damdiduuu

Saturday, March 31, 2012

perkembangan bayi: Alice 11 bulan


yay! Alice sudah masuk 11 bulan!
:D

nampaknya sekarang waktu tidur Alice lebih predictable.
lepas play time malam²
dalam pukul 9
Alice terus tidur sampai dikejut selepas 7 pagi esoknya.
waktu malam Alice terjaga beberapa kali.
ada kalanya boleh tepuk² saja lena semula.
ada kalanya nak menyusu
:)

emosi
nampaknya makin ketara.
boleh teka emosi Alice dari body language dia.
Alice tahu apa yang boleh apa yang tak boleh.
Alice faham 'No!'
tapi lebih susah nak ikut arahan
daripada ikut perasaan ingin tahu.
bila dilarang, ada masanya Alice terhenti
dan boleh nampak mimik muka dia
sedih, kesal, kecewa :(
dan baik² Alice minta izin
Alice cuma nak tengok apa ada dalam drawer.
Alice cuma nak tengok apa jadi bila tolak pintu.
Alice cuma nak tengok apa ada di sebalik tv.
Alice cuma nak tengok apa ada dalam susunan buku dan kertas²
Alice cuma nak tengok apa ada dalam bungkusan yang sungguh misteri.
Alice cuma nak tengok apa ada kat sana tu.

mommy tak kasi.
tak mahu Alice tersepit jari kat drawer.
tak mahu Alice tersepit jari kat pintu.
tak mahu Alice main wayar merbahaya belakang tv.
tak mahu Alice sepahkan buku dan kertas².
tak mahu Alice jumpa barang yang kotor berhabuk, kemudian Alice masukkan dalam mulut.
tak mahu Alice terkena bahaya perkakas elektrik, jatuh kena bucu tajam atau jumpa barang yang Alice tak boleh buat main.

everything has its own time and place
ok.ok.
bukan tak boleh.
Alice boleh main drawer.
boleh main pintu.
boleh main kat tv.
boleh sepahkan buku dan majalah.
boleh main kat stor, dapur atau rak.
boleh pergi mana² pun.
cuma, ada waktunya.
waktu yang mommy boleh teman Alice.
waktu yang mommy lapang nak layan Alice.
waktu yang mommy boleh ajar Alice itu ini.
bukan waktu mommy penat, ngantuk, lapar, sakit belakang, sakit kepala dan masih ada banyak kerja yang perlu diselesaikan.

kadang² rasa terkilan juga.
waktu Alice sibuk nak main
mommy suruh Alice up dan walk
sebab mommy nak tengok Alice berjalan.
tapi waktu Alice beriya² panjat kaki mommy di dapur
tengah mommy buat kerja itu ini sibuk² sangat²
mommy suruh Alice sit down.

mommy kena belajar banyak bersabar
dan lebih bijak susun masa untuk main sama Alice
:)


gigi Alice baru tumbuh
:)

4 kawan baru
gigi Alice dah makin tumbuh.
2 di atas
2 di bawah.
bila Alice menggigit
memang gigit sungguh².

keropok keras pun Alice boleh gigit!
(kantoi bagi baby makan bukan² sebelum umur 18 bulan!) :p

bercakap pasal makan
memang apa² kita makan pun Alice nak.
dan ya, sebelum Alice 18 bulan lagi
mommy dah beri Alice rasa makanan bergaram dan bergula.
bukan dalam 1 full meal
tapi bila mommy makan aiskrim
Alice pun dapat secalit kat lidah.
bila mommy makan coklat
Alice dapat secebis kurang daripada besar bijan.
rasa saja
bukan makan.

bila dah tumbuh gigi
daddy tegur.
tak boleh beri Alice makan manis² lagi
nanti rosak gigi.
daddy tegur waktu mommy makan coklat
dan beri Alice gigit chocolate bar.
betul juga kata daddy.
thank you, daddy
:)


ni bukan Alice jelir lidah
tapi Alice tak selesa sebab tumbuh gigi
macam² gaya dia buat!

kasih sayang seorang ibu
bila dah ada gigi
Alice mula menggigit
termasuk waktu menyusu.
kalau nak menyusu
tak perlu guna gigi.
Alice faham tu.
cuma kadang² Alice tak sengaja.
mommy kena ingatkan "Alice, drink milk"
baru Alice sambung menyusu.
baru Alice tak gigit.

