damdiduuu

Thursday, February 5, 2015

Antenatal ke-2 kandungan ke-2: ultrasound 22 weeks

mengandung kali ni terasa badan ringan sikit.
kalau dulu masuk saja 6 bulan dah rasa maxed out
siap tanya kat doktor 
"nanti perut saya ni besar lagi ke doktor?"
dengan harapan boleh stay, maintain macam tu je lagi 3 bulan akan datang
tapi hampa
bila doktor gelak sambil jawab
"... takkan la makin mengecik pulak!"

selesa
kali ni rasa lebih cergas
kurang sakit²
perut pun tak rasa besar sangat.
dulu walau dalam kandungan tu baby girl
rasa macam perut ke bawah
besar sangat
dan berat
rasa macam tak cukup support 
rasa macam perut nak terjatuh ke bawah :p
tapi kali ni
walau pun dalam kandungan ni baby boy
rasa perut bulat ke depan
dan posisinya macam lebih selesa
lebih stabil
dan lebih kecik.
hmmm ... mungkin ke usia kandungan masih kecik lagi?

contra
memandangkan kandungan kali ni lambat dikesan
jadi bila buat ultrasound pertama pun dah dalam 22 minggu macam tu
EDD pun dah lari sampai 2 minggu lewat.
mengikut pengalaman dulu
dan nasihat doktor pun
EDD yang lebih tepat 
bila ultrasound dibuat awal.
dulu memang waktu tengah² kandungan memang EDD jadi lagi lewat.

pro
tapi tak apa la
baby elok duduk baik
tak ada morning sickness
tak banyak ragam
walu pun lambat dikesan
(lambat 5 bulan!!!)
alhamdulillah emaknya selesa 



kali pertama ultrasound
detik² penting
sebab nak sahkan
betul ke mengandung
dan yang lebih penting lagi
betul ke dah 5 bulan?!
dan secretly, nak tau ada berapa baby dalam kandungan.
(boleh macam tu?!)
sebab ada angan² nak baby boy kembar 2
:p

hasilnya
EDD tak pasti
sebab kandungan dah besar sangat.
jadi dari segi EDD
doktor nak buat lagi sekali ultrasound akan datang
untuk betul² confirm bila EDD paling tepat.
kalau ikut scan kali ni
memang lewat 2 minggu.
EDD asal 28/5/2015
ikut ultrasound 10/6/2015
mencabar kan?
redho!

lain² info
memang soheh mengandung
dalam lingkungan 22 minggu
ada 1 je baby duduk sorang² dalam tu :p
... dan kemungkinan boy.

ultrasound di klinik kesihatan
berkenaan ultrasound yang dibuat oleh doktor
di klinik kesihatan ni
macam agak sedih jugak la.
kalau dulu lagi syok berteman waktu antenatal check up
sebab boleh sama² tengok ultrasound.
ada makna jugak la
(lagi pun kat hospital swasta boleh buat hari Sabtu, tak perlu ambil cuti).
berbanding kat klinik kesihatan ni
dah la kena ambil cuti
masa menunggu yang sangat panjang
tapi bila dah masuk bilik doktor
1 bilik ada 2 meja rundingan sekali.
mesin ultrasound 1
katil pesakit pun 1
bila bukak pintu je dah rasa sempit.
bukan saja suami tak dapat sama² tengok ultrasound
tak ada printout
malah doktor nak buat catatan kat buku pink pun
doktor kena ambik gambar screen shot kat interface ultrasound tu
guna hand phone dia
dan rujuk dari imej kat hand phone saja
untuk tulis rekod.

rasanya boleh kalau request untuk suami tengok ultrasound
sebab ada je yang mak² panggil suami dia masuk bilik rawatan
so kita suspek nak tengok ultrasound sama² la tu :p
cumanya dengan orang ramai
que pajang menunggu
bilik sempit
kita pun tak sampai hati nak mintak lebih²
dah la kat klinik kesihatan ni kita tak bayar apa² pun.
berpada² la.
memang padan la kita dapat konsultasi, khidmat ultrasound
tapi tak dapat yang lebih²
sebab khidmat tu percuma.

atas sebab tu jugak aku lagi suka pergi sendiri
tak payah berteman
buat penat badan je nanti
tak ada apa nak dibuat
selain main game sampai habis bateri
:p

ultrasound pertama
success.
moga dipermudahkan segalanya.

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...