damdiduuu

Showing posts with label Ali Melaka. Show all posts
Showing posts with label Ali Melaka. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

where to stay in Melaka?


Puteri Resort
pemandangan daripada swimming pool

kali ini di Melaka
kita pilih untuk menginap di
Puteri Resort Ayer Keroh

kenapa Puteri Resort?

budget: RM200
kita cari hotel dengan budget bawah RM200.
yang berdekatan dengan hotel ni ialah Seri Malaysia
tapi kadarnya lebih daripada RM200 untuk 1 malam.

lokasi
kalau dari KL
hotel ni dekat dengan tol Ayer Keroh.
mungkin sebab cuaca panas dan dah tak sabar
rasanya Melaka tak la besar mana pun.
hotel di mana² pun dekat nak ke destinasi² menarik di Melaka.

facilities
swimming pool!

sebab hari panas terik memang nak rendam baby Alice sikit.
hotel di bangunan kedai kat tengah bandar
mungkin tak ada kemudahan swimming pool.
kat Puteri Resort ni swimming pool dia memang besar!
kids wading pool sampai 2
siap dengan mushroom waterfall & slide
... yeah, mommy yang terlebih excited!
:p


Alice & mommy sangat happy!
:D

selesa
bilik penginapan ok selesa
padan dengan kadar harga bilik.
biliknya luas
siap dengan katil, kerusi, coffee table, meja solek besar dan almari.
ada cerek elektrik, tv dan mini bar.
bilik air dan tandas macam biasa lengkap dengan tuala bersih
dan complimentary toiletries set.

breakfast
pakej bilik sekali dengan sarapan untuk 2 orang.
sampai sekarang rasanya
pengalaman sarapan yang paling bagus masih lagi di hotel Thistle PD.
di Puteri Resort ni buffet breakfast ok
berpadanan dengan harga yang dikenakan

buffet dinner
ada juga buffet dinner
stall style
antara lobi dan swimming pool.
bermula 6 petang sampai 10 malam.
kita tak tanya pulak berapa
sebab kita memang nak keluar petang tu.

parking
walau pun ada banyak syarikat buat kursus
pada masa tu
alhamdulillah
kita masih lagi dapat parking dengan mudah
di car park perkarangan hotel


farewell, Puteri Resort
you've served us good

:)

puas hati
kita tak ada komplen pasal hotel ni.
apa² yag kita tak tahu
kita call tanya receptionist
kita dilayan dengan baik
:)

macam mana jumpa Puteri Resort?
oh ya, bila dah sampai Melaka
kita google hotel untuk menginap
(ad-hoc trip macam ni la!)
mulanya tengok senarai harga di Agoda
dan Puteri Resort ni adalah antara hotel yang dicadangkan.

alhamdulillah
semuanya selamat
:)

Wednesday, July 13, 2011

anak sulung memang ....

kakak ambik pengalaman jadi pengantin lelaki


aku ada kakak.
sorang je.
aku ingat masa kecik² dulu kakak la yang uruskan adik².
sikatkan rambut (kena cekak pipi sampai penyet² sambil sikat belah tepi!).
guntingkan rambut (rare kan, tak payah gi saloon!)
dan (entah kenapa) paling aku ingat - ajar adik kecik aku pakai stoken. masa tu adik baru masuk darjah 1.

aku pun ingat ada sekali dua kakak mintak aku 'cuci' lepas adik buang air besar.
'sekali dua' maknanya selalu tu kakak la yang buat.
jadi apih & gundutman kena ingat nih, jangan lepas ni suruh kakak tukar lampin anak² dorang lak.
melampau!

dalam simpanan ni tak ada gambar dengan Faizal Tahir, ada gambar dengan Tomok je


kakak popular.
kat kampung semua orang kenal dia.
kecik besar tua muda semua kenal.
kat pejabat pulak - dah pergi family day branch sendiri, siap dijemput lagi pergi family day branch tempat kerja sebelumnya.
dia suka join treasure hunt, out station sana sini, melancong & ... shopping!

kakak suka belanja orang.
dari arwah mak, arwah nenek dan sampai sekarang baby Alice, macam² je dia belikan untuk diorang.
orang berhenti tepi jalan tolong tukar tayar pun dia bagi upah sampai RM50!
moga² makin bertambah kaya la dia!
(kaya macam mana baru kakak belikan aku gelang emas & iphone eh?)

Ali abang rawkstar yang popular

ada seorang mamat nih pulak namanya Ali.
bukan Ali Zaza.
Ali Melaka.

Ali pun anak sulung.
ada salah seorang adik dia lelaki, rambut panjang.
sekali tu dia pernah sound adik dia.
jagan asyek lepak kat rumah jiran.
sebab polis baru je rush rumah tu.
('sebab adik aku la aku sound' katanya)

Ali pun popular.
paling bangsat - dalam scene Melaka sapa tak kenal dia.
awex² KL apa tah lagi!
mak cik² dan nenek² pun suka Ali.
sebab dia peramah.
macam² isu dia boleh cerita.
tak bosan bila Ali ada.

lahanat time orang ada bukan dia nak naik mohawk!


Ali abang besar.
dia ada band (antaranya) Chaos City.
rasanya banyak gig band ni main sebab dia banyak cable.
Ali selalu jaga budak² dia.
macam² hal lepas sorang² semua dia handle.
band Ali tetap main
ska, punk rock, pop
walau pun di majlis kenduri kahwin (hahahaha pecah rahsia!)

yang peliknya kakak & Ali dedua lahir pada 13 Julai.

rasanya ciri² orang yang lahir pada 13 Julai ni
- peramah
- pemimpin
- popular
- suka berkawan
- garang tapi senang didekati (jap lagi Ali kata ' ... lahanat!')
- manja :D

apa² hal happy birthday la untuk kakak & Ali.
barang siapa nak belanja cup cake silakan lah.
(topping fresh cream ya, bukan fondant!)
bukan untuk kakak atau Ali
tapi untuk mommy Alice :D
ala kita kan boleh tolong celebrate!

cheers!
moga selalu senang, sihat, bahagia & bertambah kaya.
pesanan wajib: moga cepat bertemu jodoh (apa boleh buat, dah pesanan wajib!)
Allah selamatkan kamu ....


saya, kakak dah cup cake yg sungguh menggiurkan masa majlis sanding ikin !

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...