teori Chris Goodfellow:
MH370 mungkin mengalami kebakaran secara elektrik daripada beberapa punca:
- kargo
- avionics
- tire overheat
apabila berlaku kebakaran elektrik
semua main busses akan dimatikan
dan litar akan disambung satu persatu
sehingga boleh dikesan bus mana yang terbabit dengan kebakaran.
ini akan menyebabkan saluran komunikasi terputus.
jika berlaku kebakaran elektrik
perkara pertama yang mungkin dilakukan oleh juruterbang
ialah berpatah balik.
pilihan terbaik untuk juruterbang berpengalaman ialah Langkawi.
lapangan terbang terdekat
dengan landasan 13,000 kaki
dan untuk sampai ke sana cuma perlu merentasi laut (kurang halangan),
berbanding lapangan terbang Kota Bahru atau lapangan terbang lain yang lebih dekat
tapi landasan lebih pendek
atau Penang - landasan panjang tapi persekitaran banyak cabaran.
perlu landasan yang cukup panjang
kerana pesawat lebih daripada berat maksimum untuk mendarat
(tangki ada banyak bahan bakar)
dan keadaan pesawat yang tidak diketahui status keselamatanya akibat kebakaran elektrik.
pilihan lain untuk mendarat di lapangan terbang dengan landasan yang lebih pendek
ialah mengurangkan berat
dengan cara membuang bahan bakar
tetapi pesawat ini tidak boleh membuang bahan bakar
kerana dipercayai sedang terbakar.
kebakaran boleh disebabkan oleh pemanasan melampau (overheated)
landing gear tire
yang bermula secara perlahan
apabila pesawat berlepas
(pesawat berat, malam yang agak panas dan long run take off)
dan perlahan² mengakibatkan kebakaran yang tidak disedari.
situasi ini pernah berlaku di Nigeria, DC8
kebakaran serupa pada AirCanada DC9 tahun 80an
yang mendarat di Columbos Ohio,
di mana juruterbang lambat mendarat,
melepasi beberapa lapangan terbang
kerana tidak arif di mana lapangan terbang terdekat.
serupa juga dengan Swissair DC-10 Nova Scotia pada 1998
di mana berlaku kebakaran selepas berlepas dari Kennedy
tetapi hanya disedari 15 minit daripada Halifax.
transponder, kemunikasi terputus
apabila busses dimatikan.
pesawat mendarat di laut kerana tidak cukup masa untuk ke lapangan terbang terdekat.
data radar utama
ada data mengatakan pesawat naik sehingga 45,000
dan kemudian turun ke 25,000
(ideal sekitar 35,000).
data tersebut merupakan data daripada radar utama
dengan MH370 tidak meberi sebarang isyarat transponder.
bacaan azimuth pada 200 batu
boleh dipengaruhi oleh atmosfera.
tak diyakini yang data ini tepat.
jika dianggap bacaan tepat
naik 45,000 pada tahap oksigen terendah
mungkin percubaan untuk menghapuskan kebakaran.
namun pada ketingian 45,000 susah nak kekalkan kestabilan pesawat
disebabkan envelop pesawat yang narrow
yang boleh mengakibatkan hilang kawalan hingga stalling.
ini boleh mengakibatkan pesawat menjunam
sehingga recovery pada 25,000.
boleh jadi juga pesawat menjunam untuk memadamkan kebakaran.
(direct translation English - Bahasa Melayu, maafkan saya
baca thread asal untuk artikel sebenar!)
namun, jika pesawat dirampas dan diterbangkan pada ketinggian 45,000
memang tak masuk akal.
di mana?
pesawat berlepas dari KL ada cukup bahan bakar sampai ke Beijing
dan lapangan terbang pilihan ke-2 iaitu Shanghai
serta tambahan 45 minit.
berjumlah dalam 8 jam atau lebih.
dah guna 20-25% bahan bakar jam pertama waktu berlepas,
naik,
sehingga cruise.
waktu belok ke Langkawi
ada 6 jam bahan bakar atau lebih.
fakta ini selaras dengan Immarsat data pings
yang masih diperolehi
sampai bahan bakar pesawat habis.
pesawat terus terbang hingga TTFE time to fuel exhaustion
menggambarkan krew pesawat incapacitated
(mungkin krew tidak sedarkan diri/ kerosakan yang menghalang kawalan pesawat)
jadi penerbangan diteruskan dalam mode autopilot
terus hingga selatan Laut Hindi
(yang sangat dalam).
tak ada kuasa elektrik tapi boleh ping?
terdapat data yang mengatakan ping terus dihantar oleh pesawat
sehingga habis bahan bakar.
ada kekeliruan.
bagaimana boleh ping
sekiranya semua sistem elektrik tidak berfungsi?
