damdiduuu

Saturday, March 3, 2012

Puteri Resort Ayer Keroh: swimming pool yeah!

satu tempat yang kita tengok Alice betul² enjoy
ialah di swimming pool.
rasanya ini kali pertama kita bawa Alice ke swimming pool.
sebelum ni sudah mandi sungai dan laut.
kali ni baru berpeluang bawa Alice berendam air klorin
:p

balik dari Zoo Melaka
dan selepas kenyang makan di luar
kita sampai hotel dalam pukul 6.20 petang.
masih ada beberapa minit sebelum pool ditutup pukul 7 petang.
cepat² kita bersiap dan bergegas ke swimming pool!
sempat la main air lebih kurang
seronok tengok Alice yang keriangan!
:D


turun² saja Alice dah suka sangat²!


nak ajar swimming pun tak boleh terus² hard core
main² air saja dulu la ya sayang
:)


wheee main slide!


apa yang kita suka sangat tengok mommy pun dah lupa!
:p


hai seronoknya dia!


daddy bawa Alice naik ke bilik


thank you, daddy jaga kita
bawa kita jalan²
dapat spend time sama²
buat kita happy²
:)

Hantu Carik Kafan


bukan gimik
memang betul signboard ni!

sesuatu yang mistik!
itu la yang kita terbaca
di salah sebuah papan tanda
di Zoo Melaka.

zoo kan tempat binatang?
macam mana boleh ada hantu?!
roh binatang menjelma jadi hantu?
hantu dalam sangkar?!
pelik! ...

lagi bertambah pelik bila kita tengok
terjemahan ke bahasa Inggeris.
maksudnya lebih kurang macam 'burung hantu hutan berbintik'

laaaa
burung hantu la!
tapi tak tau macam mana
'burung hantu hutan berbintik'
bila terjemah boleh jadi
'hantu carik kafan'.

patut ke bahasa Inggerisnya jadi
'tearing death-cloth owl'?
:p


sekali rupanya burung hantu daaa!
:p

Zoo Melaka

pilihan abang
destinasi utama kita kali ini
Zoo Melaka.

tiket dewasa: RM10
tiket tram: RM3
masa: 9 pagi - 6 petang
(8 malam mula untuk zoo malam)
parking: RM2

dulu kita pernah masuk zoo ni malam
Night Zoo Melaka.
seronok!
bayaran sama rasanya
tapi dah termasuk sekali dengan harga naik tram.
informatif - selain daripada suluh²,
'pramugara' dia ada cerita² juga pasal haiwan kat situ.

bila masuk siang lain macam pulak suasananya.
tak ada penerangan.
naik tram syok sendiri saja tengok sana sini pandai² masing²
:p


masuk² je kita kagum
ada banyak burung dibiar lepas
kat stesyen masing².
cantik² pulak tu burungnya!
:D


Alice happy naik tram sama daddy :)
tapi masa Night Zoo saja ada penerangan masa dalam perjalanan


whee turtle ride!
:D


rasanya ni kali ke-3 Alice tengok gajah


Alice patting miniature horse.
sudah pat kena cuci tangan!
:D


lepas best² usik kuda
baru tau rupanya kuda tu menggigit!
bahaya betol la!
:p


rare
zebra
kawan dengan badak sumbu!


abang tanya
'... mana ungka, tak ada pun?!'
terus muncul dia ni dari semak samun!
lintang pukang kita lari
... ye la, cetek je air tu!


are we enjoying ourselves, baby?
:)

yang menarik kat zoo ni
selain daripada macam² haiwan
ada juga Galeri Zoologi
:)

dan yang buat terkejut
(lawak seram)
ialah bila ternampak papan tanda
Hantu Carik Kafan
di sebuah sangkar
:p

ok la tu
penat² pun berbaloi.
agaknya Zoo Negara saja kot yang kena bayar mahal? ...

