damdiduuu

Showing posts with label photography. Show all posts
Showing posts with label photography. Show all posts

Thursday, September 11, 2014

lens filter murah

lazada.com.my
lens protector/ UV filter
pros: murah - MC RM22, MRC RM26 + RM15 delivery charges
cons: berzaman nak tunggu
ordered: 18/8/14
received: 10/9/14
23 long days!

bagi tracking number haram boleh track kat website SingPost/Poslaju.
import dari HK rupanya!


beli 2
MRC untuk guna
MC untuk spare


masa beli kamera orang kedai kata UV filter biasa dalam RM60.
MC dalam RM100 kalau tak salah. bukan Hoya pun. cap ayam je.
kat Lazada MC RM22
MRC RM26
tambah RM15 delivery charges.
kalau beli barang atas RM100 tak ada delivery charges rasanya.
jadi kos dalam RM37 kalau beli satu
atau RM29.50 kalau beli 2 ni
cuma kena sabar dekat sebulan baru terima barang.
no COD.

kenapa kena guna filter?
protector untuk lens mahal

risiko filter murah?
ghosting, flare, loss of contrast, loss of sharpness
untuk round front lens elements kalau tak cukup ruang boleh calar lens mahal

nak beli UV filter yang mana satu?
MC multi coated yang recommended kat kedai
MRC multi-resistant coating
hmmm ... nanti tengok jauh sangat tak beza flarenya ya :p
ada cadangan?

p/s: tak ada review, belum pasang lagi.
baru dapat parcel dah excited
:p

Tuesday, November 12, 2013

tunjuk bagus

tak sangka
ada orang marah².
katanya "kalau kau tak suka
kau tulis la kat mana² kau nak.
tunjuk betapa bagusnya kau tu!"

sebenarnya blog ni dibuat dengan 3 tujuan:

1) merakam perkembangan Alice
untuk rujukan akan datang

2) berkongsi harga
- tiket masuk
- barang murah
sebab ini selalunya perkara yang aku google 
bila baca blog orang

3) merakam penghargaan
bila orang buat baik
atau panduan
yang kalau cakap mulut je belum tentu boleh cover semua basic points



aku sendiri bila google
mesti nak tau pasal harga
dan do & don't.
kena tunggu Alice dah 3 tahun
baru boleh masuk Snowalk!


style penulisan aku pulak
simple.
straight to the point.
ayat pendek.
sebaris ayat sebaris maksud.
tak menjela².

ada gambar
(nama pun foto zaza)
bosan kalau tulisan saja
lagi pun aku ada banyak koleksi gambar!
photography style aku pulak
semuanya berlawanan dengan personaliti aku.
gambar² aku bold
loud
alive
hot
super vivid
highly saturated.
pada aku photography satu outlet
untuk lari dari kehidupan hari²
sebab tu aku suka ambik gambar kat punk/skinhead gig.
aku suka energy dia.

gambar lembut²
(selain daripada Alice)
kalau aku ada kat tempat tu
tak de hal
aku boleh shoot FOC
cuma aku tak nak bagi komitment
(post shoot editing memang aku makan masa)
sebab buat masa sekarang ni
cuma photography yang aku boleh buat ikut suka.
blogging sebab duit.
facebooking sebab duit.
bila ada perkara yang kita boleh buat ikut suka
lebih bermakna daripada duit
:)

dan yeah
aku ni jauh daripada alim
tapi aku pun ada tanggungjawab
ke atas gambar² aku
sebab tu aku berat sangat nak ambik gambar perempuan
(dewasa la, gambar Alice tu hari² tak missed!)
banyak pantang larang aku.
buat² faham sudah!

suka hati lu la nak ambik gambar sapa
ada mak jemah kisah?!

bab "tunjuk bagus" tu
mungkin merujuk kepada
aku yang lebih suka fokus pada perkara yang positif.
blog ini bukan untuk emo
bukan untuk kutuk orang
bukan utuk merungut
bukan untuk mengadu nasib malang.
itu bukan aku.

