damdiduuu

Tuesday, January 31, 2012

video: Sofía Vergara



Sofía Vergara pelakon yang berasal dari Columbia
popular dalam sitkom Modern Family.
baru² ni Sofia & Ellen DeGeneres digandingkan dalam iklan CoverGirl.
walaupun dah berumur 40 tahun
dan ada anak lelaki berusia 20 tahun
Sofía Vergara masih hot!





David Beckham & Sofia Vergara Diet Pepsi advert

video: What Lola Wants



Whatever Lola wants, Lola gets
And little man, little Lola wants you
Make up your mind to have (make up your mind to have)
No regrets (no regrets)
Recline yourself, resign yourself, you're through

I always get what I aim for
And your heart and soul is what I came for
Whatever Lola wants (Lola wants), Lola gets (Lola gets)
Take off your coat, don't you know you can't win
(Can't win, you'll never, never win)
You're no exception to the rule
I'm irresistable you fool
Give in (Give in, you'll never win)

Kamal Ashnawi ada RM20 trilion?

kalau orang terkaya di dunia ialah orang Perak ni
boleh kita tumpang senang?


sumber: Utusan Online 22/01/2012

Kamal Ashnawi terkaya di dunia, miliki RM20 trilion?

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

Neelofa dalam music video SevenCollar T-Shirt



hehehe tengok video ke dengar lagu?
:p

Neelofa

Nama Penuh : Noor Neelofa Binti Mohd Noor
Maksud Neelofa : cahaya bunga biru
Asal: Pasir Mas, Kelantan
Tarikh Lahir : 10 Feb 1989
Umur : 22 tahun
Tinggi : 158cm
Berat : 47kg
Adik beradik : Ke-3 dari 9 adik beradik (6 perempuan)
fb : facebook.com/pages/Neelofa-Heels - perniagaan menjual kasut menggunakan nama sendiri sebagai label
Pendidikan:
- 5A UPSR
- 8A PMR
- 10A SPM
- A Level di Kolej Damansara Utama, KDU
- Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Selangor
Iklan: Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree
Klip Video: Kau Bukan Aku, Tilu; Fragile, SevenCollar T-Shirt
Filem: Azura (versi baru), Lemak Kampung Santan, Pak Pong, Saya Amat Mencintaimu (SAM)
Drama: Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, Lara & Jiwa.
Pengacaraan: Paparazzi, Sekolahku Hebat, Nona
Pencapaian: Juara Dewi Remaja 2010

Selena Gomez, Rozita Che Wan: cantik & wangi

fan vote raspberry, purple freesia, vanilla untuk perfume baru Selena

Rozita Che Wan yang dikatakan dibayar berjuta²
untuk jadi duta One Drop Perfume

Rita Rudaini - Aidil Zafuan


Rita Rudaini Mokhtar,36
Aidil Zafuan Abd. Radzak,25
Airit Rayyan Rizqin,3
Airit Rafqa Arjuna, 9 bulan

perang twitter
Rita & adik ipar


sumber: mStar Ahad 15 Januari 2012

Rita Rudaini Sedih, Suami Keluar Rumah

PETALING JAYA: Keadaan rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar,36, dengan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak,25, kembali menjadi tegang apabila bintang bola sepak itu telah meninggalkan rumah mereka di Damansara di sini sejak seminggu lalu.

Menurut Rita, kejadian itu berlaku sewaktu dia bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan pulang ke kampung di Kangar, Perlis.

“Semasa di kampung, saya menerima mesej daripada Aidil yang menyatakan dia mahu keluar rumah. Sebagai isteri, saya tidak boleh berbuat apa-apa jika itu kehendaknya,” kata Rita sewaktu ditemui mStar Online di rumahnya di Sunway Damansara di sini.

Menurutnya, sewaktu tiba di Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu, dia mendapati pakaian, kereta dan motosikal Aidil sudah tiada.

