damdiduuu

Showing posts with label play school. Show all posts
Showing posts with label play school. Show all posts

Thursday, July 10, 2014

report card Alice - 3 tahun, semester 1

 OMG!
pertama kali dapat report card anak!
aku yang lebih excited daripada Alice :p
hari ini dalam sejarah betul la!

nama sekolah dah kena censored 


nama sekolah kat atas dah dipadam.
kelas Rainbow 2014 tu rasanya ada 5 orang je pun budak 3-4 tahun
:p


tiap kali tanya Alice
hari ni laoshe ada?
hari ni ada kelas Mandarin?
jawapan Alice memanjang tidak.
no idea apa yang Alice tau.
maSu tolong ajar Alice bahasa Mandarin ya!


part lompat² nyanyi jerit² semua dapat A.
anak daddy la katakan!
:p


Alice 3 tahun.
pergi sekolah pakai tiara :p
kita dah boleh percaya untuk bagi Alice makan minum sendiri
(biasa la over bearing mother tak suka makanan/minuman tumpah² sepah²).

muka Cina, cakap omputih!
perkembangan yang paling ketara sekarang ni rasanya
ialah penggunaan bahasa Inggeris Alice dah bertambah baik.
kalau dulu
sejak lahir mommy selalu cakap "Put powder"
bila Alice dah mula boleh bertutur
balik sekolah dia sebut "Beddak! ... Beddak!" sambil pegang botol bedak,
sebab pengasuh di taska berkomunikasi guna bahasa Melayu.

sekarang, 
kalau main sorang² pun Alice cakap English dengan diri dia sendiri
sebab kawan² kat sekolah rata² bahasa pengantar English.
yang terbaru, kita dengar
kalau minta buat apa²
Alice akan jawab "Allright."
bukan bunyi "orait" Melayu
tapi betul² slang mat saleh.

ingat lagi dulu comel je Alice tanya "OK tu apa, daddy?" :)
kita ajar "OK"
tapi nampaknya pengaruh kawan lagi kuat
:p

vocab dia masih terhad.
kalau kita cakap panjang²
nanti dia akan jawab "(apa tah dia cakap something² tak jelas) don't understand".
proposition dan grammar pun sama.
dia cakap lebih kepada maksud
macam "Look my shoes".
jadi ayat yang ringkas² kita betulkan. 
 "Look at my shoes, baby".
yang lain² kita biar je dia cakap tuggang terbalik pun.
biar dia biasa.

Alice 3 tahun.
14 kilo.
bila dukung Alice, daddy kata bawak beras :p
ada masa Alice manja nak berdukung.
selalunya dia suka jalan sana sini tengok itu ini.
bila penat, daddy bagi duduk stroller,
aman sikit!
... tiara tak tinggal!


power jab
memang nampak betul
salah sikit cepat je Alice nak menumbuk
(orang lain tak kena kot, mommy je easy prey).
cantik pulak tu dia punya jab stroke.
mana belajar entah!

dah la dulu ada polis unit khas kat tv
yang pakai serkup muka macam orang potong rumput tu.
bila nampak je terus Alice cakap
"Tu ninja!"
:p

macam budak² lain
Alice pun suka panjat sofa,
panjat ambik barang kat tempat tinggi,
geledah peti ais cari coklat/ sweets,
susun² barang rumah panjang² - buat choo choo train, katanya!

awak puasa?
oh ya, kebelakangan ni Alice dah tak bahasakan diri dia 'kakak' lagi.
dia dah masuk fasa awak-saya.
pengaruh rakan sebaya lagi la ni.

Alice puasa?
Puasa.
Awak minum susu tak?
Minum, sebab saya tak puasa.
-______-

Wednesday, January 2, 2013

Alice masuk sekolah


hari pertama sekolah tahun 2013.
hari ini Alice pakai baju Kiko
mommy nyanyi 'K I K O, Kiko'
Alice pun nyanyi sama 'Ko o ko o'
:p

tajuk tak nak kalah :p
sebenarnya mommy dah carikan sekolah untuk Alice
sejak tahun lepas lagi.
agak kecewa juga
bila kebanyakan tadika
cuma terima pelajar paling muda 3 tahun.
malah ada nursery yang cuma terima baby 18 bulan ke atas.

mommy ada satu sekolah yang paling mommy suka.
dah niat nak hantar Alice ke sana
bila dah masuk 3 tahun pada 2014.
tak disangka² baru² ini ada pulak cawangan baru dibuka
dekat dengan rumah.
jadi buat masa ni mommy masih pertimbangkan lagi sekolah² lain.
paling lewat insya Allah dalam bulan 6 ni
nak daftarkan Alice dah
sebab nak dapat early bird discount :D

survey
sebenarnya mommy berbelah bahagi juga.
daddy nak masukkan Alice kat sekolah Cina.
mommy tak ada halangan
cuma mommy nak Alice ada pendedahan dalam bab² agama dulu.
ada juga yang kata
yang paling afdhal kita ajarkan anak² kita mengaji selepas Maghrib
tak perlu nak tadika montesori Muslim yang mahal².
kalau boleh mommy nak Alice ada asas
dan mualim/ mualimah boleh ajar apa yang mak bapak tak dapat nak ajar
serta pendidikan tak terhenti setakat kat sekolah saja
atau ada had² umur.

lagi satu perkara yang buat mommy berbelah bahagi
ialah Alice dah ada favorite teacher dia sekarang ni.
memang ketara sangat
bila sebut saja nama teacher tu
terus bercahaya muka dia
senyum dan bukan main ceria dia bercerita :)

mommy sedar peranan cikgu sangat besar dalam pendidikan anak²
bukan setakat grapan kurikulum saja.
macam mana bagus pun misi, visi dan management sekolah tu
masih bergantung kepada personaliti guru yang mendidik anak².
kita sendiri pun masa sekolah dulu
kalau cikgu tak best je
mula la tak score subjek tu kan :p

memang tak ada pilihan lain
tapi kena tengok waktu pembelajaran pada hari² biasa
dan kenal dengan cikgu yang bakal mengajar
(pengalaman pahit bila jumpa dengan pengetua semua cerita bagus²
bila jumpa orang yang mengadap hari² baru keluar macam² isu!)


moga² Alice selalu ceria, selamat, sihat dan
suka belajar, tambah pengetahuan tak jemu²
:)

jadi tahun baru ni
Alice masih di sekolah lama.
kalendar baru - Alice dah masuk 2 tahun.
setakat ini mommy tengok Alice conteng² buku sampai tangan tercalit² dakwat pen,
buat fruit salad, warnakan rabbit, buat topeng cow
dan beberapa art projects lain.
mommy pun tak berharap sangat
sebab sekarang Alice baru nak masuk umur 2 tahun
tapi aktiviti² yang Alice buat kat sekolah sebelum ini
mendorong kita untuk buat lagi aktiviti menarik kat rumah pulak dengan dia
:)

kakak, mommy akan kerja sungguh²
dapatkan rezeki yang berkat untuk kakak
duit yang cukup untuk beri kakak pendidikan yang baik
dan lifestyle yang kondusif.
mommy sayang kakak.
daddy pun sayang kakak.
kita sama² nak yang terbaik untuk kakak
di rumah, di sekolah, bila kita jalan² sama²
atau waktu kakak sorang² fighting your own battle
waktu sekarang ni
sampai la dah tua nanti
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...