damdiduuu

Showing posts with label diari seorang kutu. Show all posts
Showing posts with label diari seorang kutu. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

bukti kehadiran alien di Malaysia!

cili sos kat opis dah habis
guna je la apa chili flakes yang ada dalam peti ais tu.
letak kat tempat makan.

satu hari nak tengok balik
chili flakes ni dah expired belum.
di situlah bermulanya
nampak bukti kehadiran makhluk asing di opis.

takut tak?!
:p



Thursday, December 15, 2011

cerita burger jawa

satu hari gua beli burger jawa.
pagi.
waktu sarapan
tapi gua budget nak makan petang nanti waktu lapar².

malangnya hari tu gua super busy.
kerja punya kerja punya kerja
terlupa yang gua ada stok burger jawa.
wah, tak boleh simpan lama!
sebab burger jawa ada timun.
kalau lambat sangat boleh jadi basi
timun basah masam².

gua sedih :(

gua dah budget nak buang burger jawa tu
iya la, dah macam ni punya lewat mana boleh makan lagi.
buat kali terakhir, gua selak burger tengok isinya.
nak tengok timun elok lagi ke tidak.
cuma berharap dalam hati ...


tengok², rupanya tak ada timun dalam burger tu.
cuma sambal lada dan tepung.
haiceh!
gua kena tipu!

sekarang patut gua sedih sebab burger jawa tak ada timun
atau gembira sebab burger jawa masih elok, masih boleh dimakan?

... manusia memang susah nak bersyukur kan?
:p

Monday, December 5, 2011

cerita boss gua & 4 ekor lipas

hari ni gua nak cerita pasal lipas.
bukan lipas kudung
(lipas rempit kemalangan?!)
bukan juga pasal lipas jamban yang rawkstar.
tapi pasal boss lipas.
boss gua punya lipas.
uh?! ... boss gua ada lipas?!
haaa ni la yang gua nak terangkan pada lu orang.


ada satu pagi boss gua datang opis.
pukul 2 pagi.
lu orang percaya?
boss gua datang opis pukul 2 pagi?
tak sangka kan?

betul la.
tak tipu.
tapi apa lu orang kisah.
opis tu dia punya.
(bukan bapak dia punya)
suka hati dia la nak datang pukul berapa!

berbalik kepada cerita dinihari
pukul 2 pagi boss gua datang opis.
apa niat sebenar dia tu abaikan lah
jangan fikir lebih² - boleh menimbulkan fitnah.
pada pukul 2 pagi
confirm staff yang lain tak ada.
senyap sunyi dan gelap gelita.
yang ada hanya ....
jeng jeng jeng!

lipas!

boss gua terkejut
kenapa ada lipas di opis.
bukan 1
bukan 2
tapi 4 ekor!
boss gua cukup tak puas hati!

pap! pap! pap! pap!
bayangkan dia tepuk lipas dengan tangan kiri.
(apasal tepuk guna tangan uh?
apasal guna tangan kiri?
gua punya suka la, ni cerita gua!)
4 ekor lipas mati di tangan boss gua
(euwwww!) :p
dengan niat anak buat pengajaran
boss gua susun baik punya
4 ekor lipas mati dekat opis.
nak kasik pekerja² dia tengok
yang pekerja² semua pengotor!
tak jaga kebersihan opis
sampaikan opis ada lipas
dan lipas² itu telah dibunuh oleh seorang Regional Director!

esoknya boss sound member opis gua
ada nampak lipas?
tak ada.
haish! kusut boss gua.
nak bagi pengajaran tapi staff tak nampak lipas pula.
jadi boss gua terangkan apa yang dia buat malam tadi
sambil berpesan
"Jangan makan dalam opis.
kalau nak makan,
pastikan buang sisa makanan di tong sampah tingkat bawah
jangan biar dalam opis
nanti lipas datang"

kemudian member tu tanya gua
"ada nampak lipas?"
tak ada.
member gua cerita apa yang boss sound dia.
kalau ada tokok tambah gua tak tahu la.
tu antara dia dengan Tuhan :p

kemudian baru gua teringat.
hari ini gua orang ke-2 masuk opis.
bukan sebab gua lewat :p
(betul ni! lu orang jangan nak berprasangka buruk pada gua pulak!)
tapi sebab ada sorang uncle datang awal.
gua pun beritahu member gua
"hari ni uncle yang buka pintu opis"
member gua pun sampaikan pada boss.

tengah gua buat apa tak ingat
(mungkin mengular tapi gua buat² macam tak ingat)
gua terdengar uncle bercakap di telefon
"yes, i saw the cockroach"
sebab tempat uncle jauh daripada tempat boss
gua suspek maka boss telefon la,
tak habis² pasal lipas!


