damdiduuu

Showing posts with label Hilmiey. Show all posts
Showing posts with label Hilmiey. Show all posts

Saturday, October 19, 2013

weekend getaway: Hilmiey's 2nd birthday

alhamdulillah.
kali ni kita bertuah sangat²
sekali lagi dapat hirup udara segar
dan kabus sejuk
:)

umie dan papa Zuri 
ajak kita sekali
untuk celebrate birthday Hilmiey
yang ke 2.
destinasinya lebih dekat dengan KL.
jalan lebih lebar dan selesa
(walau pun lebih curam!).

memandangkan tempat yang kita duduk tu
ada beberapa masalah
air panas, sinki, pintu tercabut, pintu tak boleh bukak
jadi baik tak payah review la
(ini bukan blog untuk kutuk² maki²).
walau pun ada beberapa isu
tak kurang pun excitement kita bercuti kali ini.
semua pun kita enjoy je
alhamdulillah
:)

selamat datang!


semoga dipanjangkan umur
murah rezeki sekeluarga
dan jadi anak soleh Hilmiey
:)
pagi²
papa Zuri & adik² pergi kedai
Alice pun sibuk nak ikut.
aman sekejap pagi mommy :D
santai² makan kek birthday Hilmiey semalam 
sambil usya kabus kat balcony
:)

lepas sarapan nasi lemak sedap
yang umie & papa Zuri masak
(alhamdulillah, moga bertambah rezeki mereka yang menjamu orang lapar!)
kita bawa Alice pergi playground.
ok cuaca cerah
tak sejuk sangat pagi ni
:)

pagi² lepas pakaikan Alice baju
daddy tanya "ok tak?"
mesti sebab daddy terpaksa pilih baju ni
tak banyak choice
mommy packing baju Alice sikit saja
:p


Alice berangan jadi princess
nyanyi² dancing² kat taman.
kat belakang tu apartment yang kita duduk 2 malam
:)

budak² biasanya lagi senang nak float kat pool orang dewasa.
kat kiddie pool kaki cecah lantai, tak terapung.
Alice suka main kat swimming pool.
suka sangat²!
bila kena paksa balik
nangis sampai tertidur sebab tak puas main kat swimming pool.
dah balik rumah pun sebut² lagi
"... kakak suka swimming pool"
sambil senyum²
:)

happy² joy².
tq umie dan papa Zuri ajak kita
walau pun adik² kena tidur sempit²
(kita je best² tidur tak ingat dunia!)
:p

bukan senang nak dukung,
kiss dan hug
budak kecik ni
:)

bye Himiey,
see you soon!


best tak kalau kita duduk sini?
tak sejuk sangat kat sini.
kat Cameron Highland sejuk,
ada 1 je hotel yang ada swimming pool,
indoor pulak tu
:p

subhanallah
:)

see ya!

Friday, October 18, 2013

happy 2nd birthday Hilmiey!



tahun lepas celebrate sekali
:)

Saturday, February 23, 2013

rotavirus


Simptom
- cirit birit
- muntah²
- demam
- dehidrasi
- tekanan darah menurun

bahaya!
- dehidrasi boleh menimbulkan banyak penyakit dan membawa maut!

mangsa
- kanak² 2 - 5 tahun
- orang dewasa juga ada risiko

pengesanan
- tidak boleh dikesan dengan mata kasar
- perlu ujian di hospital

mengelakkan jangkitan
- asingkan daripada kanak² yang ada rotavirus
- jangan berkongsi makanan dengan kanak² yang ada rotavirus
- ibubapa cuci tangan sebelum mengendalikan makanan
- masak air walaupun menggunakan penapis air

vaksin
- imunisasi pilihan 2 atau 3 dos
- seawal umur bayi 6 bulan


moga Hilmiey cepat sembuh

Arkib
Februari 2012:
dua bayi berusia dua dan 10 bulan di Hilir Perak dilaporkan meninggal dunia,
manakala lebih 2,000 penduduk di dua daerah di Perak
mengalami masalah kesihatan dipercayai berpunca daripada Rotavirus
yang disebarkan melalui air
menyebabkan Akut Gastroenteritis (AGE).
Kes AGE dipercayai akibat Rotavirus di dua daerah di Perak terus meningkat
apabila 251 lagi kes baru dilaporkan
dengan 15 kes dimasukkan ke wad.
Berdasarkan laporan harian Jabatan Kesihatan Negeri,
sebanyak 180 kes dikesan di Daerah Hilir Perak
dan 71 kes di Daerah Batang Padang,
menjadikan jumlah keseluruhan kes AGE terkumpul sejak 27 Januari
kepada 1,990 kes dan 1,078 di dua daerah berkenaan.






