damdiduuu

Thursday, February 28, 2013

bird feeding, KL Bird Park


bukan main banyak burung berebut nak makanan!


mari panjat!


burung ni besar.
dia patuk kalau burung kecik² datang nak makan!


fuuu ... dari bahu turun ke tangan!
:p


dah dia berdua je habiskan semua sekali!


Alice takut burung banyak² datang nak makan.


sudah habis.
pergi basuh pinggan
:D

bag inspection

KL Bird Park.
tengh syok² tengok daddy feeds parrot
tak semena²
datang seekor burung ni
check beg Alice yang mommy bawak pulak
:D





Wednesday, February 27, 2013

perkembangan bayi: Alice 22 bulan

wow!
menjelang umur 2 tahun
boleh dikatakan sekarang ni
memang pesat betul perkembangan Alice.


kebelakangan ni Alice suka sangat berfesyen.
paling dia suka set skirt Tweety yang mama Su bagi ni.
kat rumah pantang nampak saja baju
terus dia nak tukar baju!

komen menikam
bila kita pakai barang baru
cepat Alice tegur 'Baru tuuu!'
buat kita segan je :p

puzzle
sebelum ni shape sorter Alice masukan ikut suka.
baru² ni bila shape sorter yang berbentuk lori tu
datang baik² kat Alice
kata lembut² kat Alice 'Alice, Alice, hug!'
Alice senyum dan hug
'Alice, Alice, kiss!'
Alice senyum dan kiss
'Alice, Alice, pusing tayar!'
Alice suka hati pusing²kan tayar lori
'Alice, Alice, pusing tayar cik!'
Alice pusing²kan tayar kecik pulak
'Alice, Alice, fill in shapes!'
tiba² Alice pusing² puzzle pieces
supaya masuk ngam² kat tempat yang betul.
ceeee wah!
pandainya!
sebelum ni masuk ikut pakai bantai je
:p


pagi² Alice suka tengok burung atas bumbung nyanyi².
siap suruh mommy duduk kat jalan sama dia
tengok burung sama²
:D

papa apa?!
di Giant
sementara daddy pilih barang dapur
mommy tunjuk Alice buah dan sayur.
kebetulan semalamnya kita ke Bird Park.
mommy pun kata 'you remember yesterday - bird eats papaya?'
mommy pun ulang 'papaya'
Alice kata 'papa ayam'
'papaya'
'papa ayam'
'papaya'
'papa ayam'
'papaya'
'papa ayam'
'papaya'
'papa ayam'
'papaya'
'papaya ... ha, betul!' suka Alice. dia sendiri yang kata betul :p
bila tanya lagi
jadi 'papapa' aiyo! tak boleh pakai! :p

next time mommy kata 'papaya'
Alice sebut 'papa uyi' (papa Zuri) pulak.
'papa uyi'
'papa uyi'
'papa uyi'
'papa uyi'
tak keluar pun papaya :p


dalam kereta.
mimilk.
penat.
nak tidur.
baby manja mommy
:)

mimilk
Alice masih menyusu dengan susu ibu.
bulan 4 dah nak masuk 2 tahun.
lagi 2 bulan.
tak tahu bila nak berhenti menyusu.
mommy target bulan 5 nanti mommy stop pam susu
dan bekalkan Alice dengan susu segar saja untuk minum di nursery.
susu segar dalam kotak.
tak plan nak beri susu tepung.
takut Alice tak nak.
baby yang minum susu ibu
ada yang tak suka susu tepung.
susu segar pilihan yang lebih baik berbanding susu tepung.


satu hari Alice nampak air kotak atas meja.
daddy minum dan bakinya beri Alice sikit.
mommy nak nak tumpah² air manis dalam kereta
(sekarang kita dapat parking bay dekat dengan rumah sampah
jadi tak mau insect masuk kereta cari makanan).
dah habis pun airnya
Alice saja suka gigit² straw tak mahu buang.

makan!
pasal makan Alice paling suka ayam goreng.
macam Upin Ipin pulak.
Alis-pin
dah la dulu daddy dia kata Alicephant (Elicepen)
sebab bila tanya 'Where is elephant?'
Alice tunjuk kat diri dia sendiri :p

pernah satu hari
balik dari nursery
mommy
beli nasi ayam kukus.
masuk saja dalam kereta
terus Alice tarik keluar peha ayam goreng
dan makan.
tumpah² sepah²!
nak larang tak sampai hati.
punya la lapar!

sampai rumah
mommy terus ambil pinggan katak Alice
letak ayam goreng
Alice sambung makan.
kasut pun tak tanggalkan.
dah habis makan baru take off shoes :p
tak sangka boleh licin peha ayam tu.
selalu kita bagi makan kita kecik²an.
ni boleh habis macam tu saja.
lapar betul dia!
patut la balik rumah selalu meragam!


