kakak ambik pengalaman jadi pengantin lelaki
aku ada kakak.
sorang je.
aku ingat masa kecik² dulu kakak la yang uruskan adik².
sikatkan rambut (kena cekak pipi sampai penyet² sambil sikat belah tepi!).
guntingkan rambut (
rare kan, tak payah gi
saloon!)
dan (entah kenapa) paling aku ingat - ajar adik kecik aku pakai stoken. masa tu adik baru masuk darjah 1.
aku pun ingat ada sekali dua kakak mintak aku 'cuci' lepas adik buang air besar.
'sekali dua' maknanya selalu tu kakak la yang buat.
jadi apih & gundutman kena ingat nih, jangan lepas ni suruh kakak tukar lampin anak² dorang lak.
melampau!
dalam simpanan ni tak ada gambar dengan Faizal Tahir, ada gambar dengan Tomok je
kakak popular.
kat kampung semua orang kenal dia.
kecik besar tua muda semua kenal.
kat pejabat pulak - dah pergi
family day branch sendiri, siap dijemput lagi pergi
family day branch tempat kerja sebelumnya.
dia suka join
treasure hunt, out station sana sini, melancong & ... shopping!
kakak suka belanja orang.
dari arwah mak, arwah nenek dan sampai sekarang
baby Alice, macam² je dia belikan untuk diorang.
orang berhenti tepi jalan tolong tukar tayar pun dia bagi upah sampai RM50!
moga² makin bertambah kaya la dia!
(kaya macam mana baru kakak belikan aku gelang emas &
iphone eh?)
Ali abang rawkstar yang popular
ada seorang mamat nih pulak namanya Ali.
bukan Ali Zaza.
Ali Melaka.
Ali pun anak sulung.
ada salah seorang adik dia lelaki, rambut panjang.
sekali tu dia pernah
sound adik dia.
jagan asyek lepak kat rumah jiran.
sebab polis baru je
rush rumah tu.
('sebab adik aku la aku
sound' katanya)
Ali pun popular.
paling bangsat - dalam
scene Melaka sapa tak kenal dia.
awex² KL apa tah lagi!
mak cik² dan nenek² pun suka Ali.
sebab dia peramah.
macam² isu dia boleh cerita.
tak bosan bila Ali ada.
lahanat time orang ada bukan dia nak naik mohawk!
Ali abang besar.
dia ada band (antaranya)
Chaos City.
rasanya banyak gig band ni main sebab dia banyak
cable.
Ali selalu jaga budak² dia.
macam² hal lepas sorang² semua dia
handle.
band Ali tetap main
ska, punk rock, pop
walau pun di majlis kenduri kahwin (hahahaha pecah rahsia!)
yang peliknya kakak & Ali dedua lahir pada 13 Julai.
rasanya
ciri² orang yang lahir pada 13 Julai ni
- peramah
- pemimpin
- popular
- suka berkawan
- garang tapi senang didekati (jap lagi Ali kata ' ... lahanat!')
- manja :D
apa² hal
happy birthday la untuk kakak & Ali.
barang siapa nak belanja
cup cake silakan lah.
(
topping fresh cream ya, bukan
fondant!)
bukan untuk kakak atau Ali
tapi untuk
mommy Alice :D
ala kita kan boleh tolong
celebrate!
cheers!
moga selalu senang, sihat, bahagia & bertambah kaya.
pesanan wajib: moga cepat bertemu jodoh (apa boleh buat, dah pesanan wajib!)
Allah selamatkan kamu ....

saya, kakak dah cup cake yg sungguh menggiurkan masa majlis sanding ikin !
.