sebenarnya gua rasa ada betulnya.
kalau dengan staff lama dulu
boss gua memang stirct
tak suka bau makanan dalam opis.
tak professional kot.
staff sekarang saja yang banyak lemak
dah makan tak buang ke luar opis.
cleaner pulak seminggu datang 2 kali saja
boleh tahan lama sampah diperam dalam opis.
memang patut boss gua angin.
ya la, opis tu kan dia yang punya.

tertekan boss gua dapat staff pengotor!

sejak hari tu gua tersedar sesuatu.
lipas besar tu tak pernah keluar siang².
mungkin sebab boss datang malam
mungkin masa tu waktu lipas² sedang berpesta muda mudi.
waktu siang memang clear.

masalahnya
dah elok² siang clear
gua perasan satu perkara.
opis dah ada semut!
semut yang bawa kaki lipas, kepak lipas, sesungut lipas dan kepala lipas.
semut tak berapa nak produktif agaknya.
dah tak larat nak bawak, dia orang tinggal kaki lipas merata²
esok nak sambung angkat la agaknya.

... lu orang rasa siapa yang pengotor?!

Friday, October 7, 2011

sabar itu indah

hari ni boss gua ada kat opis.
rare.
sebab dia selalu oversea.
ke ntah dia pergi merambu mana²
gua apa peduli.
bila dia tak ada, gua jadi boss.
that is all that matter.

bila boss ada banyak perkara terbantut.
semua kena buat laju²
ala² produktif.
ala² mengejar waktu.
ala² pekerja berdedikasi.

waktu makan pun tiba² jadi singkat dan padat
makan pun tak sempat.
ok, gua mengaku tiap² hari waktu rehat makan tengah hari gua ada projek baik
gua pergi Mutiara Damansara
jumpa satu amoi cantik
... tapi itu bukan persoalannya di sini ya.
apa gua buat di luar waktu kerja adalah peribadi
(apa gua post di fb pada waktu kerja pun peribadi juga!)
tak ada kena mengena dengan kerja.

dipendekkan cerita, dah la gua tergesa² hari tu
jumpa amoi cantik sekejap saja
semua express
persis gambar Charlie Chaplin kena forward laju².
sampai di pejabat 1 hal gua kena cari parking.



lu orang tau gua bayar RM100 bulan² untuk parking?
(sebenarnya gua dapat diskaun RM3 tapi gua tak bagi tahu orang lain!)
dengan parking ticket tu gua boleh parking kat mana² car park MBPJ
termasuk kawasan opis gua.

pusing² punya pusing punya pusing
gua tak dapat parking lagi.
gua tak boleh parking sebelah kiri sebab orang akan double park belakang kereta gua.
hilang macho kalau gua hon kereta orang sampai malam sebab gua nak keluar.
orang tu pun akan buat bodoh saja sebab kereta dia tak bingit kena hon.
gua kena cari parking bahagian kanan.

gua dah mula panas.
dah 5 minit gua lewat.
boss gua confirm tercongok dalam opis hari ini.
habis la!

gua pusing lagi satu round.
satu demi satu kereta depan gua dapat parking.
gua?
dapat mencarut.

gua parking tepi dulu
mana tau ada kutu mau bawa kereta dia keluar.
tunggu² tak ada.
hari ni hari kutu duduk opis time rehat agaknya.
buntu sekejap gua.

dah 10 minit.
gua pusing lagi satu round.

15 minit ....
20 minit ....

ni tak boleh jadi
gua dah angin 1 badan.
sampai bila nak parking?
leceh la gua kena main soal jawab dengan boss.
kalau main soal jawab dalam Teksi Tunai dapat juga duet ...

gua pusing lagi satu round.
tepat 1.28pm gua nampak satu apek pakai boot kontraktor mau keluar dia punya kereta.
tangkas, pantas dan kemas gua siap² parking belakang kereta dia
gua bagi signal lagi.
dia keluar saja, zuup laju gua masuk!

elok saja gua masuk parking, kereta sebelah pulak keluar.
indah, kan?!...

p/s: kalau lu orang mau parking sebelah tu gua cas RM5 sahaja. gua tak tamak parking silang ambil 2 tempat (walau hati membara) ...

Wednesday, October 5, 2011

gua kemalangan kapal terbang!

itu hari gua bawak kapal terbang
saja bosan² gua cari hobi bermanfaat
benda² baru ni memang mencabar
gua suka cabaran.

gua ingat nak bawak kapal terbang pergi Langkawi
gua nak pergi brid park sama naik Gunung Mat Chincang.
dah sampai atas awan baru gua ingat
gua terlupa bawa passport!
jadi gua patah balik
rumah gua kat Mutiara Damansara.

sikit lagi nak sampai rumah tiba² angin kuat
gua tak dapat kawal
kapal terbang jatuh!

tapi gua agak terer jugak la
kapal terbang tak jatuh sampai tanah pun
tersangkut kat bangunan.
bagunan Mc D sebelah Ikea.

dari situ gua jalan kaki balik rumah nak ambil passport.
penat² panjat tangga sampai tingkat 2 baru gua ingat
pergi Langkawi mana kena guna passport!
nak hilangkan rasa bersalah, gua baring² depan tv buat macam tak ada apa² berlaku hari tu.

jangan bagitau orang lain pasal cerita ni
gua tengok ada satu pak guard dekat Mc D suspek gua
kalau Tony Fernandes tau nanti lagi naya
buatnya dia shopping kat Ikea ...
apa gua nak jawab bila dia tengok kapal Air Asia tersangkut kat bagunan Mc D tu?!
senyap² sudah!

ini rahsia antara kita!

