damdiduuu

Showing posts with label merdeka. Show all posts
Showing posts with label merdeka. Show all posts

Friday, August 31, 2012

raya merdeka @bengkel BST 2012

alhamdulillah
macam selalu
kali ini kita berkesempatan lagi
memenuhi jemputan
sama kawan² di bengkel.

silaturrahim yang tak ada jual belinya,
usaha merancang, membekal, memasak, menyediakan
dan menjayakan sejak dari bertahun² dulu,
usaha sama (menyedia, menghidang, runner, menghabiskan, mengemas dan 'menyelamatkan'!),
niat baik dan pemberian yang sangat² dihargai,
hanya Tuhan yang dapat membalas segalanya.

alhamdulillah!


Alice suka vespa sama macam daddy ya
:)


work in progress


hey, jangan curik!


ayam! ayam! ayam!
hotdog! hotdog! hotdog!


harap badan je besar
tapi takut mercun!


jemput


mari makan!


tak nampak muka
tapi kenal perut!


birthday boy pun kena bahan?!


aik Alice makan karipap dengan siapa tu?!

Thursday, August 30, 2012

55 Tahun Malaysia Merdeka: Janji Ditepati

dengan niat untuk merasuah Alice
papa Zuri bagi bendera Malaysia kecik
sempena Merdeka ke-55.
payah juga nak terangkan pada Alice.
paling mudah
cakap pada Alice
ini Deka
atau Merdeka.
kena pendekkan
sebab Alice senang tangkap perkataan yang ada 2 suku kata.
jadi syok jerit²
Deka! Deka!
sambil kibarkan Jalur Gemilang
dan Alice cuma jerit
'Ka!' saja :p

hajat daddy nak bawa kita tengok perarakan hari merdeka
di Dataran Merdeka tahun ini
tak kesampaian.
tak apa.
kita tengok di tv saja
lebih mudah, murah dan selesa.

antara perkara yang baby Alice belajar
ialah hari merdeka ada bendera
banyak sangat²!
cara tabik.
kuda pun ada masa merdeka.
dan Alice belajar step dancing yang baru
gaya peluk² tubuh
lagu I am for you :D


harapan dan peluang untuk generasi akan datang


nikmat yang disyukuri


manisnya kebebasan

selamat hari kemerdekaan yang ke 55
semoga kita sentiasa dirahmati dengan kestabilan politik dan ekonomi
serta sentiasa berusaha lebih gigih untuk masa depan yang lebih baik
untuk anak² kita
:)

Monday, July 23, 2012

logo merdeka 2012


hasil kerja budak² tadika
kat nursery Alice.
boleh jadi logo merdeka tahun ni tak?
:p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...