Alice pergi nursery.
sandang beg pink
tangan kiri pegang bekal cereal
tangan kanan pegang beg susu.

tragik
setakat ni benda yang paling pelik yang Alice pernah 'makan'
ialah grafit ungu.
apa ungu?!
grafit ungu.
core pensil warna yang ungu.
kayu pensel Alice tak gigit
cuma core saja.

Alice tak makan pun
dia gigit dah rasa tak sedap
terus datang kat mommy
suruh buang dari mulut dia.

punya la mommy risau masa tu!
cungkil gigi geraham kiri atas dan bawah guna jarum
tapi tak bersih juga.
kebetulan daddy balik.
daddy yang buangkan habis² grafit
dan minta mommy beruskan gigi Alice bersih².

alhamdulillah semuanya selamat!

bahaya
memang sekejap sangat.
semuanya berlaku dalam masa yang singkat.
mommy write book sama Alice,
mommy pergi bilik sebelah sidai baju,
Alice datang minta bersihkan mulut dia yang ada grafit ungu.

memang tak boleh nak tengok Alice 24 jam.
lagi pulak pensel warna memang kegunaan kanak².
tak boleh la nak sorok dan tak beri Alice pensel warna lagi.
cuma mommy pesan kat Alice
'don't put pencil into your mouth, please'
moga² Alice ingat kejadian ini
dan tak buat perkara berbahaya lagi.
amin!


dah elok² naik tangga
siap nak kena rehat
letak beg
duduk atas tangga dulu.
sabar je la mommy ya.

have hands will climb
Alice juga dah mula naik tangga sendiri
bila balik dari nursery petang².
sampai tingkat 2.
ada kalanya syok sangat naik tangga
nak naik lagi tinggi lagi
pada hal dah sampai rumah :p

yang mommy tension
bila bawa balik cereal, bekal, payung atau ayam goreng
nanti Alice nak pegang sendiri semua barang tu.
pada hal Alice mesti guna dua² tangan untuk pegang railing
baru boleh naik tangga.

buatnya pulak balik dari nursery Alice lapar
kalau tak kasi pegang barang
terus dia meragam.
hui memang kena banyak² sabar!


suka hati dapat hand puppet gorilla
:D

emosi
makin jelas nampak Alice paparkan emosi dia.
bila kena marah kat nursery
Alice diam
tak mahu senyum
tak mahu cakap.
bila balik, tak mau salam
tak mau kiss.
protes la tu.

kat rumah bila marah (penat, lapar)
baring kick² kaki sambil marah² nangis.
pukul peha dengan tangan kuat².
pukul orang dengan tangan kuat².
cubit kuat².
nangis lama² kuat².
lembutkan badan tak mahu kena angkat.

tapi sebenarnya bukan susah nak handle Alice.
bila dia marah
kita turun ke level dia
dan cakap baik².
Alice boleh bertenang
boleh reda marahnya.
hug.
Alice paling suka kena hug.
masa happy nak hug
masa sedih, masa kena marah pun nak hug.
hug
sambil tepuk² belakang.


pantang dengar coklat
cepat Alice berdiri depan peti sejuk!
Alice suka sangat coklat cantik
yang mama Su beli kat Candylicious 1 Utama ni.
tq mama Su!
:)

cabaran di pagi hari
ada masa mencabar juga
bila pagi² Alice tak nak bangun mandi.
nak menyusu saja.
pagi² mommy beritahu Alice
'What day is today? Today is (name of the day)'
ulang lagi '(name of the day)'
Alice pun akan sebut sama.
'Hari ini hari apa? Hari ini hari (nama hari)'
ulang lagi '(nama hari)'
Alice pun akan sebut sama.
bila dah sebut hari
kita pun boleh la kata 'Monday is a school day. Let's go bath, we need to go to school'

kalau tak jalan
boleh rasuah dengan coklat :p
dengar saja 'coklat' cepat Alice berhenti menyusu
terus bangun
laju pergi depan peti sejuk :p

ada juga hari yang trick² murahan tak jalan.
mommy kena panggil reinforcement la.
mommy minta tolong daddy.
daddy
pujuk, dukung, take off baju, pergi mandi.