sejujurnya mommy memang tak pernah marah bila Alice tak sengaja gigit.
mommy tahu Alice masih belajar
dan Alice tak pernah sengaja suka² gigit.
cuma waktu Alice dah nak terlena
waktu tak sedar sangat
waktu tu yang selalu kemalangan terjadi :p

memang sakit!
sakit sangat²!
sebab tu mommy terkejut & terjerit.
bukan jerit marah
tapi jerit tahan sakit.
setiap kali sakit, mommy cuma cakap baik² sama Alice.
ingatkan Alice "Drink milk, baby".
mommy memang tak marah.

hanya sekadar manusia biasa

cuma ada kalanya hangin sangat²
bila kita terjerit ada orang marah pulak.
apa ingat saja² jerit ke?
sakit la!
bila hangin tu mommy jadi marah dengan Alice.
Alice pulak yang kena marah :(
I'm sorry baby :(
Alice tak salah.
mommy yang tak boleh sabar.
tak boleh terima bila dilayan macam mangsa dera
bila sakit kena senyap
jangan sesekali berani nak beritahu sesiapa.
kesian tak?!
:(


Alice suka gigit!
sebab tu mommy tak suka Alice mengembara
jumpa barang² semua nak gigit

tegas
ada juga yang bertanya
mommy tegas tak?
maksudnya boleh marah baby Alice?
mommy memang tegas.
mommy akan marah
dan akan sampaikan mesej dengan jelas kepada Alice
'No!'
tak boleh buat itu.
cuma pada situasi yang ada risiko immediate danger.

bila Alice nak main sterilizer yang tengah panas.
bila Alice nak main seterika
(seterika bukan toy, tak boleh main walau on/off!).
bila Alice nak main wayar.
bila Alice nak main kat tempat bahaya.
memang mommy tegas!

selain daripada waktu tu
bila tak ada immediate danger
mommy percaya orang dewasa lebih bijak daripada bayi.
kita kena tangani situasi dengan berhikmah.
setakat Alice tak boleh duduk diam waktu tengok tv
setakat Alice tak boleh duduk diam waktu duduk dalam shopping trolley
setakat Alice tak boleh duduk diam waktu mandi, change pampers atau seumpamanya
senang sangat!
cuma beri Alice barang yang boleh lekakan dia.
Alice tak duduk diam sebab dia bosan.
isikan la ruang tu
supaya Alice tak pergi cari sendiri apa yang boleh hilangkan bosan.

tak payah nak kusut²
tak payah nak marah² tak tentu pasal.
bukan susah sangat jaga baby ni.
kalau tidak, masakan mak² zaman dulu ada anak berbelas² orang, kan? :)

sebab tu kalau orang marah²
bukan mommy rasa orang tu tegas
tapi nampak macam cranky je.
sikit² nak marah apa hal?
:)

untuk yang tanya boleh marah Alice ke tak
- boleh, bukan tak boleh
tapi biarlah kena gayanya.
kita sendiri pun sama juga
dari kecik sampai besar pun banyak ragam.
kita pun tak suka orang marah² je selalu kan?
senyum la sikit :)
orang dewasa kan jauh lebih bijak daripada baby
:)


I love you.
I will take care of you

:)

alhamdulillah Alice nak masuk setahun ni.
mama Pi kata celebrate 12 Mei
untuk birthday mama Pi, Alice dan mommy sekali.
mama Pi sibuk mid April - mid May.
jom google party hat DIY
:)

Friday, March 30, 2012

punch card

dah 5 tahun kerja sini
tak pernah kisah bila nak masuk kerja atau balik.
janji tak lewat sangat.
janji semua kerja urgent boleh siap sebelum balik.


beli dari whole seller katanya.
RM430
kat Jalan Pasar RM450

baru² ni director perempuan belikan mesin punch card.
sebab dia nak track kedatangan SEORANG staff yang dia tak berapa nak suka.
natijahnya
kita semua kena punch card.
semua orang pun jadi tak berapa nak suka
:p

aku ingat lagi masa kerja kat 7e dulu.
clock in kat pc.
kalau datang lewat
atau nak balik awal
cuma adjust time kat control panel.
settle.