Chris Goodfellow tak dapat jawab dengan tepat
sebab dia tak tau macam mana sistem tersebut berfungsi.
mungkin sistem serupa dengan telefon setelit
yang mendail dan beri data pada sela masa yang ditetapkan.
mungkin berkuasa bateri.
kenapa lokasi berbeza daripada koridor Utara atau Selatan?
Chris Goodfellow juga tak tau kebolehan radar Malaysia.
jadi boleh jadi juga
radar mungkin mencerap data pesawat lain.
data yang diperoleh dari radar utama Malaysia
mungkin tak tepat
apabila sudah lebihi daripada had kawasan cerapan.
mungkin pesawat lain yang beri isyarat
daripada transponder
(jadi isyarat lebih kuat
berbanding MH370 yang tidak memancar isyarat melalui transponder).
ada kemungkinan pesawat tu kebetulan ada dalam laluan MH370.
kemungkinan hijacked?
TIDAK!
ada banyak cara untuk juruterbang hantar isyarat kecemasan.
ada hijack code.
malah jika transponder hantar kod dengan 1 digit berbeza pun dah boleh alert pihak ATC.
juruterbang boleh key in SOS di microphone,
hanya 3 klik pendek
tapi semuanya baik pada masa kemunikasi terakhir.
untuk menutup sistem ACARS tak semudah yang diperkatakan.
dipercayai ianya terputus disebabkan isu kebakaran elektrik
berbanding dimatikan secara manual.
ada kemungkinan juga juruterbang tak sedar yang sistem ACARS tidak transmitting.
1) tengok rekod maintenance
front tire gear
- cycle
- last pressure check
- maintenance inspection
2) periksa video di airport semasa pre-flight walkround
andainya ada sebarang kerosakan waktu pushback
3) perikasa cargo manifest
- bateri litium
periksa sebarang mishap waktu loading yang boleh mengakibatkan kebocoran
pandangan peribadi Chris Goodfellow terhadap juruterbang MH370
tindakan juruterbang yang sangat bijak
cuma mungkin tidak cukup masa untuk menyelamatkan keadaan
PERINGATAN dari Chris Goodfellow:
semua teori adalah spekulasiyang penting
jangan buat kesimpulan
tanpa bukti kukuh.
sementara tu
JANGAN persalahkan juruterbang
yang sedaya upaya bertungkus lumus selamatkan pesawat
dari kebakaran
atau sebarng isu mekanikal.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
THREAD ASAL SANGAT PANJANG DAN DAPAT MAKLUM BALAS YANG BANYAK DARI SEGI TEKNIKAL, MAKLUMAT TAMBAHAN, PANDANGAN (dan macam biasa, yang kutuk pun banyak je) JADI UNTUK GAMBARAN SEBENAR SILA BACA KESELURUHAN THREAD DAN COMMENTS. Antara maklum balas pembaca thread tersebut:
Curt Mills:
seorang warga New Zealand
yang berada di pelantar minyak south east Vietnam.
dilihat sebagai pemerhati yang bagus
dengan fakta dan bacaan kompas yang lengkap,
melaporkan ada ternampak pesawat terbakar selama 10 - 15 saat di udara.
Calman LA:
ada kemungkinan pesawat dalam mode autopilot
mungkin terjadi
- decompression
- hypoxia
- smoke
yang menghalang krew untuk berbuat apa²
jadi pesawat terbang dalam garis lurus sampai habis bahan bakar.
pernah terjadi UA 777-200 di LHR
Egyptiar 777-200 di Cairo
Helios 737
Core Lohse:
tak dapat disahkan
tapi ada kemungkinan enjin RR Trent
ada generator kecil berasingan
yang membekal kuasa kepada FADEC.
oleh sebab itu masih ada direct uplink dari enjin ke Inmarsat
terus ping setiap 30 minit
walaupun ada kerosakan elektrik dalam sistem 777.
Geoff Cates:
masa ping terakhir
8:11 pagi waktu Malaysia
sama dengan 5:10 pagi waktu Maldives.
ada dilaporakan sighting pada pukul 6 pagi di Kuda Huvadhoo
mungkin pesawat terbang dengan baki bahan bakar yang tinggal
dan terhempas dalam masa 5-8 minit selepas pulau tersebut,
sebab itu tak ada ping pada pukul 9:11 pagi waktu Malaysia.
