengan baik.
Alice tak menangis.
Ambil sekali dah cukup.

Kemudian jururawat hantar sampel ke makmal
(patutnya kita hantar sendiri
tapi baik jururawat tu!
siapa kata jururawat kerajaan semua garang & bengis?!),
tunggu keputusan,
hantar ke doktor
dan kemudian masukkan ubat rectum panadol untuk kawal suhu.

Sampai giliran
kita berjumpa doktor.
Alhamdulillah semuanya baik.
Ujian darah normal.
Telinga baik.
Tekak merah.
Mungkin telinga sakit sebab selsema.
Doktor prescribed antibiotik,
ubat demam
dan ubat batuk + selsema.

Sampai di farmasi
soalan pertama pharmacist tanya
berapa berat Alice.
Kita agak pharmacist nak tau berat untuk bagi sukatan ubat terbaik.

Memang betul!
Pelik² sukatan ubat Alice.
Ubat batuk + selsema yang mengantuk : 3mL (giler sikit!)
Ubat demam : 7.5mL (eh ... ada 0.5?!)
Antibiotik : 7.8mL (mencabar betul nak dapat 0.8mL  - kena la pakai syringe!)

Pengalaman pertama jugak
dapat (ni baru betul² dapat, bukan beli!) antibiotik
yang kena bancuh sendiri.

Selesai urusan dalam pukul 12.30pm
alhamdulillah
:)

p/s: balik rumah Alice susah betul nak makan antibiotik.
tak sedap katanya.
ubat lagi 2 ok.
di sekolah kakak pengasuh suap ubat senang je pulak
-______-

Kandungan Buku Pink 2015

Kulit luar


Sejarah kehamilan sebelum ini


Persetujuan ujian


Kod warna pelekat


Senarai semak mengikut warna pelekat





Carta pemantauan ibu



Pemantauan ibu



Ultrasound & pemantauan kandungan


Carta pergerakan kandungan


Pemeriksaan antenatal (16 halaman)


Rekod kemasukan ke hospital


Rekod pemantauan di hospital


Rekod selepas bersalin


Rekod jaundis


Senarai semak penyusuan susu ibu


Rekod pendidikan kesihatan


Panduan kehamilan dan pemeriksaan kehamilan





Perkembangan kehamilan


Kesihatan ketika hamil





Risiko & penyakit ketika hamil


Anemia





Tekanan darah tinggi 


Selepas bersalin


Susu ibu & jaundis



Senaman ketika mengandung










Merancang keluarga


Kaedah merancang keluarga

Tuesday, November 25, 2014

penat

sekarang adalah masa yang sangat² kritikal.
2 bulan lepas aku dalam konflik.
nak pindah pejabat baru
atau nak berhenti kerja.
proses pemindahan yang sangat huru hara.
skin break out.
macam² penyakit semua naik kat muka.
mati selera makan.
teruk jugak masa tu.

sekarang pasal pindah dah selesai.
ada event besar pulak akan datang.
kerja dah tak lagi tertakluk pada business hours.
bila² masa boleh kena tekan.

aku sebenarnya masih lagi sedih dengan kehilangan.
keguguran bayi.
besar impaknya pada aku.
yang mampu aku zahirkan
syukur Allah masih bagi pinjam Alice.
adik baby Allah dah ambik.
Alice saja yang boleh dipeluk
dipujuk
dipinta senyumnya
dilayan kemahuannya
dipuji keletahnya
dikongsi sukanya.
alhamdulillah.
i'm very blessed.

memandangkan hidup ini ada naik turun
dan bila material pun dah jadi isu
aku pun terhimpit jugak.
apabila orang merungut pasal inflasi
interest rate 
GST
rupanya aku pun tak kebal.
apabila mencari ruang untuk menjual kebolehan
sampai juga balik ke soalan
"eh bukan kau ada blog ke?"

entah.
aku tak pernah percaya pada writer's block.
cuma kadang² terasa - bila susah
kenapa bahagian yang kurang tu pulak yang penting.
aku tak nak menulis untuk meluahkan perasaan.
aku nak tulis apa yang aku nak baca kat blog orang.
pasa harga
pasal review
pasal peta
pasal perkara² yang menarik.

sekarang
dalam keadaan ini
bukan masa terbaik untuk review.

marah
kadang² bila selalu sangat kena marah
aku sendiri terdetik jugak
nak tengking balik
nak campak barang yang ada kat tangan
nak buat sepah
nak make an impact
nak rebel
.... tapi itu semua berlawanan dengan prinsip aku.
orang tak cukup akal je yang jerit kat orang marah.
tak ada kebaikan yang akan datang daripada keadaan tu.

aku memang handal dalam bab ignoring negative vibes.
kalau orang tak suka, buat dunno sudah.
bagi chance dia marah
bagi dia puas hati.
turutkan kehendak dia.
biar dia menang.

cumanya kalau selalu sangat orang menolak
dan kita asyik beransur
mungkin kita lama² tak ada lagi dalam gambar.
kalau benci tu baik lagi
tapi kalau dah tawar hati ...

semua orang ada hadnya.

aku penat.
bagilah aku bernafas.
sabarlah.
bagilah chance kat aku pulak.
terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...