damdiduuu

Showing posts with label Whoopee. Show all posts
Showing posts with label Whoopee. Show all posts

Saturday, June 2, 2012

Mother & Baby Expo 2012, PWTC

jarang kita nak pergi
kalau ada expo baby kat shopping mall atau exhibition hall
sebab selalunya barang yang ditawarkan tak la semurah mana.
lebih kepada nak memberitahu pengguna
apa produk yang ada di pasaran.

lain la warehouse sale, memang boleh dapat harga murah.

Mother & Baby Expo 2012
kali ini
memang membuatkan kita rasa bengang sikit!
bukan apa, sepatutnya penganjur tulis terang²
venue expo ialah Dewan Tun Razak 1, PWTC
jadi kita boleh cari tempat parking yang lebih sesuai.

apa yang terjadi
ramai yang parking di The Mall
kemudian kena jalan kaki jauh²
naik turun escalator
dengan baby stroller .
siap dengan parking The Mall tak ada lif.
kita kena tolak baby stroller di laluan kereta yang sempit.
bahayanya!!!


Alice yang awal² lagi tertarik dengan teddy bear besar!


berkenan betul saya dengan stroller ringan ni!
RM120 sahaja
:D


cantiknya baju Super Girl warna pink!

untuk yang ada budget
memang banyak yang menarik.
antaranya jualan barang² Sweet Cherry,
produk untuk pendidikan baby,
insuras,
baju,
mat sekeping yang besar² dalam RM90 - RM150,
khidmat photografi
dan macam² lagi.

yang paling berbaloi?
lampin pakai buang jenama baru, Whoopee
jumbo pack RM25 free pek kecil pull up pants.
harga pasaran waktu sale RM29.90.

best
tak?! ...

Thursday, May 31, 2012

harga waktu sale: lampin pakai buang untuk bayi

Selepas kenaikan harga Drypers
kita pun meninjau² apa lagi pilihan lampin pakai buang yang ada.
oh ya, jangan la kata kalau harga sama
tapi bilangan lampin dalam pek tu dikurangkan
maka tiada perubahan harga.
macam mana nak jadi pengguna bijak macam tu ...

tak ada dalam senarai: Huggies, Pureen dan lain²
ada sesiapa boleh tambah?
harga diambil pada 31 Mei 2012
waktu sale
di Tesco Mutiara Damansara.

Mami Poko L56 RM43.90 : RM0.78 sekeping


Whoopee L60 RM29.90 : RM0.50 sekeping


Fitti L60 RM28.95 : RM0.48 sekeping


Drypers L68 RM31.90 : RM0.47 sekeping

Pet² L68 RM30.90 : RM0.46 sekeping


Hey Baby! L58 RM26.90 : RM0.46 sekeping


Tesco Choice L72 RM27.90 : RM0.39 sekeping


Tesco value L72 RM22.95 : RM0.32 sekeping

tugasan anda: sila bandingkan kualiti!
selpas melihat harga,
mesti bandingkan sendiri kualiti setiap item
jadi pemilihan bukan pada faktor harga semata²

p/s: kalau nak guna cloth diapers kena ada ilmu, baru boleh jadi. terutama yang hantar baby pergi nursery :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...