(aik ... ada niat ke?!)

moga² kerja lebih berkat dengan adanya mesin punch card ni
:)

Thursday, March 29, 2012

kepimpinan melalui tauladan


ditemuraham & diambil foto

banyak perkara yang aku belajar dari boss
yang paling menarik
orang business mesti pandai berdiplomasi.
ayat mesti power!

bila ada sesuatu yang dia tak berapa setuju
contoh - kos terlalu tinggi
dia tak kata
"Can not, that's too expensive!"
tapi dia cuma kata
"What other options do we have?"
atau kalau depan orang, nak jaga air muka
dia cakap je
"I'll get back to you on that"
atau
"We'll discuss about that later on"

pasal duit, boss tak pernah lupa.
sekecik² hal
sampai yang juta² punya semua dia ingat!
staff cuti pun dia ingat
- kena tolak gaji kalau tak ada AL ya! :p
untuk menjadi cost effective?
selalu mintak sponsor dan diskaun pada setiap kesempatan.
kalau tak ada kesempatan pun adakan juga!
bekerja dengan boss buat aku jadi rule bender.
bila berurusan dengan orang
sentiasa guna privilege.
"My Director wants to ..."
boleh dapat perkara yang orang lain kena tunggu berminggu²
atau orang lain kena buat tempahan awal²
atau orang lain kena lalui lebih banyak prosidur.


abang² tembak

up to date
bukan setakat gadgets atau cara berpakaian
tapi sentiasa peka dengan perkembangan terkini.
kalau tak tahu detail, boleh tanya².
itu yang membuatkan boss boleh bercakap dengan sesiapa saja.
sentiasa ada modal berborak
dan menyenangkan.
tahu banyk perkara
kenal banyak orang.

pada event dalam foto di bawah ni
ada seorang reporter tanya
"Did you bring in (satu jenama kosmetik dari Korea yang terkenal)?"
jawapannya?
kalau kita mungkin kita jawab
"No I don't"
tapi jawapan bijak boss
"I wish I was. In the future we are going to bring in more Korean cosmetic. (Nama orang yang bertanggungjawab) is a very close friend of mine."
wow!
tak sangka kan?!
:p


muka rezeki, apa ada hal

korang pernah ambil gambar
kat double decker bus yang ada tulis 'London'
kat Genting?
kata boss dia la yang cari & bawa masuk bas tu dari London pada 2005.
bas generasi terawal.
dapat murah je.
awal² dulu boleh lagi bawa pusing² kat Genting.
sekarang tak tahu la macam mana.
lagi sekali.
tak sangka kan?!

patah hidung terlanggar glass wall - wanita 83 tahun saman Apple USD 1juta

seorang wanita
berusia 83 tahun
menyaman Apple
setelah mengalami kecederaan patah hidung
selepas terlanggar pintu kaca
di Manhasset Apple Store, Long Island, New York
pada 17/3/2010

saman USD1juta tersebut difailkan oleh Evelyn Paswell
yang dikatakan tidak menyedari adanya dinding kaca lutsinar tersebut.
peguamnya, Derek T. Smith mendakwa Apple cuai
dengan membiarkan dinding/pintu kaca lutsinar
tanpa amaran yang bersesuaian.

foto: Buckingham Palace interior


Throne Room


Blue Drawing Room


Green Drawing Room


The Dining Room


Grand Staircase


Grand Staircase

Wednesday, March 28, 2012

produk terbaru SaraKids

hari ni Farah SaraKids datang ke hub perniagaan Korea di PJ.
pertengahan April 2012 ni Farah akan ke Korea lagi.
selesai urusan
sempat juga bertanya khabar.

semalam di telefon
Farah beritahu stok dah sampai
koleksi Adelea terbaru.
dari SaraKids Shah Alam
akan dibekal ke cawangan² SaraKids lain
Ipoh, JB, Sarawak
serta stockist & reseller.

