damdiduuu

Wednesday, September 3, 2014

foto salah: gila manual

gila manual
macam orang lain
yang baru belajar guna manual setting,
asal pegang kamera je
semua nak buat manual
walau pun bila shoot kat tempat yang tak kondusif
di mana ambient light berubah²
(eh ... ke aku sorang je yang buat perangai macam tu?) :p

dah jadinya semua situasi kena readjust.
dalam tempat yang sama pun 
boleh jadi ambient light yang bebeza kat sudut sana dengan sudut sini.
dah lambat.
dah lepas moment cantik.

gila bokeh
lagi satu
nak bokeh cantik.
kena focus tajam²
baru dapat foreground atau background (atau kedua²nya sekali!) yang oof.

belajar
memang lambat bila baru² belajar ni
tapi setting tu ada 3 je kot
tak ada la susah sangat pun.
tak cuba tak tau.
lagi pun untuk manual focus tu
boleh berlatih pilih sendiri nak focus kat mana 
berbanding biar kamera pilihkan.

lambat tu la cabarannya.
mesti cepat jadi pandai
dan jadi tangkas
:)

bila nak gunakan mode auto
terima kasih kepada ramai umat yang tak kedekut ilmu
dan banyak blog berkenaan tips 
yang menarik, berguna dan senang nak hadam
maka kita tahu
bila nak bagi orang tolong ambikkan gambar
maka terus tukar ke auto.
itulah yang aku lakukan ....


foto salah: auto mode, checked!
auto focus .... erk!
:p

setting awalnya
sebalum ambik gambar ni
ialah untuk ambik gambar bangunan kat belakang tu.
jadi boleh nampak bangunan tu in focus.

bila mintak tolong orang lain ambikkan gambar
dah ingat dah
kena tukar mode ke auto
tapi lens tak teringat langsung kena tukar ke AF
:p

morale of the story:
bila nak minta tolong orang lain ambikkan gambar
pastikan 
1) Auto mode
2) Auto focus

jangan salah!
:D

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...