damdiduuu

Monday, January 16, 2012

kenangan zaman sekolah: PBSM

waktu sekolah menengah dulu aku join PBSM
persatuan bulan sabit merah
kenapa?
sebab sejak sekolah rendah dah join kot.
kenapa?
entah la kenapa
tak ingat sebab tak payah beli uniform
atau sebab kakak yang suruh masuk :p

aku mula masuk pun lambat
tingkatan 2 baru mula kot.
sebab tingkatan 1 awalnya sekolah lain
kemudian baru pindah sekolah tu
masuk lambat
dah terlepas pengambilan kemasukan aktiviti ko-kurikulum tu semua.


best ke PBSM?
majoriti AJK waktu tu semua berbangsa Cina
tak ada apa yang racial kat sini
cuma nak kata yang diorang rajin.
kalau persatuan lain - akan diumumkan di perhimpunan bila mereka nak adakan aktiviti.
bagi PBSM ni tak payah.
tiap² minggu pun ada aktiviti.
kalau batal baru umum di perhimpunan.

PBSM buat apa?
kawat kaki
belajar kesihatan & pertolongan cemas
belajar nyanyi²
:D

kawat kaki kat padang
aku dah jadi commander
(aiceh, sebab tu ke suara baby Alice kuat eh?).
bila masuk kelas, belajar pasal perubatan
malah ada topik yang sama dengan subjek biologi tingkatan 5.
ada juga belajar banyak lagu
termasuk 'Take The First Step' - waktu satu konvensyen keamanan di Geneva
ramai orang buat ucapan keamanan
tapi Persatuan Palang Merah nyanyi lagu tu :)

camping
oh ya, waktu tingkatan 4 aku pernah ikut camping PBSM kat Bukit Cherakah
sekarang ni namanya Taman Botani, Shah Alam.
tidur dalam kemah yang cuma ada atap dan alas lantai.
bukan kemah bertutup.
yang tak boleh blah, ada 1 malam dalam pukul 3 pagi
diorang colek kumpulan kita punya kuarter master
pas tu 'mekap²' yang dia tangan patah la, dia pengsan la.
mula² aku ingatkan real mamat ni nak mati
lepas tu baru tau diorang nak uji kita punya skil pertolongan cemas :p

Flag Day
PBSM biasa tiap² tahun pun ada buat kutipan derma.
aku layankan je.
budak sekolah aku time tu memang loaded dan pemurah.
sampai melimpah² tabung tak cukup ruang
(masa tu tak terpikir nak 'cukai' sikit kutipan) :p
pernah juga kutip derma di pejabat kerajaan dengan senior.
pengalaman dulu² :)

First Aider
yang aku ingat dari dulu lagi aku suka pergi duty.
maknanya pergi duty buat pertolongan cemas di kejohanan sukan.
itu cara aku bersosial rasanya
(sama macam sekarang - bersosial dengan jadi photographer).
yang paling teruk yang aku pernah tengok rasanya
patah tulang rusuk.
rugbi.
yang paling macam lahanat
team cikgu lawan bola kalau tak salah
ditanya 'Dik, mana pengetua?'
aku malas la nak layan.
ni team cikgu².
walaupun bukan team sekolah aku,
aku yakin cikgu semua mesti kenal pengetua sekolah aku.
'Tu ada tu' aku jawab ala kadar.
'Oh yang putih sikit tu ya' laaa nak mengutuk pengetua sekolah aku rupanya :P

Sick Room
selain daripada duty time ada kejohanan sukan,
PBSM ada Sick Room.
sesiapa sakit boleh berehat atau minta ubat di Sick Room.
masa jaga Sick Room ni macam² jenis student aku jumpa.
termasuk la anak orang kaya (yang sekarang dah jadi Datuk)
yang handsome dan smart tapi ada masalah kesihatan ... jangan jealous! :p
Sick Room ni juga terletak belakang bilik Pengakap.
kadang² bosan² main la 'Hoi orang sebelah' :p
aku ingat lagi konon² macam orang sebelah tu alim sangat
dia boleh azan pulak tengah² hari buta
memang kaw² la kena bahan :p

yang paling best?
bila semua orang kena pergi merentas desa macam nak mati
aku boleh naik kereta cikgu
pergi check point
catat nombor orang yang sampai.
waktu sukan sekolah pun sama.
orang bersukan bagai nak rak
aku standby dengan beg first aid kit kat tempat redup dengan air milo kotak.

yang tak bestnya?
bila orang nampak je aku dengan t-shirt lambang bulan sabit merah
tiba² dengan tak semena²
'Adodoi sakit kaki. Tolong! Tolong!'
'Eh tiba² rasa macam nak pengsan! CPR! CPR!'
'Saya pening kepala la ...'

haaa korang pun biasa buat perangai cam tu ye!


p/s: bila fikir² balik, confident jugak aku time tu dengan pengetuahuan pertolongan cemas aku.
dulu memang extensive punya pengetahuan - macam² kursus pertolongan cemas aku ikut.
hmmm sekarang ingat lagi tak eh? :p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...