damdiduuu

Monday, February 23, 2015

Antenatal ke-3 kandungan ke-2

informasi yang baru dapat untuk lawatan kali ni
- antenatal check up dijalankan oleh jururawat
- jumpa doktor di klinik kesihatan
hanya 3 kali sepanjang kehamilan
iaitu sekali setiap semester
- kalau ada masalah kesihatan (diabetis, tekanan darah tinggi/rendah, etc)
baru jumpa doktor lebih kerap.

prosedur antenatal
- ambil nombor (untuk jumpa jururawat)
- timbang berat
- urine test
- blood test kat hujung jari (hemoglobin count)
- ambil blood pressure
- ukur heart beat baby guna doppler
- ukur tinggi rahim guna pita ukur baju
- nasihat
- set next appointment
- ambil ubat di farmasi



dapat sticker hijau
sebab tak confirm EDD
pada hal memang petang tu jugak nak buat 2nd ultrasound 
untuk confirm EDD.
oh so drama!

kalau ikut time stampt dekat slip nombor giliran tu
pukul 9:48am
datang klinik duduk saja tak buat apa²
sampai dekat pukul 11pagi baru nama kena panggil untuk timbang berat!


berbanding 4 minggu yang lalu:
urine test: normal
Hb 11.4 naik jadi 11.8 - aik, dah makan Zincofer & sayur bayam pun naik 0.4 je?
nurse tanya cara ambik betul tak?
betul la tak minum dengan susu
tapi selalunya ambil tengah hari/petang sebab pagi² nak bagi susu hadam dulu :p
berat: dari 55kg naik 58kg
fuu patut naik 4kg (1 minggu 1 kg) so boleh makan banyak² lagi la ni! :p
blood pressure: 100/66 berbanding dulu 92/60
dulu doktor tanya blood pressure memang selalu rendah macam ni ke?
entah la. rendah sebab kena duduk sehari suntuk kat klinik yang ramai umat kot :p
nadi: 97 berbanding dulu 90
dulu tu lapar kot :p
bengkak: sampai hari ni memang maintain slim alhamdulillah :p
tempoh hamil: petang ni baru nak confirm dengan ultrasound kali ke-2
4 minggu yang lalu 22 minggu
tinggi rahim: 26 cm
fuuuu naik 5 cm tapi masih tak rasa berat :)
presentasi hapa benda tu tak paham, cuma rasanya kepala baby belum turun lagi
jantung maintain 151
gerak sama aktif macam biasa
:)



petangnya buat 2nd ultrasound.
macam yang dijangka
bila jumpa doktor lain
lain la pendapat yang diberi.
dan satu perkara lagi
EDD lebih tepat bila buat ultrasound pada awal kehamilan.
kalau waktu anak sulung dulu
memang bila dah tengah² terms, EDD lari² sikit
dan doktor nasihatkan guna EDD yang awal.
cumanya situasi kita kali ini
tak perasan mengandung dan tak sempat buat ultrasound awal².

bila jumpa doktor yang lain kali ini
belum ultrasound lagi dia dah sound awal²
kalau buat ultrasound sekarang pun EDD kurang tepat
jadi ikut je tarikh kira sendiri.

selepas buat ultrasound
dapat EDD 1/6/15
jadi doktor suruh je guna EDD mengikut kaedah hisab: 28/5/15
kalau ikut kaedah rukyah dah ada 2 tarikh: 10/6/15 & 1/6/15
(rukyah & hisab: kaedah tentukan hari raya)
redho.
kali ini julat kebarangkalian dia memang besar la
boleh kata mid May - end May.
bila² pun tak kisah la
(lagi cepat lagi baik)
janji semua selamat
:)

p/s: doktor ada suruh buat detail scan kat private
(bukan 3D/ 4D, tapi detail scan untuk tau sebarang penyakit!)
cumanya doktor sendiri kata yang sekarang macam dah lewat
mungkin tak sempat,
kalau ikut yang doktor check selama ni
insyaAllah, baby ok.
bila google pun memang tak sempat
sebab detail scan patut kena buat dalam minggu ke-24 macam tu.
next baby perhaps? 
:p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...