damdiduuu

Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

Bubba Gump Shrimp Co., Kuala Lumpur


Bubba Gump Mutiara Damansara.
mama Su kata Bubba yang nak buat bisnes ni
kemudian Forrest Gump yang buka
akhir sekali Lt Dan yang ambil alih.
Lt Dan yang kerja SCI tu
:D


awalnya kita datang bahagian dalam dah penuh
jadi duduk tunggu di meja luar dulu


mama Su suka Stop Forest Stop


Alice tanya: mama Su suka tak makan kat sini?
tu daddy tengah tunggu jawapan mama Su
:p


teruja nak beli onion ring
semata² sebab tengok dalam gambar besar giler


bila dapat roti puding ni
terus terlupa nak ambil gambar makanan yang lain.
nikmat sungguh whipped cream, vanilla ice cream, custard cream
sama puding roti manis berkismis
:D


ini hidung daddy saya
hidung daddy saya sangat mancung
:D


Alice tengok banyak² nombor plat yang ditampal


foto Forrest Gump waktu kecik sama emak dia
:)


mama Su kenyang makan puding roti
sampai semua makanan lain kena bawak balik :p
thank you mama Su yang baik hati!
:D

Sunday, March 11, 2012

jalan² petang²


walau kita datang awal
masih juga kena pusing² cari parking.
alhamdulillah
dapat parking
dekat² dengan remote control car track tu.


senyap² letak topi atas kepala Alice.
kalau dia nampak nanti dia buang!


haaaa kan dah buang topi!
:p


Alice sibuk tanya itu ini


apa saja lalu semua Alice nak tengok.
skate board la, roller blade la, Segway personal transporter la


baru belajar lambai tangan
:)


thank you daddy bawa kita jalan² keliling tasik
:)


tunjuk kat Alice air mancur.
dulu masa kecik² kata 'air pancut'
arwah mak kata 'bukan air pancut, air mancur'


masuk kereta
lepas feed
apa Alice buat?
tidur la
sementara tunggu daddy dengan sabar redah jem


baby mommy dan daddy yang disayang².
moga sentiasa dilindungi dalam rahmatNya selalu
:)

Wednesday, March 7, 2012

KL Banjir 7/3/2012

Kuala Lumpur
7 Mac 2012

kawasan yang terlibat dengan banjir:
Jalan Pudu,
Jalan Istana,
Jalan Bukit Bintang,
Jalan P Ramlee
beberapa kawasan di Ampang
terutama Bukit Belacan
dan Lembah Jaya
hujan lebat tanpa henti

banjir kilat:
Jalan Travers,
Jalan Bangsar-Mahameru,
Jalan Silang.
beberapa kawasan di Ampang
Desa Pahlawan,
Hiliran Ampang
Jalan Hulu Langat

hampir 400 penduduk
membabitkan 150 rumah
dari Kampung Lembah Jaya Utara
dan Kampung Pinggir Tiga,
Ampang
dipindahkan
apabila rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air.
beberapa rumah di tebing sungai turut dihanyutkan.


masjid Jamek



Plaza Low Yat, Bukit Bintang


Dataran Merdeka


Jalan Tun Abdul Razak



Pavillion, Bukit Bintang


Bukit Bintang


Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang



Kampung Baru



Sunday, January 15, 2012

nostalgia: Kuala Lumpur

dulu waktu kecik²
aku ingat kalau ke KL kita ziarah famili Aunty.
mereka pernah duduk di Sentul
sebelum aku masuk UTM lagi waktu tu
stesyen train Sentul tu baru je dibina
boleh jalan kaki saja dari kuarters DBKL tepi jalan tu.

aku ingat arwah mak dulu tak suka duduk KL.
banyak nak pakai duit, katanya.

aku ingat juga selepas arwah mak meninggal
tak sampai 40 hari lagi kita dah pergi Time Square
masa tu indoor theme park baru buka.
ingat juga la naik ride pusing² nampak penjara pudu.

selepas habis belajar
selepas kerja mengumpul pengalaman yang cantik di resume
aku berhijrah
dari JB ke KL
atau lebih tepat lagi Selangor.
dapat kerja di Damansara.
sebab boss main tipu.
dia tunjuk kontrak RM1.8 million.
katanya ini la business yang kita buat.
komisyen aku?
6%!
pada hal masa tu aku dah pun dapat kerja di Port Dickson
yang mana CEO tu beri saja gaji yang aku minta
iaitu RM600 lebih daripada gaji di Damansara.



lupakan hal kerja.
bila mula terjebak dengan gig
aku ke gig Jumaat malam,
Sabtu tengah hari,
Sabtu petang,
Ahad tengah hari,
Ahad petang,
tak termasuk kalau band Bintang Batu ada gig luar mana²
pernah sampai Tanjung Malim & Melaka.

sebab gig aku tau Skizo Taman Shamelin Perkasa
Paul's Place Jalan Klang Laman
Annex CM
1 cafe lama, Pudu
1 cafe baru, Chow Kit
Evo Club House Pandan Indah
Gudang Noisy Ampang port crusty
kadang² band² perform di pentas terbuka, stadium, dewan² dan car park,
juga Naif Melaka (dah banyak kali tukar nama rasanya), City Plaza JB dan beberapa tempat luar KL.

aku suka kat KL ada banyak bangunan cantik yang gah.
aku suka tengok KLCC malam sebelum lampu dipadamkan
(baru tau dipadam bila Pyrate Punk Bandung datang nak ambil gambar KLCC tapi gelap).
aku pernah ke KL Tower tapi tak bayar parking sebab ingat tak payah bayar :p
aku suka Muzium Negara - banyak perkara boleh belajar
aku suka kalau abang drive pergi KL sebab aku tak sabar dengan traffic jam :p

macam mana KL 2020?
ada kereta terbang?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...