ada juga harinya apa kita buat pun tak jalan.
hati kering paksakan juga.
lepas mandi dah cantik² wangi² pujuk semula Alice.
alhamdulillah setakat ini hari² mencabar tu amat jarang² tiba
:D


baby mommy sama baby cik pakai hooded


sayang baby bear
:)

bertimbang rasa
mommy bersyukur sangat Alice ni boleh dengar nasihat.
waktu Alice marah² cubit² pukul²
mommy kata 'mommy cubit Alice tak? kalau mommy tak cubit Alice, Alice jangan cubit mommy, ok?'
terus dia nampak macam tersedar yang dia dah buat salah.
tak ada la dia cubit atau pukul lagi.
bila dah macam tu
senang kita nak cakap baik²
dah pujuk dia semula
:)

i love your kisses
oh ya
satu perkara yang kita perasan
dulu waktu umur 13 bulan
Alice kiss bunyi 'pah!'
bila umur 16 bulan pulak
Alice kiss bunyi mmmmmm maaaa!
sekarang, dah nak masuk umur 2 tahun
Alice rasa sound effect tu very cliché
jadi bila Alice kiss, dah tak ada bunyi suara tambahan dah
cuma ada bunyi kiss sebenar.
bila dah tak ada bunyi tambahan
kena kiss betul²
baru keluar bunyi kiss yang real.
alahai!
dah besar baby mommy
:)


bob the builder
can we fix it?


mak nenek
Alice memang tak suka
kalau mommy dan daddy pegang² tangan,
duduk rapat²
atau hug depan dia.
Alice marah.
yang terbaru perkataan marah dia ialah 'Amboi!'
tapi sebab pelat
dia cakap 'aboi!'
terkekek² kita dengar Alice marah.

muka garang
datang dekat
puk kita dengan tangan
sambil marah 'abooooi!
dah rasa macam kita yang kanak²
Alice pulak yang makcik²
:p


masih hobi sama.
ada kalanya nak tutup pintu pagar main ting ting ting dulu.
kaki dah sampai tak payah nak jengket² lagi.
moga semua baby sihat, ceria, selamat dan senang selalu
:)

Tuesday, February 26, 2013

ambition

Monday, February 25, 2013

kerja sekolah kanak² 2 tahun


satu hari mommy tengok ada tampal hasil kerja kanak²
kat luar nursery Alice.
2 tahun.


1) art & craft - mix the color
amboi sampai baring² Alice mewarna ya! :p
kat rumah kita selalu draw sama².
paling suka Alice suruh kita trace tangan dia.
dah sudah tangan, kaki pulak
:p


2) Matematik
tracing & coloring.
Alice bila ada reading book pun dia boleh lecok.
dapat buku untuk menulis memang seronok la budak kecik tu.
kat sekolah dah ada buku matematik rupanya dia!
:)


3) share and clean up together.
hahahaha bab together tu mommy confirmed kena ada.
kalau clean up kena buat sama² baru jalan.
bab sharing tu mommy macam musykil sikit
:p


4) block
ehem mama Pi, bila nak ajar Alice bina bangunan?
:D


dalam banyak² lukisan
mommy tengok orang lain lukis sopan²
Alice punya lukisan yang sarat.
mommy ada ajar Alice lukis bulat²
tapi bulat² Alice ikut suka hati :p
mommy dapat bayangkan Alice conquer pensel warna
tak bagi kat orang lain
:p


Alice tunjuk ni lukisan dia.
macam mana, mama Pi?
ada bakat jadi arkitek tak?
:D

Sunday, February 24, 2013

cheese burger dengan sepenuh kasih sayang :)

minggu ni memang sibuk.
banyak sangat berjalan.
Alice sampai rambut basah macam mandi
pada hal tengah duduk dalam shopping trolley.
muka penat.
jarang dapat tengok Alice muka tak bermaya
selalu ceria tak tau rehat!

semua orang pun penat.
abang penat.
aku penat.
bila abang tanya malam ni nak makan apa
senang aku jawab 'burger'.


tak sangka abang buat cheese burger
siap dengan fries.
bukan instant fries
tapi yang buat sendiri daripada ubi kentang punya.
rasanya?
mesti la marvelous!


esoknya abang bagi bekal
burger sedap lagi rupanya!
alhamdulillah!
:D

I love my abang
:)

Saturday, February 23, 2013

rotavirus


Simptom
- cirit birit
- muntah²
- demam
- dehidrasi
- tekanan darah menurun

bahaya!
- dehidrasi boleh menimbulkan banyak penyakit dan membawa maut!

