damdiduuu

Showing posts with label PD Ostrich Show Farm. Show all posts
Showing posts with label PD Ostrich Show Farm. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

kenangan buah markisa

waktu ke PD Ostrich Show Farm
selepas berkelah tepi pantai itu hari,
tak sangka itu kali pertama
aku nampak bunga buah markisa.


kecik² dulu selalu makan buah markisa
tapi ini baru pertama kali tengok bunganya berkembang
:)

terkenang waktu kecik² dulu di kampung
Tanjung Ipoh.
tak macam rumah sekarang,
di kampung dulu tempat main seluas alam.
kalau tak menjelajah sampai kampung orang pun
depan dan belakang rumah sendiri
dah luas sangat² dah untuk diterokai.

sejarah
waktu tu aku belum sekolah lagi pun.
aku sempat duduk di kampung
dengan (arwah²) atuk dan uwan
sampai masuk darjah 1
sebelum sambung pengajian (cewah!)
darjah 2 di Seremban -
duduk dengan (arwah) mak.

aku ingat lagi
yang paling heaven kat kampung
belakang rumah
atau lebih tepat
'kek baruh'
ada banyak pokok manggis.
waktu musim buah memang meriah
sepupu² lelaki panjat pokok manggis
boleh dapat berguni² buahnya.
buah rambutan, duku, mangga, mangga epal, jambu air, jambu batu, nangka, betik (kopayo), bacang
pun ada di sekeliling rumah
(sebab itu selalu sedih bila tengok kat shopping complex
dah la buah semua kecut², mahal pulak tu!)
yang agak rare pada aku
ialah buah cepu dan markisa.

susah payah
mungkin sebab buah² lain tu
boleh dapat dalam kuantiti banyak
jadi aku macam tak hairan sangat (tapi memang bedal tak miss punya!),
tak macam buah cepu dengan markisa.
kena cari sendiri.
kena tunggu masak betul warna oren
baru sedap makan segar².

buah markisa yang tak berapa nak masak
dan tak berapa nak manis
boleh saja tambah gula
buat air.
pergh memang nikmat!

cara makan buah markisa ni
ialah hirup/telan
jadi agak potong juga
bila buah markisa diletak atas makanan
sebab kita tak gigit markisa,
rasa macam pelik la bila tergigit biji² dia
:)

realiti sekarang
kenangan² ni buatkan aku tertanya²
macam mana agaknya perjalanan Alice
waktu membesar nanti.
aku ada kesempatan berlari depan rumah
(nak lari keliling rumah tak larat,
depan saja dah mengah) :p
main dengan macam² jenis daun, bunga dan buah.
hari² dengan ayam, itik, arnab, kucing.
tengok ikan kat kolam ikan atuk.
itu pun aku bukan jenis yang adventure
yang pergi tangkap ikan kat sungai
atau hiking jauh² sampai kampung orang
(ni selalu terjadi waktu kutip duit raya).
paling adventure pun aku rasa
setakat main hanyutkan bunga atas daun keladi kecik kat bonda
:D


tengok gaya macam masam giler nih ...

mewah betul atuk dan uwan kita dulu kan.
budak² sekarang nak main pun kena pilih hari dan masa sesuai
baru boleh pergi play ground.
nak main best² kena pergi themed park
atau zoo atau taman burung.
(lepas tu bila penat sebab kena jalan jauh² tengah² panas
nanti bapak budak komplen kat mak budak
'dulu waktu bercita tak kisah pun nak pergi zoo') :p
semoga apa yang kita dapat
boleh beri manfaat kepada orang lain.
semoga apa yang anak² kita lalui
boleh buat mereka belajar
dalam cara mereka sendiri
insya Allah
:)

p/s: ada rezeki nanti kita buat kebun buah kita sendiri ya.
'dia ada dusun. dusun dia sendiri' ... ulang sampai penat!

Sunday, September 16, 2012

PD Ostrich Show Farm

PD Ostrich Show Farm
Lot 1419, Jalan Kemang 13,
Batu 9, Jalan Pantai,
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

telefon: +60(6)6627496

dibuka setiap hari
9:00am - 5:30pm

bayaran masuk: RM10 dewasa

tunggang burung unta & sijil : RM5
(untuk berat badan kurang 75kg sahaja!)


jaga² Cik Salmah!


dalam taman ni
cuma dia ni saja yang dapat naik burung unta
:(


untuk keselamatan
nak ambil gambar kena guna payung
sebagai perlindungan


hantu burung unta
:p


apa nak jadi budak² sekarang
kambing pun kena tengok kat zoo ...


saya janji saya tak gigit
mari mari mari ...


Alice wanna ride horse, baby?


budak kecik nak tiru
semua yang orang lain buat!


we love this rabbit :D
Alice muka penat
:p


mama Su pegang arnab
dengan muka takut
:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...