damdiduuu

Thursday, September 4, 2014

tips: Kidzania KL, Malaysia 2014

harga tiket
- dewasa RM35
- kanak² 4-17 tahun dengan MyKid RM60
- kanak² bawah 2 tahun free

prep the kids
kalau nak berjaya kena rajin buat homework
mak bapak dengan anak² pun kena buat homwork.
siap² selidik serba serbi kat website Kidzania KL
- target awal² apa nak buat.
- bila nak pergi kat tempat yang ada masa² yang ditetapkan
(contohnya untuk belajar dan sertai fashion show, magic show, theater ada masa² tertentu, tak macam kerjaya yang lain boleh pergi bila² masa)
bila nak pergi surau
bila nak makan.
- susun juga jadual jadi bila dah rasa macam nak sampai waktu makan
pergi kerja kat tempat burger/ sushi jadi tak payah beli lunch
(tak ada recommended meal pun untuk beli kat sini!)

belajar baca sign.
umur berapa boleh main
berapa lama kena tunggu
dapat kidzo ke atau kena bayar kidzo


beli tiket online
- bagus:
# cepat, terus ke kaunter paling kanan di tingkat bawah Kidzania, tak payah beratur panjang
# boleh beli tiket ikut suka hati** (rujuk "anak kecik lagi?')
- the catch:
# kena bayar credit card charges + RM2 convenience fee. tak ada benda free dalam dunia ni :p


datang awal terus pergi bank cashkan cheque.
daddy tak boleh ikut ya
anak² saja :p


datang awal
- 9.00 pagi dapat parking cantik depan lift
- sempat pergi breakfast kenyang² kat Q Bistro seberang jalan
- masuk awal pergi CIMB, cashkan cheque, terus beratur kat tempat kerja yang popular (bomba, pilot, etc.)

parking
Sabtu. 7jam 47 minit. RM3
parked kat bagunan Kidzania tu juga
(Curve NX)
kalau masuk sebelah Mc D (yang bertentangan dengan Ikea) pergi basement parking.
masuk dari belakang pergi parking bay tingkat atas.

apa best?



KKLFD Kidzania KL Fire Department
paling popular (dan paling ramai beratur)
rasanya untuk jadi bomba
pakai topi & uniform bomba
dengar briefing
naik kereta bomba sambil nyanyi jerit²
dan pergi padamkan api kat hotel terbakar.


berdedikasi sungguh pihak berwajib kat sini!
:D



jadi polis boleh jerit² "left right left right" banyak² kali,
bawak kon dan jaga traffic flow kat kawasan kecemasan.
selain polis & bomba, paramedic pun sibuk juga waktu kebakaran
(dan scrub paramedic yang hijau tu comel sangat!)
:D



buat aiskrim lepas tu makan aiskrim


tingkat atas dekat dengan kilang aiskrim
ada tempat Vitagen, air mineral
yang boleh kerja dan bawak keluar air mineral, Vitagen.
tak dapat gaji, kena bayar kidzo, dapat barang



belajar berus gigi
dan check gigi dummy kat dental clinic


jadi photographer!
I wish Alice would go for this someday!


TNB boleh panjat² tiang letrik
:p


jadi catwalk model
siap dengan fashion show yang orang ramai² tengok kat theater 


painting, buat artwork & craft suka la Alice
tapi aktiviti² macam ni selalunya tak dapat kidzo
tapi kena belanjakan kidzo


kerja² macam cuci tingkap
jadi jaga vault
pump petrol attendant yang isikan minyak kereta
courier barang
kalau ikut kita yang dewasa ni memang macam bosan je
tapi budak² suka buat kerja² macam tu.
bila dah siap 
rasa sense of accomplishment
dan siap dapat gaji lagi!
:)


buruh binaan main lego
:p


buat jewelry
lepas tu boleh bawak balik
:) 

untuk anak² 6-8 tahun ke atas
ada lebih banyak pilihan kerjaya
macam kerja kat mahkamah, jadi deejay radio, penyampai berita, kilang lap top, kilang Oreo
sama juga - kalau ada kawan lagi seronok!


untuk kanak² bawah 4 tahun 
ada elementary school
yang suka hati boleh main alat muzik, toys, baca buku, tulis kat papan hitam
di samping ada beberapa aktiviti macam fashion show, berlakon teater, buat art & craft
tapi macam tak berbaloi pulak
sebab aktiviti tu boleh buat kat mana², tak perlu datang Kidzania
aktiviti penuh, tahap umur boleh rujuk di sini - ada 2 level.


Kidzos lebih nak buat apa?
cadangan: habiskan semua dengan aktiviti yang anak minat
sebab banyak aktiviti (yang Alice suka!) kena guna Kidzo
macam pergi jadi pelanggan kat saloon, buat burger, aiskrim, Vitagen.

simpan untuk next visit?
sama juga next visit pun dapat lagi 50 kidzos

beli barang?
stupid things paling bangsat bernilai 100 Kidzos
barang best² lagi mahal
jadi kalau anak yang besar sikit
boleh suruh pergi usya mall dulu
tengok apa barang best
dan pergi kerja sampai dapat kidzos banyak tu!
berita sedih: mak bapak tak boleh masuk mall yang boleh beli barang dengan kidzos tu
jadi suka hati budak² tu nak beli apa diorang nak!

selain daripada departmental store ni
kalau tak salah ada 3 tempat yang boleh beli barang dengan kidzo
tapi kids only
mak bapak sila tunggu luar!


anak kecik lagi?
- umur terbaik bermula 4 tahun
boleh cuba banyak kerjaya.
- emak² selalu overestimate anak (macam kenal je ni ....)
bila tengok anak jenis yang berani, suka mencuba dan jenis yang tak boleh duduk diam.
anak belum masuk 4 tahun?
ada 2 tips:

1) beli tiket online untuk kanak² 4 tahun
- lebih berbaloi berbanding beli tiket RM35 tapi tak boleh buat banyak aktiviti

2) bawa kawan baik
- budak² bila ada geng, dunia pun boleh ditawan!
- memang agak mahal kalau ada anak lebih dari 1
tapi lebih berbaloi sebab bila ada geng
lagi banyak kerjaya yang boleh dicuba :)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...