damdiduuu

Saturday, December 29, 2012

playground Taman Tasik Perdana


ini la tempat kegemaran Alice
daddy pulak suka sangat layan Alice
bawa ke playground
dan main² sama Alice.
tq daddy!
:)


merempit?!


siapa yang main sebenarnya ni?!


tengok daddy gayut²
Alice pun nak buat juga!


senaman tinggi rendah tinggi rendah
:D


slide yang paling Alice suka.
naik kereta pantang nampak slide
dari jauh lagi dia dah jerit 'Wheeeee!'
:D


macam² mainan budak kecik ni nak main.
bukan patutnya 15 minit otak dah penat ke?!
:p

Friday, December 28, 2012

Alice's pearly whites

satu perkara yang mommy terlupa nak sebut
dalam perkembangan Alice 1 tahun 8 bulan
ialah gigi Alice dah ada banyak!
gigi bawah depan: 4 batang
gigi bawah geraham: 1 sebelah kanan
gigi atas depan: 4 batang
gigi atas geraham: 1 kiri 1 kanan
gigi taring atas: baru nak tumbuh 2
fuuuuu ada 11 batang gigi + 2 taring atas nak tumbuh!


Alice makan biskut 5 keping
tak minum susu pun petang ni, kata kakak pengasuh.
dah makin banyak gigi
Alice dah lebih suka makan agaknya?
kalau makan manis² mesti berus gigi tau!

Alice meragam masa nak tumbuh gigi?
sama saja manjanya
sama saja nakalnya
ada juga waktu tidur
Alice tak semena² menangis malam².
ada satu malam tu memang kerap sangat
sampaikan esoknya kita semua bangun lewat
sebab malam tak lena tidur :p
mommy punya la concern
ingatkan Alice trauma kena marah/pukul sampai termimpi²
jadi mommy pesan pada Alice
kalau kawan di nursery nakal
marah dia, kata 'No! No! No! Don't be naughty!'
dan berkali² mommy ingatkan Alice
yang tak ada orang boleh pukul Alice
sebab mommy sayang Alice
mommy akan jaga dan lindungi Alice baik²
:p

ada tanda²?!

Alice menggigit waktu nak tumbuh gigi?
waktu menyusu biasa la
kadang² tak sengaja
lebih² lagi waktu dah nak terlena
Alice kadang² tak sedar dia terhisap kuat sangat
atau dah lena dia ketap gigi kuat sangat
pada hal masih menyusu lagi.

waktu biasa?
dah 11 + 2 batang gigi nak tumbuh
mommy pernah kena gigit 2 kali.
sekali tu mama Mi pesan
'Kalau Alice tengok mommy, Alice gigit mommy ya'
terus Alice gigit mommy
:p

*sebenarnya kita kata pada Alice
'Bila Alice tengok mommy, Alice mesti senyum tau!'
Alice dengan sense of humor dia
dia tengok mommy
kerut kening
buat muka marah
kemudian dia ketawa² :D
tapi tak sangka bila kata 'gigit mommy'
dia gigit mommy betul² pulak!
:p

sekali tu pulak
tengah elok mommy tengok tv
tak tau apa sebabnya
tak semena² Alice gigit
sampai terjerit mommy dibuatnya.
terus mommy mengadu dengan daddy
yang kebetulan baru balik dari buang sampah kat luar.
fuuu bulat tanda gigi Alice, kemudian merah² lepas ni lebam la tu
-____________-

mommy dah nak menangis dah sakit kena gigit masa tu :(
daddy suruh Alice sayang & kiss mommy.
hui nasib baik mommy memang jenis yang sabar.
kalau tak, mau ada yang dah kena lempang refleks
:p


selalunya bila minum kita pesan kat Alice 'No hand'
Alice pun minum sambil peluk tubuh
tapi bila nampak saja botol Vitagen
itu yang nombor satu sekali dia nak pegang!
bukanny excited nak minum
tapi Alice suka main straw kecik dengan botol comel
:p

penjagaan
alhamdulillah
Alice suka berus gigi
sekarang Alcie sebut 'ba tish'.
kita masih lagi guna berus stage 1
belum confident lagi nak tukar kepada berus gigi kanak².
buat masa sekarang ni mommy yang beruskan gigi Alice
gigi bawah bahagian depan
gigi bawah bahagian belakang
gigi atas bahagian depan sebelah kanan
gigi atas bahagian depan sebelah kiri
gigi atas bahagian belakang
gigi besar bawah
gigi besar atas kanan
gigi besar atas kiri
lidah.
kemudian kalau ada masa lagi
mommy beri Alice main
berus gigi ikut suka dia
:)

gigi penting untuk makan
gigi penting untuk bertutur
(bila orang pakai braces, sebutan pun dah lari sikit)
gigi penting untuk keyakinan diri
gigi melambangkan kesihatan.
jangan nakal², nanti kena gigit!
=E

lagi hadiah!