Ditanya adakah apa-apa perbalahan sebelum peristiwa itu, Rita memberitahu dia ada menegur sikap Aidil yang tidak bercakap benar mengenai satu majlis ulang tahun kelahiran ibunya, Azizah Arshad,59, yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.

Kata Rita, dia agak berkecil hati kerana Aidil menyembunyikan majlis itu dan tidak mengajaknya untuk turut serta tetapi masalah tersebut dapat di selesaikan apabila dia membuat keputusan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.

Jelas Rita, dia menjadi bertambah terkejut apabila diberitahu oleh pembantu rumah mereka yang melihat Aidil bersama pasangan suami isteri iaitu Zaquan Adha yang juga kembarnya dan pelakon Ayu Raudhah terlibat membantu Aidil membawa dia keluar daripada kediaman tersebut.

“Saya terkejut kenapa ada orang lain sanggup mencampuri urusan rumah tangga saya dengan membantu “membawa lari” Aidil daripada rumahnya sendiri? Mereka sepatutnya memberi nasihat yang baik kepada Aidil dan bukan menghasut dia meninggalkan rumah yang menempatkan isteri dan anak-anaknya,” jelas Rita yang begitu sedih dengan kejadian tersebut.

Sehingga berita ini disiarkan Ahad, Rita sendiri tidak mengetahui di manakah Aidil tinggal tetapi ada menerima pesanan daripadanya yang bertanyakan tentang anak.

Kata Rita, dia buntu dengan masalah yang berlaku dan menyerahkan kepada Allah untuk memberi petunjuk selepas mengadu hal berkenaan kepada ibu dan bapa Aidil.

“Hubungan saya dengan ibu dan bapa mertua saya tiada masalah. Saya ada menghubungi mereka untuk menceritakan hal ini,” katanya.

Sebelum ini Rita dan birasnya, Zaquan telah “berperang” menerusi laman Twitter masing-masing apabila kedua-duanya berbalas kenyataan yang mempertikaikan sikap di antara satu sama lain.

Zaquan menyindir Rita yang tidak pernah berusaha untuk pulang ke Seremban bagi menjenguk mertuanya sendiri.

Manakala Rita pula mengatakan Zaquan bersikap keterlaluan yang bertujuan untuk memalukannya.

Rita memberitahu, perbalahan menerusi Twitter berkeesaan berpunca apabila Zaquan memberi komen yang menyakiti hatinya ketika dia berbalas pesanan dengan peminat berhubung kehidupan berumah tangga dan juga hubungan dengan mertua.

“Saya memberi nasihat secara umum mengenai mertua kepada peminat saya tetapi secara tiba-tiba Zaquan menyampuk menerusi laman Twitternya dengan menyindir saya. Pada hal, ia tiada kena mengena langsung dengannya,” kata Rita.

Jelasnya lagi, jika Zaquan tidak berpuas hati degannya, dia tidak perlu menyindir menerusi Twitter berkenaan sebaliknya boleh berhubung terus dengannya menerusi telefon.

“Kerana geram dengan sikapnya, saya terpaksa mengambil keputusan menulis beberapa perkara yang bertujuan untuk melindungi diri saya dalam Twitter miliki saya itu,” ujar Rita.

pengajaran: (diri sendiri) nak kena selalu balik rumah mertua ni! :p

Maria Elena


kalau tak jawab: berdosa
kalau jawab: sayang

alahai comelnya vlog dia
:)

Azwan Ali - Ummi Hafilda berdamai



- AzwanNur tweet
"Slm. Let's CEKUP jugak si BETINA NERAKA Ummi kasi REJAM hidup hidup ! Bako mayat diaaaaaa"

- adiknya Ummi Hafilda buat laporan polis
di Balai Polis TTDI

- Azwan ditahan polis membantu siasatan
mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan
kerana melakukan ugutan jenayah