Galeri Zoologi, Zoo Melaka


antara tarikan kat Zoo Melaka, Ayer Keroh
ialah galeri Zoologi.
tak sangka bangunan kecil ni
dalamnya boleh dapat pengalaman yang menakjubkan!

agak 'potong' juga
bila masuk kena buka kasut.
yang paling tak best?
tak boleh bawa stroller
jadi seorang kena tunggu baby Alice di luar.

bila tinjau dari luar
macam bosan.
cerita evolusi binatang,
ekologi,
dan kitaran hidup.
semuanya atas kertas
dalam bentuk cetakan atau lukisan.
masuk saja bahagian dalam
baru terkejut!


bila tengok foto ni
abang tanya - ni binatang yang diawet?
agaknya la kot.
real semacam.
seram pun ada
sebab cuma aku seorang saja di bilik pameran tu
:p


tak cukup dengan binatang buas
siap ada buaya
bapak punya besar kat tengah² ni!


ular marah!


kepala berhantu


hui, garangnya!


masuk sini untuk
night jungle.
tak masuk sebab tak ada teman
:p


next time abang teman masuk sini eh
:)

tak ada sebarang bayaran tambahan dikenakan.
bila datang Zoo Melaka jangan lupa masuk Galeri Zoologi tau!
:)

where to stay in Melaka?


Puteri Resort
pemandangan daripada swimming pool

kali ini di Melaka
kita pilih untuk menginap di
Puteri Resort Ayer Keroh

kenapa Puteri Resort?

budget: RM200
kita cari hotel dengan budget bawah RM200.
yang berdekatan dengan hotel ni ialah Seri Malaysia
tapi kadarnya lebih daripada RM200 untuk 1 malam.

lokasi
kalau dari KL
hotel ni dekat dengan tol Ayer Keroh.
mungkin sebab cuaca panas dan dah tak sabar
rasanya Melaka tak la besar mana pun.
hotel di mana² pun dekat nak ke destinasi² menarik di Melaka.

facilities
swimming pool!

sebab hari panas terik memang nak rendam baby Alice sikit.
hotel di bangunan kedai kat tengah bandar
mungkin tak ada kemudahan swimming pool.
kat Puteri Resort ni swimming pool dia memang besar!
kids wading pool sampai 2
siap dengan mushroom waterfall & slide
... yeah, mommy yang terlebih excited!
:p


Alice & mommy sangat happy!
:D

selesa
bilik penginapan ok selesa
padan dengan kadar harga bilik.
biliknya luas
siap dengan katil, kerusi, coffee table, meja solek besar dan almari.
ada cerek elektrik, tv dan mini bar.
bilik air dan tandas macam biasa lengkap dengan tuala bersih
dan complimentary toiletries set.

breakfast
pakej bilik sekali dengan sarapan untuk 2 orang.
sampai sekarang rasanya
pengalaman sarapan yang paling bagus masih lagi di hotel Thistle PD.
di Puteri Resort ni buffet breakfast ok
berpadanan dengan harga yang dikenakan

buffet dinner
ada juga buffet dinner
stall style
antara lobi dan swimming pool.
bermula 6 petang sampai 10 malam.
kita tak tanya pulak berapa
sebab kita memang nak keluar petang tu.

parking
walau pun ada banyak syarikat buat kursus
pada masa tu
alhamdulillah
kita masih lagi dapat parking dengan mudah
di car park perkarangan hotel


farewell, Puteri Resort
you've served us good

:)

puas hati
kita tak ada komplen pasal hotel ni.
apa² yag kita tak tahu
kita call tanya receptionist
kita dilayan dengan baik
:)

macam mana jumpa Puteri Resort?
oh ya, bila dah sampai Melaka
kita google hotel untuk menginap
(ad-hoc trip macam ni la!)
mulanya tengok senarai harga di Agoda
dan Puteri Resort ni adalah antara hotel yang dicadangkan.

alhamdulillah
semuanya selamat
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...