Farah yang macam biasa vogue
berbaju Burberry cantik
sentiasa ceria dan bersemangat
walau pun sibuk dengan macam² urusan.

buku
masih juga kita ternanti² buku berkenaan penyusuan susu ibu
yang ditulis Farah.
khabarnya buku tersebut bukan setakat penuh tulisan
dari muka depan ke muka belakang.
sebaliknya pendekatan yang Farah gunakan sangat menarik.
ada foto dan lay out yang kemas.
reader friendly.
senang serta seronok dibaca.
sedangkan tulisan dalam blog Farah pun sangat dinanti².
apa lagi buku sulungnya
:)

buat masa ini buku masih dalam proses cetakan.
yang dijual dahulu ialah e-book
sebelum buku diterbitkan.

sama² la kita nantikan pelancaran buku ini nanti!

program tv
semalam program tv bercorak keibubapaan
dah mula shooting barang² terbaru SaraKids.
memang tak menang tangan Farah dalam merancang pengisian slot² rancangan tu.
sekarang ni masih peringkat awal lagi.
kita tunggu saja la bila rancangan tu disiarkan di TV3 nanti
:)

produk Adelea
antara produk yang akan dipasarkan tak lama lagi:


nursing pillow yang sungguh ceria
cantik berwarna warni!


kenapa la sekarang baru ada Adelea Maternity Pillow ni.
rasanya ini bukan untuk mengandung saja
untuk menyusu pun ok.
pengalaman sendiri: pernah sakit pinggang
sebab lama sangat menyusu sambil baring malam²
tanpa support di bahagian belakang.
dalam seminggu juga tak larat nak dukung baby!


Adelea Post-natal Corset/Girdle
Single Layer wrap
Size M, L, XL



Adelea Post-natal Corset/Girdle
Double Layer wrap
Size M, L, XL


Adelea Post-natal Corset/Girdle
Triple Layer wrap
Size M, L, XL


Adelea Nursing Bra - Adrianna


Adelea Nursing Bra - Amanda


Adelea Nursing Bra - Aleesya


Adelea Nursing Bra - Arissa


Adelea Nursing Bra - Aleesya


Adelea Nursing Bra - Ameera


Adelea Nursing Bra - Armanie


Adelea Nursing Bra - Azalea

yang ni yang paling sexy!
:D

selamat berjaya untuk Farah dan team SaraKids.
untung ibu² sekarang
dengan adanya usaha gigih Farah dan warga kerja SaraKids
dapat juga kita tumpang kongsi ilmu keibubapaan, penyusuan susu ibu dan hidup lebih ceria macam Farah sekeluarga!
kita juga ada lebih banyak pilihan
dalam mencari solution terbaik bagi setiap situasi ketika mengandung
dan juga selepas melahirkan bayi.

Terima kasih, Farah!
Syukur alhamdulillah!
:)

Tuesday, March 27, 2012

1 Malaysia Chopper



pada 23 Mac 2012
di PWTC
PM Najib melancarkan program 1 Malaysia Bike Ride.
di majlis tersebut beliau turut menerima sebuah custom bike
yang diberi nama 1 Malaysia Chopper.

pereka chopper tersebut bukan calang² orang
iaitu Mr Paul Teutul Se.
dari Orange County Choppers, USA
yang terkenal dengan rancangan realiti
American Chopper.

1 Malaysia Chopper
ditempah khas oleh Tourism Malaysia
dengan harga USD150,000
atau lebih kurang RM450,000

pembuatan chopper ini
akan ditayangkan dalam rancangan American Chopper
di saluran Discovery Channel di USA
pada 30 April dan 7 Mei 2012.
antara tempat² yang turut menjadi
lokasi penggambaran bagi episod² tersebut
ialah Langkawi, Kuala Lumpur dan Putrajaya.





media release Tourism Malaysia: 1 Malaysia Chopper

Monday, March 26, 2012

siapa tunang Irma Hasmie?

satu hari
Farah SaraKids ada urusan di pejabat hub perniagaan Korea di PJ.
tak macam selalu
kali ini Farah nampaknya datang dengan seorang lelaki
... yang bukan suaminya.

