damdiduuu

Friday, August 3, 2012

Kolum Dr Asri: Beberapa sangkaan tentang puasa

dah lama aku perhatikan
orang ramai suka susah²kan untuk berpuasa.
itu tak boleh
ini tak boleh
sedangkan puasa itu seharian
mesti ada kelonggaran.

daripada Kolum Dr Asri: Beberapa sangkaan tentang puasa
di sini diringkaskan
kemudahan dan kelonggaran yang diberi oleh Allah
kepada hambanya yang berpuasa

mandi
- mandi selepas Asar tidak mengurangkan pahala puasa
- (apa lagi ini dah jadi kebiasaan
setiap kali balik dari kerja
atau balik dari keluar jalan²,
bukan perkara yang sengaja dibuat kerana penat/lapar/panas ketika puasa!)

berkumur, memberus gigi
- memasukkan makanan/minuman ke dalam rongga yang terbuka
itu membatalkan puasa
- tidak batal puasa jika
* bercelak
* menggunakan ubat titis mata berpada²
* menyapu minyak rambut
* berkumur
* memberus gigi

mandi wajib
- masih sah puasa
jika mandi wajib selepas masuk waktu subuh
(hanya pada waktu subuh sahaja, tak boleh la tunggu sampai pukul 10 pagi!)

muntah dengan sengaja
- perlu ganti puasa jika muntah dengan sengaja
- kalau tak sengaja, puasa tak perlu diganti

imsak
- boleh makan sampai muazzin azan subuh
- imsak waktu berjaga² (lampu kuning)

musafir
- boleh berbuka, perlu qada puasa
- kalau suka puasa, boleh terus puasa waktu musafir

tak sengaja
- tak batal puasa kalau tak sengaja
* makan dan minum
* keluar air mani
* tertelan air mandi/ air hujan
* terbiasa rasa masakan

wallahu a'lam

:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...