mangsa
- kanak² 2 - 5 tahun
- orang dewasa juga ada risiko

pengesanan
- tidak boleh dikesan dengan mata kasar
- perlu ujian di hospital

mengelakkan jangkitan
- asingkan daripada kanak² yang ada rotavirus
- jangan berkongsi makanan dengan kanak² yang ada rotavirus
- ibubapa cuci tangan sebelum mengendalikan makanan
- masak air walaupun menggunakan penapis air

vaksin
- imunisasi pilihan 2 atau 3 dos
- seawal umur bayi 6 bulan


moga Hilmiey cepat sembuh

Arkib
Februari 2012:
dua bayi berusia dua dan 10 bulan di Hilir Perak dilaporkan meninggal dunia,
manakala lebih 2,000 penduduk di dua daerah di Perak
mengalami masalah kesihatan dipercayai berpunca daripada Rotavirus
yang disebarkan melalui air
menyebabkan Akut Gastroenteritis (AGE).
Kes AGE dipercayai akibat Rotavirus di dua daerah di Perak terus meningkat
apabila 251 lagi kes baru dilaporkan
dengan 15 kes dimasukkan ke wad.
Berdasarkan laporan harian Jabatan Kesihatan Negeri,
sebanyak 180 kes dikesan di Daerah Hilir Perak
dan 71 kes di Daerah Batang Padang,
menjadikan jumlah keseluruhan kes AGE terkumpul sejak 27 Januari
kepada 1,990 kes dan 1,078 di dua daerah berkenaan.






Friday, February 22, 2013

insta place andorid app



punya la lama cari
sejak mula keluar untuk iPhone lagi.
tapi tak boleh install!
sedih
:(

Thursday, February 21, 2013

toddler car seat

dah sampai masa
untuk tukar baby car seat
ke toddler car seat.

satu perkara yang kita concern
Alice ni jenis yang tak suka duduk diam setempat!

waktu nak pilih car seat
kita beri Alice duduk
dan cuba car seat.
dah sedap dia duduk
kita pun tanya
"Can mommy sit (at this) car seat?"
cepat Alice jawab "No!"
"(Can) daddy sit (at this) car seat?"
"(Can) Mimi (Hilmiey Bear) sit (at this) car seat?"
"(Can) Baby (Bear) sit (at this) car seat?"

semua laju saja jawapan "No!" kita dapat.
petanda baik!



bila dah pasang dalam kereta
Alice berkobar² nak duduk di car seat dia
cuma dia merengek
"Botey! Botey!" minta botol (isi air kosong).
elok saja dia duduk sambil minum air kosong
bila dah bosan sikit
main sembur² air sampai tumpah² kat baju.
minta nak makan cereal dalam bekal.
nak snack.
nak toy
tapi masih duduk di car seat.

next trip dah penat sangat
terus nak mimilk
dan tertidur atas riba mommy saja.

pergi balik nursery tak ada masalah
boleh duduk di car seat
dekat saja pun.


misi kita: Alice mesti duduk di car seat sepanjang perjalanan!
mesti buckle up.
ini memang peraturannya!

next trip mesti bagi toy yang melekakan!
gambateh!

Sweet Cherry car seat
Sogo
RM209
(kat Jusco RM299)
kriteria: ada recliner, boleh baring dan buatan kukuh

Wednesday, February 20, 2013

tv murah


Sharp
32" LED
RM849
Giant Kota Damansara

Tuesday, February 19, 2013

k-pop


asal budak Korea masuk kerja kat sini
mesti ada bawa barang comel².
kita nantikan kemunculannya!
:D



Monday, February 18, 2013

makan ketam @Lukut

alhamdulillah
merasa lagi kita makan ketam
bila mama Su ajak ke Lukut, Port Dickson.
ada satu medan selera
yang ada restoran D'Terapung tu.

mama Su pilihkan restoran yang bagus
dan menu yang yang sedap.
kat sini ketam bunga memang manis
ketam masak cili.
isi ketam tu yang manis :)
selain tu ada butter prawn bersalut nestum, pepahat dan sotong goreng tepung.
air jus tembikai kaw
yang bila minum rasa macam minum buah tembikai betul.

mama Su kata kat sini masakannya lebih sedap
dan harga lebih murah.
next time nak makan seafood boleh datang sini saja.
highly recommended!


budak kecik banyak cakap
:D


mama Su yang selalu suka layan Alice


penuh 2 meja!


puas hati!
siap ada 3 pinggan lauk kena bungkus bawa balik!



