damdiduuu

Showing posts with label Fraser's Hill. Show all posts
Showing posts with label Fraser's Hill. Show all posts

Sunday, October 6, 2013

why weekend in Cameron Highland?

tempat kerja baru daddy
eh ... cloud porn!
:p

ceritanya macam ni.
pejabat daddy tengah dalam proses
pindah ke lokasi baru.
tiap² hari daddy kerja sampai malam
untuk pindahkan warehouse dulu.
kalau balik on time pun
malam keluar pergi kerja semula.

dalam masa yang sama
rumah di Seremban tengah renovate.

mommy kesian daddy
sampaikan Sabtu pun kena kerja lewat,
tapi di Seremban
maSu tak ada teman.
mujur daddy pun rasa yang sama.
penat² pun
Ahad kita balik Seremban -
kalau tak sampai malam pun
balik sekejap teman maSu.

rumah kau ada scaffolder
rumah maSu ada!
:D

sibuk sibuk sibuk
cuma minggu ini daddy informed mommy
kena kerja Sabtu & Ahad
full swing pindah.
kemudian nak terus kerja di Kota Damansara dah.
tak kerja di Damansara Perdana lagi.

kebetulan maSu pun ada course minggu ni.
alhamdulillah maPi dan umie boleh balik Seremban
monitor renovation process lebih kurang.

last minute
tiba² pejabat daddy keluarkan memo.
minggu depan yang semua orang wajib kerja
dan angkat barang sendiri
pindah ke pejabat baru.

minggu ni nak buat apa?!
nak duduk ramai² di Seremban pun
tempat terhad
rumah tengah berhabuk.
daddy dah 2 - 3 kali sebut nak pergi Fraser's Hill.
dengan daddy hari² OT
rumah Seremban reno
bilanya nak pergi Fraser's Hill.

ok la
mungkin bagi chance kat daddy jalan² minggu ni
(kalau mommy, duduk rumah la paling relax!)
nanti dah sibuk kerja tak ada kesempatan pulak.


last time kita pergi Fraser's Hill
Alice baru nak belajar berjalan
:)

asalnya daddy memang nak pergi Fraser's Hill.
balik hari macam dulu,
tapi dalam pada itu
daddy minta juga carikan bilik untuk overnight.

pada mommy dari Fraser's Hill
baik Bukit Tinggi,
tapi kata daddy Bukit Tinggi mahal
dan tak banyak aktiviti boleh buat.
baik pergi Cameron Highland
dapat juga bawa Alice petik strawberi.

betul juga.
ok la
jom pergi Cameron Highland!
:)

Wednesday, May 2, 2012

Fraser's Hill


syukur Alice tidur sepanjang jalan
:)


comelnya duduk berkelah tengah hari makan bekal.
walau tengah hari terik tapi tak panas
udara segar sangat!
:D


lepas makan cari peta


mari ambil gambar kat menara jam


thank you daddy bawa kita jalan² Fraser's Hill!
:)


mommy & baby Alice seronok kat sini!


budak kecik sibuk tengok motor besar
orang nak ambil gambar dia buat tak tahu je!


tengok² cenderahati


Alice tak sabar nak berjalan di Fraser's Hill yang nyaman
:)


mommy makan
diorang anak beranak sibuk tengok kasut
:p


dah sampai Fraser's Hill baru Alice dapat main buaian!
seronok sangat dia!


layan sungguh bila pertama kali dapat main buai!


main slide, wheeee!


pertama kali Alice naik kuda.
Alice diam saja, kata daddy
:D


turun dari Fraser's Hill
daddy bawa kita singgah di air terjun Sungai Semangkok


I don't like waterfall, katanya
:p


aik, bila pulak daddy tulis nama kat toilet air terjun Sungai Semangkok ni?!
:p




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...