damdiduuu

Monday, August 6, 2012

Branded Sports Warehouse Sale: 31 Jul – 5 Aug 2012


kebetulan
waktu pergi servis kereta
kita ternampak bunting tepi jalan
berkenaan dengan warehouse sale ni.

alhamdulillah
ada rezeki kita turun dengan mama Su.

boleh tahan juga barang² yang dijual.
kasut Nike yang cantik²
boleh dapat bawah RM200.

ada banyak barang yang kita tak biasa appreciate
macam kasut Spalding yang besar tu
dijual RM15 sahaja sepasang.
banyak raket badminton.
kita tak arif sangat dengan kualiti/brandnya.
(nampak sangat jarang bersukan!)
ada raket yang dijual RM98 dengan tanpa string.

yang macam best
ialah merchandise Lotus.
ada t-shirt, key chain, cap, sweater dan ada juga dijual penyumbat telinga.
itu pun nasib baik mama Su terangkan
kalau tidak kita pun tak tahu itu penyumbat telinga
untuk F1
:p

jenama Lonsdale pun ada
RM15 sahaja
tapi cuma ada 3 jenis item saja - singlet, t-shirt dan seluar.

banyak juga jenama lain macam Head, Vans dan dan Li-Ning.
orang yang suka bersukan
lagi boleh appreciate kot
sale² macam ni
:)


antara kasut yang dijual
kasut Spalding tu RM15


dulu ramai budak cari kasut Vans ni
kat sini ada banyak je jual sepah²
tak tahu la best ke tak
:p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...