damdiduuu

Sunday, July 10, 2011

kisah ainul mardhiah

menurut kisahnya, Rasulullah saw pernah bercerita
ketika memberi semangat kepada para pejuang yang berjihad di jalan Allah:
barang siapa syahid akan dikurnia bidadari paling cantik di syurga
Ainul Mardhiah namanya

ada sahabat teringin nak tahu
betapa cantik bidadari tu
tapi malu nak tanya pada Rasullullah

sunat tidur khailulah
tidur sebentar sebelum Zohor
dalam tidurnya sahabat bermimpi terjaga di di tempat yang sungguh indah
bertemu lelaki perpakaian bersih & cantik dengan muka berseri².
bila ditanya di mana dia kini
'syurga' jawapannya

lalu sahabat menyatakan hasrat bertemu Ainul Mardhiah
dan ditunjukkan arahnya

di bawah pohon terlihat olehnya seorang wanita yang amat cantik
tak pernah dia melihat kecantikan yang sebegitu agung
lalu ditanya adakah si dia Ainul Mardhiah?
bukan. itu khadamnya. Ainul Mardhiah di singgahsana.

terus sahabat berjalan memasuki istana tersegam indah
terlihat olehnya seorang wanita sedang menggilap permata
jauh lebih cantik dari wanita sebelumnya
sekali lagi ditanya adakah si dia Ainul Mardhiah?
bukan. ini juga khadamnya. Ainul Mardhiah di singgahsana.

naik ke singgahsana yang amat mengagumkan
sahabat akhirnya bertemu dengan wanita yang terlalu cantik berbanding ke2 sebelumnya
itulah Ainul Mardhiah
diciptakan untuk lelaki syahid :)

kisah mimpi diceritakan kepada sahabat
namun usah dikhabar kepada Rasullulah
melainkan sahabat syahid di medan perang

dengan taqdirnya, sahabat syahid.
ketika menanti waktu berbuka, kisah dikhabarkan kepada Rasullulah.
baginda mengiyakan setiap butiran dalam mimpi tersebut
seraya menyatakan
sahabat tersebut sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga ...

si comel Ainul Mardhiah bersama Mak Su Najihah & Uminya :)


Ainul Mardhiah - mata yang diredai
Ainul Mardhiah juga nama yang diberi kepada cousin baby Alice yang lahir pada 23 Jun 2011
walau banyak cabaran bagi umi & keluarga menyambut Ainul Mardhiah, insya Allah semuanya sekadar asam garam melahir, mendidik & membesarkan seorang insan.
semoga semua baby dilindungiNya :)

Saturday, July 9, 2011

perkembangan baby: 2 bulan yang indah! :)

bila baby Alice dah masuk 2 bulan, makin seronok tengok dia
mula² sekali bila baby Alice mula tersenyum.
sebelum ni bila orang buat lawak, dia buat donno je
buat muka kerek dia je
penat² orang buat happy² dia tak support pun :p

agaknya berkat balik Seremban
bila dikelilingi ramai mama & papa yang sayang baby Alice.
selalu suka nak berbual dengan dia.
balik dari Seremban tu kita tengok baby Alice dah mula bagi response.
mula tersenyum lebar & ketawa bila kita pandang tepat pada mata dan cakap baik² dengan dia.
indahnya dunia! :D

yang tak bestnya bila mommy hantar baby Alice ke nursery.
kalau baby Alice tidur tak apa, mommy keluar senyap².
tapi kalau baby Alice jaga, dia senyum² & ketawa - remuk redam hati mommy nak pergi kerja.
rasa macam nak hug baby Alice dan jaga dia sepanjang hari.
rasa macam nak kerja kat nursery tu saja! :p

self-soothing: hisap jari sambil menikmati pemandangan luar kereta. baby Alice tak pandai lagi keluarkan ibu jari & genggam jari² lain, jadi dia sama ada buka semua jari atau genggam semua jari :D


memandangkan setiap kali balik dari nursery baby Alice lapar, dia meragam.
jadi mommy cuba galakkan baby Alice self-soothing.
kalau boleh tak mau lah pacifier.
tapi lebih natural kalau baby Alice hisap jari saja.

dulu dalam pantang mommy ada cuba ajar hisap jari.
sebab tak mau baby Alice terlebih minum susu & muntah - bila nak tidur dia nak menyusu.
bukan sebab lapar, tapi untuk tenangkan diri dia.
malangnya baby Alice tak pandai kawal lagi tangan & jari dia.
belum sempat jari ibu yang satu masuk dalam mulut, 4 jari lagi dah cakar muka dia :p
menangis dah dia :p

bila mommy cerita pada daddy - senang saja!
daddy pun ajar baby Alice hisap jari.
sekejap saja Alice dapat.
cuma nak kena berlatih lagi jadi cepat pandai
(tak adil kan, daddy ajar je semua senang je dia ikut!)


