damdiduuu

Showing posts with label warehouse sale. Show all posts
Showing posts with label warehouse sale. Show all posts

Friday, July 26, 2013

Hush Puppies Warehouse Sale, July 2013

Tergoda dengan iklan tak rasmi
untuk beli kasut raya
kita pun ke warehouse sale
di event room tingkat 3
Hotel Armada, PJ
berhampiran Hotel Hilton PJ
pada hari ke 2 sale
lebih kurang 10.15 pagi.


Agaknya sebab masih pagi
jadi boleh terus masuk
tapi kat luar tu disediakan tempat beratur
yang maha panjang :p

Awalnya, waktu baru sampai
kita nampak orang turun tangga,
bila dah nak balik baru faham
rupanya oganizer dah atur
supaya
masuk ikut lift
keluar ikut tangga.
Memandangkan mommy dukung Alice
mommy minta turun ikut lift juga
dan dibenarkan oleh guard di situ
(lepas daddy buat drama
- tak kan nak bawa anak turun tangga
3 tingkat!
Tq daddy)
:p

Parking di basement hotel
RM3 untuk 1 jam pertama
dan RM3 untuk jam seterusnya.

Memandangkan mommy dah ada boots Hush Puppies
yang flat shoes
(Alice kata ini bukan kasut mommy,
ni kasut dog!) :p
jadi mommy target nak cari heels pulak
:)

paling bangsat
flip flop
RM20 each pair

defect stock
tak banyak choice
1 saiz 1 compartment saja
kena pilih baik-baik

kasut yang senereh/elok, stok lama
diberi kotak bila dibeli
rasanya agak mahal juga
harga starts RM80 ke atas

lagi kasut yang cantik sikit
memang rasa macam mahal
:p

kaunter lengang lagi
pagi lagi agaknya

kaunter bayaran
cash
dan kad kredit untuk belian RM80 ke atas

apa cantik?
putih bersih
:)

killer heels
atau dalam bahasa rasminya
open toe platform 
hitam menawan.
defect stock
beli dengan kitten heels putih
jadi dapat (atau lebih tepat lagi - kena bayar!)
RM40 sepasang.
ok la tu kan
:)

lain-lain yang dijual:
beg, belt, t-shirt, kasut lelaki

Sunday, June 16, 2013

Hytex Warehouse Sale June 2013

sebelum ini
yang selalu kita dengar
Hytex warehouse sale
harga baju murah
tapi pilihan yang sama saja tiap² kali warehouse sale.
selalunya diadakan dekat² nak raya.

yang bagusnya
ada campur²
baju baby, kanak² & dewasa.

kita datang pagi Ahad
hari terakhir untuk warehouse sale kali ini.
lebih kurang 11 pagi.
parking betul² depan pintu masuk dewan
(sepatutnya park kat parking yang disediakan
tapi disebabkan depan tu ada ruang lagi
kita tak cari pun tempat parking lain)

dewan besar tapi kipas kat tepi² saja
memang panas berbahang walau pada awal pagi.

kat bahagian yang gantung² tu mahal sikit
dalam RM20 sehelai rasaya
:p






baju paling mahal dalam pilihan baju Alice hari tu
ambil kat tempat baju yang bergantung di hanger
normal price RM45
warehouse sale price RM12
:p

mix and match.
harga sehelai dalam RM5/6/8/10
(sepasang RM10 - 20).
banyak pilihan
cuma cabarannya ialah nak cari warna & saiz yang sepadan
antara baju dan seluar.
tak ingat berapa harga setiap satu
balik² je daddy dah tanggalkan tag dan harga
supaya senang nak cuci
:)





set baju tidur RM15.
ada banyak set baju tidur baby bugs yang comel
RM15 per set
warna & design menarik
tapi sayang banyak yang baju lengan panjang
dan seluar panjang.
kita lagi suka yang lengan pendek & seluar pendek.

RM5 untuk 2 pcs.

baju Puma lengan panjang dewasa
RM15
selain daripada baju
ada kasut kanak²
(tapi pilihan & bilangan terhad)
dan comforter.
baju baby bawah 2 tahun brand Disney banyak yang cantik² :)
baju dewasa yang cantik Puma & Adidas
semua bawah RM20.
bahagian jeans mommy tak tengok pulak
tapi daddy kata tak ada jeans yang sesuai untuk Alice.

alhamdulillah!
:)

Monday, August 6, 2012

Branded Sports Warehouse Sale: 31 Jul – 5 Aug 2012


kebetulan
waktu pergi servis kereta
kita ternampak bunting tepi jalan
berkenaan dengan warehouse sale ni.

alhamdulillah
ada rezeki kita turun dengan mama Su.

boleh tahan juga barang² yang dijual.
kasut Nike yang cantik²
boleh dapat bawah RM200.

ada banyak barang yang kita tak biasa appreciate
macam kasut Spalding yang besar tu
dijual RM15 sahaja sepasang.
banyak raket badminton.
kita tak arif sangat dengan kualiti/brandnya.
(nampak sangat jarang bersukan!)
ada raket yang dijual RM98 dengan tanpa string.

yang macam best
ialah merchandise Lotus.
ada t-shirt, key chain, cap, sweater dan ada juga dijual penyumbat telinga.
itu pun nasib baik mama Su terangkan
kalau tidak kita pun tak tahu itu penyumbat telinga
untuk F1
:p

jenama Lonsdale pun ada
RM15 sahaja
tapi cuma ada 3 jenis item saja - singlet, t-shirt dan seluar.

banyak juga jenama lain macam Head, Vans dan dan Li-Ning.
orang yang suka bersukan
lagi boleh appreciate kot
sale² macam ni
:)


antara kasut yang dijual
kasut Spalding tu RM15


dulu ramai budak cari kasut Vans ni
kat sini ada banyak je jual sepah²
tak tahu la best ke tak
:p

Monday, July 16, 2012

John Master & Schwarzenbach Warehouse Stock Clearance



John Master
&
Schwarzenbach
Warehouse Stock Clearance


date:
2-6 August 2012

time:
10am - 6pm

location:
No. 1, Jalan Industri PBP 13,
Taman Industri Pusat Bandar Puchong,
47100, Puchong, Selangor

search google map:
John Master (M) Sdn Bhd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...