- berdamai


Ally Iskandar & Farah Lee wedding

berkenalan September 2011
bernikah Januari 2012
masjid Kristal, Terengganu
Ally Iskandar 36 tahun, personaliti tv
Farah Lee 23 tahun, masih belajar di Korea
diperkenalkan oleh keluarga

... oh so sweet!
:)



Underworld: Awakening



filem Underworld ke-4, Awakening
dalam 3D
dibintangi oleh Kate Beckinsale
sebagai Selene, vampire warrioress.
kali ini manusia dah tahu kewujudan vampire & Lycan.
... nak kena pergi wayang ni!
:D



Najwa Latif: Biodata



Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif.
Tarikh Lahir: 23 May 1995.
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor.
Status: Pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.
Laman Sosial:
Blog (www.najwalatifs.blogspot.com)
Facebook Fanpages (najwalatif)
Twitter ( @njwalatif )
YouTube (www.youtube.com/najwa595)



Ombak Rindu



rupanya tak habis lagi orang cari Ombak Rindu ni.
bila nak beli novel dengan cover baru?

RM19.90 sahaja

fesyen raya tahun ni?

sejuk mata memandang

adaptasi

Monday, January 30, 2012

Restoran Bot jugak yang best!

selepas pengalaman tak berapa nak best makan di Delicious Mid Valley
abang bawa kita dinner di Chop N Steak Kampung Baru.
situ la port yang kita suka.
makanan sedap dan harga berpatutan.

jus buah cuma RM2.50 segelas.
chicken chop & steak bawah RM15.

malam tu kita order
- air laici
- fresh orange
- black pepper steak
(favorite abang!)
- dan sirloin steak.
RM29 saja, kata abang.

thank you, sayang
:)


Alice bad mood.
daddy
bawa Alice main meow.
daddy
sayang Alice
:)

makan apa?
dah licin dah semua
tak sempat nak ambil gambar
:p

thank you, sayang.
daddy selalu layan kita baik² sangat²
:)

tersalah makan

RM110.
membazir betul!
:(


asalnya nak snack dengan pavlova saja kat sini.
memandangkan dah petang tapi belum makan,
abang kata baik makan saja.

kemudian baru kita tahu makanan kat sini mahal sangat.
tak ada la sedap mana pun.
aku sendiri pun menyesal!
abang kata kalau pergi restoran bot boleh makan 4 orang.
next time kita datang sini untuk pavlova & meringue saja eh!

tq
sayang, sowy bazir²
:(

Sunday, January 29, 2012

Juara Lagu 26: Awan Nano



Awan Nano menang Juara Lagu 26.
lagu yang pernah menyentuh jiwa aku satu masa dulu.
ada yang tanya kalau aku teringat kekasih lama.
pada hal lagu ni ditulis waktu aku dah bernikah dengan abang.
aku dapat dalami lagu ni
sebab aku pun rasa yang sama
terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan dalam hidup ni.
terlalu banyak ...

tak ada yang perlu dikesalkan dalam perjalanan ni.
cuma kasih sayang, kesetiaan, pengorbanan
tak minta dibayar
tak minta dibalas
tak minta disanjung
cuma sedikit pengertian.

sekali lagi aku menitiskan air mata tengok video ni di youtube.
tak berpeluang tengok live
macam biasa, aku ibu sepenuh masa ...

pencarian

dalam pukul 4 petang aku keluar.
abang baru keluar dengan kereta.
takkan aku nak bawa Vespa pula.
seumur hidup pun cuma sekali aku pernah bonceng Vespa tu.

aku sarungkan baju raya.
kenapa baju raya?
cantik.
biar pun nak keluar merempat bergelandangan.
bila pakai baju cantik
mungkin tak begitu hina di mata orang.

aku dukung Alice.
cuma botol airnya mampu aku bawa.
jalan kaki.

sebelum keluar aku ingat nak beritahu abang.
kredit expired.
nanti bila dah top up la baru beritahu.
lagipun selalunya abang akan call aku sebelum balik.
masa itu boleh disampaikan mesejnya.