Gires Usup:
berdasarkan repot polis
yang dibuat oleh orang awam
di Kota Bharu dan Terengganu
mungkin kapal terbang berlegar seketika
untuk buang sebanyak bahan bakar yang mungkin
sebelum cuba mendarat di lapangan terbang Kota Bahru atau Terengganu.
kedua² lapangan terbang ini tidak beroperasi dari tengah malam hingga jam 4-5 pagi.
mungkin ada kerosakan pada landing gear.
ringkasan
(yang dikatakan) saksi oleh penduduk tempatan
berdasarkan laporan akhbar dan temuramah televisyen:
1) Kampung Kadok Kerteh
1.45 pagi waktu Malaysia
nampak kapal terbang dengan lampu putih terang
meghala ke laut arah Bachok.
Tak ada lampu merah berkelip.
2) Kuala Besar Kota Bahru
1.30 pagi waktu Malaysia
nampak kapal terbang dengan lampu terang menghala ke laut.
pesawat terbang di bawah awan.
saksi ketika itu di laut sedang memancing pada waktu malam
3) Kampung Pantai Seberang Marang
1.20 pagi waktu Malaysia
kedengaran oleh 8 orang yang sedang duduk di tepi pantai.
bunyi enjin pesawat yang sangat kuat di laut
northeast berhampiran Pulau Kapas
4) pantai Tumpat Kelantan
2.00 pagi waktu Malaysia
cahaya terang berkemungkinan lampu pesawat
sebesar buah tembikai menurut petani tersebut.
mengatakan ada api pada ekor pesawat.
nampak logo MAS pada ekor pesawat.
5) pantai Genting Tumpat
1.25 pagi waktu Malaysia
pesawat terbang rendah dengan lampu terang
6) Kampung Pasir Kasar Sering
1.45 pagi waktu Malaysia
pesawat terbang rendah dengan lampu terang
7) Kemaman, Terenggganu
8.00 pagi waktu Malaysia
dilaporkan oleh ketua polis daerah dan pasukan.
bunyi letupan kuat di laut.
tak ada saksi visual
(laporan yang paling membingungkan)
Gires Usup:
keliru dengan passenger manifest.
awalnya dikatakan 5 tak datang dan diganti 4 dalam senarai menunggu.
faktanya 6 warga China menukar pesawat pada saat akhir
untuk ke Shanghai.
ada 2 kali nama penumpang yang sama.
kargo utama menurut MAS ialah 4 tan manggis
tetapi sekarang bukan musim manggis
macam mana boleh dapat begitu banyak untuk eksport?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
teori saya:
- simulator penerbangan
dulu² pernah terbaca
betapa excitednya pilot² muda
bila diajak guna simulator kat rumah kepten tu
(lama dah waktu tu, dua tiga tahun sebelum MH370 ni kalau tak salah - kalau salah mohon betulkan).
ramai je pilot yang suka kalau ada simulator sendiri kat rumah.
kepten yang dah kerja lebih 30 tahun dengan MAS ni mampu
(dari segi pengetahuan teknikal dan kewangan)
jadi biarlah dia dengan hobi dia.
(macam drummer yang ada drum set kat rumah,
bukan semua orang ada tapi kalau dah minat dah mampu ok je.
anyway, kalau orang lain tengok korang punya pc/ laptop/ mobile phone
mesti je ada perkara yang orang lain nampak pelik kan?)
*agaknya kalau la pilot yang terlibat tu Iskandar Zahari
silap² dengan robot bersihkan swimming pool belakang rumah dia pun boleh jadi bahan bukti.
made in Israel tu!
syukurlah ...
(mintak² jangan la silap!)
- lokasi
boleh cuba cari macam dicadang dalam thread tu
sekitar Maldives
(yang bukan terletak dalam koridor Utara/Selatan)
- happy ending
macam orang lain
saya pun berharap pada happy ending.
insyaAllah!
kekurangan sekarang mungkin kepada kepakaran tempatan
jadi
buanglah segala agenda lain dari minda anda
yang hanya akan memupuk kebencian dan memecahbelahkan kita
semoga Tuhan permudahkan ...
p/s: 1) siapa yang tengok live press conference hari² dari KLIA
mesti perasan
esoknya dalam akhbar keluar macam² versi.
contohnya:
official press conference: semua penumpang dan anak kapal disiasat
keluar dalam akhbar esoknya: juruterbang disyaki.
boleh nampak apa yang keluar di akhbar bukan dari official source semata²
(macam mana dengan kredibiliti sumber?)
ada interpretasi
dan maklumat² tambahan.
2) Ya. official press statement dalam English.
sesi soal jawab waktu press conference ada dalam English dan ada dalam Bahasa Melayu.
kalau tak faham
kena belajar!
jangan memandai²!