jeng jeng jeng!
:p

ya la, Farah ni walau pun sibuk suami isteri
tapi selalu kita tengok suaminya akan temankan
:)

berbalik kepada lelaki yang tadi.
orangnya tinggi
rupa macam Melayu tapi ada iras Cina/Jepun
dan khabarnya masih single
berikutan perhubungan sebelum ini tidak kekal.
akak tak ambil port la hal tu
cuma member² kat office ada yang bercerita
:p

kata Farah pula
mereka dulu waktu belajar memang rapat
dan kalau tak silap selepas lelaki tu berhijrah ke luar negara
mereka lost contact.
sekarang ni baru jumpa balik,
dan dari situ la merchandise serba pink SaraKids dapat sentuhan kreatif.

rupanya selain urusan Farah,
boss ada nak buat projek
yang perlukan khirdmat graphic & design macam tu.
selepas selesai mereka berbincang,
lelaki yang tadi pun berikan pada akak
kad namanya.
orang panggil Sky.


bila baca di media
baru tahu bapa Sky ni peguam yang berpangkat Datuk

bukan apa, akak ni penjaga peti besi di office.
apa² material yang supplier nak
macam imej logo, foto, dan segala mak nenek semua
akak yang simpan.

disebabkan status Sky yang masih belum berpunya
ada la yang ikuti perkembangannya.
akak ingat lagi dalam bulan Januari atau Februari 2012
ada yang tunjuk pada akak
foto Sky di tanah suci.
pergi umrah la rasanya
sebab masih belum musim haji.

serta tak berapa lama lepas tu
ada pula berita lanjutan daripada umrah tu
'Sky met someone'.
akak tumpang gembira la.
mudah²an bertambah bahagia la dia lepas ni
:)

sekarang ni di media banyak berita orang bertunang atau nikah kahwin.
antaranya termasuk la Irma,
kebetulan akak dengar di radio
waktu dalam perjalanan ke office
yang dia bertemu jodoh di Mekah.
alhamdulillah
moga dikurnia jodoh terbaik untuknya :)

masa tu akak tak ada fikir apa² lagi.
sampai la satu pagi
akak ternampak foto ini
di fb Farah
foto pertunangan Irma
dan kata Farah - Irma ini kakak iparnya.


Farah, ibu dan puteri²nya yang sama berseri macam bakal pengantin!
:)

bila fikir² balik
rasanya Farah ni cuma ada seorang adik lelaki.
dan bila ada ucapan 'Congrats Sky'
akak mula tertanya²
Sky ke yang bertunang dengan Irma?!

selepas bertanyakan kepada member office
yang sibuk dengan projek penghantaran ahli perniagaan Malaysia & Singapura
ke Korea bulan depan,
akhirnya memang betul la Sky yang bertunang.


ni foto Sky yang diambil dari fb member office
waktu rambut masih belum dipotong, sebelum Sky pergi umrah.
kalau tak salah ini foto open house hari raya 2011 di rumah Sky

alhamdulillah
moga semua urusan dipermudahkan
moga dikurnia kebahagiaan yang berkekalan di dunia & akhirat
moga kita semua sentiasa di berkati dalam rahmat Allah
alhamdulillah!
:)

kad Touch 'n Go gambar baby Alice :)


kad Touch N Go
guna foto baby Alice.
terima kasih Farah SaraKids!
:)

photocard Touch 'n Go
boleh dibuat di hub Touch N Go
di Bangsar South, KL Sentral dan Nufri Johor Bahru
dengan harga RM25.

cuma bawa foto dalam kad memori kad
atau flash drive.
kad ada warranty untuk 1 tahun.
kalau rosak boleh tukar percuma
dalam masa tu.

kad ini boleh ditambah nilai
tanpa sebarang bayaran tambahan
di lebuh raya, stesyen LRT/KTM tertentu dan di Touch 'n Go SPOT di stesyen minyak.
di tempat² lain, bayaran tambahan dikenakan
seperti di stesyen minyak, bank, ATM dan agen.

maklumat lanjut: Touch 'n Go photocard

p/s: terima kasih untuk Farah SaraKids
yang berbaik budi buatkan kad untuk Alice.
duit pun belum bayar lagi ni
hehehehe
:p

p/p/s: Farah kata dia buatkan free saja
sebab bagi idea untuk tv show dia.
Thank you, Farah.
dah macam² dah Farah bagi :)
setakat nak sumbang idea apa sangat,
meh kasik idea lagi seguni :p