sekeping hati yang bergelandangan
mulanya aku nak ikut laluan kereta.
kemudian teringat ada jalan pintas merentasi play ground ke kedai runcit.
menggendong Alice
perlahan² aku jalan.
baru aku sedar.
lama dah aku tak berjalan kaki ke mana².
mengah.

sampai di kawasan kedai runcit melilau mata aku mecari².
setiap lorong, setiap jalan, setiap kawasan.
ada kereta polis dengan sekumpulan polis berunifom makan di restoran nasi ayam kukus.
namun apa yang dicari tak kelihatan.

selepas puas mejelajah kawasan kedai
aku bawa Alice duduk di depan kedai dobi.
sebelah balai polis.
best pulak kalau kebetulan orang telefon
" ... mana? ..."
"Balai polis!"
tapi tak ada pulak yang telefon.

Alice mula meragam.
aku suakan botol berisi air kosong.
entah apa yang orang kedai dobi & pelanggannya fikirkan.
mungkin sebab aku pakai baju raya.
tak nampak macam warga asing minta sedekah dengan anak kecik.
agaknya la ...

penat aku menanti
tak ada tanda² pencarian berakhir di sini.
kurang penat
aku gendong semula Alice.
lintas jalan menuju The Curve.

rezeki burung vulture
semasa di bulatan depan balai polis
aku ternampak sekawan burung helang
terbang berlegar di udara.
tak semena² aku teringatkan jurufoto yang menang anugerah Pulitzer.
dia yang merakan gambar anak kecil kebuluran
di belakangnya ada seekor vulture, burung pemakan bangkai
menunggu anak kecil itu mati.

ada kemungkinan aku menjadi rezeki burung² pemangsa yang sedang berterbangan tu?
Alice selamat
sebab Alice banyak simpanan lemak susu di peha dan pipinya
(syukur Alice tak suka didekati orang sebab stranger anxiety, selamat pipinya daripada dicubit orang!)

dalam pada aku berjalan
Alice dah penat
dah mula mengantuk.
mukanya digesel pada tudung hitam yang aku pakai.
sebelum keluar tadi sempat juga aku iron tudung hitam tu.

walk the dog & sekawan Bangla
sampai di Mutiara Homes, 2 buah kereta keluar.
aku tunggu kereta lalu
sebelum melintas kawasan keluar masuk di situ.
kebetulan ada seorang lelaki membawa anjingnya berjalan².
lega sikit hati aku.
kalau petang² ni pun tuan anjing bawa anjing keluar jalan²
apatah lagi aku.
apa hinanya gendong anak kecil ambil angin di luar.

lelaki dengan anjing membuka jalan untuk aku dan Alice.
mereka laju.
aku ikut dari belakang secara perlahan².

selepas lampu isyarat berhampiran e@Curve
aku bertembung dengan sekumpulan lelaki warga asing.
betapa kecilnya aku rasa.
mereka pendatang.
aku pribumi.
tapi aku tak ada pakaian seragam
tak ada kawan
tak ada gaji apabila cukup bulan.
menggendong anak.
di sebalik baju raya
aku rasa serba serbi kekurangan berbanding mereka.

sampai ke jalan besar
aku melintas jalan.
tapi jalan yang menghala keluar daripada Mutiara Damansara agak sesak.
kereta laju bertali arus tak putus².
aku jadi kaget.
sejujurnya sebelum hari ini aku tak ingat langsung bila kali terakhir aku melintas jalan besar.
aku seorang pun tak yakin boleh lepas.
sekarang aku menggendong Alice.
bahaya!