selepas terima beberapa pemberian
ada lagi ho ho ho hadiah untuk kita rupanya
:)

kali ini kawan pejabat mommy bagi
dia baru balik dari Langkawi.
alhamdulillah
:)


semoga ada rezeki kita pulak yang memberi
insya Allah!
:)

Thursday, December 27, 2012

perkembangan bayi: Alice 20 bulan


mommy memang tau Alice dominan bila main dengan budak² lain.
Alice jadi ketua kelas nanti, ok?!
:D


main sama²
:)

cakap apa?
dari dalam kandungan
mommy nak anak mommy
out spoken, extrovert,
berani, pandai berkomunikasi, lively dan ceria.
Alice keluar² saja
nangis dengan suara yang nyaring,
tak suka duduk diam
selalu ada yang nak dicerita
dan suka belajar perkara baru.

terbaru menjelang Alice masuk 1 tahun 8 bulan
makin terserlah ciri² ketrampilannya.
mommy pernah tengok di nursery
masuk² saja Alice terus marah kawan dia
sebab selongkar barang kat belakang pintu
(siap kakak pengasuh pun back up dia, tak kasi kawan tu selongkar barang!).

pernah sekali daddy ambil towel
dan tak sengaja terjatuh barang lain yang ada dekat² dengan towel tu.
Alice yang masa tu tengah menyusu
terus nyanyi ejek²
'ba - yu a - tu'
'ba - yu a - tu'
'bayu ya tu'
'bayu yatuh'
sambil goyang² jari telunjuk.

tak padan dengan pelat!
tetap jugak nak ejek² orang.
dengan bersusah payah dia nak cakap 'baju jatuh'
lama² baru lancar.
nak ejek punya pasal! :p
agaknya Alice kat nursery selalu ejek kawan dia, tak?!
:p


tak padan kecik
nak main kat pool orang dewasa.
tq daddy layankan kakak
:)


apa la Alice ni
asal main slide je mesti pegang sebelah
safety first ya? :p
kalau mommy masih semua nak selamat.
daddy yang berani bagi Alice main mainan yang mencabar kat play ground
:)

living skill
selain daripada pandai pakai kasut sambil berdiri,
Alice tengah belajar pakai seluar sendiri.
mommy bersyukur
setiap kali mommy tanya 'Where's your right foot?'
Alice beri jawapan yang betul.
pakai seluar sambil duduk
kemudian berdiri untuk tarik seluar ke atas.
part yang belakang belum lulus lagi
masih kena bantu.

pakai baju sendiri masih belajar lagi
dengan gigih dan bersungguh².
cuma Alice ni kalau orang tegur dia memang cepat meragam.
kalau tersalah sarung kasut kiri ke kaki kanan
memang nak kena guna seluruh kepandaian kita yang ada
untuk terangkan pada dia kasut tu salah kaki.
kalau tidak memang payah
sebab bila ditegur, Alice ingat kita tak beri dia pakai kasut sendiri
atau tak beri dia keluar, tak boleh pakai kasut
sebab itu dia sangat² frustrated.
fuuu bukan senang nak mengajar orang rupanya!