Thursday, July 5, 2012

soalan yang tak ada jawapan


so how?
:p


Saturday, June 9, 2012

apa itu aqiqah?


Sabtu 9 Jun 2012
mama Mia jemput kita ke majlis aqiqah Hilmiey
:)

makna
sembelihan
binatang an‘am
yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan
sebagai tanda kesyukuran
kepada Allah


Hilmiey pun excited nak cukur jambul!

hukum
sunnah mu’akkadah
bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut


baby Alice 1 ekor kambing saja
Hilmiey 2 ekor
:)

bahagian
- untuk anak lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing
- untuk anak perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing
- ternakan seperti lembu, kerbau atau unta
boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian


test drive buai Hilmiey
:D

waktu
- dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehingga baligh
- afdhal : hari ketujuh kelahiran


kambing golek!

syarat
- niat aqiqah untuk kanak-kanak tersebut ketika menyembelih
- ternakan tidak cacat yang mengurangkan dagingnya, ternakan cukup umur


dah siap masak


juadah yang sedia untuk dihidang kepada tetamu

sunat
- berdoa ketika menyembelih 'Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini aqiqah (nama anak)'
- menyembelih ketika matahari sedang naik.
- daging dimasak sebelum disedekahkan
- tidak mematahkan tulang binatang ‘aqiqah, hanya menceraikan sendinya
- sedekah daging kepada fakir miskin.
- memasak daging dengan cara gulai manis untuk dihidang kepada tetamu


meraikan
:)

hikmah
- tanda kesyukuran kerana dikurnia zuriat
- memberitahu tentang kelahiran anak
- memulakan kehidupan anak dengan kebaikan
- mengeratkan silaturrahim
- menunjukkan kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah

Sunday, March 25, 2012

Hilmiey belajar mainan baru

awalnya mama Mia berat juga nak beri Hilmiey cuba barang² kat baby department
sebab Hilmiey belum boleh duduk sendiri
masih nak kena pegang,
tapi mommy kata bagi la peluang dia nak cuba
tengok macam mana dulu.

mula² duduk di baby activity station
kaki Hilmiey macam tak sampai
walau pun kita rasa Hilmiey dan Alicea sama tinggi.
disebabkan kita pun tak tahu
macam mana nak adjust ketinggian activity station tu
Hilmiey pun diletak pada walker yang ada alas kaki.

kita yang tengok yang terlebih excited daripada Hilmiey!
:p


umie bagi penerangan & kata² perangsang untuk Hilmiey


Hilmiey tengah proses
data² yang ada di depan dia


Hilmiey masih belum yakin.
dia simpan tangan dia!


mama Su pulak ajar Hilmiey


akhirnya Hilmiey mula cuba explore mainan kat walker ni
bila dah pandai Hilmiey punya la seronok main
siap berdiri lagi sambil main!
:)

moga² baby kita bijak, sihat dah dilindungi selalu
:)

Thursday, January 26, 2012

Alice & Hilmiey


nak bagi tajuk Nepal vs Korea sebenarnya
tapi kang mak dia kecik ati lak :p
gambar Alice dan sepupunya, Hilmiey.

masa ni cuma ada mama Su, makcik Nabilah sama mommy & daddy saja.
umie & ayah Hilmiey sibuk shopping
nak prepare barang² untuk bawa Hilmiey pergi Korea bulan depan.
waktu tu musim winter nak masuk spring kat sana
:)

Hilmiey sama mama Su & makciknya, Nabilah

Alice sama daddy cuk dia
:)

seorang mengantuk
seorang sibuk tengok corak marble dan socks ada star

Hilmiey, jom kita gi jalan².
Ha, jom gi sana jom!

daddy, Alice nak jalan!
pergi mana?

semua orang hairan
kenapa Hilmiey suka tengok kipas?

ya Allah, peliharakanlah ahli keluarga kami
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...