Funky Villa & Sinchan

akhirnya aku menyusuri pembahagi jalan berumput tebal.
sampai dekat dengan Funky Villa baru boleh melintas.
setiap kali lalu depan Funky Villa aku teringatkan gig Boot Axe dulu.
aku plan nak pergi selepas habis cerita Sinchan.
belakang rumah je pun.
(jalan kaki pun sampai!)
tapi aku tak ingat apa sebabnya abang tak mahu bawa kita keluar malam tu.
biar lah.
perkara dah berlalu.
Boot Axe pun dah selamat perform di situ
dan juga di venue² lain.
aku tau kalau Ahkim yang punya band, dia proaktif dalam cari peluang perform dalam apa² jenis gig pun.
moga² di lain kesempatan ada rezeki aku.

nak cerita banyak pun tak guna.
aku punya la kokak
sampaikan hanya cerita Sinchan saja yang aku tahu.
hanya itu satu cerita yang ditunggu² dalam seminggu.
Sabtu, 7 petang, NTV7.
Sinchan pada aku kartun yang lucu
tak macam Arale, One Piece, Origami Warrior dan yang lain², termasuk Doreamon.
namun disebabkan aku ibu sepenuh masa,
'hiburan' tak masuk dalam jadual aku.
lelucon 30 minit pada petang Sabtu tu tak layak untuk aku.
akan ada saja perkara lain yang lebih penting
:(

masih mencari
dengan mata yang masih mencari² pada setiap tempat dan kemungkinan
menyeberangi Laundry Bar dan The Garden Restaurant
baru aku sedar rupanya Ikea masih jauh.
dekat Mc D yang ada drive through sana.
dengan sabar aku peluk Alice dengan kejap
walau lencun berpeluh dah lelah seluruh badan.

melintas jalan ke Ikea mudah
sebab ada lintasan zebra dan lampu isyarat untuk pejalan kaki.
sampai di Ikea yang secara amnya memang tempat untuk sekeluarga
hati aku sayu kembali.
aku baringkan Alice di katil baby.
aku berikan dia air kosong dalam botol.
baju raya ni tak memudahkan aku untuk menyusukan Alice.

Alice lapar.
aku baringkan dia di baby cot

tukar port
Alice leka dengan hanging mobile

bosan
tengok itu ini lain pulak

gah
tapi tidak mengujakan aku pada kali ini


di Ikea aku sempat berborak dengan Arissa.
budak kecik keletah yang mencari lampu bilik tidur.
asalnya datang nak beli lampu kumbang.
lampu kumbang warna 'green', katanya.
lalu aku cadangkan ambil yang bentuk 'flower'.
sempat juuga Arissa demo pada aku torch light yang tak guna bateri
kena pusing² tombol untuk jana elektrik
(tapi lampu tak nyala² pun!) :p
Arissa dan keluarganya adalah golongan tipikal yang shopping di Ikea.
... tak macam aku
yang masih lagi tercari² di sini
:(

yang aku cari tak ditemui di Ikea.
dalam kesesakan orang ramai
aku bawa Alice ke lobi.
duduk di sana.
Alice dah mula buat perangai.
letih, mengantuk, bosan, lapar.
tak ada orang lain yang lebih kenal anak aku.

lama juga aku tunggu di Ikea.
dah pukul 6.
tak nampak tanda² kemunculannya.
aku mula lapar.
ice cream Ikea tak sedap.
rasa ubat gigi.
aku menyeberang jalan ke The Curve.
sambung beratur dalam barisan yang panjang di kaunter ice cream.

musibah
selalunya bila pasangan berputus kasih
seorang yang masih sayang tu akan menyumpah² pasal karma.
dia akan jadi sakit.
seterusnya ugut bunuh diri.
perkara yang buruk datang bertimpa².

aku tak berputus kasih.
tapi kesakitan dan kesedihan datang bertimpa².
jari ibu tangan kanan aku
3 kali terkeluar daripada soketnya.
sakit.
jari ni memang sejak bersalin mula sakit
sebab kena duduk dalam posisi menyusu yang tak selesa
lama pulak tu tiap² malam, tak pernah ada cuti langsung.