... macam mana agaknya kegigihan mak ayah, datuk nenek dan cikgu kita kecik² dulu!


hujan lebat.
mommy kata kat kakak pakai tudung.
serkup kepala dengan baju yang pakai pagi tadi.
tambah topi kat atas.
selamat tak basah rambut.
comel tak?
ke rupa macam orang potong rumput?
:p

I love you, up front and center
mommy pun tak tahu sangat pasal attached parenting
tapi cara mommy besarkan Alice
mommy openly beritahu Alice
mommy sayang Alice
sebab mommy nak Alice tahu walau pun dia nangis atau meragam,
kotorkan tangan hitam² sebab pegang periuk kat dapur,
tumpahkan air sampai lantai licin,
sepahkan toys dan color pencil merata²,
mommy tetap sayangkan Alice.
of course kena la cuci dan kemas cantik² semula kan!

ada masanya rasa bersalah pun ada
bila cakap I love you kat Alice
lebih daripada cakap I love you kat daddy :p
I love you, yayang!
:D

mommy juga nak Alice ada self esteem yang tinggi.
mommy selalu kata 'kakak ni cantik la, mommy sayang kakak'
'amboi, pandainya!'
'good girl'
'clever girl
, kakak!'
mommy nak Alice tahu dia cantik, baik dan bijak.
apa² yang dia tak tahu, dia boleh tanya.
apa² yang dia nak, dia boleh belajar.
apa² keperluan, boleh minta pada mommy dan daddy
mommy nak Alice jadi serba boleh, sentiasa terima cabaran tanpa mengalah dan selalu suka belajar.

tengok muka Alice saja memang sejuk hati
geram nak hug, nak kiss selalu.
belum lagi layan borak ceritanya yang tak putus².
cuma Alice ni sense of humor dia boleh tahan juga
masa tengah menyusu
kalau tanya 'kakak, rambut mommy cantik kan?'
nanti dia geleng kepala sambi senyum².
habis la kakak kena tickle dengan mommy!
'apa cakap rambut mommy tak cantik?! cantik la! kenapa pulak tak cantik?! mesti la cantik! mana ada tak cantik?!'
(suara kecik nada tinggi macam itik marah² sambil tickle Alice)
itu la yang dia paling suka
:)

sebelum berumahtangga lagi
mommy pernah nampak ayah paling bahagia
bila anak kecik dia hug dia
(yang mommy tengok tu kebetulan pula adalah anak angkat, apatah lagi kalau anak kandung!)
alhamdulillah Alice pun macam tu.
suka hug mommy
waktu suka hati happy²
atau pun waktu menangis sedih².
yang istimewanya
bila mommy sakit, mommy tak sihat
Alice usap kepala mommy, sapu pipi mommy dan hug mommy.
Alice kesian.
Alice sayang mommy
:)


kebelakangan ni tak tahu la
sama ada Alice tak cukup makan di nursery
atau memang sengaja suka snacking.
hari² mesti nak bawa bekal Koko Krunch pergi nursery!

kasih ibu
pasal makan
setakat ini yang kita tengok
paling banyak Alice makan nasi ialah sup daging
yang ada rencah kentang dan lobak merah.
tak semena² mommy teringat waktu mommy kecik dulu.
arwah mak selalu kecik²an daging
supaya mommy senang nak makan nasi yang bergenang dalam sup daging.
kenangan silam
yang masih terbayang di ruang minda.
tiba² mommy terasa
macam mommy taksub nak cari panduan nutrisi bayi
dari website pakar yang canggih².
pada hal pilihan tu kita dah lalui sejak masa kita kecik dulu
(nak tanya kat arwah mak tak boleh, terpaksa cari alternatif lain).

'pilihan' la tapinya,
bukan ultimate solution.
walau apa pun yang kita (atau mak² kita!) pernah lalui
dah jadi tanggungjawab kita untuk belajar dapatkan yang lebih baik
selari dengan perkembangan maklumat yang sedia ada sekarang ni.
takkan la kita nak duduk takuk lama
pada hal anak kita hari² mengahadapi cabaran baru sekarang ni.
yang baik jadikan tauladan.
semestinya kita sentiasa nak berikan yang terbaik untuk anak².
inysa Allah.


perkembangan terbaru
dari dulu pun suka ting ting ting solex
bezanya sekarang dah tak perlu nak jengket kaki pun dah sampai.
lepas tu pulak bila tengok kotor
basah² rumput dengan daun bagai
terus tak jadi nak ting ting ting
:p


apa barang nak main kotor²
macam budak² je
:p

Wednesday, December 26, 2012

ho ho ho hadiah hadiah!

selain daripada hadiah yang dulu
ada lagi hadiah yang sempat ditangkap gambarnya kali ni:


alhamdulillah
lagi hadiah daripada orang pejabat daddy
:)


hadiah besar daripada boss
sampai sekarang belum ada rezeki nak buka lagi
punya la sibuk!
:p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...