aku rasa kalau aku "bagus"
bila aku ada gear yang puluh² riban
siap telephoto
(macam kelakar pulak sana sini usung bazooka ... kata² orang yang tak mampu) :p
guna prime lens bila low light
(bila tengok National Geographic yang shoot underwater
aku pun konon² kalau guna prime lens
nak ada 1 body untuk setiap prime lens
sebab dalam air tak boleh tukar lens
kena bawak banyak kamera
- pada hal memang tak ada kena mengena pun!) :p
ultra angle lens lak wajib ada fish eye
sebab nak tangkap gambar orang bulat²
dan gambar 1 dunia!


dapat pakai kimono pun dan excited.
nak buat baju raya macam ni boleh tak?
:D

aku rasa kalau aku "bagus"
bila aku pergi holiday panjang dan shopping sakan di Japan, Europe, States
(bukan 3rd world country ya! cewah berlagak!)
dengan Alice, abang, mak, adik beradik dan saudara mara.
kalau pergi sorang² tak nak la aku
macam pergi kerja pulak.
perkara yang baik mestilah dikongsi bersama.
(pada hal kalau keluar dengan family
pergi PD balik hari pun aku dah bersyukur happy sangat²!
dapat jalan² gelak² pergi tesco sama² pun dah bermakna dah hidup ni)
:)

so how?
bila nak tunjuk bagus?!

Thursday, June 13, 2013

kamera: nak pandai kena belajar!

dekat 3 tahun tak turun gig.
dekat 3 tahun ambil gambar biasa².
outdoor.
ample light.
ample space.


kebetulan pulak
kamera yang dah berusia 6 tahun
yang guna teknologi 6 tahun lampau
bahagian getahnya dah mula mereput.
segala penutup inlet semua lerai.
memori kad dah tak boleh lekat masuk.
cuma boleh guna memori kamera yang sangat terhad.
kamera yang masih disayang
:)

beli kamera kat kedai kamera!
kebetulan juga dalam tergesa² cari kamera baru
untuk event yang tak berapa jam lagi akan berlangsung
di tempat yang tak ada kedai kamera.
cuma ada kedai telefon bimbit.

sama juga kali ini
budget sekitar RM700
dah boleh dapat compact camera point and shoot yang bagus.
pop up flash yang jauh dari lens
(belum belajar bounce² lagi tapinya!) :p
istimewa juga
sebab Samsung guna istilah yang sama dengan Nikon
(kalau ikut Canon kena belajar dan ingat lebih lagi!).
dengan RM700
kamera Samsung boleh dapat mode A, P, preset dan manual.
memang lebih kurang sama dengan Nikon.
paling bagus
teknologi sekarang dah makin meningkat.
kamera makin laju
8fps.
jauh betul beza dengan kamera lama
(oh, tak cerita pasa DSLR pun kat sini!)

siapa kau, apa keperluan kau?
jujurnya memang ada niat nak angkat kamera baru
bila survey
the best option

ialah sebuah super zoom tapi sensor kecik.
harga sampai RM1,400 lak tu.
pros & cons lagi baik kamera yang RM700 ni.
last² dapat kesimpulan
point & shoot is point & shoot.
kalau nak upgrade
memang kena berlatih guna mode manual
kemudian baru berbaloi nak beli DSLR.
kalau setakat nak guna auto saja ....
(kindly fill in the blank)

nak beli kamera?
bandingkan pilihan kat sini!

apa lagi
asah la skill!


part bokeh macam dah ok
tapi gambar gelap.
kena balance lagi.
misi: nak edit (whole event set) minima atau tak edit langsung!


exposure compensation


sekarang ni kamera point and shoot
auto mode
pun dah boleh dapat bokeh.
foto ni guna aperture priority.

kantoi menembak kat pejabat.
tak ada waterfall
(tak ada lampu kereta kat tengah jalan raya waktu malam)
air paip pun jadi la.
masih terlalu lemah dan kena banyak² berlatih lagi.

Sunday, May 12, 2013

kamera baru


sekadar gambar hiasan

memandangkan gambar² yang saya ambik kat gig
semua hampas
dengan dust particle bersepah²
saya kena cari compact camera
dengan speedlight yang bagus sikit.

jaga² cik salmah!

bila next gig?
:p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...