mommy suka sgt video nih! i love you guys! :*


lagi satu yang daddy ajar - baby Alice bercakap mula dengan 'uuuuuuu' :D
nih lagi 1 yang tak adil!
mommy yang mula ajar baby Alice bukak mulut besar² ckp 'aaaaaaa'
tapi baby Alice mula cakap 'uuuuuu' dulu
mesti sebab daddy yang ajar!

agaknya jugak sebab kita balik Seremban lagi
pergi jalan² mkn² borak² happy² sama mama Su.
baru persekitaran baby Alice berubah, dapat udara segar & jumpa orang yang sayang dia :)
baru minda dia berkembang.

alhamdulillah seronok betul bila baby Alice ada.
semua jadi mudah bila dapat sokongan dari semua orang.
mudah² semua baby mudah belajar, selalu sihat & cepat pandai :)
moga kita semua sayang² selalu :)

Friday, July 8, 2011

makan apa hari ni?

saya memang sangat² bertuah!
daddy Alice rajin masak & pandai masak.
selalu pulak bekalkan makanan yang best² bila pergi kerja.

nak makan apa hari ni?

orang Johor suka makan lontong. abang masakkan lontong yang sungguh marvelous! makan kat conference room sambila baca majalah cerita pasal orang kaya² :D


ada satu hari tu nasi tak masak banyak, jadi tapau nasi dari mamak. masalahnya gulai masak lemak cili api ni ayamnya sedap sangat sampai tak cukup nasi! serba serbi cukup rasa & bahagian ayam yang dimasak memang bahagian² yang sedap dibuat gulai! nyum nyum ...


nak keluar balik Seremban pun abang boleh buat surprise masak big b'fast ada mash potatoes, omelette & chicken patty


bukan nak bermegah (kalau masak sendiri boleh kerek kot!) :p
tapi nak menyatakan penghargaan
kita kadang² selalu menerima saja, terlupa memberi
terlupa ucap terima kasih
terlupa menyatakan dengan lisan apa yang tersirat di hati

terima kasih sgt², syg!
za suka sgt!
:)

Thursday, July 7, 2011

cari barang tersembunyi

cuba cari barang tersembunyi!


pagi² lagi, sampai saja di nursery kakak seronok sangat keluarkan toy.
macam² barang mainan ada.
kakak baru belajar main susun² blok yang rupa macam lego tu.
kakak susun tinggi² & cantik².

sementara kakak main permainan dia yang banyak² tu, korang boleh tak cari barang tersembunyi dalam gambar tu?
cari
cari
cari

jumpa x?

teether & pacifier


korang bawak teether & pacifier baby ke nursery?
sterilize tak?
rebus?
dalam satu hari berapa kali cuci?

hmmmm aku ke yang cerewet sangat?
selalu nampak semua yang tak elok tapi tak pernah cerita banyak perkara yang baik²?
aku hati busuk?

kat sudut lain pulak: ball & pacifier


baby 2 bulan akan mula main air liur.
air liur yang meleleh² keluar dari mulut.
ada baby yang nak tumbuh gigi.
ada baby memang main air liur saja.
air liur nih mengandungi protein yang akan melitupi barang mainan yang masuk ke mulut baby.
protein ini yang melindungi bayi bila macam² barang dicapai dimasukkan ke mulut.

harap² semua baby ada air liur yang power dapat menjamin kesihatan mereka.
semoga mereka dilindungi.
insya Allah ...

Wednesday, July 6, 2011

2 bulan: baby Alice minum botol sendiri

baby Alice umurnya belum masuk 3 bulan pun
tapi dah pandai minum botol sendiri
tak payah orang lain pegang.

magik?
ajaib?
terer?

baby Alice bukan pandai pegang botol & minum sendiri
tapi di nursery cuma sendal botol pada bantal
untuk baby Alice yng berumur 2 bulan
dalam kesibukan melayan baby lain yg tengah menangis

korang pernah dengar berita baby tercekik susu?
korang tau camner boleh tercekik?
sebab sendal botol susu dekat bantal
susu bukan masuk ke salur makanan tapi salur pernafasan

ya Allah, apa yang aku buat ni betul ke?
:(

ya Allah, lindungilah baby Alice
:((

berita kisah benar
bayi 3 bulan tercekik susu
lagi baby 3 bulan tercekik susu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...