Sunday, February 17, 2013

Fatty Crab Taman Megah

Chinese New Year
mama Pi nak beanja kita makan ketam.
1st time nak cuba Fatty Crab Taman Megah


awalnya nak pakai baju rock
yang mama Su belikan ni
tapi mama Su kata baju ni besar sangat.
tunggu Alice besar sikit baru cantik
:)


datang awal.
makanan belum sampai.
makan candy dulu!


wah selain ketam
ada juga kek red velvet!
nyum nyum nyum!



mama Pi bagi sunglasses tapi Alice tak mahu pakai
jadi mama Su yang pakai!


baru la nak pakai sunglasses dia.
tu pun pakai buat syarat je
:p


mama Su kata kita tak beritahu pada Alice siap²
senarai lengkap siapa yang akan datang petang ni.
bila Alice nampak ada unexpected guest
dia pun jadi tak sedap duduk


sebelum makanan datang
makan dulu coklat mint
yang ada rasa macam ubat gigi sikit²
:p


ha! bab makanan je mesti fail!
dalam banyak² makanan cuma ketam stim ni je yang sempat ambik gambar.
yang lain semua dah selamat!
:p


mari makan!
alhamdulillah!
:)


daddy suapkan kakak makan nasi.
tq daddy
:)


happy happy joy joy
:)


Hilmiey happy boy.
bukan main suka lagi dia malam tu!
:D


tengok, ni saja gambar makanan yang sempat dirakam.
macam mana nak jadi food journalist macam ni?!


smile!


yay potong kek!


nyum nyum nyum
red velvet
yang sungguh lzat berkrim!


saya suka kek!


kiss dulu baru dapat candy!


yay, candy for Hilmiey!


suka hati dapat candy
pada hal umie dia tak bagi Himliey makan candy pun
:p


kena paksa habiskan green tea
:p


siapa nak candy mari²! Hilmiey ada banyak candy!


yay! mommy dapat dukung Hilmiey!
:D


bukan senang Alice nak dukung dengan orang lain.
tau tak apa sebabnya Alice nak dukung denga mama Mi?


sebab Alice berebut nak dukung dengan Hilmiey!
bertuah punya budak Alice!
:p


dah berebut dukung
lepas tu berebut candy pulak
:p


sebelum keluar
kita awal² beritahu Alice
siapa yang akan datang malam ini
dan kita pesan pada Alice
mesti salam papa Zuri.
walau pun payah
Alice salam juga papa Zuri.
bila Alice tengok semula gambar ni, dia bangga
sebab dia kata dia salam papa Zuri
:)


hahahaha
muka je handsome
tapi korek hidung!
:p


orang semua berebut² nak ambil gambar Hilmiey korek hidung!
:p


Alice jangan buat perangai macam ni tau!
:p


angpow na lai!


yay! Hilmiey dapat angpow!


fuyooo banyak lagi mama Su nak bagi angpow rupanya!
:D


wang besar! wang besar!


kami dapat angpow!
tq
mama Su!


pakai topi macam Boboiboy


tak habis ambik gambar lagi


punya la susah budak 2 orang ni nak ambik gambar sama²!


cheese!


Hilmiey manja sama mama Su
:)


daddy pandai layan Alice.
tq daddy
:)


suka hati dapat bawak balik red velvet!
:D


nanti ada rezeki kita jumpa ramai² lagi ya!
tq mama Su, mama Pi, mama Mi, papa Zuri, uncle Azhar
alhamdulillah!
:)

Fatty Crab Restaurant
Address: No. 2 Jalan SS 24/13, Taman Megah, 47301, Petaling Jaya, Selangor, 47301
Phone:03-7804 5758
Hours: 5pm onwards
Closed on Monday


memandangkan masih cuti Chinese New Year
jadi menu yang ada masa tu sangat terhad.
air soya, tebu.
ketam steam, ketam cili, butter prawn, nasi goreng, roti bakar
untuk 7 orang
kalau tak salah harga dalam RM400 - RM500.
mama Pi belanja, tq mama Pi
:)

p/s: masa kita google pasal restoran ni
ada terbaca ambiance: noisy.
rupanya memang betul² bising
kalau nak cakap dengan orang sebelah pun kena jerit² baru dengar.
ketuk² claw ketam atas meja
macam bunyi orang buat house renovation dah :p
tapi mommy tak ada komplen
pasal makan semuanya sedap,
terutama isi claw ketam yang sungguh besar, juicy dan sedap!
alhamdulillah
:)

p/p/s: kita duduk di tingkat atas
air-conditioned.
sejuk nyaman
tapi tetap happening bisingnya
:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...