damdiduuu

Wednesday, July 4, 2012

permintaan suami - Dr. Fadzilah Kamsah

1. Sayangi suami
seadanya
tanpa syarat.

2. Hormati suami
sebagai pemimpin rumahtangga.

3. Fahami kelemahan suami
– imbangi kekuatan dan kelemahan suami.

4. Suami malu nak minta khidmat isteri
Isteri perlu ikut resmi sikembang Cina
Belum dipanggil dah datang,
belum disuruh dah pergi,
belum diminta dah beri.

5. Lelaki sukar untuk melupakan
peristiwa lama yang berunsur negatif
yang pernah berlaku pada isteri
seperti kekasih lama isteri.

6. Isteri jangan bangkang cakap suami
kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri,
nilai diri suami akan merosot.
Isteri harus akur dan patuh
terutama berkaitan dengan hukum
seperti agama dan sebagainya.

7. Tolong sokong
pendirian dan pandangan suami
atau minat suami.
Ini penting untuk membentuk keyakinan dan esteem suami.
Pendirian suami adalah maruah lelaki.

8. Cubalah fahami suami
walaupun ianya tidak terucap :

- Allah beri gerak hati/ batin
kepada orang perempuan
(anugerah Allah kepada perempuan)
dan kurang kepada lelaki.

- menurut ulama/bijak pandai:
Hati perempuan dilepas di mulut
manakala mulut lelaki adalah di hatinya

- Apa yang terasa di hati perempuan
akan terus diucap
tetapi lelaki akan menyimpannya di dalam hati
dan tak terucap.

- Para suami tahu
bahawa perempuan memang boleh memahami.

9. Jangan perlekeh atau sebut kesilapan suami
di hadapan mertua
dan anak-anak
atau orang penting
kerana ini akan menghancurkan hati suami.

10. Tegur dan ingatkan suami secara penuh hikmah
Isteri hendaklah puji dahulu kebaikan suami
dan kemudian barulah tegur kesilapan suami.

11. Rintihan suami tentang seks :

- Hampir semua lelaki
malu meminta khidmat tersebut dari isteri.

- Hubungan kelamin amat kritikal untuk suami,
jika tiada, suami akan tension dan sakit.

- Ini adalah naluri semulajadi lelaki.
Adalah relevan untuk mengadakan hubungan kelamin 2 atau 3 kali seminggu
untuk pasangan yang sihat.

12. Suami memang marah-marah tapi bukan tandanya benci.
Suami marah sebab tekanan di pejabat dan sebagainya.
Suami lepaskan tension, tapi bukan untuk isteri.
Ini juga tidak boleh dijadikan alasan untuk suami marah-marah tanpa sebab kepada isteri.

13. Jika suami merajuk,
biarkan sendirian
untuk merawat dan memujuk hati sendiri.
Isteri jangan kacau dan pujuk.
Berikan masa.
Isteri boleh berikan khidmat yang terbaik
tapi jangan sibuk tanya 'kenapa bang?', 'apa dah jadi?'

14. Suami tak pandai mendengar,
isteri jika ada hal nak beritahu suami,
beritahulah pada masa yang senang dan sesuai
seperti masa minum petang.

15. Suami tak pandai pamerkan emosi dan perasaan,
suami akan luahkannya melalui cara lain
seperti sms.
Pesanan untuk suami -
amatlah bagus jika dapat ucapkan
kata-kata 'Sayang, I love you'
pada isteri
sebanyak 7 kali sehari.


16. Suara suami keras
tapi bukan tandanya marah.
Isteri jangan cepat merajuk.
Memang semulajadinya
suami boleh control suaranya
bila bercakap dengan orang lain
sebab itu bukan isteri dia.
tetapi bila bercakap dengan isteri,
suaranya keras.
Kalau kita dengar
lelaki bercakap di telefon
dengan nada yang keras,
memang sah dia sedang bercakap dengan isterinya!

17. Suami memang tak pandai memujuk dan meminta maaf

- Contoh lambang suami minta maaf pada isteri
Selepas marah
suami keluar dan siram pokok bunga
buangkan sampah
belikan barang atau makanan kegemaran isteri
dan sebagainya.

- Isteri tolonglah fahami
lambang-lambang suami
yang cuba memujuk
kerana kuota perkataan suami tak banyak.

18. Suami tak tahan kena leter
kerana leteran isteri
boleh memendekkan umur suami,
nanti suami cepat mati.

19. Suami tak larat nak jawab soalan isteri
yang panjang dan berjela-jela.
Sebab itu suami tak jawab soalan isteri
sebab kalau suami jawab 1 soalan,
suami kena jawab soalan-soalan iringan.

Contohnya :
Dah makan bang?
Makan kat mana?
Makan apa?
Makan dengan siapa?

20. Tolong patuh perintah Allah tanpa suami kena pesan selalu
kerana suami kadang kala kesian,
tak mampu dan tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah.

21. Suami tak sanggup dengar desakan isteri
seperti tukar kereta, perabot rumah, dan sebagainya.
Isteri tolonglah beri suami peluang
utuk bertindak sendiri.
Suami jadi lemas dan bingung
dengan desakan isteri.

22. Suami tak tegur kesilapan isteri
kecuali jika ianya terlalu ekstrem
.

23. Suami diam tandanya OK.
No news is good news
Isteri jangan kecil hati.

24. Suami tak jawab soalan isteri
sebab jawapan pada soalan dah nyata.
Seperti yang dinyatakan dalam (17)
kerana kuota perkataan suami tak banyak.

25. Suami kadang-kadang melenting
sebab stress
tapi bukan salah isteri.

26. Permintaan suami
Isteri tolong jangan cemburu.
Suami akan jadi lemas dan serba salah.

27. Isteri jangan pesan berkali-kali
kerana suami akan rasa terhina.
Lelaki ada Machonya.
Lelaki pantang dipesan berkali-kali
kerana mereka rasa seperti mereka dah nyanyuk.

28. Jangan ulangi perkara yang suami dah faham
atau perkara yang jelas
kerana ini boleh menghina suami.

29. Suami lambat bertindak
sebab suami banyak berfikir.
Orang lelaki ada 9 akal.
Mereka akan tapis-tapis
dan ini tak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab.

30. Suami selalu lebihkan ibubapa mereka
kerana mereka ingin menjadi anak yang soleh.
Isteri jangan cemburu atau salah faham.

31. Isteri tolonglah hormati ibubapa suami
yang masih hidup.

32. Jangan bandingkan suami
dengan orang lain
kerana suami akan rasa terhina.

33. Isteri tolong jangan puji sebarang lelaki
di hadapan suami
kerana suami akan rasa tercabar.

34. Doakan suami dunia dan akhirat.

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...