hari ni 3 kali malang.
sekali waktu beratur di kaunter aiskrim Mc D
Alice dah mula menjerit kuat² panjang².
"Mommy feed you water, baby"
dalam tergesa² membuka tudung botol untuk Alice yang terjerit²
jari tersentap
sakit sangat²!

dah dapat ice cream
aku bawa Alice duduk di meja.
belum sempat duduk
Alice tepis ice cream yang aku letak di atas meja.
(balik rumah daddy kata tangan Alice bau coklat)
hampir nak terjatuh ice cream dah sampai ke bucu meja.
cepat² aku ambil dan dirikan semula ice cream tu.
pergerakan tangkas sekali lagi merentap ibu jari.
menyakitkan.
punya kuat aku pegang ice cream
sampai berlubang cone tu.

Alice dah sampai waktu kemuncaknya.
menjerit, menangis, meronta², tak makan dipujuk.
dengan sekuat tenaga aku dukung Alice
sekali lagi aku terkena.
hari tu aku betul² ingat jari tu dah tak boleh pakai.
ini la nasib orang bergelandangan.
dah la miskin hina, sakit² sana sini pulak tu.

jalan terakhir
aku tak ada pilihan lain
melainkan ke 7 E beli top up.
elok sampai depan Starbuck, hanphone aku berbunyi.

apakah yang bakal berlaku?
siapa telefon?
adakah skrip cliché bakal digunakan?
"Aku punya suka nak pergi mana, kau jangan sibuk!"
(setiap kali dengar skrip tu dalam drama Melayu
aku mesti tension!
apa la ke bangang sangat?!
dah sah² tu bini dia.
memang la bini dia ada hak nak tanya laki dia pergi mana.
dia ingat bini dia jadi isteri taat ke kalau tak pernah tanya the whereabout of laki dia).
adakah aku akan selamat pulang?
(penat woo nak jalan kaki balik!)
dan akhirnya berjaya rakamkan pengalaman di blog?
:p

... nantikan sambungannya
(yeah, wait forever!)

Saturday, January 28, 2012

bercinta di Butterfly Park KL

Ticket: RM10 adult

park
yang sangat tak mesra stroller.
tangga merata².
mesti tak ada OKU berkerusi roda yang melawat taman ni.

selain dari faktor tu
suasana kat sini nyaman, tenang & aman.
memang sesuai untuk orang yang bercita
:)


daddy belikan tiket masuk
:)

butterfly makan pisang, nanas dan bunga raya yang disiram dengan campuran 10% madu, 90% air.

banyak tortise lapar!

nyaman dan tenang kat sini
:)

Alice dengan butterfly.
daddy
tangkap butterfly bagi kat Alice
:)

mommy sama Alice suka jalan² kat sini
:)

kemaruk air terjun

pernah tengok labi²?
labu labi pernah?

banyaknya ikan, Alice suka!
:)

abang kata bunga ni cantik,
nak bawa balik!


tq daddy bawa kita jalan² sama²
:)

Friday, January 27, 2012

nak makan pizza, nak makan pizza!

macam² perubahan berlaku tahun 2012 ni.
antaranya yang kita tak perasan
di Tesco Mutiara
dah tak ada Pizza Hut.
jadi bila (isteri) teringin nak makan pizza
kita kena cari alternatif lain.

syukur, ada juga rezeki.
terima kasih banyak²
:)


Vivo The Curve kat Tingkat 1, The Walk

abang usya menu

Alice nak makan apa agaknya ya?

pizza tak menarik perhatian Alice.
banyak lagi benda lain yang Alice nak tengok.

tak pedas pun.
letak pepper banyak²

letak cheese pulak
yeah yeah yeah!

daddy feed Alice
sampai Alice naik pening
:p

hmmmm apa lagi yang best kat sini?
abang tak puas hati kenapa kat Malones belakang tu 3 pint Tiger RM50
:p

saya suka hot chocolate.
tq
sayang
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...