damdiduuu

Showing posts with label Jusco. Show all posts
Showing posts with label Jusco. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

J Card Day 1 Utama 19-20 December 2012


Sembonia & Carlo Rino
RM299 - RM600
30% to 70% discount

rasanya macam sebelum ni pernah je pergi J Card Day.
tapi baru tahu yang hari tu jugak kena redeem resit untuk dapatkan voucher.
alahai ketinggalan keretapi!
0_o

beli apa?
hahahaha isteri² rasanya memang tak bagitau 'orang' pun bila beli apa² barang
:p

Saturday, July 14, 2012

barang baby: AEON 1 Malaysia Sale Carnival

memandangkan kita masih tak dapat beberapa barang
di Kiko Warehouse Sale
jadi pencarian diteruskan.
masih awal pagi.
tergerak juga nak ke Pureen Warehouse Sale
yang kebetulan dibuat pada minggu yang sama.

mengenangkan susahnya nak dapat parking
bersesak² dengan orang yang nak memilih baju
dan baby supplies
kita buat keputusan
untuk ke Jusco/ AEON saja.
biasanya kita ke One Utama - dekat dengan rumah
tapi selalunya hujung minggu susah nak dapat parking.
apa barang yang ada pun kita macam dah boleh jangka.

untuk tukar selera
kita ke AEON IOI Mall
kebetulan dari Kiko Warehouse Sale Puchong
boleh la singgah sekejap
sebelum daddy masuk kerja petang nanti.
(kebetulan Sabtu ni tiba² daddy kena kerja)

bila dah ke shopping mall
dan bukan warehouse sale
kita pendekkan sikit senarai barang yang nak dibeli.
asalnya nak cari barang Alice -
kasut, skirt, jeans, travel set toiletries
dan kalau ada duit lebih beli tops.
jadi bila ke shopping mall
kita tengok la apa yang boleh dapat
:)




pre walker shoes.
pada umur 14 bulan
Alice paling selesa pakai kasut yang tapaknya nipis dan lembut
saiz 2.
cari warna hitam, senang boleh matching dengan apa² warna baju.
tak tahu ni jenama apa :p
tapi designya cantik.
harga asal RM16.90
selepas 20% diskaun jadi RM13.52




daddy berkenan pulak
dengan sandal ni.
ada bunyi² (tengok video: Alice suka sangat sandal ni!!) :D
tapak tebal
materialnya tebal
dan wangi!
harga asal RM27.90
selepas 10% diskaun jadi RM25.11



selepas dicuba saiznya
dan pilih daripada beberapa cutting & design
kita beli jeans Anakku
(saiz 0 - 6 months kalau tak salah)
pinggang ada getah
harga asal RM59.90
selepas 50% diskaun jadi RM29.95

top warna hitam yang comel
saiz 2
harga asal RM31.90
selepas 50% diskaun jadi RM15.95

kesimpulan yang kita boleh buat
waktu ada sale
harga barang di shopping mall
lebih kurang sama dengan warehouse sale
cuma mungkin jenama yang kita tak biasa dengar
walau pun ada saja pilihan yang cantik²
dan suasana lebih selesa.
shopping kat mana² pun
kena berhemat dan stick to the list :)

tq daddy!
waktu hujung minggu
keluar jalan² cari barang
juga waktu untuk meluangkan masa buat aktiviti sama² dengan ahli keluarga.
rindu daddy
rindu Alice
selalu!
:)

Sunday, March 25, 2012

Hilmiey belajar mainan baru

awalnya mama Mia berat juga nak beri Hilmiey cuba barang² kat baby department
sebab Hilmiey belum boleh duduk sendiri
masih nak kena pegang,
tapi mommy kata bagi la peluang dia nak cuba
tengok macam mana dulu.

mula² duduk di baby activity station
kaki Hilmiey macam tak sampai
walau pun kita rasa Hilmiey dan Alicea sama tinggi.
disebabkan kita pun tak tahu
macam mana nak adjust ketinggian activity station tu
Hilmiey pun diletak pada walker yang ada alas kaki.

kita yang tengok yang terlebih excited daripada Hilmiey!
:p


umie bagi penerangan & kata² perangsang untuk Hilmiey


Hilmiey tengah proses
data² yang ada di depan dia


Hilmiey masih belum yakin.
dia simpan tangan dia!


mama Su pulak ajar Hilmiey


akhirnya Hilmiey mula cuba explore mainan kat walker ni
bila dah pandai Hilmiey punya la seronok main
siap berdiri lagi sambil main!
:)

moga² baby kita bijak, sihat dah dilindungi selalu
:)

my baby is so vain! :p

baru² ni
mama Su ajak kita jalan²
sama Hilmiey dan family juga.
masa yang lain tengah syok main game token
dan masuk tempat permainan kanak²,
mommy bawa Alice ke tempat barang baby.
saja nak cuba apa yang ada
nak memenuhi masa lapang.

Alice tak perlu walker atau activity station pada peringkat ni
sebab dia dah boleh mula berjalan.

bila saja suka² letak Alice di baby activity station
baru perasan satu perkara -
dalam banyak² toys yang ada kat station tu
tau apa yang Alice paling suka?
cemin!

hahaha
bukan sebab Alice vain suka tengok muka dia
tapi sebab cermin yang paling interaktif
boleh buat macam² aksi

baby mommy ni la!
:)


suka bila tengok cermin!


pusing pusing pusing


imej yang berubah² pada cermin

p/s: baby activity station untuk bayi belatih berdiri. boleh gerak kaki (ada plat yang boleh pusing² kat bawah) tapi tak boleh bergerak ke sana ke mari macam walker. yang ni harga RM189 kat Jusco AU2 Keramat

Friday, March 23, 2012

J Card tukar kepada AEON Member Card

bersempena dengan penukaran nama Jusco
kepada AEON
J Card juga ditukar kepada AEON Member
bermula 15 Mac 2012.

kad boleh ditukar secara percuma
di kaunter AEON Member di AEON berdekatan.
kalau nak renew selepas tamat tempoh
berbandin dengan kadar sebelum ni, RM12 setahun
AEON Member sekarang ada diskaun
RM24 untuk 3 tahun
(berganda juga jadinya la kan?)


pilihan kad yang ada.
yang mana 1 pilihan hati?
saya suka Community!
:)

untuk tahu nilai point terkini
boleh check di website AEON Member

p/s: dalam majalah Pearl terbaru March/April 2012
boleh redeem free kupon 3D Screening untuk 2 orang:
Filem: Titanic 3D
Tarikh: 7 April 2012, Sabtu
Masa: bermula 7.00 petang untuk penebusan kupon, waktu tayangan 8.30 malam
Lokasi: GSC Maxx, Tingkat 10, Berjaya Times Square

jom tengok wayang 3D!
:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...