Monday, September 26, 2011

sengkek: kisah biskut butter :(

itu hari duet gua dah tak berapa nak banyak.
gua lapar!
apa lagi, gua bikin taktik kotor.
gua guna duet opis.
beli biskut.
untung bila tetamu tak ada, gua boleh rembat itu biskut.
kasik kenyang sket gua punya perut.
baru boleh buat kerja.

baek punya biskut gua beli - Danish Butter Cookies tu beb!

gua sambar satu Danish Butter Cookies.
bukan sebarang kutu makan biskut ni.
gua terbayang dulu gua pernah merasa nikmatnya biskut butter.
pergh terbaek!

gua tak la hati kering.
gua tak beli biskut ori.
mahal tu!
kodi amat!
sekutu-kutu gua tak sampai hati nak ketuk orang.
gua beli biskut buatan tempatan.
baru RM9.99
(tapi pasaraya tu tipu duet (opis) gua lagi 1 sen, jadi RM10!)
lagi pun buatan tempatan ada cop halal.
mencari yang halal tu fardhu, beb!

berkobar-kobar gua balik opis nak makan Danish Butter Cookies buatan Malaysia yang halal! :D

cilakak!
patut la murah, dah jadi serbuk rupanya!


alangkah hancur hati gua
bila buka itu tutup tin biskut.
isi dalam dah hancur².
tapi gua kental.
hancur pun sedap apa.
dah kunyah nanti hancur juga kan.
apa ada hal.

hmmmmmm nikmatnya!
lebih manis dari gula.
lebih lemak dari lemak babi.
eh apa makan biskut butter boleh mencarut ni.
maksud gua memang sedap la biskut tu, tak tipu!
memang berbaloi gua beli.
memang geliga otak gua! :D

apa² hal, biskut butter gua ambik 3 keping dulu.
baru semangat nak buat kerja! :D

hari tu gua sibuk.
maklumlah, dah makan biskut butter.
macam lipas kudung gua buat kerja.
(eh ... ke gua online fb? gua pun dah tak ingat) :p

keesokkan hari
esoknya gua datang kerja dengan semangat berkobar².
gua tau hari gua akan bersinar² hari ini.
sebab gua sarapan biskut butter.
apa barang sarapan roti canai.
biskut butter la baru continental sket, beb!
hidup ini mesti ada peningkatan.
kalau roti canai hari² macam mana nak maju?

(sebenarnya kalau makan roti canai kena budget RM4.20
kalau rembat biskut butter dapat free saja kat opis!)
:p

datang² gua jenguk pantry.
woih!
tin biskut butter tiada di tempatnya.
hati gua mula panas sikit².
tapi biskut butter punya pasal gua sabar.

gua suspek boss gua la rembat ni
dia jarang makan
selalu dia sebat saja apa ada.
gua jeguk meja boss
untung dinding kaca, senang nampak telus.
damn!
biskut butter tak ada atas meja boss gua.
... tak kan dia nak simpan dalam laci.
boss tak macam gua
keh keh keh :p

setelah mintak maaf dalam hati kerana berprasangka buruk pada boss gua
gua meneruskan pencarian.
biskut butter mesti ditemui!
gua lapar ni ...

satu opis gua pusing
sampai conference room.

itu dia! biskut butter dalam conference room!


aha!
itu dia!
tin biskut butter ada atas meja conference room.
ya la, baru gua teringat.
semalam diorang ramai² meeting.
dengan cawan tak kemas
dengan conference room bersepah²
dan yang paling penting
dengan biskut butter gua, diorang tak letak balik kat pantry!

apa² hal, makan dulu
dulu gua pernah terbaca
'a hungry man is an angry man'.
apa barang gua nak bising² diorang tak kemas conference room
walau pun diorang menumpang
lepas tu buat macam tempat sendiri,
malah kita sendiri pun tak sepahkan tempat ni.
biar lah.
nanti itu budak² cleaner datang
pandai la diorang kasik kemas ini conference room.

dengan semangat berkobar²
dengan perut yang minta diisi
dengan penuh semangat gua buka tin.

hampagas! biskut hancur pun licin diorang sebat!

ada sesapa baik hati mau belanja gua roti canai hari ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...