damdiduuu

Showing posts with label steamboat. Show all posts
Showing posts with label steamboat. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

pemberian

Ramadhon.
ramai orang memberi.
kita banyak menerima
:p


 papa Zuri belanja berbuka kat Seremban 2.
traffic jammed
sampai lambat, nak masak² bagai.
yang paling mahal - dapat berkumpul adik beradik buka puasa sama².
tq papa Zuri!
:)


dari sebelum puasa lagi cari serunding
untuk makan dengan nasi panas waktu sahur.
mak papa Zuri jugak yang kirimkan akhirnya.
alhamdulillah!




Samsung SEF220A
guide number 16
nak padankan dengan Samsung NX
kamera yang sensor sama besar dengan DSLR
tapi body lebih kecil & ringan.
touch screen AMOLED 3.3" tilt up & down.
supersonic drive dust reduction.
in camera HDR
self cleaning sensor.
...  belum ada orang bagi lagi
ehem!
:p

Monday, February 4, 2013

pre CNY dinner

alhamdulillah
kali ni kita berkesempatan lagi
makan sama² dengan boss² dan kawan² opis
walau pun bukan semua ada.
sebelum ini kita pernah makan Yee Sang di restoran Jepun kat sini
tapi kali ini kita ke steamboat.

risau juga mommy nak bawa Alice makan malam sejuk²
siap pakaikan legging dan jacket
tapi daddy kata Alice cepat berpeluh
dan Alice sendiri minta dibukakan jaket bila panas.


semoga tahun baru lebih ceria, lebih untung dan lebih sihat!


Alice pun makan steamboat.
makan sikit
main lebih!


nyum!


panda suka baju cheongsam Alice
:p


panda besar!
Chinese New Year deco
Waterfront Desa Park City

Monday, January 7, 2013

Steamboat Seremban 2

Steamboat Seremban 2
dekat dengan Jusco Seremban 2
dewasa RM22
55 tahun ke atas RM18

sebelum ni kita pernah datang sini
kalau tak salah
sebelum ini macam banyak pilihan
dan harga cuma RM20 seorang.
kali ini walaupun harga dah naik
dan makanan pun dah dipotong kecik² sikit :p
kita masih puas hati dan makan sampai kenyang².

tak ada kuew teow, cuma ada mee udon
sedap juga rasanya.
mee² kering lain pelbagai rupa dan warna ada banyak juga.
air oren, sirap
buah tembikai dan nenas + asam boi + cili
(sayang ada rasa cili, kalau nenas asam boi je dah ngam!)
aiskrim durian (sedap!), jagung, vanilla, coklat, strawberi.
ada juga makanan yang dah siap masak macam nasi goreng, ayam goreng dan meehoon goreng.
bahan² steamboat ada macam² pilihan
dengan pilihan sos pun sedap² :)


master chef masak sayur
:D


yang seronok steamboat ni
ada grill
boleh grill daging kambing, ayam, ikan
cecah pulak dengan sos manis yang sungguh sedap!
nyum nyum nyum!


Alice makan sotong sikit, cereal sikit, aiskrim sikit
main saja lebih.


mama Su kenyang sangat²
banyak minum air dan makan buah, katanya
:)


smile!
ada rezeki kita datang lagi ya!

p/s: harga untuk 55 tahun ke atas ialah RM18
berbanding RM22 dewasa.
aku pun tanya pada kakak
'Kalau umur 55 tahun, selera kita menurun?'
tiba² cashier kat situ pulak yang ketawa :p

... kenapa masa kecik² dulu tak nak tanya soalan macam ni eh?
dah tua baru terfikir :p

Sunday, December 9, 2012

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

kebetulan ada di Shah Alam petang tu
kita pun ke SS13 Shah Alam
sebab dengar cerita tengah hari tu ada dipaparkan tentang
satu kedai steamboat di Jalan² Cari Makan.
boleh tahan pusing² cari jalan sebab tak ada alamat.
alhamdulillah jumpa juga
di depan Tupai² Steamboat.

boleh dikatakan banyak pilihan makanan kat sini
dari seafood, ayam dan minuman.
boleh buat sendiri ABC.
ada juga aiskrim serta buah potong oren dan tembikai.
yang paling special agaknya sebab ada banyak siput pahat.
mommy pun ini kali pertama makan siput pahat :)
kerang yang besar penumbuk tu tak sedap
mungkin sebab tak bersih agaknya :p

agak potong juga bila cuma ada periuk steamboat
tak ada pemanggang.
ada sup dan tomyam.
ok la sedap.

harga: dewasa RM25.54+


daddy suka sotong bulat²
bagi Alice dia pun suka
sebab ngam² boleh masuk kat jari telunjuk
:D


budak kecik makan sambil main
:p


nyum nyum papa Zuri, mama Mie sama Hilmiey pun suka steamboat


Hilmiey suka hati!


dah kenyang makan steamboat
makan cawan pulak
:p

view
: fb Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...