damdiduuu

Thursday, October 4, 2012

comelnya!

waktu shopping barang dapur kat Tesco
nampak yang comel² ni
kat bahagian sayur².
tak tahu la apa rasanya
tapi ini adalah antara barang yong tau fu
yang ada dijual kat sana.
comel kan?!
:D



harga gula naik 20 sen


harga gula dah naik
jadi RM2.50 sekilo
sebab subsidi gula dah dikurangkan.
tambahkan manis dalam senyuman!
-________-

Wednesday, October 3, 2012

Birkin bag warna biru

selepas membaca buku The Secret
beberapa tahun lalu
persepsi hidup aku boleh dikatakan
mengalami perubahan yang agak drastik.
sejak itu aku secara sedar dan sentiasa berusaha
untuk jadi positif.
sentiasa positif.
setiap masa selalu ingatkan diri dengan perkara positif.
senyum supaya jadi positif.
bila nak mula bercakap atau menulis
sentiasa nilaikan
apa yang keluar tu positif atau negatif?
kalau negatif: berhenti. elakkan. senyap.
jangan sakitkan hati orang. jangan rosakkan mood orang. jangan jadi dajal.
cari sudut positif.

ditambah lagi bila aku berpeluang baca
How to Win Friends & Influence People
dan
How to Talk to Anyone.
aku belajar supaya cakap perkara yang orang nak dengar
dan bukan cerita pasal diri atau baby aku 24 jam sehari kat semua orang :p

tips² dalam buku² tu
sangat² berguna
terutama masa nak bersosial dengan orang berpangkat tinggi
terutamanya boss² aku.
secara semulajadinya
aku bukan orang yang suka mencapub
atau suka mengipas²,
jadi tips² yang ada dalam buku² tu beri idea
untuk cakap perkara santai yang menarik,
tidak la aku asyik makan mengadap pinggan di majlis
atau asyik tanya bila nak naik gaji saja depan boss² :p

susah
walau macam mana pun
ketika melalui hari² mendatang dalam hidup ini
memang kita tak dapat lari dari cabaran.
ada kalanya
macam mana positif pun kita
rasa terpatah tongkat
terkoyak jaring keselamatan
dan rasa tak selamat
bila dugaan yang dirasakan terlalu membebankan.

aku rasa susah.
susah sangat²! :(
malah sebenarnya
aku nak tulis blog hari ini
dengan tajuknya 'Susah!'.

sebagai manusia biasa
kita selalu tertekan bila suatu perkara
tak terjadi sebagaimana yang diharapkan.
apabila sesuatu yang tak diharapkan tiba² terjadi.
secara fitrahnya juga
bila kita tengah mood down
kita selalu suka untuk cari semua perkara² yang tak berapa nak best
dan kita campur² dengan semua perkara² tak best
nak membuktikan kita memang tengah tak best langsung!

alhamdulillah
dalam mencari perkara² tak best
sebaliknya aku terjumpa dengan perkara² tak dijangka
yang menunjukkan kasih sayang Tuhan itu terlalu besar hikmahnya.
walau pun Dia menduga dari satu sudut
dalam banyak peluang lain
Dia tak pernah zalim pada kita.
rahmatNya tak pernah putus.
syukur.
alhamdulillah.


tersentuh hati
bila tengok di bekal
dah disiapkan sudu oleh encik suami :)
setakat sudu bodoh memang boleh cari mana²
tapi ingatan yang tersayang
tak ada tolok bandingnya.
tak ada yang super extravagant hari ini
atas sup labu
dan bawah nasi goreng ikan bilis-belacan yang paling sedap yang aku pernah rasa.
kalau ini bukan nikmat
maka aku tak tahu la nikmat tu apa.
alhamdulillah!


satu sesi pam
dapat hampir 3 botol untuk bekal Alice.
dalam 1 hari Alice cuma perlu dibekalkan 4 botol susu.
dah umur 17 bulan maka Alice kena makan makanan seimbang untuk dapat khasiat secukupnya.
susu ibu sebagai pelengkap
supaya tak perlu minum susu formula sebelum umur 2 tahun.
memang mewah bila dapat susu banyak ni dalam 1 sesi
alhamdulillah!


diskaun sana sini sikit²
dan cash voucher beberapa ringgit
bila ditambah jadi lega.
alhamdulillah!
betapa banyaknya cara Dia memberi!


dalam aku mengeluh susah itu ini
aku terpana!
waktu hantar Alice ke nursery
ada mak budak yang sama² hantar baby ke nursery yang sama
bawa Birkin bag warna biru muda.
punya la mahal beg tu
sampaikan dia tak tinggalkan dalam kereta.
dia bawa Birkin bag
dan pembantunya bawa baby.
I mean c'mon!
kalau orang tu boleh ada Birkin bag
takkan la hidup kita ni susah sangat sampai tak ada peluang langsung?!
mesti ada jalan untuk kita

agi idup, agi ngelaban!
chaiyok²!
gambateh!


p/s: aku google harga Birkin bag dalam RM30,000 - 50,000 direct conversion
kalau harga jual tak tahu la mark up berapa
dengar sampai RM70,000++
hanya kak *** yang ada banyak koleksi Birkin bag boleh beritahu harga sebenar :p

Tuesday, October 2, 2012

foto: Carburetor Dung

entah kenapa bila tengok poster ni
teringat kat Carburetor Dung :p

Gig: War All The Time
Giggers @Paul's Place, Old Klang Road
29/11/2008









Monday, October 1, 2012

Prof Muhaya - Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri



*bersyukur atas peluang menjadi isteri

tujuan menjadi isteri

1) ikut sunnah
dapatkan anak soleh yang mendoakan selepas kita mati
untuk pencen kubur

2) untuk hidup bahagia

bila ada tujuan, maka ada visi
yang nampak dalam mata hati

visi
1) sihat
- cantik, jaga kesihatan, jaga pemakanan

2) bijak
- berfikiran positif dan beri nilai² positif kepada rumahtangga

3) tinggi kerohanian
- jaga aurat, jaga solat, jaga suruhan Tuhan, tinggal yang dilarang

4) jaga perhubungan
- jadikan suami lebih baik dengan ibu mertua berbanding sebelum nikah

5) kewangan
- belanjakan wang pada tempatnya, tidak berlebih²an (barang kemas, barang berjenama untuk menunjukkan status)


matlamat

1) fizikal

perlu tahu nutrisi dalam menyediakan makanan untuk keluarga:
karbohidrat (selepas makan, cepat lapar semula)
- Glycemic Index tinggi: risiko diabetis, lemak disimpan dalam tubuh
- Glycemic Index rendah: memberi tenaga


protein (selepas makan, lambat lapar semula)
- molekul panjang
- jadi tambah susu, telur, daging ke dalam menu

air
- sangat merbahaya minum air paip tanpa penapis

vitamin
- perlu makanan tambahan kerana sukar untuk dapat semua nutrisi dalam makanan harian

senaman
- budayakan senaman dalam keluarga

2) mental

jenis buku apa yang dibaca?
channel tv mana yang ditonton?
orang yang kita jumpa?

3) kerohanian
setiap hari berniat
untuk menjadi hamba Allah yang baik
menjalankan hari ini mengikut hukum Allah

4) perhubungan sesama manusia

panduan apabila berhubung dengan orang lain
i - hargai
ii - sebut kebaikan
iii - jangan kritik

isteri perlu
- hormati suami
- puji , peluk anak, katakan pada orang 'Saya bangga dapat anak macam Alice' :)
- baik dengan ibu mertua

5) kewangan
- tumpukan pada kesihatan
- seminar, buku² bermanfaat untuk anak²
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...