Sunday, March 25, 2012

Hilmiey belajar mainan baru

awalnya mama Mia berat juga nak beri Hilmiey cuba barang² kat baby department
sebab Hilmiey belum boleh duduk sendiri
masih nak kena pegang,
tapi mommy kata bagi la peluang dia nak cuba
tengok macam mana dulu.

mula² duduk di baby activity station
kaki Hilmiey macam tak sampai
walau pun kita rasa Hilmiey dan Alicea sama tinggi.
disebabkan kita pun tak tahu
macam mana nak adjust ketinggian activity station tu
Hilmiey pun diletak pada walker yang ada alas kaki.

kita yang tengok yang terlebih excited daripada Hilmiey!
:p


umie bagi penerangan & kata² perangsang untuk Hilmiey


Hilmiey tengah proses
data² yang ada di depan dia


Hilmiey masih belum yakin.
dia simpan tangan dia!


mama Su pulak ajar Hilmiey


akhirnya Hilmiey mula cuba explore mainan kat walker ni
bila dah pandai Hilmiey punya la seronok main
siap berdiri lagi sambil main!
:)

moga² baby kita bijak, sihat dah dilindungi selalu
:)

my baby is so vain! :p

baru² ni
mama Su ajak kita jalan²
sama Hilmiey dan family juga.
masa yang lain tengah syok main game token
dan masuk tempat permainan kanak²,
mommy bawa Alice ke tempat barang baby.
saja nak cuba apa yang ada
nak memenuhi masa lapang.

Alice tak perlu walker atau activity station pada peringkat ni
sebab dia dah boleh mula berjalan.

bila saja suka² letak Alice di baby activity station
baru perasan satu perkara -
dalam banyak² toys yang ada kat station tu
tau apa yang Alice paling suka?
cemin!

hahaha
bukan sebab Alice vain suka tengok muka dia
tapi sebab cermin yang paling interaktif
boleh buat macam² aksi

baby mommy ni la!
:)


suka bila tengok cermin!


pusing pusing pusing


imej yang berubah² pada cermin

p/s: baby activity station untuk bayi belatih berdiri. boleh gerak kaki (ada plat yang boleh pusing² kat bawah) tapi tak boleh bergerak ke sana ke mari macam walker. yang ni harga RM189 kat Jusco AU2 Keramat

belajar memandu, ambil lesen kereta


TTDI
dekat dengan 1 Utama
bila dah ada lesen motor
ada 2 pilihan
untuk belajar memandu dan ambil lesen kereta

Pakej Biasa
RM650
tak perlu hadir kelas ceramah
8 jam belajar memandu
Ujian JPJ pada hari Isnin/ Jumaat
kalau gagal ujian JPJ perlu tambah RM150 untuk ulangan

Pakej Sampai Lulus
RM850
tak perlu hadir kelas ceramah
12 jam belajar memandu
Ujian JPJ pada hari Isnin/ Jumaat
kalau gagal ujian JPJ tak perlu bayar apa² hingga 3 kali gagal

bawa:
RM300 deposit waktu pendaftaran
lesen motor, IC
2 keping gambar
baki bayaran perlu dijelaskan pada kelas ke 2 atau ke 3 belajar memandu

ada lagi tempat lain lagi best?

p/s: teringat waktu test JPJ dulu - pegawai² JPJ asyik tanya dah kahwin ke belom. tu soalan favorite diorang ke uh?! :p

Saturday, March 24, 2012

Alim's wedding

kalau dulu tak ada rezeki
tak dapat kita hantar rombongan meminang untuk Alim
alhamdulillah
kali ni dah selamat majlis sambut menantu
di Jalan Peel, KL.


teringat waktu majlis kenduri dulu
udang yang berdiri ni punya la banyak tulang!


si gadis misteri yang sungguh vogue
kalah pengantin!


baby Alice jalan² dalam dewan
budak kecik yang sungguh aktif!


mama Pi & family dari Kampung Pandan


Hilmiey and the girls
:)


Hilmiey Firdaus sama pak long Firdaus.
Hilmiey dah mengantuk!


selamat pengantin baru!
:)


ambil gambar kakak
hujung tahun ni majlis saya pulak!
:D


pertama kali Alice tengok orang main kompang!


pengapit bila nak langsung?


agaknya pak long budget anak perempuan dia pulak yang dukung baby lepas ni
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...