damdiduuu

Friday, April 11, 2014

Cherating Trip March 2014: Part 2 - Aktiviti Di Cherating

tengok anak penyu kat Cherating Turtle Sanctuary

1) belajar pasal penyu

Turtle Sanctuary - dekat dengan Club Med
Free

sebenarnya sebelum ke Cherating lagi
kita awal² dah beritahu Alice
yang kita akan pergi tengok penyu.
malah kita berjaya yakinkan Alice untuk minum lebih banyak air kosong
sebab baby turtle suka minum air kosong.
baby turtle nangis kalau Alice minum air manis²
(mak bapak sapa la yang suka bagi fakta macam tu!) :p

kalau Alice baik
banyak baby turtle akan datang kat tangan Alice! :D

Cherating Turtle Sanctuary ni boleh dikatakan terletak 
sebelum pintu masuk Club Med.
Free. tak perlu bayar apa².
derma dialu²kan.

selepas pergi baru la kita rasa
yang free tu memang berpadanan.
kalau kena bayar mesti kita merungut² bila keluar!
kita luangkan masa dalam 10 minit agaknya tengok penyu.
daddy 2 minit je kot.

nak masuk kena tanggal kasut.
dalam bagunan kecik ada pameran lebih kurang.
kat belakang bangunan tu ada beberapa kolam
dengan beberapa penyu berendam.
ada kecik. ada besar.
tak! tak boleh pegang -_________-

ok. hampa.
satu perkara baik yang kita dapat -
bila balik hotel senang kita bagitau Alice
"swim macam baby turtle".
sejak itu Alice makin pandai berenang
:)

cruise mesti la slow.
Alice bosan.
siap cakap kat abang bot "... laju lagi abang, laju lagi!"
:-p

2) Cherating Mangrove River Cruise

masa: 9 pagi, 4 petang
jangka masa: 1 jam setengah
harga: RM25 dewasa, RM15 kanak² 4 - 11 tahun 
lokasi: Hafiz's Cherating Activities
dekat dengan Payung chalet - land mark dari jalan besar: Residence Inn Cherating

selain daripada mangrove river cruise
ada juga fireflies watching trip
7.30 malam, harga sama
dan turtle watching trip pada April - September.
kena datang balik tengok penyu mendarat ni!
:D

tips: untuk trip yang pukul 4 petang ni
elok juga kalau bawa topi yang berikat, tak melayang kalau kena tiup angin.
panas matahari boleh tahan dalam bot tu.

antara fauna yang kita nampak masa mangrove cruise
sekawan burung bangau putih.
elok je lepak ramai²,
asal bot lalu je diorang terbang! 


ular katam tebu
dah balik baru budak office kata ular ni berbisa
:p


buaya tak jumpa.
biawak je ada.


bot lalu bawah rimbunan pokok bakau
ada secret passage :D


macam poskad tak?


kita dapat seat depan abang bawak bot
stabil tak beralun sangat


jangan mengada² nak sebut nang nak bila lalu sini ya!


awalnya kita nak ikut juga tengok kelip² malam
cuma yang tak berapa nak best
malam pukul 7.30 dah kena berkumpul.
korang takut tak nak pergi tepi² sungai senja²?
lagi satu kalau semua dewasa mungkin ok
tapi kita bawak Alice.
daddy risau macam tak selamat sangat malam bawa Alice naik bot kecik.
fuuu ... walau slow, bila belok macam nak tercecah lutut dalam air paya.
kita yang over protective rasanya ...


cuba teka apa favorite color Alice?
:p

 3) buat batik 

Cherating Cultural Village
dekat dengan Payung chalet - land mark dari jalan besar: Residence Inn Cherating
RM10

sebenarnya ada 2 pilihan untuk buat batik ni.
sama ada nak buat semua sekali
start from scratch - design, canting, warna, lekatkan warna,
atau warna sahaja.
buat semua sekali RM30, 3 jam.
kedainya senang nak cari
ada banner "Make your own batik here".

kita dengan Alice tentunya pilih warna saja.
Ghazali Art Gallery
kedainya sebelah menyebelah saja.
RM10, berapa minit dah siap.


boleh warna batik
dan boleh makan juga kat sini
ada kedai makan.
atau boleh juga warna batik sambil makan!
Alice? warna batik sambil minum air.
makcik kedai bagi air untuk cairkan warna
sekali Alice kata "I'm thirsty!"
dah kena order air suam.
... anak sapa la tu
-________-

pilih saja design yang dah sedia ada
... and then knock yourself out!

lepas warna, jemur.
sambil tu boleh makan minum.
budak kecik ni excited tengok batik Angry Bird dia.

selain daripada tu apa aktiviti lain yang ada?
mandi laut, swimming pool, shopping keropok...
next entry la kot?

Cherating March 2014:
Hotel: Suria Beach Resort Cherating

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...